Anda di halaman 1dari 16

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOLEJ PERNIAGAAN (COB)

BPMS3113
PENGURUSAN MUAMALAT
ANTARABANGSA

TUGASAN INDIVIDU
PENGURUSAN HARTA WAKAF DI BRUNEI

NAMA PENSYARAH

DR. HAJI MUHAMMAD NASRI HJ MD HUSSAIN

NAMA: SHARALIZA BINTI NGAH


NO MATRIK: 111600

1
PENDAHULUAN

Wakaf adalah satu amalan yang mulia dan amat digalakan oleh Islam. Hukum wakaf

adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan

berdasarkan nas al-Quran dan hadis. Wakaf bukan sahaja merupakan suatu amalan

yang memberi ganjaran yang berterusan sekalipun orang yang berwakaf itu telah

meninggal dunia, bahkan dapat mendidik jiwa manusia untuk melakukan

pengorbanan dan bersikap prihatin terhadap kepentingan, kebajikan dan

kesejahteraan orang lain. Dalil Al-Quran melalui surah surah ali-imran ayat 92:

‫لَ ْن تَنَالُوا ْالبِ َّر َحتَّى تُ ْنفِقُوا ِم َّما تُ ِحبُّونَ َو َما تُ ْنفِقُوا ِم ْن َش ْي ٍء فَإ ِ َّن هَّللا َ بِ ِه َعلِي ٌم‬

Maksudnya: kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan

kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu

sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah

mengetahuinya.

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa wakaf itu adalah suatu amalan

yang dianjurkan dan disuruh oleh Islam dan besar faedah serta berlanjutan

pahalanya kepada orang yang berwakaf itu sebagaimana hadith yang diriwayatkan

oleh Imam Muslim: (Sahih Muslim, 3/1255, Kitab Al-Wasiah):

Maksudnya: “Apabila mati seseorang Islam itu, maka terputuslah segala

pahala amalnya kecuali dari tiga sumber iaitu sedekah jariah atau ilmu yang

dapat memberi faedah atau seorang anak salih yang sentiasa mendoakannya.”

2
Berdasarkan kelebihan tersebut, perbuatan berwakaf telah menjadi amalan yang

meluas dan lumrah di kalangan umat Islam sejak dahulu hingga sekarang. Di Negara

Brunei Darussalam sendiri, amalan berwakaf telah menjadi amalan biasa

masyarakat Islam dan merupakan satu ibadah yang sangat digemari oleh segenap

lapisan masyarakat termasuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri, pembesar-pembesar

negara, pegawai-pegawai dan kakitangan awam dan juga orang ramai.

Peranan Majlis Agama Islam Brunei

Di Negara Brunei Darussalam, harta wakaf adalah di bawah pengurusan sebuah

badan yang bergelar Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). MUIB dalam mengendali

dan mentadbir segala urusan harta wakaf adalah berdasarkan kepada peruntukan

undang-undang sebagaimana yang termaktub di dalam Undang-Undang Negara

Brunei Darussalam (Laws Of Brunei), iaitu Akta Majlis Ugama Islam Dan Mahkamah-

Mahkamah Kadi (Penggal 77). Akta Majlis Ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah

Kadi (Penggal 77) telah memperuntukkan bahawa Majlis hendaklah menjadi

pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am, atau wakaf khas

sebagaimana bab 100, Akta berkenaan yang berbunyi seperti berikut:

Dengan tidak menghiraukan mana-mana syarat yang bertentangan yang

terkandung dalam mana-mana suratcara atau akuan yang membuat

menguasai dan menyentuh suratcara atau akuan tersebut, Majlis hendaklah

menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf, samada wakaf

3
am, atau wakaf khas, bagi semua nazar am, dan semua amanah dari setiap

jenis yang membuat mana-mana amanah khairat bagi menyokong dan

mengembangkan ugama Islam menurut hukumsyarak, setakat mana-mana

harta benda yang terlibat dengannya dan terletak di Negara Brunei

Darussalam dan, jika penduduk atau orang lain yang membuat amanah,

wakaf atau nazar am tersebut menetap di Negara Brunei Darussalam, setakat

semua harta benda yang terlibatdenganya di mana sahaja letaknya.”

Di samping itu, Akta berkenaan juga memperuntukkan bahawa mana-mana amanah,

wakaf atau nazar, yang menyentuh syarat-syarat Akta ini hendaklah dipegang oleh

Majlis yang diamanahkan bagi maksud-maksud khairat demikian bagi menyokong

dan mengembangkan Agama Islam, atau untuk faedah orang-orang Islam di Negara

Brunei Darussalam menurut hukum Syarak sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Majlis dari masa ke semasa. Bab 98 dari Akta Majlis Agama Islam Dan Mahkamah-

Mahkamah Kadi (Penggal 77) menyatakan seperti berikut:

“Semua harta benda, pelaburan dan kumpulan wang, termasuk Kumpulan

wang sebelum ini yang menjadikan Kumpulan wang Agama Islam, yang

diberikan dari masa ke semasa dalam Majlis bagi maksud Akta ini, selain

daripada harta benda yang dipegang, menurut syarat-syarat Akta ini atau

mana-mana amanah, wakaf atau nazar, yang menyentuh syarat-syarat Akta

ini atau mana-mana amanah, bagi maksud yang tertentu atau tertakluk

kepada amanah yang dinyatakan dengan tertentu, bersama dengan

pendapatan daripadanya, hendaklah menjadi Kumpulan wang Wakaf Am

Majlis dan hendaklah dipegang oleh Majlis yang diamanahkan bagi maksud-

4
maksud khairat demikian bagi menyokong dan mengembangkan ugama

Islam, atau untuk faedah orang-orang Islam di Negara Brunei Darussalam

menurut hukum Syarak, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis dari

masa ke semasa.

Dengan syarat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberi arahan tidak

berlawanan dengan hukum syarak atau dengan syarat-syarat Akta ini kepada Majlis,

mengenai dengan perbelanjaan bagi mana-mana bahagian daripada Kumpulan

wang Wakaf Am atau pendapatan daripadanya dan boleh, dengan cara yang sama,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh membatalkan mana-mana cadangan

perbelanjaan daripadanya. Dalam mengendali dan mentadbir segala urusan

pentadbiran harian harta wakaf tersebut di Negara Brunei Darussalam, Jabatan

Majlis Agama Islam adalah bertanggungjawab dalam perkara tersebut. Jabatan itu

sendiri telah mewujudkan satu bahagian yang dinamakan Bahagian Baitul Mal Dan

Wakaf yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal harta Baitul Mal dan wakaf

umat Islam di Negara Brunei Darussalam.

Carta struktur Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei dengan bahagian-bahagian yang

terdapat di dalamnya termasuk Bahagian Baitul Mal Dan Wakaf.

5
Carta organisasi Jambatan Majlis Agama Islam

Sistem perwakafan Negara Brunei Darussalam

Sistem perwakafan di Negara Brunei Darussalam terbahagi kepada dua:-

i. Tidak berdaftar

ii. Berdaftar

wakaf secara tidak berdaftar

a. Sistem perwakafan ini ialah apabila seorang hamba Allah/suatu pihak itu

mewakafkan sesuatu kepada pihak-pihak tertentu seperti kelengkapan, peralatan

dan lain-lain secara tidak bertulis dan hanya dilafazkan secara lisan sahaja. Timbang

6
terima kedua belah pihak telah bersetuju untuk memberi dan menerima harta yang

diwakafkan itu.

b. Perwakafan cara ini kadang-kadang terjadi tanpa diketahui oleh pihak kedua iaitu

orang yang menerima harta wakaf tersebut. Contohnya, seorang hamba Allah

mewakafkan kitab suci Al-Quran di masjid tanpa diketahui oleh pegawai atau

kakitangan masjid.

Secara berdaftar

c. Sistem perwakafan ini ialah apabila seorang hamba Allah/suatu pihak

mewakafkan jenis-jenis harta yang kebiasaannya merupakan harta yang takalih

seperti tanah dan bangunan dengan menentukan pertukaran nama pemilik secara

sah di sisi undang-undang. Bagi sistem perwakafan serupa ini contohnya tanah;

apabila wakaf seseorang itu telah diterima, dilafazkan dan disahkan oleh pihak-

pihak berkenaan, maka urusan tukar milik tanah daripada orang yang berwakaf

kepada Majlis Agama Islam

akan dilaksanakan menurut undang-undang. Apabila telah selesai, harta itu akan di

tadbir oleh Majlis Agama Islam Brunei dan merupakan pihak yang akan mengurus

harta wakaf berkenaan.

Jenis- jenis wakaf

Harta wakaf yang ditadbir dan dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam dapat

dibahagikan kepada dua jenis terdiri daripada:-

i. Wakaf Khas

ii. Wakaf Am

7
Wakaf Khas

Wakaf Khas adalah wakaf yang telah ditentukan sendiri oleh seorang yang

berwakaf. Contohnya, sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh orang tersebut

dan tanah yang diwakafkannya itu telah ditentukannya untuk kegunaan-kegunaan

tertentu, misalnya untuk didirikan masjid, surau, balai ibadat dan sebagainya.

Wakaf Am

Wakaf Am pula adalah merupakan wakaf yang tidak ditentukan secara khusus

kegunaannya oleh orang yang berwakaf. Bagi wakaf jenis ini, Majlis Ugama Islam

adalah bebas untuk menentukan tindakan-tindakan yang patut dibuatnya ke atas

harta wakaf jenis ini.

TATACARA (PROSEDUR) BERWAKAF

Wakaf Berdaftar

8
Di Negara Brunei Darussalam, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam peruntukan

undang-undang tadi, pihak yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus hal

ehwal harta wakaf secara berdaftar adalah Majlis Ugama Islam dan pengurusan bagi

harta wakaf itu adalah tertakluk kepada jenis wakaf; sama ada wakaf itu wakaf khas

atau wakaf am. Prosedur/tatacara berwakaf itu adalah seperti berikut:

1. Seseorang yang berhasrat untuk berwakaf, hendaklah menulis surat kepada

Setiausaha Majlis Ugama Islam, dengan menyatakan hasratnya untuk

berwakaf itu ( contohnya tanah ), dengan menyertakan keterangan tanah

tersebut seperti berikut:

I. Kedudukan/lokasi dan statusnya (kekal/TOL/LTS),

II. Keluasan tanah yang akan diwakafkan

III. Tujuan tanah tersebut itu diwakafkan (khas/am).

IV. Salinan geran tanah.

2. Pegawai-pegawai Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei akan memeriksa tanah

tersebut.

3. Setelah selesai membuat pemeriksaan tersebut, Pegawai-Pegawai Jabatan

Majlis Agama Islam Brunei akan membuat laporan bertulis dan akan

dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ugama Islam untuk menentukan sama

ada hasrat orang tersebut diterima atau sebaliknya. Lazimnya, bagi yang

berhasrat untuk berwakaf tanah, keluasan tanah adalah akan diambil kira

lebih-lebih lagi jika sesorang itu berhasrat untuk berwakaf bagi pembinaan

masjid, surau atau balai ibadat. Sebagai contoh, tanah yang hendak

diwakafkan itu berkeluasan satu ekar sahaja bagi pembinaan masjid, surau,

9
atau balai ibadat; untuk bangunan masjid, surau atau balai ibadat sahaja

mungkin mencukupi, tetapi kemudahan-kemudahan lain seperti tempat letak

kereta, penambahan di masa akan datang dan sebagainnya perlu diambilkira.

Oleh kerana itu, dengan keluasan tanah sedemikian, maka orang yang

hendak berwakaf itu akan dinasihatkan untuk mewakafkan tanahnya secara

wakaf am sahaja.

4. Apabila hasrat orang yang hendak berwakaf itu diterima, maka orang

berkenaan adalah dikehendaki untuk mengucapkan lafaz wakaf di hadapan

Hakim Mahkamah Syariah.

5. Selepas itu, pihak Majlis Agama Islam akan berurusan dengan pihak-pihak

yang berkenaan seperti Jabatan Tanah dan sebagainya bagi proses pindah

milik dan lain-lain. Setelah semua urusan tersebut selesai, maka baharulah

didaftarkan di Jabatan Majlis Agama Islam Brunei bagi urusan

pentadbirannya.

Wakaf Tidak Berdaftar.

Bagi harta wakaf yang tidak berdaftar, maka pengurusannya adalah merupakan

tanggungjawab pihak yang diberikan atau menerima harta wakaf berkenaan.

Misalnya sebuah masjid menerima wakaf Al-Quran, maka masjid itu sendiri yang

akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengannya.

HARTA-HARTA WAKAF DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Secara umumnya, harta-harta wakaf di Negara Brunei Darussalam adalah terdiri

10
daripada tanah, bangunan-bangunan, wang tunai yang diwakafkan bagi pembinaan

seperti masjid, kenderaan seperti kereta-kereta jenazah, buku-buku ugama, kitab

suci Al-Quran, peralatan komputer, alat hawa dingin, peralatan-peralatan masjid

seperti pembesar suara, kipas angin dan sebagainya.

Untuk jelasnya, sila rujuk carta yang disertakan sebagaimana lampiran.

PELABURAN HARTA-HARTA WAKAF

Wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan umat Islam. Oleh kerana

itu, harta wakaf wajib dijaga, dipelihara dan perlulah dilaburkan agar ia terus kekal

dan berkembang serta dapat diperolehi manfaat dan pahalanya secara berterusan .

Berdasarkan kepada kedudukannya sebagai pemegang amanah harta-harta wakaf,

Majlis Agama Islam Brunei mempunyai kuasa melakukan apa-apa langkah yang

bersesuaian ke atas harta-harta tersebut bagi maksud memaju dan mengembangkan

harta-harta itu setakat mana yang dibenarkan oleh hukum syarak dan

diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Di Negara Brunei Darussalam, terdapat harta-harta wakaf yang telah dimajukan

untuk pelaburan. Tujuan pelaburan tersebut ialah bagi mengembangkan harta

wakaf itu bagi kepentingan umat Islam di Negara Brunei Darussalam. Umpamanya,

tanah wakaf Lot 11613 dan Lot 11106, Jalan Kota Batu, Negara Brunei Darussalam

telah dibangunkan diatasnya rumah pangsa dan rumah kedai untuk disewa.

Bangunan tersebut telah memberikan pendapatan sewa kepada Majlis Agama Islam

11
pada setiap bulan. Hasil pelaburan tersebut telah digunakan bagi kegunaan

kebajikan masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam.

Majlis Agama Islam memang sedia menyedari bahawa perkembangan harta wakaf

tersebut perlulah diusahakan dengan lebih giat lagi kerana masih banyak ruang dan

usaha yang dapat dibuat dalam memperkermbangkan harta-harta wakaf berkenaan.

USAHA-USAHA MAJLIS UGAMA ISLAM DALAM MENINGKATKAN

PENGURUSAN HARTA WAKAF

Majlis Agama Islam Brunei telah dapat mengendali dan melaksanakan tugas dan

tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dalam pengurusan harta-harta wakaf

ini. Dalam pada itu, usaha-usaha sedang dibuat bagi meningkatkan lagi pengurusan

harta-harta wakaf berkenaan supaya menjadi lebih teratur dan sempurna. Antara

usaha-usaha yang telah dan akan terus dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam

dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Agama ialah

untuk memasukkan barang-barang yang telah diwakafkan oleh orang ramai di

masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh Negara ke dalam

senarai daftar harta-harta wakaf di Majllis Agama Islam. Penyenaraian harta-harta

wakaf berkenaan adalah perlu dan mustahak bagi memastikan harta-harta wakaf

berkenaan dipelihara dan dijaga dengan baik dan terjamin serta dapat

menyampaikan ‘hajat’ orang yang berwakaf itu untuk dapat dimanfaatkan secara

berterusan.

Di samping itu, data-data wakaf berkenaan akan dapat disimpan dengan sempurna

serta teratur dan dapat menjadi sumber rujukan di masa akan datang. Selain
12
daripada usaha-usaha untuk memasukkan harta-harta wakaf itu ke dalam senarai

harta-harta wakaf di Majlis Agama Islam, Majlis Agama Islam juga dengan kerjasama

Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Agama dan Pejabat Peguam

Negara, Jabatan Perdana Menteri melalui satu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan

oleh Majlis Agama Islam telahpun selesai meneliti draf Perintah Wakaf ( untuk

bacaan kali ke-dua) dan setelah draf Perintah berkenaan selesai diteliti, maka ia

akan dapat diwartakan dan dikuatkuasakan untuk pelaksanaannya.

Menerusi projek ’E- Government’ juga, Majlis Agama Islam Brunei tidak ketinggalan

untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa ini bagi

meningkatkan pentadbiran dan pengurusan harta-harta wakaf berkenaan. Memberi

maklumat dan kefahaman mengenai tatacara/prosedur berwakaf bagi

mengemaskan lagi pentadbiran dan pengurusan harta-harta wakaf tersebut

sebelum dimanfaatkan oleh orang ramai. Majlis Agama Islam pada masa ini

telahpun berjaya membangunkan beberapa buah masjid di atas tapak tanah-tanah

wakaf dengan kos perbelanjaannya adalah melalui peruntukan wang yang diberikan

oleh kerajaan dan juga hasil wakaf daripada orang perseorangan dan orang ramai.

Di samping itu, Majlis juga telah berjaya membangunkan beberapa buah bangunan

rumah pangsa dan rumah kedai di atas tanah-tanah wakaf dan telah mendapat hasil

daripada sewa-sewa bangunan-bangunan berkenaan. Usaha-usaha seumpama ini

insyaAllah akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan melalui Badan Tanmiah

Harta Majlis Agama Islam, salah sebuah Badan yang telah ditubuhkan oleh Majlis

Agama Islam.

13
Penutup

Amalan berwakaf adalah merupakan salah satu amalan murni yang dapat memberi

manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat Islam dan pewakaf sendiri.

Statusnya sebagai sedekah jariah dapat menyambung pahala kebajikan seseorang

pewakaf walaupun ia telah meninggal dunia.

Di Negara Brunei Darussalam, Majlis Ugama Islam Brunei adalah pihak yang

bertanggungjawab mengenai dengan pengurusan harta-harta wakaf dan merupakan

pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf sama ada wakaf am atau wakaf

khas. Usaha-usaha bagi meningkatkan lagi pentadbiran dan pengurusan harta-harta

wakaf tersebut telah dan akan diteruskan lagi dari masa ke semasa bagi memastikan

kesempurnaan harta-harta wakaf berkenaan.

14
Lampiran

Antara projek-projek yang telah dilaksanakan

BANGUNAN PERNIAGAAN KG KUALA LURAH

-Mengandongi 24 unit.
-Siap dibina pada 7.4.2001
-Bernilai $2,943,162.67
-Mula disewa oleh orang ramai pada 1.4.2002
(Tkt bawah $1000 tkt 1$600
-1.3.2003 hingga sekarang sewa tkt bawah
$600.00 dan tingkat satu $400.00

BANGUNAN PERUMAHAN KG KERIAM


TUTONG

-Mengandongi 20 unit (Klas B 4 unit, Klas C 8


unit dan Klas G 8 unit.
-Siap dibina pada 31.10.1994
-Bernilai $5,626,957.26
-Mula disewa oleh KHEU pada 17.8.1995
-Sewa sebulan $31,400.00 - $30,550.00

STESEN MINYAK KG KUALA LURAH

-Siap dibina pada 12.2.2001


-Bernilai $1,203,943.81
-Mula beroperasi dengan rasminya pada
23.8.2001

15
Rujukan

Kemeterian Hal Ehwal Ugama.(2009). Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam. Julai
28 2009. Dari http://www.religiousaffairs.gov.bn/index.php?
ch=bm_muib&pg=bm_muib_profil&ac=1026

Kementerian Hal Ehwal Ugama (2009). Julai 28 2009. Dari www.religious-


affairs.gov.bn/index.php?ch=bm...

Tim dakwatuna.(2009). Julai 28 2009. Dari http://www.dakwatuna.com

16

Anda mungkin juga menyukai