Anda di halaman 1dari 23

Pengenalan.

1 Januari 1984. Inilah tarikh keramat yang menyerlahkan buat pertama kalinya sebuah ungkapan
berbunyi Melayu Islam Beraja sebuah ungkapan yang memberi nama kepada ciri kehidupan kita,
Inilah yang menjadi tonggak kepada calak Brunei. Tidak hairanlah jika ungkapan ini
kemudiannya telah dimasyhurkan sebagai falsafah kenegaraan Negara Brunei Darussalam.
(Pehin Jawatan Luar Perkema Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin,
MELAYU ISLAM BERAJA Suatu Pendekatan, cetekan pertama, Brunei: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1998).

Dalam titah pemasyhuran kemerdekaan Negara Brunei Darussalam telah ditegaskan bahawa
Negara Brunei Darussalam akan selama-lamanya menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja.
Pengisytiharan tersebut telah menjadikan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara yang
dijadikan dasar dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam segala hal ehwal di Negara
ini. Dalam titah pemasyhuran tersebut beberapa perkara yang ditegaskan ialah:

1. Brunei sebagai sebuah negara yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran-
ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah.

2. Negara yang adil dan amanah serta bebas dengan petunjuk serta keredhaan Allah Subhanahu
wa Ta‘ala bagi memperoleh ketenteraman dan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat.

3. Memelihara perhubungan persahabatan antarabangsa atas dasar saling hormat-menghormati


terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan, dan keutuhan wilayah bagi semua negara yang
bebas daripada campur tangan dari luar negeri.

Awal Pengisytihran Melayu Islam Beraja

Pada awal pengisytiharan Melayu Islam Beraja memang tidak dinafikan wujudnya kewahaman
dalam kalangan masyarakat tentangnya. Pada tahap itu, usaha membuat tafsiran dan
penghuraiannya telah dilakukan. Terdapat beberapa titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memberi penjelasan tentang tafsiran Melayu Islam
Beraja. Antaranya sempena sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke-44 pada tahun 1990:
Dari tiga rangkai kata, ‘Melayu Islam Beraja’, terdapat unsur atau nilai-nilai yang positif untuk

1
ketahanan negara, umpamanya dari Melayu itu, ialah bahasanya. Siapa pun tidak menyangkal,
bahawa Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling efektif. Tanpa
bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat lagi mempunyai
identiti. Demikian juga Islam, ialah ugama yang menjamin kepentingan rakyat dan penduduk
dengan tidak mengira apa jua agama, suku kaum dan keturunan. Pendeknya, Ugama Islam
adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan untuk semua. Kerana itu tidak siapa yang perlu
takut atau merasa ragu mengenainya (Titah pada 21Julai,1990). Sementara perkataan Beraja
pula adalah menunjukkan kepada kerajaan yang bersultan atau beraja yang sudah wujud dan
menjadi warisan zaman sejak dari beberapa abad lagi.
Pada tahun yang sama semasa sambutan Maulud Nabi yang mempunyai tema ‘Sentiasa
Mendukung falsafah Melayu Islam Beraja’, Baginda Sultan telah memberi penjelasan lanjut
tentang kewajipan bangsa Melayu. “Memelayukan segala tingkah laku dan perangai kita, penuh
dengan sopan santun, hormat-menghormati, kasih sayang terhadap kanak-kanak, belas kasihan
kepada orang lemah dan orang tua. Kemudian dari sifat-sifat Kemelayuan Brunei itu tergambar
atau terpapar pula daripada pakaiannya, pada cara bergaulnya, cara berfikir dan bertindaknya”.
Berkenaan dengan Islam, Baginda menekankan bahawa Islam itu ialah agama yang tinggi dan
agama yang kita akui sebagai agama yang benar. Rasulullah telah diutuskan untuk membawa
agama ini untuk disampaikan kepada sekalian umat manusia. Antara ajaran-ajaran Islam itu ialah
menuju ke arah kesempurnaan akhlak, sebagaimana yang kita sudah sama-sama memahami
maksud sebuah Hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, bahawa Baginda Rasulullah itu diutus
untuk menyempurnakan akhlak. Manakala dalam hal Beraja, baginda juga menghuraikan bahawa
Beraja mempunyai makna Bersultan. Maka tafsiran MIB itu ialah Negara Brunei Darussalam
sebuah negara Melayu Islam yang bersultan. Melalui titah-titah tersebut kesimpulan yang boleh
diambil bahawa falsafah Melayu Islam Beraja mempunyai ruang lingkup pengertian yang luas.
Ia mencakupi elemen termasuk budaya, agama dan sistem sosial serta politik yang menjadi asas
dan panduan bagi menjalankan segala aspek kehidupan untuk menuju akhirat.

Walaupun sudah terdapat beberapa titah yang telah memberi penjelasan tentang maksud titah
pemasyhuran tersebut, namun masih terdapat suara-suara yang meminta perincian tentang hasrat
Baginda. Namun, setelah 29 tahun sejak pengisytiharan, Melayu Islam Beraja telah
menampakkan perkembangan positif. Kefahaman dan penerimaan terhadap falsafah tersebut
dapat dilihat melalui pengamalan nilai-nilai Melayu Islam Beraja dalam kalangan masyarakat

2
secara menyeluruh. Ini juga telah diakui oleh baginda semasa Majlis Forum Melayu Islam Beraja
yang dianjurkan oleh Orang yang Dikurniai Gelaran pada 19 Mei 2009: “Beta tidaklah ragu,
konsep ‘Melayu Islam Beraja’ telah difahami dengan baiknya serta didukung dengan tulus ikhlas
oleh segenap lapisan rakyat. Ia bukan slogan, tetapi sistem yang mengawal cara hidup. Di
bawahnya kita bernaung, membangun dan di bawahnya juga kita mendapat keadilan. Apakah
yang lebih indah lagi daripada ini? Beta sedar, di peringkat awal konsep ini, terdapat sedikit
kewahaman orang. Namun ini cumalah sementara sahaja, sebagai sifatnya benda baru yang
belum sempat didalami pada ketika itu. Sekarang kita bertambah matang dan telah pun dalam
menyelamnya sampai ke dasar, sehingga membolehkan kita dapat membawa naik mutiara-
mutiara berharga untuk dipakai. Kita sekarang memakainya dengan amat selesa lagi bahagia,
sementara orang lain yang melihat kita memakai itu juga turut menganggapnya bagus dan
menarik. Adapun yang dipakai itu tidak lain, dari ‘sistem’ kita sendiri, iaitu paksi kesejahteraan
dan kemakmuran negara, MIB. Kefahaman tentang Melayu Islam Beraja ini semakin meningkat
dengan adanya penegasan dan penjelasan yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Peranan Intelektual

Perkara ini juga ditambah dengan penjelasan lanjut dan mendalam yang telah diusahakan oleh
para intelektual. Keterlibatan para intelektual yang gigih dan berterusan juga telah membuahkan
hasil dalam memberikan kesedaran dan menanamkan rasa tanggungjawab yang memastikan
kelangsungan dan kesinambungan Melayu Islam Beraja. Kini pengetahuan mengenai Melayu
Islam Beraja telah menunjukkan perkembangan yang positif, begitu juga kefahaman
mengenainya tidak hanya terhad kepada orang awam semata-mata tetapi juga semakin ramai
intelektual yang membuat kajian dalam bidang masing-masing dan mengaitkannya dengan MIB.

Intelektual ialah golongan pemikir. Selain daripada berfikir, intelek juga harus mengamalkan dan
mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Sehubungan itu, dalam konteks Brunei
Darussalam, para intelek Melayu Islam Beraja itu mempunyai peranan; berusaha untuk
meningkatkan kefahaman, penghayatan dan pengamalan Melayu Islam Beraja dalam kalangan
masyarakat, dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan masyarakat dengan erti kata yang luas
dengan mendorong mereka untuk menyedari bahawa Melayu Islam Beraja ialah dasar yang
menjadi panduan dalam segala hal ehwal kehidupan yang memberikan manfaat serta tidak

3
menghalang daripada mencapai kemajuan.( Dr Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah, PERANAN
GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI DALAM KONSEP MELAYU ISLAM BERAJA,
https://fass.ubd.edu.bn/staff/docs/SN/Norkhalbi-2016.pdf)

Negara Melayu

Melayu bererti kebudayaan. Melayu yang diwariskan hendaklah diamalkan dengan mendasari
kehidupan orang Melayu. Terdapat tiga unsur kemelayuan dalam warisan Melayu yang penting
dalam kehidupan orang Brunei iaitu bahasa, bangsa dan budaya (adat istiadat). Adat Istiadat
Melayu dicipta oleh datuk-nenek orang Melayu Brunei zaman-berzaman. Dasar kebudayaan
Melayu hendaklah berpaksikan agama Islam. Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, 12 Rabiul
awal 1411/1 Oktober 1993 sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad sallallahu alaihi
wasallam. yang dipetik seperti:

“Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita ialah memelayukan segala tingkah laku dan perangai
kita penuh dengan sopan santun, hormat menghormati, kasih-sayang terhadap kanak-kanak,
belas kasihan kepada orang-orang lemah dan orang-orang tua. Kemudian dari sifat-sifat
kemelayuan Brunei itu, tergambar atau terpapar pula pada pakaian, pada cara bergaulnya, cara
berfikir dan bertindak. Jangan kita lebih lebihkan memakai cara orang, bergaul cara orang,
kerana keempat-empat unsur ini, apabila sudah melebihi cara orang itu, nanti Brunei bukan lagi
Brunei. Inilah yang kita mahu? Kita orang-orang Melayu dan orang-orang Islam, adalah
dikehendaki supaya teradab dan berakhlak Melayu dan Islam”

Bangsa merupakan satu warisan Melayu yan sangat penting kerana bangsa mengenalkan siapa
dan dari mana asal-usul seseorang itu. Undang-Undang Taraf Kerakyatan Negeri Brunei 1962
telah memperuntukkan bahawa bangsa Melayu terdiri daripada tujuh puak rakyat jati Brunei iaitu
Melayu Belait, Melayu Bisaya, Melayu Brunei, Melayu Dusun, Melayu Kedayan, Melayu
Murut,atau Mealyu Tutong. Dalam kontes Negara Brunei Darussalam takrif Melayu itu merujuk
khusus kepada bangsa, dan tidak kepada agama (Islam). (Dato Paduka Dr Haji Abdul Latif bin
Haji Ibrahim, Dinamik Warisan Mealayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei, Cetakan
Pertama 2011).

4
Empat puak Melayu sahaja dikatakan Muslim dan menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka
berbanding yang lain, dan mereka pula terdiri daripada Melayu Brunei, Belait, Tutong dan
Kedayan, manakala Melayu yang lain seperti Bisaya, Dusun dan Murut masih mengekalkan
tradisi dan budaya mereka berdasarkan agama dan kepercayaan mereka, dan mereka dianggap
‘non-muslim’. Dengan kata-kata lain, ‘Melayu’ bukanlah semestinya merujuk kepada orang-
orang yang menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka atau Muslim meliputi semua aspek.

Non-muslim di negara ini, selain 3 bangsa Melayu yang telah dinyatakan, terdiri daripada bangsa
Cina (golongan majoriti di kalangan non-muslim), India dan lain-lain yang membentuk
komponen masyarakat Brunei. Non-muslim pada umumnya berjumlah lebih kurang 30%
manakala Muslim pula meliputi hampir 70% daripada keseluruhan rakyat Brunei yang
dianggarkan sekitar 400 ribu orang menurut sumber mutakhir. (Wan Ali, W. Z. K. (2009).
Masyarakat Muslim di Negara Brunei Darussalam: kajian mengenai isu dan cabaran dalam
pemikiran Islam era globalisasi. Borneo Research Journal, 3, 187-208.)

Di bawah adalah di antara titah baginda Sultan yang berbunyi:

“Beta tidak faham mengapa orang harus mempertikaikannya? Mempertikaikan falsafah MIB
bererti kita mempertikaikan diri kita sendiri, dan sekali gus juga mempertikaikan sejarah asal
usul” (Titah pada 2 September,2006)

Titah ini menjawab kepada keraguan dan tomohan bahawa kewujudan MIB akan meminggirkan
masyarakat bukan Islam. Ini adalah kerana Islam itu bersifat adil. Oleh kerana itu, kita tidak
perlu takut atau merasa ragu mengenainya.

Negara Islam

Unsur kedua dalam falsafah Melayu Islam Beraja ialah agama Islam. Negara Islam yang
dihasratkan bagi Negara Brunei itu ialah negara yang mengamalkan hukum Islam yang sentiasa
dijadikan rujukan utama sebagaimana yang dimaksudkan oleh Al-Quran dan Hadith serta ijmak
Ulama yang Mujtahid. Sebagaimana menurut titah diatas “Agama resmi Negara menurut akidah
Ahli Sunah Wal-Jamaah, Mazhab Syafie”. Pernyataan ini bukan sahaja menerima agama Islam
sebagai agama rasmi Negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan Negara Brunei
Darussalam, bahkan juga menjadi cara hidup orang Melayu Brunei, iaitu cara keislaman,

5
penerapan nilai Islam dalam kehidupan masyarakat dan juga pentadbiran Kerajaan Brunei
Darussalam, dan merupakan satu ‘trend’ dalam process islamisasi. (Pehin Jawatan Luar
Perkema Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin, MELAYU ISLAM
BERAJA Suatu Pendekatan, cetekan pertama, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998). Islam
sebagai ugama rasmi Negara ini (lihat Index II).

Demokrasi Berlandaskan Islam.

Demokrasi yang bersendikan ajaran Islam (lihat Index I) menurut Ahli Sunnah Wal-Jama’ah
yang dimaksudkan oleh titah tersebut merupakan dasar demokrasi yang dirujuk kepada hukum
Islam terlebih dahulu supaya maksud itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Sebagai
misalnya, menurut dasar demokrasi, sesuatu dasar yang hendak dijalankan perlu dibawa ke
dalam permesyuaratan untuk dibahaskan sebagaimana yang dimaksudkan oleh demokrasi yang
berasaskan ‘By the people, for the people, to the people.’ (Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja
Dato Seri Utama Dr.Haji Awang Mohd.Jamil Al-Sufri, MELAYU ISLAM BERAJA Hakikat
dan Hasrat, Cetakan Pertama 2008, Pusat Sejarah Brunei.)

Dan dengan sebab itu, segala apa juga yang akan dijalankan oleh orang Islam hanya akan dirujuk
menggunakan hukum-hukum Islam. Walaubagaimanapun, sesuatu peraturan demokrasi yang
bersesuaian dengan hukum-hukum Islam tidak pula ditegah menggunakannya. Sebab itulah
Negara Brunei Darussalam menerima system demokrasi yang bersendikan kepada ajaran-ajaran
Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang berdasarkan keadilan, kejujuran, amanah dan
kebebasan menurut petunjuk serta keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala seperti titah Baginda
Sultan di atas. (pada 27 Rabiulawal 1404/1 Januari 1984 di Taman Sir Muda Omar Ali
Saifuddien)

Negara Beraja

Beraja bermakna sistem pemerintahan yang mempunyai raja. Dalam konteks Negara Brunei
Darussalam, raja (atau Sultan) ialah kuasa tertinggi memerintah Negara. Kuasa tertinggi
memerintah ini telah wujud sejak orang Brunei menerima raja dalam system pemerintahan

6
Negara ini. Kedudukan seorang raja sebagai kuasa tertinggi memerintah itu disahihkan oleh
agama Islam melalui Al-Quran dan Hadith bahawa rakyat wajib taat kepada Raja atau pemimpin
(ulil amri) dan Raja wajib adil.

Melayu Islam Beraja (MIB), sebagai falsafah Negara, seharusnya di sebarkan untuk
meningkatkan lagi kefahaman serta penghayatan rakyat dan penduduk negara ini yang mana
akan mencorakkan hala tuju perubahan dan pembangunan Negara Brunei Darussalam.

MIB Sebagai Cara Hidup Orang-orang Brunei


Sememangnya dalam pengisytiharan pada 1 Januari 1984, Negara Brunei Darussalam, sebagai
sebuah Negara perlu mempunyai suatu identiti pembaharuan yang serasi dengan cara kehidupan
orang Melayu Brunei, sesuai dengan kedudukan Brunei sebagai sebuah negara yang baru
merdeka dan penuh berdaulat. Orang Melayu Brunei dalam konteks identiti kemelayuan perlu
mengamalkan nilai-nilai luhur kebudayaan Melayu dan identiti kebruneian. Setiap warga Negara
Brunei Darussalam yang bernaung di bawah panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sulta dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hendaklah
menjadikan Melayu Islam Beraja sebagai cara hidup, falsafah atau dasar Negara bersandarkan
kepada undang-undang Negara ini yang mesti ditanai dan dipikul oleh setiap warganegara Brunei
Darussalam. Dan salah satu cara kita memikul tanggungjawab ini ialah dengan menghayati,
mengamal dan melaksanakan falsafah ini dalam pentadbiran dan pengurusan negara serta
menjadikannya sebagai cara hidup seharian demi masa depan survival bangsa dan negara kita
khususnya bagi generasi muda yang sentiasa menghadapi cabaran dalam era globalisasi masa
kini. Dengan amalan ini bermakna secara tidak langsung kita sudah menjalankan tanggungjawab
sebagai rakyat dan penduduk negara ini sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam iaitu
mentaati pemimpin kerana raja itu adalah Ulil Amri (Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan
Jabatan Penerangan, Mutiara Bangsa: Melayu Islam Beraja, Cetakan Pertama 2012, Brunei
Press Sdn Bhd).

MELAYU ISLAM BERAJA MENJADI PENENTU CALAK BRUNEI.


Falsafah kenegaraan ialah idea mengenai cara berbangsa dan bernegara. Falsafah negara digali
daripada calak hidup bangsa itu sendiri. Falsafah Melayu Islam Beraja tentu sahaja mengandungi
idea yang mempengaruhi calak hidup Brunei. Tepat sekali ia digali untuk diambil menjadi

7
falsafah kenegaraan kita. Kita sebenarnya mempunyai alasan untuk mengetengahkan Melayu
Islam Beraja sebagai falsafah kenegaraan Brunei. Kita berbuat sedemikian dan akan terus
berbuat sedemikian dalam proses pengukuhan kemerdekaan kita pada zaman yang penuh dengan
cabaran. Brunei merupakan negara melayu yang kemudian telah dibentuk dengan mendapat
calaknya daripada unsur dan pengaruh Islam lalu bekerjasama secara pemerintahan beraja oleh
sultan-sultan Melayu yang beragama Islam .
Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara menjadi norma dalam kehidupan berbangsa dan
bernegara dan menjadi asas perumusan dasar negara. Ia juga menjadi garis pandu dalam
pembentukan peribadi, perwatakan identiti dan calak hidup kebruneian. Falsafah Melayu Islam
Beraja bukan idea, fikiran, fahaman, gambaran dan cita-cita yang cetek malah setiap unsur yang
bersepadu dalam falsafah negara iaitu keMelayuan, keIslaman dan keSultanan ialah unsur
dinamik bagi kelangsungan hidup dan menghayati serta kekalnya Negara brunei Darussalam
serta sama sekali tidak membantutkan perkembangan masa depan negara.

KESIMPULAN

“Kerajaan Baginda Queen telah memutuskan supaya tidak ada cadangan dibuat yang akan
menjatuhkan status Brunei sebagai Kesultanan Melayu Islam”. (C.O. 1030/460, simpanan
Jabatan Pusat Sejarah Brunei; Jamil Umar, Liku-Liku Perjuangan Menuju Kemerdekaan 1984,
Pusat Sejarah). Jelasnya, sebelum wujud Perlembagaan Negeri Brunei 1959, status Negara
Brunei Darussalam adalah sebagai sebuah “Kesultanan Melayu Islam”. (Hj Latif Ibrahim,
2003, 39.). Bagaimanapun kewujudannya tidak pernah diisytiharkan secara rasmi mahupun
dimasukkan sebagai sebahagian daripada undang-undang negara. Pengisytiharan secara rasmi
hanya dilakukan semasa pencapaian kemerdekaan Brunei pada 1 Januari 1984 oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Hubungan ketiga-tiga unsur, Melayu Islam Beraja ini adalah berkait rapat. Orang Melayu
memerlukan system Beraja dari segi induk kuasa memerintah untuk mentadbir dan
menyebarluaskan perkembangan agama Islam untuk menjadikan Negara dan rakyat hidup dalam
keamanan dan kemakmuran. Melayu sebagai penggerak memerlukan Islam sebagai landasan dan

8
cara bertindak dari segi pengamalan keagamaan sebagai panduan kehidupan di dunia dan di
akhirat. Dari segi Beraja memerlukan Melayu dari segi sokongan dan taat setia kepada Raja yang
menjadi kuasa memerintah tertinggi, kepada kerajaan Baginda dan Negara dan untuk
kesinambungan system Beraja itu sendiri.

Melayu Islam Beraja ini akan kekal sebagai calak orang Brunei dan biarkan generasi akan datang
dapat menikmati nilai-nilai dalam Melayu Islam Beraja dan kita berdoa semoga Allah
Subhanahu Wata’ala akan terus melimpahkan rahmat-Nya kepada Negara Brunei Darussalam
dan segala manusia isi di dalamnya, supaya semua usaha-usaha berkebajikan yang kita
laksanakan bagi kepentingan dan kemajuan negara ini akan dapat disempurnakan dan akan
mendapat keredaan Allah jua.

9
SOALAN 1:

Berdasarkan Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien
Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena
Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 27 Rabiulawal 1404/1 Januari 1984
di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien di bawah huraikan maksud Negara Melayu Islam
Beraja:

“Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu
Wata’ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang
merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut
Ahlussunnah Wal Jemaah”

Kandungan Muka Surat

10
Tajuk i

Pengenalan 1

Awal Pengisytihran Melayu Islam Beraja 2-3

Peranan Intelektual 3-4

Negara Melayu 4-5

Negara Islam 5-6

Demokrasi Berlandaskan Islam. 6

Negara Beraja 7

MIB Sebagai Cara Hidup Orang-orang Brunei 7

Melayu Islam Beraja Menjadi Penentu Calak Brunei. 8

Kesimpulan 8 -9

Index I
Pengisytiharan Kemerdekaan 10

Index II
Erti “Rasmi” 11

Rujukan i - ii

INDEX 1

Pengisytiharan Kemerdekaan

Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang dititahkan oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Banginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang

11
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 27 Rabiulawal 1404/1 Januari 1984 di Taman Sir
Muda Omar Ali Saifuddien antara lain menyatakan bahawa “Negara Brunei Darussalam adalah
dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata’ala akan untuk selama-lamanya
kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik,
bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahlussunnah Wal Jemaah”

Pemasyhuran itu mengandungi diantara nya perkara berikut:


I. Sejarah Negara Brunei Darussalam yang tidak pernah menjadi tanah jajahan, tetapi
mempunyai hubungan perjanjian istimewa dengan United Kingdom dan akhirnya Perjanjian
Persahabatan dan Kerjasama 1979 yang membolehkan Brunei mengambil alih semula
tanggungjawab antarabangsa yang sepenuhnya sebagai sebuah negara yang berdaulat lagi
merdeka mulai 1 Januari 1984.
II. Wujudnya Perlembagaan Negeri Brunei 1959, yang menurutnya Kerajaan Brunei disusun dan
ia menjadi undang-undang tertinggi bagi kerajaan
III. Negara Melayu Islam Beraja itu hendaklah dikekalkan dengan mempunyai wawasan berikut:
1. Hendaklah dipelihara dan dipertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan demokratiknya
bersendikan kepada ajaran agama Islam menurut akidah Ahli Sunah Waljamaah, dengan
berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan, dan dengan petunjuk dan keredaan Allah.
2. Sentiasa berusaha bagi memperoleh dan menjamin ketenteraman dan keselamatan,
kebajikan serta kebahagiaan rakyat.
3. Memelihara perhubungan persahabatan di kalangan antarabangsa atas dasar hormat-
menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan (kukuh) wilayah
bagi semua negara yang bebas daripada campur tangan luar negeri. (Pehin Jawatan Luar
Perkema Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin, MELAYU ISLAM
BERAJA Suatu Pendekatan, cetekan pertama, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998,
hlm 31 – 32.)
INDEX II

Erti Rasmi

Secara ringkasnya, perkataan “rasmi” mengenai kedudukan Islam dikatakan merujuk kepada
perkara-perkara berikut:

12
Pertama: Sultan ialah pemegang kuasa memerintah yang tertinggi dan menjadi ketua agama.

Kedua: Waris yang sah bagi menggantikan sultan hendaklah beragama Islam.

Ketiga: Majlis Ugama Islam ialah pihak yang berkuasa besar dalam perkara agama dan
hendaklah majlis itu menolong dan menasihatkan sultan dalam perkara tersebut.

Keempat: Pesuruhjaya Tinggi British terkecuali daripada campurtangan (memberi nasihat) dalam
perkara-perkara yang berkenaan dengan agama.

Kelima: Penasihat agama menjadi ahli kerana jawatan dalam Majlis Mesyuarat Diraja, Majlis
Mensyuarat Menteri-Menteri dan Majlis Mensyuarat Negeri.5

Rujukan : Wan Ali, W. Z. K. (2009). Masyarakat Muslim di Negara Brunei Darussalam: kajian
mengenai isu dan cabaran dalam pemikiran Islam era globalisasi. Borneo Research Journal, 3,
187-208.

http://eprints.um.edu.my/
3620/1/%5B2010%5D_Islam_di_Negara_Brunei_Darussalam.pdfhttps://mediapermata.com.bn/
islam-sebagai-agama-rasmi-brunei-darussalam/

RUJUKAN:

Buku

13
(Dato Paduka Dr Haji Abdul Latif bin Haji Ibrahim, Dinamik Warisan Mealayu, Dewan Bahasa
Dan Pustaka Brunei, Cetakan Pertama 2011).

Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, MUTIARA BANGSA: Melayu ISLAM BERAJA,
Cetakan Pertama,2012, Brunei Press Sdn Bhd)

(Pehin Jawatan Luar Perkema Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin,
MELAYU ISLAM BERAJA Suatu Pendekatan, cetekan pertama, Brunei: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1998)

(Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr.Haji Awang Mohd.Jamil Al-Sufri,
MELAYU ISLAM BERAJA Hakikat dan Hasrat, Cetakan Pertama 2008, Pusat Sejarah Brunei.)

Journal/Kertas Kerja

Wan Ali, W. Z. K. (2009). Masyarakat Muslim di Negara Brunei Darussalam: kajian mengenai
isu dan cabaran dalam pemikiran Islam era globalisasi. Borneo Research Journal, 3, 187-208.

(C.O. 1030/460, simpanan Jabatan Pusat Sejarah Brunei; Jamil Umar, Liku-Liku Perjuangan
Menuju Kemerdekaan 1984, Pusat Sejarah). Jelasnya, sebelum wujud Perlembagaan Negeri
Brunei 1959, status Negara Brunei Darussalam adalah sebagai sebuah “Kesultanan Melayu
Islam”. (Hj Latif Ibrahim, 2003, 39).

Media Permata
Melayu Islam Beraja sebagai pegangan hidup
July 15, 2019
Oleh Nurdiyanah R.

Web-site

14
http://eprints.um.edu.my/
3620/1/%5B2010%5D_Islam_di_Negara_Brunei_Darussalam.pdfhttps://mediapermata.com.bn/
islam-sebagai-agama-rasmi-brunei-darussalam/

.( Dr Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah, PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL BRUNEI


DALAM KONSEP MELAYU ISLAM BERAJA, https://fass.ubd.edu.bn/staff/docs/SN/Norkhalbi-
2016.pdf)

(MELAYU ISLAM BERAJA (MIB) MENJADI PENENTU CALAK BRUNEI ,


https://khairulameera.wordpress.com/2011/10/16/melayu-islam-beraja-mib-menjadi-penentu-
calak-brunei/).

ii

15
Negara Melayu

Negara Mealayu bererti Negara Melayu yang mempunyai ciri-ciri Melayu, mengamalkan
kedudayaan Melayu yang berteraskan Adat Istiadat Melayu yang dicipta oleh datuk-nenek orang
Melayu Brunei sejak zaman-berzaman. Melayu adalah suatu rumpun bangsa yang dilihat dari
sosiobudaya yang mempunyai norma dan nilai yang terpuji dan mulia

Melayu Islam Beraja: Sebagai cara hidup orang Melayu Brunei.

Sememangnya dalam pengisytiharan pada 1 Januari 1984, Negara Brunei Darussalam, sebagai
sebuah Negara perlu mempunyai suatu identiti pembaharuan yang serasi dengan cara kehidupan
orang Melayu Brunei, sesuai dengan kedudukan Brueni sebagai sebuah Negara yang baru
merdeka dan penuh berdaulat. Orang Melayu Brunei dalam konteks identity kemelayuan perlu
mengamalkan nilai-nilai luhur kebudayaan Melayu dan identiti kebruneian yang mempunyai
unsur-unsur kebaikan. Antara nilai-nilai budaya kemelayuan yang ada kaitannya dengan nilai-
nilai agama islam yang perlu diterapkan dalam kehidupan orang Melayu antara lain ialah:
berawar galat dan menghormati dan mentaati kedua orang tua, guru-guru, orang-orang alim atau
ulama, pemimpin; saying menyayangi, mematuhi adat dan istiadat yang tidak bercanggah dengan
hukum-hukum Islam. (Dato Paduka Dr.Haji Abdul Latif bin Haji Ibrahim, DINAMIK WARISAN
MELAYU, cetekan pertama 2011, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.)

Rakyat Brunei yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi Negara Melayu Islam Beraja itu
terdiri bangsa Melayu Brunei dalam Undang-undang Taraf Kebangsaan Brunei 1961, iaitu
Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Maka orang Melayu yang
disebutkan ini akan diasuh dan dididik untuk menjadi insan yang kamil dan disuburkan jiwanya
dengan ilmu pengetahuan yang sesuai dengan kemampuan dan keperluan Negara. “Pehin
Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr.Haji Awang Mohd.Jamil Al-Sufri, MELAYU
ISLAM BERAJA Hakikat dan Hasrat, Cetakan Pertama 2008, Pusat Sejarah Brunei.)

16
Nilai Islam

Unsur kedua dalam falsafah Melayu Islam Beraja ialah agama Islam. Sebagaimana menurut titah
diatas “Agama resmi Negara menurut akidah Ahli Sunah Wal-Jamaah, Mazhab Syafie”.
Pernyataan ini bukan sahaja menerima agama Islam sebagai agama rasmi Negara seperti yang
termaktub dalam perlembagaan Negara Brunei Darussalam, bahkan juga menjadi cara hidup
orang Melayu Brunei, iaitu cara keislaman, penerapan nilai Islam dalam kehidupan masyarakat
dan juga pentadbiran Kerajaan Brunei Darussalam, dan merupakan satu trend dalam process
Islamisasi. (Pehin Jawatan Luar Perkema Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Md. Zain Haji
Serudin, MELAYU ISLAM BERAJA Suatu Pendekatan, cetekan pertama, Brunei: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1998).

Negara Islam yang dihasratkan bagi Negara Brunei itu ialah Negara yang mengamalkan hukum
Islam yang sentiasa dijadikan rujukan utama sebagaimana yang dimaksudkan oleh Al-Quran dan
Hadith serta ijmak Ulama yang Mujtahid.

Nilai Raja

Unsur ketiga dalam falsafah Melayu Islam Beraja ialah Beraja. Takrif beraja menurut kertas
kerja Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ialah; “ Pemerintahan beraja di mana sultan
selaku pemimpin dan penaung kepada rakyat Banginda adalah memegang amanah Allah bagi
menjalankan kuasa tertinggi memerintah Negara.” . (Pehin Jawatan Luar Perkema Raja Dato
Seri Utama Dr Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin, MELAYU ISLAM BERAJA Suatu Pendekatan,
cetekan pertama, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998).

Dalam sejarah Brunei, ketaatan rakyat kepada system Beraja selama lebih daripada tujuh kurun
yang berpaksi kepada ketaatan rakyat kepada raja dan taat beragama telah menjadikan Negara
Brunei Darussalam yang tertua dalam system Beraja di mana rajanya masih menjadi kuasa
tertinggi memerintah.

Institusi Beraja di Negara Brunei Darussalam mempunyai beberapa agensi atau majlis seperti
Majlis Mesyuarat Diraja, Majlis Mengangkat Raja, Majlis Agama Islam, Kabinet Menteri-
Menteri dan Majlis Mesyuarat Negara yang memandu dan memata-matai bahawa perjalanan

17
pentadbiran Negara dijalankan dengan baik, adil dan saksama menurut lunas-lunas Islam. . (Dato
Paduka Dr.Haji Abdul Latif bin Haji Ibrahim, DINAMIK WARISAN MELAYU, cetekan pertama
2011, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Kesimpulannya.

Hubungan ketiga-tiga unsur, Melayu Islam Beraja ini adalah berkait rapat. Orang Melayu
memerlukan system Beraja dari segi induk kuasa memerintah untuk mentadbir dan
menyebarluaskan perkembangan agama Islam untuk menjadikan Negara dan rakyat hidup dalam
keamanan dan kemakmuran. Melayu sebagai penggerak memerlukan Islam sebagai landasan dan
cara bertindak dari segi pengamalan keagamaan sebagai panduan kehidupan di dunia dan di
akhirat. Dari segi Beraja memerlukan Melayu dari segi sokongan dan taat setia kepada Raja yang
menjadi kuasa memerintah tertinggi, kepada kerajaan Baginda dan Negara dan untuk
kesinambungan system Beraja itu sendiri.

Index 1

18
Pengisytiharan Kemerdekaan

Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang dititahkan oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Banginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 27 Rabiulawal 1404/1 Januari 1984 di Taman Sir
Muda Omar Ali Saifuddien antara lain menyatakan bahawa “Negara Brunei Darussalam adalah
dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata’ala akan untuk selama-lamanya
kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik,
bersendikan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahlussunnah Wal Jemaah”

Pemasyhuran itu mengandungi diantara nya perkara berikut:


I. Sejarah Negara Brunei Darussalam yang tidak pernah menjadi tanah jajahan, tetapi
mempunyai hubungan perjanjian istimewa dengan United Kingdom dan akhirnya Perjanjian
Persahabatan dan Kerjasama 1979 yang membolehkan Brunei mengambil alih semula
tanggungjawab antarabangsa yang sepenuhnya sebagai sebuah negara yang berdaulat lagi
merdeka mulai 1 Januari 1984.
II. Wujudnya Perlembagaan Negeri Brunei 1959, yang menurutnya Kerajaan Brunei disusun dan
ia menjadi undang-undang tertinggi bagi kerajaan
III. Negara Melayu Islam Beraja itu hendaklah dikekalkan dengan mempunyai wawasan berikut:
1. Hendaklah dipelihara dan dipertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan demokratiknya
bersendikan kepada ajaran agama Islam menurut akidah Ahli Sunah Waljamaah, dengan
berasaskan keadilan dan amanah dan kebebasan, dan dengan petunjuk dan keredaan Allah.
2. Sentiasa berusaha bagi memperoleh dan menjamin ketenteraman dan keselamatan,
kebajikan serta kebahagiaan rakyat.
3. Memelihara perhubungan persahabatan di kalangan antarabangsa atas dasar hormat-
menghormati terhadap kemerdekaan, kedaulatan, persamaan dan keutuhan (kukuh) wilayah
bagi semua negara yang bebas daripada campur tangan luar negeri. (Pehin Jawatan Luar
Perkema Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin, MELAYU ISLAM
BERAJA Suatu Pendekatan, cetekan pertama, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998,
hlm 31 – 32.)
Index II

19
Secara ringkasnya, perkataan “rasmi” mengenai kedudukan Islam dikatakan merujuk kepada
perkara-perkara berikut:

Pertama: Sultan ialah pemegang kuasa memerintah yang tertinggi dan menjadi ketua agama.

Kedua: Waris yang sah bagi menggantikan sultan hendaklah beragama Islam.

Ketiga: Majlis Ugama Islam ialah pihak yang berkuasa besar dalam perkara agama dan
hendaklah majlis itu menolong dan menasihatkan sultan dalam perkara tersebut.

Keempat: Pesuruhjaya Tinggi British terkecuali daripada campurtangan (memberi nasihat) dalam
perkara-perkara yang berkenaan dengan agama.

Kelima: Penasihat agama menjadi ahli kerana jawatan dalam Majlis Mesyuarat Diraja, Majlis
Mensyuarat Menteri-Menteri dan Majlis Mensyuarat Negeri.5

Rujukan : Wan Ali, W. Z. K. (2009). Masyarakat Muslim di Negara Brunei Darussalam: kajian
mengenai isu dan cabaran dalam pemikiran Islam era globalisasi. Borneo Research Journal, 3,
187-208.

http://eprints.um.edu.my/
3620/1/%5B2010%5D_Islam_di_Negara_Brunei_Darussalam.pdfhttps://mediapermata.com.bn/
islam-sebagai-agama-rasmi-brunei-darussalam/

20
Apa yang di kata kan Melayu

Melayu adalah suatu rumpun bangsa yang dilihat dari sosiobudaya yang mempunyai norma dan
nilai yang terpuji dan mulia.

Melayu: Hak bangsa Melayu yg terdiri daripada tujuh puak jati bangsa Melayu yg dinamik dan
dominan menjadi sandaran kehidupan beraja, berkeluarga,bermasyarakat, berbangsa dan
bernegara.

Islam: Agama rasmi Negara menurut akidah Ahli Sunnah Waljamaah Mazhab Shafie yg dihayati
menjadi cara hidup yg lengkap, sempurna dan unggul.

Beraja: Pemerintahan beraja, iaitu sultan selaku pemimpin dan penaungan kepada rakyat baginda
memegang amanah Allah bagi menjalankan kuasa tertinggi memeritah Negara. (Power Point,

21
Kesepaduan dan kekuatan konsep melayu islam beraja, Khairul Rizal Abdul Rahim Ph.D
Akademik Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.

Amalah falsafah Melayu Islam Beraja hendaklah dijadikan agenda utama negara terutama ketika
Negara Brunei Darussalam terus berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran semasa yang
kritikal seperti globalisasi, sekularisme, pembinaan negara bangsa dan sebagainya, yang tentu
sekali berpotensi untuk mempengaruhi persepsi dan pemikiran rakyat. Situasi semasa yang
demikian sangat memerlukan kefahaman dan penghayatan yang mendalam tentang konsep MIB
untuk dijadikan tapak atau asas yang kukuh kepada keampuhan bangsa untuk mengekalkan
identiti luhur warisan bangsa dalam dunia global dan moden kini. (Haji Abdul Rahman Taib,
Pehin Orang Kaya Seri Lela, Menteri Pendidikan).

Melayu: Hak bangsa Melayu yg terdiri daripada tujuh puak jati bangsa Melayu yg dinamik dan
dominan menjadi sandaran kehidupan beraja, berkeluarga,bermasyarakat, berbangsa dan
bernegara.

Islam: Agama rasmi Negara menurut akidah Ahli Sunnah Waljamaah Mazhab Shafie yg dihayati
menjadi cara hidup yg lengkap, sempurna dan unggul.

Beraja: Pemerintahan beraja, iaitu sultan selaku pemimpin dan penaungan kepada rakyat baginda
memegang amanah Allah bagi menjalankan kuasa tertinggi memeritah Negara. (Power Point,
Kesepaduan dan kekuatan konsep melayu islam beraja, Khairul Rizal Abdul Rahim Ph.D
Akademik Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.

22
Slide 2: Hubungan ketiga-tiga unsur, Melayu Islam Beraja ini adalah berkait rapat.

Slide 3: Tingginya tingkat kebudayaan sesuatu bangsa dapat ditandai oleh bahasa

Mat, A. C., & Muhammad, A. (2010). Budaya Berbahasa Menurut Perspektif Islam. Sains
Humanika, 53(1).

Slide 4: Antara nilai-nilai budaya kemelayuan yang ada kaitannya dengan nilai-nilai agama islam
yang diterapkan dalam kehidupan orang Melayu antara lain ialah: berawar galat dan
menghormati dan mentaati kedua orang tua, guru-guru, orang-orang alim atau ulama, pemimpin;
sayang menyayangi, mematuhi adat dan istiadat yang tidak bercanggah dengan hukum-hukum
Islam.`

23

Anda mungkin juga menyukai