Anda di halaman 1dari 18

PELETAKHAKAN TANAH WAKAF DALAM PERSPEKTIF PERUNDANGAN Oleh Haji Mahamad Naser bin Disa1 1.

Pengenalan
1.1

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 92 yang bermaksud: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat)

kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
1.2

Hadis diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a katanya;

Ayahandaku, Umar al-Khatab telah mendapat anugerah sebidang tanah (kebun) di daerah Khaybar. Beliau kemudiannya bergegas menemui Baginda Rasulullah S.A.W memohon nasihat tentang tanah tersebut. Berkata ayahku kepada Rasulullah S.A.W.; Wahai Rasulullah, aku telah dianugerahkan sebidang tanah yang subur yang tidak pernah aku miliki sebelum ini, apa yang harus aku lakukan ke atas tanah itu? Sabda Rasulullah S.A.W.; Jika kamu bersetuju, sebaik-baiknya kamu kekalkan asetnya, kemudian kamu Ibn sedekahkan Umar; segala hasil ayahku pengeluarannya. Kata Lantas

menyedekahkan semua hasil mahsul tersebut sepanjang masa. Tanah itu tidak dijual, tidak diperniagakan, tidak dijadikan harta pusaka (tidak diwarisi) dan tidak dipindah milik kepada orang lain (hibah). Kata Ibn Umar lagi; Semua hasil tanah (kebun)
1

Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara Malaysia

itu diagih-agihkan kepada fakir miskin, kaum keluarga, hamba abdi, orang yang berada di jalan Allah (fi sabililah), ibnussabil dan pembiayaan kepada para tetamu. Tidak menjadi kesalahan (berdosa) bagi pemegang amanah tanah wakaf tersebut (pengurus) untuk mengambil hasil tanah wakaf secara berpatutan bagi menampung sara hidup atau untuk meraikan para tetamu, asalkan tidak dijadikan milik persendirian mereka. (Hadis Riwayat Muslim)
2.

Pengertian wakaf menurut undang-undang, antaranya adalah seperti yang berikut: 3.1 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1993 [Akta 505] Seksyen 2 memperuntukkan

wakaf am ertinya wakaf yang berkekalan atas modal dan pendapatan daripada harta bagi maksud-maksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian.

wakaf khas ertinya wakaf yang berkekalan atau bagi suatu tempoh terhad atas modal harta bagi maksud-maksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh Hukum Syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian, yang berpendapatan daripadanya diberikan kepada orang-orang atau bagi maksud-maksud yang ditetapkan dalam wakaf itu.

2.2

Enakmen Wakaf Negeri Selangor (No.7 tahun 1999)

wakaf diertikan sebagai suatu penyerahan apa-apa harta yang segala faedah atau kepentingan daripadanya boleh dinikmati bagi apa-apa tujuan khairat sama ada sebagai suatu wakaf am atau wakaf khas mengikut hukum syarak, tetapi tidaklah termasuk suatu amanah yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 (Akta 208).

3.

Kedudukan Tanah Wakaf Dalam Perspektif Perundangan 3.1 Perlembagaan Persekutuan Kuasa Perundangan dan Kuasa Eksekutif Bahagian VI Perlembagaan Persekutuan mempertukkan perkara-perkara mengenai Hubungan Antara Persekutuan Dan Negeri-Negeri. Bab 1 (Perkara 74-79) dalam Bahagian ini menghuraikan perkara-perkara mengenai kuasa perundangan (legislative powers). Manakala Bab 2 pula (Perkara 80-81) menyentuh perkara-perkara mengenai Pembahagian Kuasa-kuasa Eksekutif. Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 74 telah menyenaraikan dalam Jadual Kesembilan Senarai 1 bagi Persekutuan untuk membuat undang-undang dan Senarai 2 untuk Negeri membuat undang. Manakala Senarai 111 (Senarai Bersama), kedua-dua Persekutuan atau Negeri boleh membuat undang-undang. Mengenai Kuasa Eksekutif pula, Perkara 80 telah menetapkan

pembahagian kuasa Perundangan dalam Jadual Kesembila itu juga sebagai kuasa eksekutif. Oleh kerana Wakaf telah termaktub di bawah Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri), kuasa Eksekutif dan kuasa perundangan mengenai wakaf adalah terletak dalam bidangkuasa Negeri. Petikan Butiran 1 adalah seperti berikut:

hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; Walaupun butiran 1 Senarai Negeri ini membeikan bidang kuasa

Perundangan dan Eksekutif kepada Negeri, ia tidak bermaksud kuasa Eksekutif mengenai pekara-perkara yang termaktub dalam Butiran 1 itu sebagai kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana semua perkara dalam Butiran 1 adalah hal ehwal Agama mengenainya adalah terletak di bawah kuasa yang kuasa mutlak Sultan/Raja/YDPA

berasaskan Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Peruntukan Perlembagaan Negeri pula, Majlis Agama Islam Negeri adalah Penasihat dan Pembantu kepada Sultan/Raja/YDPA dalam hal ehwal Agama. Prinsip ini telah juga dikanunkan dalam Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri. Justeru, Pihak Berkuasa yang menentukan dasar dan polisi termasuk cadangan untuk menggubal apaapa kaedah, peraturan atau undang-undang mengenai perkara-perkara dalam Butiran 1 termasuk wakaf adalah terletak kepada MAIN sebagai pembantu dan penasihat Ketua Agama Islam Negeri. Dari aspek pelaksanaan dan penguatkuasaan kepada dasar-dasar yang diputuskan itu, Jabatan Agama Islam Negeri atau mana-mana pihak lain

seperti perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis atas perkenan Ketua Agama bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Namun begitu, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang sebarang kerjasama antara Persekutuan dan Negeri dalam aspek pengurusan mengenai hal ehwal agama. Perkara 80(5) membolehkan Perkiraan dibuat antara persekutuan dan Negeri dalam pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu tertakluk kepada undang-undang Persekutuan atau Negeri. 3.2 Akta/ Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri
(a)

Peruntukan Akta/ Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Negeri Sungguhpun bagi negeri-negeri tertentu selain daripada Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan masih belum lagi mempunyai undang-undang khusus berhubung dengan wakaf, namun perkara wakaf telah dinyatakan Akta/Enakmen Pentadbiran dan dalam peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Seksyen 61. Wakaf dan nazr.


Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazr 'am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, setakat mana-mana harta yang tersentuh olehnya dan terletak di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan dan, jika pemberi harta itu atau orang lain yang mewujudkan amanah, wakaf

atau nazr 'am itu telah berdomisil di Wilayah-Wilayah Persekutuan, setakat semua harta yang tersentuh olehnya di mana-mana jua harta itu terletak.

Seksyen 65. Modal wakaf dan nazr 'am.


(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dan subseksyen (2) dan (3), harta dan aset modal yang tersentuh oleh mana-mana wakaf atau nazr 'am yang sah tidak boleh menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah digunakan menurut wakaf atau nazr 'am itu dan dipegang sebagai wang yang berasingan.

(2) Jika, oleh sebab lampau masa atau perubahan hal keadaan, maka tidak mungkin lagi dapat dijalankan secara berfaedah peruntukan-peruntukan tepat bagi mana-mana wakaf atau nazr 'am, Majlis hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta dan aset yang tersentuh olehnya dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan yang dikehendaki oleh terma-terma wakaf atau nazr 'am itu, dan hendaklah menggunakannya dengan sewajarnya:

(3) Jika terma-terma mana-mana wakaf atau nazr 'am tidak menyatakan cara penggunaan harta dan aset modal yang tersentuh olehnya, atau ada ketentuan tentang cara bagaimana ia hendak digunakan, Majlis boleh mengarahkan supaya cara penggunaan harta dan aset modal itu ditambahkan kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.

(4) Segala suratcara yang mewujudkan, yang menjadi keterangan, atau yang menyentuh mana-mana wakaf atau nazr 'am, berserta dengan mana-mana dokumen hakmilik atau cagaran lain yang berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis.

Seksyen 46(2)(b)(vii) Akta 505 yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan wakaf atau nazr.

Bagi negeri-negeri yang telah mempunyai Enakmen Wakaf yang khusus, segala pentadbiran dan pengurusan harta wakaf adalah tertakluk kepada undang-undang tersebut sebagai contoh pendaftaran wakaf dan sebagainya. 2
(b)

Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Sebagai Pemegang Amanah Tunggal Bagi Tanah Wakaf Seksyen 61 Akta 505 telah mengiktiraf MAIN sebagai pemegang amanah tunggal (sole trustee) bagi semua wakaf termasuk tanah wakaf. Peruntukan yang sama juga terdapat di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri dan Enakmen Wakaf Negeri. Sebagai pemegang amanah tunggal, MAIN berperanan sebagai pentadbir wakaf yang bertanggungjawab mempertahankan dan memelihara, mengambil membangun dan menguruskan harta wakaf. Ini termasuk mengusahakan hartanah, tindakan mahkamah bagi kepentingan wakaf tersebut, mengumpul dan mengutip hasil, menuntut sewa bagi hartanah yang diduduki dan menguruskan pembahagian atau penyerahan hasil/ manfaat wakaf itu kepada pewaris yang dikhaskan oleh pewakaf ataupun untuk pelbagai tujuan kebajikan.3

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2010, Manual pengurusan Peletakan Tanah Wakaf, Najjah One Trading & services, Selangor hlm. 8-9 3 Ibid. hlm. 9

4.

Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56] (KTN) (a) Pengecualian Pemakaian KTN terhadap tanah wakaf Seksyen 4(2)(e) KTN memperuntukkan bahawa mana-mana peruntukan di bawah KTN adalah tidak terpakai kepada tanah wakaf kecuali diperuntukkan sebaliknya. Peruntukan ini dilihat sebagai suatu jaminan bahawa KTN yang merupakan undang-undang utama berhubung dengan tanah telah mengiktiraf undang-undang Islam mengenai wakaf bagi semua tanah wakaf. Oleh itu, dari segi pemakaiannya, prinsip-prinsip umum dalam KTN tanah wakaf. adalah tidak terpakai dalam pengurusan dan pentadbiran

5.

Kelemahan Peruntukan Undang-Undang yang sedia ada 5.1 Kelemahan peruntukan dalam undang-undang yang sedia ada dapat dilihat dalam Enakmen Wakaf Negeri-Negeri seperti
(a)

AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAHWILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 Seksyen 62. Perletakhakan. (1) Semua harta yang tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 61 dan terletak di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, hendaklah, tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan jua pun, dan, dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan di bawah undangundang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan

tanah, terletakhak pada Majlis, bagi maksud-maksud amanah, wakaf atau nazr 'am yang menyentuh harta itu. (2) Majlis hendaklah mengambil segala langkah perlu untuk meletakhak pada Majlis bagi maksud-maksud yang serupa mana-mana harta sedemikian yang terletak di luar WilayahWilayah Persekutuan. (b) ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999

Seksyen 48. Perletakhakan mawquf (3) Semua mawquf yang terletak dalam Negeri Selangor, sebelum sahaja Enakmen ini mula berkuat kuasa hendaklah, tanpa apa-apa pemindahhakkan, penyerahhakan, atau pemindahmilik, dan dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56/65], terletakhak pada Majlis, bagi maksud wakaf yang menyentuh mawquf itu. (c) ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005 Seksyen 50. Perletakhakan mawquf. (3) tanpa Semua mawquf yang terletak dalam Negeri Melaka apa-apa pemindahhakkan, penyerahhakan, atau

sebelum sahaja Enakmen ini mula berkuat kuasa hendaklah, pemindahmilik, dan dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56 Tahun 1965], terletakhak pada Majlis, bagi maksud wakaf yang menyentuh mawquf itu.

(d)

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005 Seksyen 9. Peletakhakan kepada Majlis.

Peletakhakan apa-apa harta tidak alih hendaklah menurut Kanun Tanah Negara.
5.2

Berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di atas, adalah jelas bahawa peletakhakan tanah wakaf adalah kepada MAIN dan masih tertakluk kepada pendaftaran di bawah Kanun Tanah Negara 1965 atau undangundang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan tanah sedangkan KTN sendiri mengecualikan tanah wakaf dari pemakaiannya.

5.3

Justeru peruntukan-peruntukan mengenai wakaf sama ada di dalam enakmen-enakmen, peraturan atau kaedah hendaklah ,eliputi aspek pendaftaran dan pengawal-seliaan seluruh aspek mengenai wakaf dan Pentadbir Tanah di Negei-negeri perlu mematuhi sebarang arahan yang dikeluarkan oleh MAIN mengenai sesuatu tanah wakaf. Ini termasuklah membuat apa-apa endorsement ke atas hak milik tanah berdasarkan persuratan yang dimakluman oleh MAIN.

5.4 Oleh kerana kebanyakan negeri masih tidak mempunyai enakme khusus mengenai wakaf, hal pentadbiran mengenai wakaf berada di ahap yang amat tidak memuaskan dan serng menjadi bahan kritikan pelbagai pihak. Sedangkan MAIN boleh meluluskan peraturan atau kaedah mengenai pengurusan harta wkaf tanpa menunggu untuk mengubal enakmen mengenai wakaf. Kuasa yang diberikan kepada MAIN oleh Enakmen Pentadbiran sudah cukup untuk membolahkan MAIN merangkan system pentadbiran dan pengurusan wakaf yang kemas dan menyeluruh.
6.

Rujukan kepada Wakaf Dalam KTN

10

6.1

Dalam KTN, rujukan kepada wakaf terdapat di dalam seksyen-seksyen yang berikut:

(a)

Seksyen 4(2) Kecualian: Kecuali setakat mana yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa juga dalam Akta ini boleh menyentuh peruntukan(e) mana- mana undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa mengenai wakaf atau bait-ul-mal.

(b)

Seksyen 5 Tafsiran: Melainkan kandungannya menghendaki sebaliknya amanah tidak termasuk wakaf yang diwujudkan selaras dengan prinsipprinsip hukum syarak.
6.2

Berdasarkan peruntukan tersebut, adalah jelas bahawa Kanun Tanah Negara tidak terpakai ke atas tanah wakaf. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa tiada keperluan dari segi undang-undang bagi pendaftaran tanah wakaf di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

7.3

Dalam kes G. Rethinasamy v Majlis Ugama Islam, Pulau Pinang [1993] 2 ML J 166 di mana mahkamah telah memutuskan bahawa Kanun Tanah Negara 1965 adalah tidak terpakai ke atas tanah wakaf kerana peruntukan Seksyen 4 (2)(e) sebagaimana dalam penghakimannya"Kesimpulannya, saya berpuashati, atas imbangan

kemungkinan berdasarkan keterangan dan autoriti-autoriti yang dikemukakan, defendan-defendan telah berjaya membuktikan bahawa bahagian A itu adalah tanah wakaf melalui penggunaan (wakaf by user). Oleh itu bahagian itu tidak

11

tertakluk kepada peruntukan Kanun itu. Saya berpendapat demikian kerana peruntukan Seksyen 4 (2)(e) Kanun itu. Jika, sebagaimana yang saya putuskan, bahagian A itu tanah wakaf, ia bukan lagi milik Dr. Leong (tuan punya sebelum plaintif) dan Dr. Leong tidak boleh menjualnya kepada plaintif. Pentadbir tanah juga tidak berkuasa meletakhak bahagian itu kepada plaintif."
7.4

Begitu juga dalam satu kes baru iaitu Majlis Agama Islam Pulau Pinang & Seberang Perai v Katijah Binti Yoan & Ors [2009] MLJU 1240, Mahkamah dalam kes ini memutuskan bahawa Kanun Tanah Negara 1965 adalah tidak terpakai kepada tanah wakaf sebagaimana yang dinyatakan dalam penghakimannyaIssue (a): whether the NLC applies to wakaf land? The NLC has specifically excluded wakaf land from its ambit by virtue of the clear wording used in Section 4 (1)and (2) (e) of the NLC. Section 4(1) and (2) (e) of the NLC provide as follows: "4. Savings (1) Nothing in this Act shall effect the past operation of, or anything done under, any previous land law or, so far as they relate to land, the provisions of any other law passed before the commencement of this Act. Provided that any right, liberty, privilege, obligation or liability existing at the commencement of this Act by virtue of any such law shall, except as hereinafter expressly provided, be subject to the provisions of this Act.

12

(2) Except in so far as it is expressly provided to the contrary, nothing in this Act shall affect the provisions of..any law of the time being in force relating to Wakaf or bait-ul-mal" Based on this interpretation and contruction of s 4 (1) and (2) of the NLC the 2nd defendant's title to the said lands is not indefeasible and the 2nd defendant cannot rely on the proviso in s 340 (3)(b) to protect its title from being defeated by the higher right and interest in the saids lands conferred by s 90 (1) of the Enactment on the plaintiff. 6.3 Walaupun kes Majlis Agama Islam Pulau Pinang & Seberang Perai v Katijah Binti Yoan & Ors [2009] MLJU 1240 merupakan unreported case dan masih belum selesai di peringkat rayuan, ia merupakan authority berhubung dengan peletahakan tanah wakaf dalam perspektif undang-undang pada masa ini. 6.4 Melalui pemerhatian kepada peruntukan dan keputusan kes-kes yang dinyatakan sebelum daripada ini adalah jelas bahawa KTN tidak terpakai ke atas tanah wakaf. Oleh yang demikian, boleh dikatakan tiada keperluan dari segi undang-undang untuk pendaftaran atau apa-apa urusan berhubung dengan tanah wakaf di bawah KTN. Pendaftaran peletakhakan tanah-tanah wakaf di bawah KTN dibuat melalui Borang 14A di bawah seksyen 215 dan 216 KTN adalah dibuat sebagai peletakhakan tanah kepunyaan MAIN dan bukannya tanah yang diwakafkan kepada MAIN sebagai pemegang amanah tunggal kepada tanah wakaf tersebut. 6.5 Keadaan ini menjadikan tanah-tanah yang diwakafkan kepada MAIN sebagai tanah-tanah kepunyaan MAIN. Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan kenyataan ini adalah peruntukan undang-undang yang sedia

13

ada (KTN/Enakmen) berhubung dengan tanah wakaf adalah tidak harmoni antara satu sama lain. Selain itu, pendaftaran tanah wakaf tersebut di bawah KTN juga sebenarnya boleh dicabar oleh pihak lain kerana ia tidak diperuntukkan oleh KTN. 7. Pendaftaran Tanah Wakaf di bawah KTN 1965; Cadangan Penyelesaian 7.1 Sesetengah pihak beranggapan ketiadaan peruntukan undang-undang wakaf di sesetengah negeri dan tata cara yang jelas bagi pendaftaran tanah wakaf telah mengakibatkan timbulnya masalah tanah wakaf yang tidak berdaftar, disamping berlakunya konflik kepentingan yang membabitkan perundangan dan tuntutan hak. Terdapat cadangancadangan bagi menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah pendaftaran tanah-tanah wakaf tersebut dilaksanakan di bawah peruntukan Seksyen 416C KTN. 7.2 Melalui Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 8/1999, MAIN selaku pihak yang diletakhak segala tanah wakaf berdasarkan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam atau Undang-undang Wakaf Negeri, boleh memohon supaya peletakhakan berkanun di bawah Seksyen 416C KTN digunakan bagi mendaftar semua tanah wakaf. 7.3 Seksyen 416C KTN 1965 memperuntukkan bahawa peletakhakkan tanah milik yang diperolehi melalui derma (donation), hadiah (gift), warisan (bequest), kebenaran (permission), persetujuan (consent), atau apa-apa cara yang lain. Permohonan boleh dibuat oleh penerima dengan menyertakan bukti derma (donation), hadiah (gift), warisan (bequest), kebenaran (permission), persetujuan (consent), atau apa-apa cara yang lain kepada Pendaftar untuk dibuat endosan bagi memberi hak kepada penerima dan mengikat tuan tanah. Hak yang diberikan ialah untuk

14

menduduki, mengguna, mengawal atau mengurus tanah sahaja dan bukan hak sebagai tuan tanah.
7.4

Peruntukan ini dinyatakan secara jelas di bawah Seksyen 416C KTN seperti yang berikut: (1) Jika sekiranya keseluruhan atau sebahagian mana-mana tanah berimilik yang dipegang oleh pemindah diduduki, digunakan, dikawal atau diuruskan oleh penerima pindahan di bawah apa-apa hak atau kelayakan (entitlement) yang diperolehi dengan cara derma (donation), hadiah (gift), warisan (bequest), kebenaran (permission), persetujuan (consent), atau apa-apa cara yang lain, dari pemindah atau mana-mana pendahulu dalam hakmilik pemindah atau mana-mana maksud statutori penerima pindahan sebelum sahaja peletakhakkan statutori berkuatkuasa, hak penerima pindahan kepada pendudukan, penggunaan, kawalan atau pengurusan tersebut hendaklah, atas pemohonan secara bertulis olehnya kepada Pendaftar, diendoskan atas dokumen hakmilik daftaran kepada tanah, jika Pendaftar berpuas hati bahawa perletakhakkan statutori tentang hak atau kelayakan tersebut pada penerima pindahan telah dikuatkuasakan.

7.5

Dalam hal yang demikian, tanah wakaf boleh didaftarkan di bawah peruntukan seksyen 416C atas nama MAIN sebagai penerima pindahan. Namun, peletakhakkan di bawah peruntukan ini adalah terhad di mana MAIN hanya boleh menduduki, mengguna, mengawal atau mengurus tanah wakaf tersebut sahaja dan bukan sebagai pemilik tanah wakaf tersebut.

15

PROSES MEWAKAFKAN HARTA KEPADA MAIN

Mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkan harta kepada MAIN serta melampirkan salinan hakmilik atau apa-apa bukti pengesahan pemilikan harta yang hendak diwakafkan

Bagi kes yang tidak mempunyai dokumen hakmilik sebenar, pemohon dikehendaki membuat surat akuan sumpah bagi mengesahkan perkara di atas.

Pihak MAIN akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta yang hendak diwakafkan supaya status sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti.

Pewakaf kemudiannya dikehendaki menyempurnakan suratcara wakaf yang disediakan oleh MAIN

MAIN akan membuat pindahmilik/peletakanhak tanah di pejabat tanah dan menyelesaikan proses wakaf di bawah Seksyen 416C(1) dan (2) KTN.

16

7.6

Namun, hasil penelitian kepada seksyen 416C, didapati tiada rujukan dibuat kepada wakaf dengan jelas. Seksyen tersebut sebenarnya hanya memperuntukkan mengenai hakhak dalam keseluruhan atau sebahagian tanah berimilik yang terletakhak pada penerima pindahan. Ini adalah kerana pindaan kepada seksyen tersebut bukan bagi maksud pendaftaran tanah wakaf di bawah KTN. Oleh itu, seksyen 416C tidaklah boleh dianggap sebagai penyelesaian yang muktamad bagi isu pendaftaran tanah wakaf di bawah KTN 1965 sebaliknya sebagai salah satu daripada cadangan bagi penyelesaian jangka pendek sementara usaha dibuat bagi mencari penyelesaian yang muktamad bagi isu tersebut.

8. Syor (Cadangan Penyelesaian)

8.4

Satu Jawatankuasa kecil diwujudkan di bawah MAIN untuk melihat secara menyeluruh berhubung dengan pendaftaran, pengurusan dan pembangunan tanah wakaf yang dianggotai oleh Ahli Majlis Agama Islam Negeri. Ahli Majlis yang dilantik menganggotai Jawatankuasa tersebut hendaklah orang yang mampu fokus kepada pentadbiran dan hala tuju pembangunan tanah wakaf. Begitu juga dengan pegawai yang bertugas di Majlis, Jabatan atau Perbadanan Wakaf Negeri.

8.5

JAWHAR mempelopori dan menggerakkan kempen pendaftaran tanah wakaf secara meluas sebagai pihak yang membantu MAIN sama ada dari aspek kewangan atau modal insan.

8.6

Selain itu, bagi tanah-tanah wakaf yang bermasalah, MAIN hendaklah mewujudkan satu badan siasatan khas yang terdiri daripada ahli-ahli yang profesional dan berpengetahuan luas dalam hukum Syarak pertimbangan Jawatankuasa Wakaf dan MAIN. bagi mengemukakan cadangan penyelesaian secara praktikal kepada untuk

17

8.7

Bagi usaha membangunkan harta wakaf komitmen Kerajaan Persekutuan dengan menubuhkan JAWHAR dan YWM perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh MAIN bagi menjalinkan usaha sama strategik terutama sekali dalam aspek pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf.

8.8

Dalam usaha mengatasi kekangan ekonomi, perkenan pihak Majlis RajaRaja untuk mendapatkan dana khas dari Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan wakaf sebagai instrumen yang ampuh demi menjana kekuatan ekonomi umat Islam perlu dilaksanakan. Method ini juga dapat mengelakkan dari dana wakaf dijadikan modal politik sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

8.

Kesimpulan Kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan yang berhubung dengan peletahakan tanah wakaf dalam perspektif perundangan. Dalam hal ini, MAIN berkewajipan untuk menyimpan dan menyelia rekod pendaftaran bagi kesemua tanah kepunyaannya dan tanah wakaf yang dipegangnya sebagai pemegang amanah tunggal. Kewajipan ini wajib dilaksanakan seiring dengan penggubalan undangundang/peraturan/kaedah berkaitan dengan tanah wakaf.

18

Anda mungkin juga menyukai