Anda di halaman 1dari 19

ZAKAT DAN WAKAF DI NEGARA-NEGARA

MUSLIM

KEBIJAKAN DAN PRAKTEK


(Brunei Darussalam)

Disusun Oleh:
Rayhan Al Ichram.N
Reghina Dwita
Rozi Kurnia Rusandi

Sagraha Putra Wiharja


Shafira Rahma.F

Guru Pembimbing : Drs.Muhd.Roem,M.Pd

SEKOLAH MENENGAH ATAS NEGERI 1 PADANG


TP : 2015/2016

13

DAFTAR ISI
BAB I
PENDAHULUAN...............................................................................................................2
A. Latar Belakang........................................................................................................2
B. Rumusan Masalah...................................................................................................2
C. Tujuan......................................................................................................................2
BAB II
PEMBAHASAN..................................................................................................................3
A.Peranan Majlis Agama Islam Brunei.......................................................................3
B.Sistem perwakafan Negara Brunei Darussalam.......................................................6
C.Jenis- jenis wakaf.....................................................................................................7
C. TATACARA (PROSEDUR) BERWAKAF.............................................................8
D. HARTA-HARTA WAKAF DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.................10
E.USAHA-USAHA MAJLIS UGAMA ISLAM DALAM
MENINGKATKAN
PENGURUSAN HARTA WAKAF...........................................................................11
BAB III
PENUTUP.........................................................................................................................14
A. Kesimpulan...........................................................................................................14
DAFTAR PUSTAKA.......................................................................................................15

13

BAB I
PENDAHULUAN
A. Latar Belakang
Wakaf adalah satu amalan yang mulia dan amat digalakan oleh Islam.
Hukum wakaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan
yang digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis. Wakaf
bukan sahaja merupakan suatu amalan yang memberi ganjaran yang
berterusan sekalipun orang yang berwakaf itu telah meninggal dunia,
bahkan dapat mendidik jiwa manusia untuk melakukan pengorbanan
dan

bersikap

prihatin

terhadap

kepentingan,

kebajikan

dan

kesejahteraan orang lain. Berdasarkan kelebihan tersebut, perbuatan


berwakaf telah menjadi amalan yang meluas dan lumrah di kalangan
umat

Islam

sejak

dahulu

hingga

sekarang.

Di

Negara

Brunei

Darussalam sendiri, amalan berwakaf telah menjadi amalan biasa


masyarakat Islam dan merupakan satu ibadah yang sangat digemari
oleh segenap lapisan masyarakat termasuk Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam sendiri, pembesar-pembesar negara, pegawai-pegawai
dan kakitangan awam dan juga orang ramai.

B. Rumusan Masalah
1. Bagaimana penyelenggaraan wakaf di Brunei?
2. Apa saja lembaga yang mengurus perwakafan di Brunei?
3. Apa saja jenis-jenis wakaf di Brunei?

C. Tujuan
1. Menjelaskan penyelenggaraan wakaf di Brunei
2. Menjelaskan apa saja lembaga yang membantu kepengurusan wakaf di Brunei
13

3. Menjelaskan jenis wakaf

BAB II
PEMBAHASAN
A.Peranan Majlis Agama Islam Brunei
Di

Negara

Brunei

Darussalam,

harta

wakaf

adalah

di

bawah

pengurusan sebuah badan yang bergelar Majlis Ugama Islam Brunei


(MUIB). MUIB dalam mengendali dan mentadbir segala urusan harta
wakaf

adalah

berdasarkan

kepada

peruntukan

undang-undang

sebagaimana yang termaktub di dalam Undang-Undang Negara Brunei


Darussalam (Laws Of Brunei), iaitu Akta Majlis Ugama Islam Dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77).

Akta Majlis Ugama Islam

Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) telah memperuntukkan


bahawa Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi
semua wakaf, sama ada wakaf am, atau wakaf khas sebagaimana bab
100, Akta berkenaan yang berbunyi seperti berikut:
Dengan

tidak

menghiraukan

mana-mana

syarat

yang

bertentangan yang terkandung dalam mana-mana suratcara


atau akuan yang membuat menguasai dan menyentuh suratcara
atau akuan tersebut, Majlis hendaklah menjadi pemegang
amanah yang tunggal bagi semua wakaf, samada wakaf am,
atau wakaf khas, bagi semua nazar am, dan semua amanah dari
setiap jenis yang membuat mana-mana amanah khairat bagi
13

menyokong

dan

mengembangkan

ugama

Islam

menurut

hukumsyarak, setakat mana-mana harta benda yang terlibat


dengannya dan terletak di Negara Brunei Darussalam dan, jika
penduduk atau orang lain yang membuat amanah, wakaf atau
nazar am tersebut menetap di Negara Brunei Darussalam,
setakat semua harta benda yang terlibatdenganya di mana
sahaja letaknya.
Di samping itu, Akta berkenaan juga memperuntukkan bahawa manamana amanah, wakaf atau nazar, yang menyentuh syarat-syarat Akta
ini hendaklah dipegang oleh Majlis yang diamanahkan bagi maksudmaksud khairat demikian bagi menyokong dan mengembangkan
Agama Islam, atau untuk faedah orang-orang Islam di Negara Brunei
Darussalam menurut hukum Syarak sebagaimana yang difikirkan patut
oleh Majlis dari masa ke masa. Bab 98 dari Akta Majlis Agama Islam
Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) menyatakan seperti
berikut:
Semua harta benda, pelaburan dan kumpulan wang, termasuk
Kumpulan wang sebelum ini yang menjadikan Kumpulan wang
Agama Islam, yang diberikan dari masa ke semasa dalam Majlis
bagi maksud Akta ini, selain daripada harta benda yang
dipegang, menurut syarat-syarat Akta ini atau mana-mana
amanah, wakaf atau nazar, yang menyentuh syarat-syarat Akta
ini atau mana-mana amanah, bagi maksud yang tertentu atau
13

tertakluk kepada amanah yang dinyatakan dengan tertentu,


bersama dengan pendapatan daripadanya, hendaklah menjadi
Kumpulan wang Wakaf Am Majlis dan hendaklah dipegang oleh
Majlis yang diamanahkan bagi maksud-maksud khairat demikian
bagi menyokong dan mengembangkan ugama Islam, atau untuk
faedah orang-orang Islam di Negara Brunei Darussalam menurut
hukum Syarak, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis
dari masa ke semasa.
Dengan syarat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberi
arahan tidak berlawanan dengan hukum syarak atau dengan syaratsyarat Akta ini kepada Majlis, mengenai dengan perbelanjaan bagi
mana-mana bahagian daripada Kumpulan wang Wakaf Am atau
pendapatan daripadanya dan boleh, dengan cara yang sama, Kebawah
Duli Yang Maha Mulia boleh membatalkan mana-mana cadangan
perbelanjaan daripadanya. Dalam mengendali dan mentadbir segala
urusan pentadbiran harian harta wakaf tersebut di Negara Brunei
Darussalam, Jabatan Majlis Agama Islam adalah bertanggungjawab
dalam perkara tersebut.

Jabatan itu sendiri telah mewujudkan satu

bahagian yang dinamakan Bahagian Baitul Mal Dan Wakaf yang


bertanggungjawab mengenai hal ehwal harta Baitul Mal dan wakaf
umat Islam di Negara Brunei Darussalam.

13

Carta struktur Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei dengan bahagianbahagian yang terdapat di dalamnya termasuk Bahagian Baitul Mal
Dan Wakaf.

Carta organisasi Jambatan Majlis Agama Islam

B.Sistem perwakafan Negara Brunei Darussalam


Sistem perwakafan di Negara Brunei Darussalam terbahagi kepada
dua:i. Tidak berdaftar
ii. Berdaftar

i.wakaf secara tidak berdaftar

13

a. Sistem perwakafan ini ialah apabila seorang hamba Allah/suatu


pihak itu mewakafkan sesuatu kepada pihak-pihak tertentu seperti
kelengkapan, peralatan dan lain-lain secara tidak bertulis dan hanya
dilafazkan secara lisan sahaja. Timbang terima kedua belah pihak telah
bersetuju untuk memberi dan menerima harta yang diwakafkan itu.
b. Perwakafan cara ini kadang-kadang terjadi tanpa diketahui oleh
pihak kedua iaitu orang yang menerima harta wakaf tersebut.
Contohnya, seorang hamba Allah mewakafkan kitab suci Al-Quran di
masjid tanpa diketahui oleh pegawai atau kakitangan masjid.

ii.Secara berdaftar
c. Sistem perwakafan ini ialah apabila seorang hamba Allah/suatu
pihak mewakafkan jenis-jenis harta yang kebiasaannya merupakan
harta yang takalih seperti tanah dan bangunan dengan menentukan
pertukaran nama pemilik secara sah di sisi undang-undang. Bagi
sistem

perwakafan

serupa

ini

contohnya

tanah;

apabila

wakaf

seseorang itu telah diterima, dilafazkan dan disahkan oleh pihak-pihak


berkenaan, maka urusan tukar milik tanah daripada orang yang
berwakaf kepada Majlis Agama Islam
akan dilaksanakan menurut undang-undang. Apabila telah selesai,
harta itu akan di tadbir oleh Majlis Agama Islam Brunei dan merupakan
pihak yang akan mengurus harta wakaf berkenaan.

13

C.Jenis- jenis wakaf


Harta wakaf yang ditadbir dan dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam
dapat
dibahagikan kepada dua jenis terdiri daripada:i. Wakaf Khas
ii. Wakaf Am

i. Wakaf Khas
Wakaf Khas adalah wakaf yang telah ditentukan sendiri oleh seorang
yang berwakaf. Contohnya, sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh
orang tersebut dan tanah yang diwakafkannya itu telah ditentukannya
untuk kegunaan-kegunaan tertentu, misalnya untuk didirikan masjid,
surau, balai ibadat dan sebagainya.

13

ii. Wakaf Am
Wakaf Am pula adalah merupakan wakaf yang tidak ditentukan secara
khusus kegunaannya oleh orang yang berwakaf. Bagi wakaf jenis ini,

13

Majlis Ugama Islam adalah bebas untuk menentukan tindakan-tindakan


yang patut dibuatnya ke atas harta wakaf jenis ini.

C. TATACARA (PROSEDUR) BERWAKAF


a.Wakaf Berdaftar
Di Negara Brunei Darussalam, sebagaimana yang telah dijelaskan
dalam peruntukan undang-undang tadi, pihak yang bertanggungjawab
mentadbir dan mengurus hal ehwal harta wakaf secara berdaftar
adalah Majlis Ugama Islam dan pengurusan bagi harta wakaf itu adalah
tertakluk kepada jenis wakaf; sama ada wakaf itu wakaf khas atau
wakaf am. Prosedur/tatacara berwakaf itu adalah seperti berikut:
1. Seseorang yang berhasrat untuk berwakaf, hendaklah menulis
surat

kepada

Setiausaha

Majlis

Ugama

Islam,

dengan

menyatakan hasratnya untuk berwakaf itu ( contohnya tanah ),


dengan menyertakan keterangan tanah tersebut seperti berikut:
I.

Kedudukan/lokasi dan statusnya (kekal/TOL/LTS),

II.

Keluasan tanah yang akan diwakafkan

III.

Tujuan tanah tersebut itu diwakafkan (khas/am).

IV.

Salinan geran tanah.

2. Pegawai-pegawai Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei akan


memeriksa tanah tersebut.

13

3. Setelah

selesai

membuat

pemeriksaan

tersebut,

Pegawai-

Pegawai Jabatan Majlis Agama Islam Brunei akan membuat


laporan bertulis dan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis
Ugama Islam untuk menentukan sama ada hasrat orang tersebut
diterima atau sebaliknya.

Lazimnya, bagi yang berhasrat untuk

berwakaf tanah, keluasan tanah adalah akan diambil kira lebihlebih lagi jika sesorang itu berhasrat untuk berwakaf bagi
pembinaan masjid, surau atau balai ibadat. Sebagai contoh,
tanah yang hendak diwakafkan itu berkeluasan satu ekar sahaja
bagi

pembinaan

masjid,

surau,

atau

balai

ibadat;

untuk

bangunan masjid, surau atau balai ibadat sahaja mungkin


mencukupi, tetapi kemudahan-kemudahan lain seperti tempat
letak kereta, penambahan di masa akan datang dan sebagainnya
perlu diambilkira. Oleh kerana itu, dengan keluasan tanah
sedemikian, maka orang yang hendak berwakaf itu akan
dinasihatkan untuk mewakafkan tanahnya secara wakaf am
sahaja.
4. Apabila hasrat orang yang hendak berwakaf itu diterima, maka
orang berkenaan adalah dikehendaki untuk mengucapkan lafaz
wakaf di hadapan Hakim Mahkamah Syariah.
5. Selepas itu, pihak Majlis Agama Islam akan berurusan dengan
pihak-pihak

yang

berkenaan

seperti

Jabatan

Tanah

dan

sebagainya bagi proses pindah milik dan lain-lain. Setelah semua


13

urusan tersebut selesai, maka baharulah didaftarkan di Jabatan


Majlis Agama Islam Brunei bagi urusan pentadbirannya.

b.Wakaf Tidak Berdaftar.


Bagi harta wakaf yang tidak berdaftar, maka pengurusannya adalah
merupakan tanggungjawab pihak yang diberikan atau menerima harta
wakaf berkenaan. Misalnya sebuah masjid menerima wakaf Al-Quran,
maka masjid itu sendiri yang akan menguruskan segala hal yang
berkaitan dengannya.

D. HARTA-HARTA WAKAF DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Secara umumnya, harta-harta wakaf di Negara Brunei Darussalam
adalah terdiri
daripada tanah, bangunan-bangunan, wang tunai yang diwakafkan
bagi pembinaan
seperti masjid, kenderaan seperti kereta-kereta jenazah, buku-buku
ugama, kitab
suci Al-Quran, peralatan komputer, alat hawa dingin, peralatanperalatan masjid
seperti pembesar suara, kipas angin dan sebagainya.
Untuk

jelasnya,

sila

rujuk

carta

yang

disertakan

sebagaimana

lampiran.

PELABURAN HARTA-HARTA WAKAF


13

Wakaf memainkan peranan penting dalam pembangunan umat Islam.


Oleh kerana itu, harta wakaf wajib dijaga, dipelihara dan perlulah
dilaburkan agar ia terus kekal dan berkembang serta dapat diperolehi
manfaat dan pahalanya secara berterusan.
Berdasarkan kepada kedudukannya sebagai pemegang amanah hartaharta wakaf, Majlis Agama Islam Brunei mempunyai kuasa melakukan
apa-apa langkah yang bersesuaian ke atas harta-harta tersebut bagi
maksud memaju dan mengembangkan harta-harta itu setakat mana
yang dibenarkan oleh hukum syarak dan diperkenankan oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam.
Di Negara Brunei Darussalam, terdapat harta-harta wakaf yang telah
dimajukan untuk pelaburan. Tujuan pelaburan tersebut ialah bagi
mengembangkan harta wakaf itu bagi kepentingan umat Islam di
Negara Brunei Darussalam. Umpamanya, tanah wakaf Lot 11613 dan
Lot

11106,

Jalan

Kota

Batu,

Negara

Brunei

Darussalam

telah

dibangunkan diatasnya rumah pangsa dan rumah kedai untuk disewa.


Bangunan tersebut telah memberikan pendapatan sewa kepada Majlis
Agama Islam pada setiap bulan. Hasil pelaburan tersebut telah
digunakan bagi kegunaan kebajikan masyarakat Islam di Negara
Brunei Darussalam.
Majlis Agama Islam memang sedia menyedari bahawa perkembangan
harta wakaf tersebut perlulah diusahakan dengan lebih giat lagi kerana
13

masih

banyak

ruang

dan

usaha

yang

dapat

dibuat

dalam

memperkermbangkan harta-harta wakaf berkenaan.

E.USAHA-USAHA

MAJLIS
UGAMA
ISLAM
MENINGKATKAN PENGURUSAN HARTA WAKAF

DALAM

Majlis Agama Islam Brunei telah dapat mengendali dan melaksanakan


tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dalam
pengurusan harta-harta wakaf ini. Dalam pada itu, usaha-usaha
sedang dibuat bagi meningkatkan lagi pengurusan harta-harta wakaf
berkenaan supaya menjadi lebih teratur dan sempurna. Antara usahausaha yang telah dan akan terus dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam
dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal
Agama ialah untuk memasukkan barang-barang yang telah diwakafkan
oleh orang ramai di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat
di seluruh Negara ke dalam senarai daftar harta-harta wakaf di Majllis
Agama Islam. Penyenaraian harta-harta wakaf berkenaan adalah perlu
dan

mustahak

dipelihara

bagi

memastikan

dan

dijaga

dengan

menyampaikan

hajat

orang

harta-harta

baik
yang

dan

wakaf

terjamin

berwakaf

itu

berkenaan

serta

dapat

untuk

dapat

dimanfaatkan secara berterusan.


Di samping itu, data-data wakaf berkenaan akan dapat disimpan
dengan sempurna serta teratur dan dapat menjadi sumber rujukan di
masa akan datang. Selain daripada usaha-usaha untuk memasukkan
harta-harta wakaf itu ke dalam senarai harta-harta wakaf di Majlis
13

Agama Islam, Majlis Agama Islam juga dengan kerjasama Unit


Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Agama dan Pejabat
Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri melalui satu Jawatankuasa
Khas yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam telahpun selesai
meneliti draf Perintah Wakaf ( untuk bacaan kali ke-dua) dan setelah
draf Perintah berkenaan selesai diteliti, maka ia

akan dapat

diwartakan dan dikuatkuasakan untuk pelaksanaannya.


Menerusi projek E- Government juga, Majlis Agama Islam Brunei tidak
ketinggalan untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada
pada masa ini bagi meningkatkan pentadbiran dan pengurusan hartaharta wakaf berkenaan. Memberi maklumat dan kefahaman mengenai
tatacara/prosedur berwakaf bagi mengemaskan lagi pentadbiran dan
pengurusan harta-harta wakaf tersebut sebelum dimanfaatkan oleh
orang ramai.

Majlis Agama Islam pada masa ini telahpun berjaya

membangunkan beberapa buah masjid di atas tapak tanah-tanah


wakaf dengan kos perbelanjaannya adalah melalui peruntukan wang
yang diberikan oleh kerajaan dan juga hasil wakaf daripada orang
perseorangan dan orang ramai. Di samping itu, Majlis juga telah
berjaya membangunkan beberapa buah bangunan rumah pangsa dan
rumah kedai di atas tanah-tanah wakaf dan telah mendapat hasil
daripada sewa-sewa bangunan-bangunan berkenaan. Usaha-usaha
seumpama ini insyaAllah akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan

13

melalui Badan Tanmiah Harta Majlis Agama Islam, salah sebuah Badan
yang telah ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam.

BAB III
PENUTUP
A. Kesimpulan
Amalan berwakaf adalah merupakan salah satu amalan murni yang
dapat memberi manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat Islam
dan

pewakaf

sendiri.

Statusnya

sebagai

sedekah

jariah

dapat

menyambung pahala kebajikan seseorang pewakaf walaupun ia telah


meninggal dunia.

13

Di Negara Brunei Darussalam, Majlis Ugama Islam Brunei adalah pihak


yang bertanggungjawab mengenai dengan pengurusan harta-harta
wakaf dan merupakan pemegang amanah yang tunggal bagi semua
wakaf sama ada wakaf am atau wakaf khas.

Usaha-usaha bagi

meningkatkan lagi pentadbiran dan pengurusan harta-harta wakaf


tersebut telah dan akan diteruskan lagi dari masa ke semasa bagi
memastikan kesempurnaan harta-harta wakaf berkena

Daftar Pustaka
Kemeterian Hal Ehwal Ugama.(2009). Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam. Julai
28 2009. Dari http://www.religiousaffairs.gov.bn/index.php?
ch=bm_muib&pg=bm_muib_profil&ac=1026
Kementerian Hal Ehwal Ugama (2009). Julai 28 2009. Dari www.religiousaffairs.gov.bn/index.php?ch=bm...
Tim dakwatuna.(2009). Julai 28 2009. Dari http://www.dakwatuna.com

13

13

Anda mungkin juga menyukai