Anda di halaman 1dari 42

1

2
➢ Semenjak Raja Brunei Awang Alak Betatar
menaiki takhta Kerajaan Brunei (dianggarkan
pada T.M. 1362) dan memeluk ugama Islam dalam
T.M. 1368, iaitu setelah baginda berkahwin dengan
Puteri Johor, baginda termasyhur dengan nama
Sultan Muhammad Shah dan corak pemerintahan
Brunei adalah mengikut hukum-hukum Islam.
➢ Sejakitu nama-nama Sultan yang menaiki takhta
kerajaan Brunei menggunakan nama-nama Islam
dan hukum-hukum Islam dijadikan undang-
undang utama.

3
➢ Sultan Sharif Ali dijunjung oleh pembesar-pembesar NBD dan
rakyat keseluruhannya untuk menaiki takhta dan menjadi sultan
Brunei - sebelum menaiki takhta, baginda telah meminta orang
Brunei supaya taat setia kepada pemerintahan baginda mengikut
hukum-hukum Islam yang telah diajarkan.
➢ Kesanggupan rakyat mentaati permintaan Sultan Sharif Ali itu
satu ristaan dan ingatan kepada orang Brunei turun-temurun
untuk mengukuhkan semangat taat setia orang Brunei kepada
Sultan-Sultan Brunei yang telah dipusakai turun-temurun.
➢ Sejak itu ajaran-ajaran agama Islam terus berkembang dan
disebarkan ke seluruh rakyat termasuk hukum-hukumnya sekali
dan corak pemerintahan juga dijalankan menurut ajaran Islam.

Sultan Sharif Ali dijangka menaiki takhta Kerajaan Brunei kurang


lebih dalam T.M 1425, kerana menurut catatan China selepas T.M
1426 hubungan Brunei-China semakin rengang (Groeneveldt, on the
Malay Archipelago…., h. 114) dan akhirnya putus. Hal ini terjadi
mungkin disebabkan oleh perbuatan Sultannya yang mempunyai
posisi luar negerinya yang berbeza dan tersendiri.
4
➢ Selanjutnya pengamalan MIB semakin bertambah jelas
semasa pemerintahan Sultan Hassan pada tahun 1582-1598.
➢ Di zaman itu, unsur-unsur Islam telah meresap di dalam adat
istiadat, resam, majlis-majlis dan peralatan budaya.
Kehidupan berbangsa dan bernegara berlandaskan MIB
lebih bertapak seperti:

1. Peningkatan nilai-nilai luhur keMelayuan, adat resam,


termasuk Adat Istiadat Diraja, serta penggunaan Bahasa
Melayu dan tulisan Jawi sebagai bahasa dan tulisan
nasional.
2. Perlaksanaan Islam sebagai cara hidup yang lengkap;
3. Pemerintahan Kesultanan Melayu yang berdaulat, adil
lagi efektif.

➢ Sejak zaman itu hingga sekarang falsafah MIB telah menjadi


saripati dari cara hidup keBruneian.
5
➢ Konsep
MIB sudah diamalkan oleh Sultan-Sultan Brunei sejak
NBD menjadi sebuah negara Islam.

➢ Dasaryang diamalkan ialah Dasar Negara Melayu Beraja tetapi


tidak mengecualikan ajaran Islam sebagai amalan negara Ketika
itu.

➢ PihakBritish masih mengiktiraf dasar yang diamalkan walaupun


setelah NBD menerima sistem British Resident (BR) dan
perjanjian Brunei-British pada tahun 1906, tetapi tanpa disedari
konsep itu dipengaruhi dengan idea sekularisme yang
diresapkan secara beransur-ansur ke dalam peraturan kerajaan
sehingga kedudukan dasar itu menjadi kabur. Semua ini adalah
atas kepintaran pentadbiran BR yang mana telah diberikan
mandat untuk menerajui pentadbiran NBD pada masa itu. 6
➢ Suasana mula berubah apabila dalam tahun 1959 NBD menguatkuasakan
perlembagaannya.

➢ Perlembagaan ini menumpukan perhatian yang serius terhadap:


• nilai-nilai keMelayuan dan keIslaman serta kedaulatan raja yang sekian lama
wujud di negara ini.

➢ Nilai-nilai itu diketengahkan secara rasmi suasana persekitaran yang


mempengaruhi pengurusan pentadbiran Kerajaan NBD iaitu yang memancar
dari tiga faktor dominan:
1. orang-orang Melayu dengan nilai-nilai dan aspirasi keMelayuan,
2. berugama Islam dan
3. taat mengikut perintah raja sebagai norma-norma warisan.

➢ Dari perlembagaan tersebut menimbulkan satu fenomena baru iaitu hasil


daripada evolusi mental, ingin membuktikan bahawa sebuah NBD yang
dipimpin oleh seorang raja dapat berdikari dan membela nasib bangsanya
sendiri.
7
➢Sehinggalah pada tanggal 1 Januari 1984 bersamaan dengan 27
Rabiulawal 1404 pada jam 12:02 pagi, iaitu sempena
permasyhuran Kemerdekaan NBD, Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah mengisytiarkan bahawa Negara Brunei
Darussalam adalah sebuah Negara MIB, antara lain baginda
bertitah:

“…..Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah


kurnia Allah Subhanahu Wata'ala untuk selamanya kekal menjadi
sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan
demokratik bersendikan kepada ajaran-ajaran Ugama Islam
menurut Ahli Sunnah wal-Jemaah dan dengan berasaskan
keadilan, dan amanah dan kebebasan dan dengan petunjuk serta
keredaan Allah Subhanahu Wataala juga….."
8
➢ JadiMIB sebagai falsafah NBD adalah rumusan ideal
mengenai cara hidup berbangsa dan bernegara sebagai
asas dan sumber rujukan dalam mencapai matlamat
negara, yang mengekalkan identiti, nilai luhur untuk
ketahanan negara dan pemerintahan Melayu yang
berpandukan Islam sebagai ugama negara dengan
sistem pemerintahan beraja.

9
➢ Falsafah negara ini pula telah dihuraikan oleh KDYMM:

"……..Dari tiga rangkai kata Melayu Islam Beraja, terdapat unsur-unsur atau nilai-
nilai yang positif untuk ketahanan negara, umpamanya dari Melayu itu, ialah
bahasanya. Siapa pun tak boleh menyangkal, bahawa Bahasa Melayu itu adalah
satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa ini, kita
tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai
identiti.

Demikian juga Islam, ialah agama yang menjamin seluruh kepentingan rakyat dan
penduduk dengan tidak mengira apa jua agama, suku kaum dan keturunan.
Pendeknya ugama Islam adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan untuk
semua. Kerana itu tidak siapa yang perlu takut atau ragu mengenainya.

Sementara perkataan Beraja pula adalah menunjukkan kepada kerajaan yang


Bersultan atau Beraja yang sudah Wujud dan menjadi warisan zaman semenjak
dari beberapa abad lagi.

Titah Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, Sempena Sambutan Puja Usia Baginda Ke-44 tahun, di daerah Belait pada 21 julai,
1990.
10
➢ Konsep MIB yang telah lama wujud dan menjadi landasan
masyarakat Brunei pada generasi hari ini haruslah disemai dan
ditanai kepada setiap hati individu masyarakat bagi memastikan
dan mengekalkan identiti keBruneian yang telah lama wujud itu
tidak akan hapus ditelan zaman yang serba moden dan canggih
ini.

➢ Dengan itu konsep MIB juga diterapkan pada semua bidang


dalam hidup masyarakat Brunei, bidang tersebut adalah seperti
sastera, pendidikan dan sebagainya.

➢ Dalamsetiap bidang itu akan diterapkan dengan unsur-unsur


Melayu, Islam dan Beraja demi untuk menjaga identiti
keBruneian yang luhur.
11
12
▪ Kata Melayu berasal daripada perkataan Melaju.
Perkataan ini berasal dari pada kata dasar laju yang
bermakna cepat, deras dan tangkas.
▪ Maknanya orang Melayu itu bersifat tangkas dan
cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan
deras.
Inilah pendapat yang diberikan oleh Werndly dalam
mengertikan kata Melayu.

13
▪ Darus Ahmad pula berpendapat, Nama pohon gaharu
iaitu sejenis pohon yang harum baunya, di mana kata
Melayu diambil sempena nama itu.

▪ Di samping itu, di masa silam orang India Pernah


memangil Semenanjung Tanah Melayu sebagai Negeri
gaharu.

▪ Sejak abad ketujuh Masihi perkataan Mo-lo-yeo atau


Mo-lo-you telah disebut dalam tulisan-tulisan I-Tsing.

14
➢Istilah Melayu mungkin digunakan pada nama
suku-suku yang tersebar di daerah-daerah Tanah
Melayu dan Sumatera. Kemudian istilah Melayu ini
menjadi terkenal apabila Kerajaan Melayu di
Sumatera berjaya menguasai Kerajaan Seri Wijaya
pada abad Ke-13 Masihi.

Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Dewan


Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 1-2.

15
➢Bagi Brunei, bangsa Melayu ialah bangsa yang turun-temurun telah
'bertanahairkan' Brunei Darussalam, dan menguasainya dalam makna
mempunyai 'hak keturunan ‘ yang mempunyai kerajaan yang menguasai
batas Wilayahnya. Ini sama dengan penonjolan bangsa-bangs di negara
masing-masing.

➢Menurut perlembagaan Negara Brunei 1959, Melayu adalah mengandungi


tujuh puak jati iaitu:

Brunei, Belait, Bisaya, Dusun,


Kedayan, Murut dan Tutong.

Pehin Udana Khatib Dato paduka Haji Badaruddin bin Pengarah Haji Othman,
1989. Keberkesanan ke Arah Penerapan Konsep Melayu Islam Beraja Di
Dalam Struktur Dan Negara, Kertas kerja dalam Kursus Kepimpinan
Mahasiswa, universiti Brunei Darussalam, Mac 1989, hlm.12.

16
➢Mengenai sejarah, kehadiran orang Melayu ke alam
Melayu terdapat perbezaan pendapat dikalangan
sejarahwan antaranya:

Robert Nicoll berpendapat bahawa raja dan negeri itu


berasal dari tanah Besar Asia iaitu bangsa Yunan.
Apabila negeri mereka dikalahkan oleh Raja Negeri
Khamer, Raja Yunan berhijrah ke beberapa buah pulau
di Selatan Tanah Besar dan salah sebuah kawasan ialah
pulau yang besar (merujuk kepada Pulau Borneo), raja
yang membawa rakyat yang taat setia ini lalu
mengelarkan dirinya sebagai Raja Kamrun.
17
❑Sementara Awang sanib berpendapat
pembukaan negeri Brunei adalah berasal dari
penghijrahan keluarga diraja orang-orang
Sumatera yang berasal dari pagar Ruyong. Beliau
juga telah mengatakan beberapa buah tempat di
kawasan ini (Pulau Borneo merujuk kepada
Brunei lama) ada persamaan nama dengan
beberapa buah tempat di Pulau Sumatera.

18
➢Menurut Profesor Dato Dr. Haji Hashim Awang bahawa Melayu di
sini tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada bangsa Melayu
sendiri, yang menjadi penduduk asal yang menduduki wilayah
Nusantara - Brunei, Malaysia dan Indonesia. Mereka saling
berhubungan dan berpindahan dalam lingkungan ketiga-tiga
wilayah ini untuk tujuan-tujuan memperluaskan hubungan
kekeluargaan melalui perkahwinan, memajukan ekonomi melalui
perdagangan, atau memperkembangkan pengaruh politik melalui
hubungan denan negara-negara luar atau asing.

Prof. Dato' Dr. Haji Hashim Awang, MIB Dalam Penciptaan Sastera,
Siri Kuliah Kursus AB 1503: Melayu Islam Beraja, Universiti Brunei
Darussalam, 31 Mac 1998, hlm. 2.
19
➢ Bangsa Melayu adalah merupakan bangsa yang
mempunyai kebudayaan yang sangat tinggi.

➢ Menurut pandangan sarjana dari Barat, mereka adalah


bangsa yang lemah lembut, peramah, berbudi bahasa
dan suka bergaul. Mereka juga sangat kuat beribadat,
mentaati raja, orang tua dan sentiasa tolong
menolong.

20
➢ Melayu dalam MIB juga bermakna pengukuhan nilai-
nilai luhur, adat resam dan kebudayaan kebangsaan.
Adalah perlu bagi masyarakat mengamalkan nilai-
nilai luhur kebudayaan Melayu sebagai identiti
keBruneian yang mempunyai unsur-unsur kebaikan
dan kelebihan.

21
Jadi pengukuhan Melayu adalah sebagai nilai luhur dan budaya
yang dominan dalam kebudayaan kebangsaan memberikan
implikasi:

• pengamalan nilai-nilai luhur kebudayaan Melayu;

• pengukuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan;

• mempraktikan adat resam dan budi pekerti Melayu dan adat


yang tidak bercanggah dengan Islam sebagai etika kebangsaan
dan mengekalkan Adat Istiadat Diraja sebagai sistem protokol
kenegaraan.

22
➢ Melayu juga bererti sebagai pengukuhan bahasa kebangsaan, yang
membawa erti bukan saja di gunakan sebagai alat komunikasi tetapi
juga mempunyai implikasi politik sebagai alat perpaduan dan identiti
bangsa. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
NBD bertitah:-

"……….siapapun tidak boleh menyangkal bahawa bahasa Melayu adalah


satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa bahasa ini,
kita tentunya tidak akan dikenali sebagai suatu bangsa yang berdaulat
lagi mempunyai identiti…….."
l

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang DI-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Daerah Belait, sempena
Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Yang Ke-44, pada
hari Sabtu, 21 Julai 1990. Pelita Brunei 35(52), rabu, 8 Ogos, 1990. Ms.
2. 23
24
➢Secara rasminya, sejarah awal pertapakan Islam di
NBD ialah sejak Awang Alak Betatar memeluk agama
Islam dengan menukar nama baginda kepada Sultan
Muhammad Shah, iaitu kira-kira pada tahun 1368
Masehi.

➢Dengan pengIslaman Awang Alak Betatar inilah titik


mulanya Islam bertapak sebagai agama yang dianuti
oleh sebahagian besar masyarakat Melayu Brunei.

25
➢Walaupun terdapat sejarah ada mengatakan tentang mula
kewujudan Islam bertapak di NBD tetapi berkemungkinan besar
bahawa Islam dipercayai tersebar lebih awal dari tarikh yang
tersebut di atas. Ini dapatlah dilihat melalui riwayat Dinasti Sung
977M, di mana terdapatnya peristiwa penghantaran tiga orang
utusan oleh Raja Brunei yang terdiri daripada Pu-Ya-Li, Shih Nu dan
Qadzi Kassim.

➢Kenyatan ini dikuatkan lagi dengan terdapatnya batu nisan di


tanah perkuburan Islam di Rangas, Bandar Seri Begawan,
kepunyaan Pu Kung Chieh yang bertarikh 1246M.

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Datu Seri Utama (Dr) Haji
Muhammad Jamil Al-Sufri, Latar Belakang Sejarah Brunei, Hlm. 10-1

26
➢ Dari
sumber lain ada menyatakan bahawa keluarga
"Pu" ialah seorang Islam yang datang dari daerah
Chuan-Chou semasa empayar Sung (960-1279M).

➢ Sehinggalah kewujudan Islam semakin bertambah


kukuh ketika Sultan Sharif Ali yang berasal dari Taif
pancir Syaiddina Hassan dan Husin cucunda Nabi
Muhammad S.A.W. berkahwin dengan puteri Sultan
Ahmad iaitu Puteri Ratna Kesuma. Sharif Ali dijunjung
menjadi sultan Ketiga kerana Sultan Ahmad tidak
mempunyai putera lelaki untuk mewarisi takhta
kerajaan Brunei pada masa itu.
27
➢ Melalui sumber-sumber yang tersebut di atas maka
kewujudan Islam pun semakin berkembanglah
menjadi turun temurun kepada Sultan-sultan Brunei
dan Masyarakat Melayu Brunei.

➢ Dan sehinggalah temetrainya perlembagaan Brunei


pada tahun 1959 raja-raja kewujudan agama Islam
Memuncak dan Islam dipraktikan di NBD mengikut
fahaman Ahlussunah Wal-Jemaah Mazhab Ash-
Shafiee.

28
➢ Dalam konteks MIB, Islam mempunyai makna sebagai berikut:-
• Pengukuhan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan
sempurna;
• Penegasan bahawa Raja adalah Ulil-Amri dan Payung Allah
di bumi Brunei, sehingga taat kepada Raja sebagai Ulil-
Amri adalah wajib bagi rakyat dan penduduk di negara ini;
• Penegasan bahawa Islam adalah sistem yang memandu
rakyat dan pemerintahan di negara ini;
• Penonjolan unsur-unsur Islam yang berkebajikan ; dan
• Penegasan bahawa NBD bukanlah negara sekuler.

29
➢ Islam adalah satu-satunya ugama yang diakui oleh Allah
S.W.T. (Lihat Al-Quran, surah Ali'Imran, Ayat 19),

➢ dan dengan menyerapkan Islam dalam falsafah MIB ini


maka ia merupakan satu pengukuhan Islam sebagai cara
hidup yang Ad-Deen (lengkap dan sempurna).

➢ Ini bermakna bahawa segala aspek kehidupan, dan


pentadbiran negara hendaklah sentiasa tertakluk
kepada hukum dan etika Islam.

30
➢Dalam MIB, Islam ditakrifkan sebagai ugama rasmi
negara. Islam membawa erti sebagai sistem memandu
kehidupan rakyat dan pemerintahan di negara ini. Hal
ini memberi implikasi seperti berikut:-

❖Sultan adalah ketua Ugama Islam;

❖Pemimpin-pemimpin, ketua-ketua dan pegawai-


pegawai utama yang membuat keputusan yang
melibatkan muslihat orang Islam, mestilah terdiri
dari Ahlut Taqwa dari kalangan orang-orang Islam;

❖Kewajiban mentadbir menurut etika dan lunas-


lunas Islam;
31
❖ Kewajiban melaksanakan syariat Islam bagi pemeluk-
pemeluk Islam dan memberi teladan tentang
ketinggian Islam;
❖ Islam memberi jaminan terhadap kehidupan yang
aman damai bagi masyarakat Bukan Islam dalam
negara ini;
❖ Masyarakat Bukan Islam dikehendaki mempelajari
ugama Islam bagi tujuan memahami dan menghormati
Islam sebagai agama dan cara hidup di negara ini.
❖ Kewajiban taat kepada sultan sebagai Ulil-Amri dan
payung Allah di bumi Brunei.

32
33
➢Jika berpandukan kepada cerita rakyat dan karya Syair
Awang Semaun, Brunei ditubuhkan oleh empatbelas
sarapadian berketurunan putera kayangan yang jatuh
di Ulu Limbang dan berkahwin dengan empatbelas
perempuan di sana. Yang sulung bernama Awang Alak
Betatar yang sekaligus menjadi ketua kepada yang
lainnya.

➢Namun teori kayangan ini tidak diterima oleh saintifik


sejarah.

Sanib Said, "Sejarah Kesultanan Brunei: Menginsafi


MIB", Janang, Mac 1994, Bil.2, hlm. 113.
34
EMPAT BELAS SEPERADIAN AWANG ALAK BETATAR
1. Awang Alak Betatar [Umuk Batata]. Sultan Brunei Pertama memeluk ugama Islam
bergelar Sultan Muhammad Shah.
2. Patih Barbai [Marbai] [Peti Barambai], Paduka Seri Pangiran Bendahara Seri Maharaja
Permaisuara. Diangkat menjadi Sultan ke-2 dengan nama Islamnya bergelar Sultan
Ahmad.
3. Awang Si Mawn [Semaun], Pangiran Temenggong.
4. Patih Mambang.
5. Patih Tuba.
6. Patih Sangkuna [Peti Runak].
7. Patih Manggarun.
8. Patih Malakai.
9. Patih Pahit/Si Lampang, menakluki Banteng.
10.Damang Sari.
11.Patih Sindayung.
12.Damang Lebar Daun, Juru Shahbandar. Berhijrah ke Jawa lalu bermastautin di sana
Selama 9 tahun dan berkahwin dengan gadis jawa. Menurut cerita orang dulu-Dulu, hasil
dari perkahwinan tersebut baginda dikurniakan seorang Putera dan seorang puteri:
Nakhoda Ragam (Sultan Bolkiah) & Palingkam Cahaya.
13.Hapu Awang.
14.Patih Laila Langgong/Langkung.
35
➢Terdapat sumber lain yang menyatakan bahawa pada
abad ke-9 pergolakkan meletus di Sri Vijaya, Sumatera
yang menyebabkan penghijrahan ke Borneo dan
seterusnya menubuhkan kerajaan bernama Srivijaya.

➢Robert Nicholl, sejarawan Barat pula berpendapat


kerajaan Brunei di bentuk oleh orang-orang Funan
iaitu kerajaan Melayu awal yang terletak di lembah
sungai Mekong di Tanah Besar Asia Tenggara.

36
➢ Dalam penelitian sejarah China pula Po-Ni saja
merujuk kepada kerajaan Brunei awal. Setelah
melakukan kajian, Majoriti sarjana- sarjana dunia
sependapat bahawa Po-Ni adalah kerajaan Brunei
awal.

➢ Dalam sumber China yang awal Po-Ni telah dikatakan


menghantar utusan ke China dan Raja Po-Ni ketika itu
ialah Hiang Tia.

37
➢Beraleh pula kepada "Beraja" dalam konteks MIB
yang membawa makna sistem Kerajaan atau
Pemerintahan yang Beraja diterima dan ditaati.

➢Raja adalah ibarat payung bagi negara dan


perpaduan bangsa, sesuai dengan ungkapan
bahawa Raja adalah Ibarat payung Allah di muka
bumi.

➢Raja dalam konteks MIB adalah sultan yang sentiasa


bersikap "pemedulian" tentang kebajikan rakyat
dan kemakmuran negara serta mempunyai
wawasan.
38
➢Raja dalam konteks keBruneian bukanlah Raja
ceremonial, simbolik, santitik atau Raja "interior
decoration”

➢Raja adalah pemegang amanah untuk mengendali dan


menjalankan kerajaan dan pemerintahan dengan cara adil
dan ihsan menurut landasan-landasan hukum Allah,
kerana kuasa memerintah itu adalah kurnia dari Allah
S.W.T. jua (Lihat Al-Quran, Surah Ali 'Imran ayat 26)

➢Pemerintahan Beraja dalam falsafah MIB telah


menegaskan sistem pemerintahan Melayu dengan kuasa
pemerintahan tertinggi terletak di tangan sultan yang
berdaulat dan memegang amanah kuasa penuh. 39
40
❑MIB sebagai Falsafah Negara Brunei Darussalam adalah
rumusan ideal mengenai cara hidup berbangsa dan
bernegara sebagai asas sumber rujukan dalam
mencapai matlamat negara, yang mengekalkan identiti,
nilai luhur untuk ketahanan negara dan pemerintahan
Melayu yang berpandukan Islam sebagai ugama negara
dengan sistem beraja.

❑Konsep MIB yang telah lama wujud dan menjadi


landasan masyarakat Brunei pada generasi hari ini
haruslah disemai dan ditanai kepada setiap hati
individu masyarakat bagi memastikan dan mengekalkan
identiti keBruneian yang telah lama wujud itu tidak
akan hapus ditelan zaman yang serba moden ini.
41
42

Anda mungkin juga menyukai