Anda di halaman 1dari 10

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

TUJUAN MEMPELAJARI TAFSIR

Memahamkan makna-makna Al-Quran, hukumhukumnya, akhlak-akhlaknya dan petunjuk-petunjuk yang lain untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itu, faedah yang kita dapati daripada mempelajari tafsir ialah terpelihara dari salah memahami Al-Quran.

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

SUMBER PENTAFSIRAN

AL - QURAN

IJTIHAD SAHABAT DAN TABIIN

SUNNAH NABAWIYAH

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

IJTIHAD
Merupakan sumber terakhir bagi pentafsiran.

Hanya menyentuh pengambilan untuk mengesahkan dan memilih riwayat-riwayat yang sahih atau menolak riwayat yang mungkar dan lemah. Digunakan untuk menjelaskan ayat-ayat gharib dengan syair- syair terdahulu.

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

Ilmu-ilmu Yang Perlu Dikuasai Oleh Penterjemah Al-Quran

a) llmu Bahasa Arab

diperlukan untuk mengetahui perbendaharaan kata dan makna menurut kedudukannya dalam rangkaian kalimat.
b) Ilmu Saraf penting untuk mengetahui bentuk-bentuk kata yang murab(berubah) dan yang mabniy(tidak berubah) serta dapat merasakan wazan setiap kata, bentuk dan sifatnya.

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

Ilmu-ilmu Yang Perlu Dikuasai Oleh Penterjemah Al-Quran

c) Ilmu al-Isytiqaq (Etimologi) ilmu yang mengkaji tentang asal usul dan perkembangan sesuatu perkataan. Ia membantu pentafsir untuk mengetahui dasar pembentukan asal perkataan yang melahirkan kata-kata yang serumpun dengan makna yang berlainan.

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

d) Ilmu al-Maaniy, al-Bayan dan al-Badi -ilmu al-Maaniy : dapat mengetahui kekhususan dan keistimewaan menurut faedah maknanya. -ilmu al-Bayan : dapat diketahui sesuatu ayat yang sesifik sesuai dengan kejelasan atau kesamaran erti dan makna yang dimaksudkan. -ilmu al-Bayan : digunakan untuk memahami dari segi keindahan susunan ayat.

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

e) Ilmu Hadith berperanan menjelaskan maksud ayat yang mujmal(ringkas), menentukan yang mubham(masih samar pengertiannya), mengkhususkan yang umum, membataskan yang mutlak dan sebagainya.

f) Ilmu al-Asbab al-Nuzul


mengetahui cerita latar belakang sesuatu ayat atau sebab-sebab kenapa ayat itu diturunkan boleh membantu pentafsir untuk memahami dengan lebih terperinci dan halus berhubung makna, takwilan dan tafsiran yang lebih kuat.

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

g) Ilmu al-Qiraat -ia menyentuh cara-cara membaca yang pelbagai atau lebih dikenali Qiraat al-Sabat :Nafi, bacaan Ibn Kathir, bacaan Abu Amr, bacaan Ibn Amir, bacaan Asim, bacaan Hamzat, bacaan al-Kisaiy-untuk membetulkan bunyi sebutan lafaz-lafaz al-Quran mengikut bacaan yang sah iaitu bacaan yang selaras dengan tatabahasa Arab

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

h) Ilmu al-Nasikh dan al-Mansukh -diperlukan untuk memahami setiap detik turunnya ayat al-Quran samada di Makkah atau Madinah. -dapat membantu pentafsir untuk memahami sebab penurunan ayat secara lebih terperinci lagi

Manhaj Al-tafsir SLQ 2112

i) Ilmu

Usul al-Din

seseorang pentafsir untuk mengetahui sifat-sifat Allah serta dalil-dalilnya. -mengukuhkan pegangan akidah termasuk mempercayai perkara-perkara ghaib seperti kewujudan syurga, neraka, malaikat dan mempercayai kebenaran kisah-kisah para rasul yang terdahulu.

-Membantu

Anda mungkin juga menyukai