Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN
Harta warisan atau harta pusaka ialah semua harta yang menjadi milik
seseorang semasa hidup dan berkekalan pemilikannya sehingga dia
meninggal dunia dan menjadi hak mutlak waris-warisnya untuk diagihagihkan dalam kalangan mereka yang berhak. Justeru, istilah harta pusaka
adalah umum yang merujuk kepada segala harta yang ditinggalkan
selepas kematian dan bersih daripada hutang dan wasiat. Harta pusaka
ialah harta peninggalan si mati yang mengandungi harta alih dan harta
tak alih. Harta seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan
insurans, kenderaan, perabot rumah, pakaian dan sebagainya dipanggil
harta alih. Harta seperti tanah serta kepentingan atas tanah tersebut,
rumah, lombong , sawah, telaga dan tasik adalah disebut sebagai harta
tak alih. Definisi harta ialah sebarang benda yang boleh dimiliki.
Perbezaan di buat antara harta tanah (tanah dan hereditamen tak zahir)
dan harta alih (semua jenis harta yang lain) dan antara harta ketara (yang
mempunyai kewujudan fizikal, seperti catel dan tanah) dan harta tak
ketara (hak dalam tindakan dan hereditamen tak zahir).
Pusaka (estates) boleh ditakrifkan sebagai sama ada harta tak alih atau
harta alih yang ditinggalkan oleh seseorang yang kematiannya telah
dibuktikan di bawah undang-undang. Harta tak alih (immovable
properties) ditakrifkan dibawah Interpretation Act 1957 sebagai tanah dan
sebarang kepentingan yang diperolehi dari tanah, manakala harta alih
(movable properties) adalah terdiri daripada lain-lain harta selain dari
tanah. Ianya termasuklah wang simpanan, saham, kenderaan, barangbarang kemas dan sebagainya. Ketua Pengarah Tanah dan Galian telah
memperjelaskan bentuk-bentuk harta tak alih yang boleh dijadikan
sebahagian daripada pusaka kecil melalui pekeliling KPTG Bil 18 tahun
1976.
Secara keseluruhannya, dari sudut tindakan pentadbiran harta bermaksud
di mana ianya dari sudut pengumpulan aset, pembayaran hutang dan
1

pengagihan harta pusaka kepada waris dan benefisiari. Selain itu


pemberian surat pentadbiran daripada waris si mati kepada pentadbir,
jika tiada wasi dalam wasiat. Di samping itu ia juga adalah prosiding yang
dimulakan di mahkamah oleh wakil diri ataupun orang lain yang berminat
pada harta pusaka untuk mendapatkan kebenaran perwakilan. Jika
seseorang mati meninggalkan wasiat, petisyen untuk probet akan dibuat
ke mahkamah oleh orang yang dinyatakan dalam wasiat (waris executor).
Jika tiadanya wasiat, petisyen untuk surat kuasa mentadbir (Letter Of
Administration) akan dibuat oleh benefisiari.
2.0 KLASIFIKASI HARTA PUSAKA
A) HARTA PUSAKA BERWASIAT
Si mati meninggalkan harta dengan membuat wasiat terakhir yang sah di
sisi undang-undang bahawa hartanya itu akan dibahagikan kepada orangorang yang telah si mati tentukan dan hartanya juga telah dikenalpasti
sebelum si mati meninggal dunia. Seseorang di bawah 18 tahun dan
pesakit-pesakit mental tidak mempunyai keupayaan perwasiatan.
Sewaktu membuat wasiat, pewasiat mestilah memahami bentuk
dokumen, harta yang ingin dilepaskannya, orang yang mempunyai
tuntutan yang sah terhadap estetnya, dan cara ia memperuntukkan
estetnya untuk dibahagi-bahagikan.
Di dalam wasiat memerlukan seorang wasi (executor) di mana ia adalah
elemen terpenting di dalam penulisan wasiat . Ini adalah kerana wasi
haruslah seorang yang amanah dan adil kerana tanggungjawabnya adalah
memastikan harta si mati diagihkan secara adil dan setiap waris yang sah
dan layak menerima bahagian mereka. Wasi ialah seseorang yag dilantik
melalui wasiat untuk menguruskan harta pewasiat. Harta pusaka si mati
menjadi hak pemunyaan wasi yang diberi kuasa untuk menguruskannya
sebagaimana yang diarahkan dalam wasiat dari tarikh kematian pewasiat.
Syarat-syarat seorang wasi (executor) :
2

i) Berumur 21 tahun
ii) Berkeupayaan mentadbir harta pusaka
iii) boleh dipercayai
iv) Jika harta adalah banyak termasuk syer-syer, perlu melantik
seorang yang

mempunyai kemampuan kewangan dan

berkemahiran
Apabila seseorang itu mati tidak berwasiat harta alih dan harta tak alih itu
[harta] hendaklah terletak hak pada Amanah Raya Berhad sehingga
pentadbiran diberikan berkenaan dengannya. Pada apa-apa, hal ehwal
harta dipegang begitu sahaja sehingga adalah pemberian surat kuasa
mentadbir yang diperoleh oleh pemohon. Orang-orang yang berhak untuk
memohon bagi mendapatkan pemberian surat kuasa mentadbir ini telah
dipilih mengikut seksyen 30 Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Seksyen
ini boleh diringkaskan seperti berikut:
- Mahkamah mempunyai budi bicara untuk orang yang kepadanya
pentadbiran boleh diberikan.
- Dalam memberikan pentadbiran mahkamah hendaklah mengambil kira:
hak-hak semua orang yang berkepentingan dalam harta pusaka si mati
dalam hasil
penjualannya
- Pentadbiran dengan wasiat terlampir boleh diberikan kepada devis atau
penerima legasi
- Pentadbiran boleh diberikan kepada pemegang amanah yang berkaitan
dengan tanah
diselesaikan sebelum kematian si mati.
- Di mana si mati meninggal dunia penuh berwasiat, pentadbiran
hendaklah, jika permohonan
dibuat bagi maksud itu, boleh diberikan kepada seseorang atau lebih
daripada orang yang
berkepentingan di dalam ladang bakian si mati
- Mahkamah boleh memberikan pentadbiran kepada orang lain jika adalah
suai manfaat untuk
3

berbuat demikian.
Walaubagaimanapun pada kebiasaannya, mereka mesti mendapatkan
geran probet (sijil pengesahan wasiat) daripada mahkamah untuk
membuktikan wasiat dan hak mereka menguruskan harta. Perlantikan
sebagai wasi memberi kuasa hanya untuk berurusan dengan harta pusaka
si mati berdasarkan kepada wasiat, dan bukan kepunyaan benefisial,
walaupun seorang wasi mungkin juga menjadi benefisiari di bawah wasiat
itu. Tempoh wasi melaksanakan kerja beliau adalah selama setahun,
bermula dari kematian si mati, dalam mana wakil peribadinya harus
menyempurnakan pengurusan hartanya. Di bawah Akta Pentadbiran Harta
1925, wakil peribadi biasanya tidak terikat untuk mengagih-agihkan harta
dalam tempoh tersebut.
B) HARTA PUSAKA TIDAK BERWASIAT
Si mati meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat atau tidak membuat
wasiat atau tidak sempat menyediakan wasiatnya
3.0 JENIS HARTA PUSAKA
A) HARTA PUSAKA KECIL
Tafsiran yang diberikan dibawah Seksyen 3 (2) Akta Harta Pusaka Kecil
(Pembahagian) 1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta
peninggalan si mati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya
adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai
keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat.
Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta si
mati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat atau
'testamentary disposition' dibawah Akta Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan
lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil.
Jabatan-jabatan lain seperti Tabung Haji, Amanah Saham Nasional,
Amanah-Amanah Saham Negeri mempunyai prosedur yang tersendiri
4

dalam pengeluaran simpanan dan saham ahli yang meninggal dunia.


Harta peninggalan si mati tanpa wasiat yang bernilai RM 2,000,000.00 ke
bawah. Harta yang berikut adalah dianggap sebagai harta pusaka kecil:
i) tanah sahaja
ii) tanah dengan rumah
iii) tanah, rumah dan harta alih seperti barang kemas, syer,
caruman KWSP, simpanan wang , kenderaan bermotor, perabot,
pakaian, dsb
iv) tanah dan apa-apa jumlah tuntutan di bawah seksyen 7 dan 8
Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67]
B) HARTA PUSAKA BIASA
Harta pusaka biasa bermaksud semua jenis harta peninggalan si mati
dengan wasiat atau tanpa wasiat, atau sebahagiannya tanpa wasiat
seperti :
i) harta alih dan harta tak alih yang bernilai RM 2,000,000.00 ke
atas kesemuanya
ii) harta tak alih (tanah) yang bernilai lebih daripada RM
2,000,000.00
iii) harta alih sahaja seperti wang, syer, kenderaan walaupun nilai
kesemuanya kurang daripada RM 2,000,000.00.
iv) tuntutan kontigensi di bawah Akta Undang-Undang Sivil 1956

4.0 BIDANGKUASA PENTADBIRAN HARTA PUSAKA


Bidangkuasa pentadbiran harta pusaka diletakkan di bawah Jadual
Kesembilan, Senarai 1, Senarai Persekutuan di bawah perkara 4 (e) (i)
yang menyebut "...... pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat,
probet dan surat kuasa mentadbir pusaka.....". Ini bermakna proses
pembahagian dan pentadbiran harta pusaka terletak di bawah
bidangkuasa agensi Persekutuan seperti Amanah Raya Berhad, Seksyen
5

Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian dan


Mahkamah Tinggi.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9 Senarai 2, negeri ;
" Pembahagian harta pusaka orang Islam di Mahkamah Syariah. Meliputi
harta pusaka seperti perkahwinan, penceraian, kesahtarafan anak dan
sebagainya. Namun demikian, urusan pentadbiran harta pusaka, undangundang memperuntukkan bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang
kuasa walaupun melibatkan orang Islam melalui Akta Probet dan
Pentadbiran 1959 dan Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955".
Undang-undang substantif yang digunapakai :
i) Semenanjung Malaysia - Akta Probet dan Pentadbiran 1959
ii) Sabah - Ordinan Probet dan Pentadbiran
iii) Sarawak - Ordinan Pentadbiran Estet 1948
Bidang kuasa untuk memberikan probet dan surat kuasa mentadbir
terletak hak pada mahkamah tinggi untuk Semenanjung Malaysia dan
Sabah. Dalam Sarawak menggunakan pegawai probet dan bukan
mahkamah tinggi, yang mempunyai bidang kuasa untuk memberikan
probet dan surat kuasa mentadbir. Dalam hal ini, Kaedah-Kaedah
Mahkamah 2012 tidak terpakai di sarawak.
Permohonan boleh dibuat kepada mahkamah melalui notis permohonan
dan perintah membenarkan kepada bukti wasiat lisan, menyalin, draf
lengkap, pembinaan semula atau keterangan mengenai kandungan
wasiat. Permohonan itu hendaklah disokong dengan afidavit yang
menyatakan alasan permohonan dan keterangan tentang pelaksanaan
kerana wasiat, kewujudannya selepas kematian pewasiat dan yang
ketepatan salinan atau kandungan wasiat.

Di bawah seksyen 25 (b) Akta Probet dan Pentadbiran 1959, keterangan


bagi kandungan wasiat boleh dibuktikan untuk mendapatkan geran yang
terhad probet mana wasiat asal telah hilang atau tidak kena pada
tempatnya, dan ia tidak boleh didapati walaupun selepas langkah-langkah
yang munasabah telah diambil untuk mencarinya . Seksyen 25 boleh
dituntut jika mahkamah berpuas hati bahawa salinan draf atau wasiat
yang dihasilkan adalah sama dengan yang asal.

5.0 INSTITUSI PENGENDALIAN DALAM HARTA PUSAKA


Di Malaysia urusan penyelesaian harta pusaka menjadi tanggungjawab 4
Jabatan/Agensi iaitu :
i) Mahkamah Tinggi
ii) Amanah Raya Berhad
iii) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian [JKPTG] (Seksyen
Pembahagian
Pusaka)
iv) Mahkamah Syariah
i) Mahkamah Tinggi (pusaka besar)
Mengendalikan harta si mati yang meninggalkan sama ada harta tak alih
(tanah) atau harta alih yang nilainya melebihi RM 2,000,000 atau harta
berwasiat (bagi bukan Islam) walaupun nilainya kurang daripada RM
2,000,000. Mahkamah Tinggi juga mengendalikan kes-kes rayuan di
bawah Seksyen 29, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. Undangundang yang dipakai ialah Akta Probet Dan Pentadbiran 1959 (Akta 97).
ii) Amanah Raya Berhad (pusaka ringkas)
Mengendalikan harta si mati yang hanya meninggalkan harta alih sahaja
dan nilainya tidak melebihi RM 600,000 berpandukan kepada Akta
Perbadanan Amanah Raya Berhad (Akta 532)

contohnya : sekiranya si mati hanya meninggalkan wang simpanan di


institusi kewangan (BSN, ASB, Tabung Haji, KWSP), kenderaan (kereta,
motosikal) , saham, dividen dan sebagainya.
iii) JKPTG (Seksyen Pembahagian Pusaka) - pusaka kecil
Di peringkat negeri atau daerah dikenali sebagai Unit Pembahagian
Pusaka, mengendalikan harta si mati yang meninggalkan harta tak alih
(tanah) sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih seperti duit
simpanan di bank dan sebagainya dan nilainya tidak melebihi RM
2,000,000 dan tidak berwasiat mengikut Akta Wasiat 1959. Undangundang berkuatkuasa ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
(Akta 98).
Contohnya: si mati meninggalkan 2 bidang tanah sahaja atau
meninggalkan 2 bidang tanah dan duit simpanan di Lembaga Tabung Haji.
iv) Mahkamah Syariah
Mengendalikan kes-kes penentuan waris dan bahagian setiap orang waris
yang dikeluarkan dalam 'Sijil Faraid'. Ini berdasarkan kepada Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri atau Akta Pentadbiran UndangUndang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505). Di samping
itu Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam hal berkaitan
wasiat, hibah, wakaf, sah taraf anak, perkahwinan, harta sepencarian dan
nasab yang mana semua ini mempunyai kaitan rapat bahkan keputusan
Mahkamah Syariah berkaitan perkara-perkara di atas mempengaruhi
pembahagian harta pusaka.
Dalam kes Jumaaton dan Raja Delila lwn Raja Hizaruddin [1998] 6 MLJ 556,
mahkamah rayuan syariah telah memutuskan bahawa mahkamah syariah
tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara probet dan surat kuasa
mentadbir, kerana perkara probet dan surat mentadbir pusaka terletak di
bawah Senarai Kuasa Perundangan Persekutuan, dan undang-undang
berkaitan tersebut (sepertimana terdapat dalam Akta Probet dan
Pentadbiran 1959) tidak dikecualikan bagi orang Islam.
8

Bentuk tanggungjawab di antara 4 jabatan/agensi di atas dibezakan oleh


fizikal/bentuk harta pusaka yang ditinggalkan si mati dan bidang kuasa
perundangan yang dipakai oleh agensi-agensi berkaitan. Keadaan ini
menjadikan amalan di Malaysia agak berbeza dengan amalan di beberapa
negara jiran yang meletakkan kuasa membahagikan pusaka (judicial
power) hanya kepada Mahkamah Tinggi.
Fizikal harta pusaka yang membezakan status perundangan yang dipakai,
dapat dibahagikan kepada 3 kategori :
i) Harta Pusaka berwasiat (testate estate) atau tidak berwasiat
(intestate estate) sama ada si mati sebelum mati telah
menyediakan wasiat yang dilaksanakan mengikut kehendakkehendak Ordinan Wasiat no. 38/ 1959 (Will Ordinance No. 38/
1959) ataupun wasiat yang disahkan oleh Mahkamah Syariah bagi
orang Islam atau tidak meninggalkan sebarang wasiat.
ii) Nilaian keseluruhan harta yang ditinggalkan
iii) Jenis harta yang ditinggalkan
Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Probate and Administration Act 1959)
dan Akta Harta Pusaka kecil (Pembahagian) 1955 Small Estates
(Distribution) Act 1955 telah menjelaskan bahawa sebarang harta si mati
yang ditinggalkan melalui wasiat adalah terletak di bawah bidang kuasa
Mahkamah Tinggi. Prosedur pelaksanaan harta berwasiat ini dijelaskan di
bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Harta si mati yang
sebahagiannya berwasiat dan sebahagian yang lain tidak berwasiat
adalah termasuk di bawah kategori di atas.
Bagaimanapun status wasiat melibatkan harta orang-orang Islam tidak
dipakai dalam menentukan bidang kuasa pembahagian pusaka. Dalam hal
ini hanya nilaian dan bentuk harta si mati akan menentukan bidang kuasa
jabatan dan agensi tersebut.

Kesemua permohonan yang diterima akan dirujuk kepada Pendaftar Pusat


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya fail permohonan direkodkan dan
dengan itu dapat dikesan jikalau sekiranya telah ada permohonan yang
terdahulu ataupun di tempat lain. Bagi harta orang-orang Islam
permohonan yang diterima dari tiga pihak berkuasa berkenaan dalam
keadaan tertentu akan dirujuk kepada Mahkamah Syariah di negeri
masing-masing terlebih dahulu untuk mendapatkan sijil faraid , keputusan
tentang harta pencarian, kesahihan mengenai sesuatu wasiat dan lain-lain
persoalan yang berkaitan dengan undang-undang Islam / Hukum Syarak.

6.0 PROBET
Probet ialah sijil yang dikeluarkan oleh Bahagian Keluarga Mahkamah
Tinggi, atas permintaan wasi yang dilantik oleh wasiat, untuk
menunjukkan bahawa wasiat adalah sah dan wasi dibenarkan mentadbir
harta pusaka si mati. Apabila tidak ada penafian tentang kesahan wasiat ,
probet diberikan dalam bentuk biasa dengan wasi memfailkan afidavit.
Probet yang dianugerahkan dalam bentuk biasa boleh dibatalkan oleh
sesebuah mahkamah pada bila-bila masa atas permohonan pihak yang
berkepentingan yang membuktikan bahawa wasiat itu tidak sah.
Apabila wasiat itu dipertikaikan, probet dalam bentuk rasmi diberikan
tetapi hanya jika mahkamah memutuskan bahawa wasiat itu sah setelah
pembicaraan keterangan ke atas isu yang dipertikaikan dalam tindakan
probet. Semua pihak yang mengetahui tentang tindakan probet itu dan
kepentingannya di dalam estet adalah diikat oleh perintah mahkamah,
sama ada mereka adalah pihak-pihak kepada tindakan atau tidak.
Keseluruhannya , probet ialah tindakan untuk memperakukan dan
mengesahkan sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh si mati dan ia adalah
dokumen meterai yang memberi kuasa kepada executor untuk mentadbir
harta si mati yang mati berwasiat. Ia tidak boleh diberi kepada lebih dari 4
10

orang dalam unit harta yang sama. Tujuan probet adalah untuk memberi
pengiktirafan kepada sesuatu wasiat yang sah di sisi undang-undang.
Salinan atau draf wasiat atau keterangan bagi kandungannya boleh
dibuktikan untuk mendapatkan geran probet yang terhad yang mana
wasiat asal telah hilang atau tidak kena pada tempatnya. Ia mesti
ditunjukkan kepada Mahkamah bahawa wasiat asal telah hilang atau tidak
kena pada tempatnya dan ia tidak boleh didapati walaupun selepas
langkah-langkah yang munasabah telah diambil untuk mencarinya. Dalam
Palaniyappan v Ramanathan Chettiar [1977] 2 MLJ 34, di mana wasiat asal
tidak boleh dihasilkan kerana ia diperlukan untuk kegunaan dalam
mahkamah negara, telah diputuskan bahawa salah satu daripada
kehendak seksyen ini telah cukup dipatuhi jika asal wasiat adalah kepada
pengeluaran didapati sama dalam terma dengan salinan. Perlu ada bukti
jelas dari kenyataan yang dibuat oleh si mati selepas pelaksanaan wasiat
untuk membuktikan kandungannya.
SIFAT PROSIDING PROBET
prosiding probet boleh dibahagikan sebagai:
A) probet bukan perbalahan
- Ia adalah sebuah aplikasi di mana tidak ada pertikaian mengenai
pengesahan wasiat yang
diberikan kepada pemohon atau pemohon.
- Ia disebut sebagai probet dalam bentuk biasa
- Ia digunakan di bawah O 71 daripada kaedah-kaedah mahkamah 2012
- Ia dimulakan dengan saman pemula.
B) probet perbalahan
- Ia adalah permohonan di mana perintah probet kepada pemohon atau
pemohon
dipertikaikan atau dipertandingkan.
contoh pertikaian termasuk:
- Tindakan yang dibawa oleh orang yang memasuki kaveat
11

- Kegagalan atau keengganan orang mengambil probet


- Pembatalan geran
Ia disebut sebagai probet dalam bentuk penuh.
Ia digunakan di bawah Aturan 72 daripada kaedah-kaedah mahkamah
2012.
Ia dimulakan dengan tindakan writ.
7.0 SURAT KUASA MENTADBIR [LETTER OF ADMINISTRATION]
Surat kuasa mentadbir ialah kuasa yang diberikan oleh mahkamah kepada
seorang yang khusus untuk bertindak sebagai pentadbir harta pusaka si
mati tanpa berwasiat. Surat kuasa mentadbir (dengan wasiat
dikembarkan) diberikan apabila wasiat si mati tidak melantik wasi atau
apabila wasi yang dinamakan tidak mengesahkan wasiat itu. Dalam
keadaan tertentu, surat kuasa mentadbir mungkin boleh diberikan untuk
tujuan terhad kepada orang-orang yang tidak berhak untuk
mengendalikan semua estet.

8.0 PIHAK YANG MEMOHON SURAT KUASA MENTADBIR [SKM]


Permohonan boleh dibuat oleh pihak yang berikut :
a) Waris si mati (benefisiari si mati) seperti balu atau duda, anak lelaki
atau anak perempuan, ibu atau bapa, adik-beradik dan sebagainya
b) pemiutang (creditor) seperti pemberi pinjam wang, bank, koperasi, dsb
c) pihak-pihak pembeli (purchasers) dan pemegang serah hak, pemegang
gadaian dan pajakan yang mempunyai kepentingan dalam harta
peninggalan si mati

12

d) waris-waris, pemegang amanah, Ketua Pengarah Insolvensi, Amanah


Raya Berhad.
e) Pihak Berkuasa seperti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan
Baitulmal yang mempunyai kepentingan masing-masing dalam harta
pusaka yang berkenaan.

9.0 PROSEDUR PROBET / SURAT KUASA UNTUK MENTADBIR


Prosedur yang perlu diikuti adalah seperti berikut:
Bagi harta pusaka dengan wasiat dan harta pusaka yang ditakrifkan
sebagai harta pusaka biasa, tindakan hendaklah diambil di Mahkamah
Tinggi yang berhampiran dengan alamat tempat tinggal si mati.
Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mengeluarkan probet. Jika si mati tidak
meninggalkan apa-apa wasiat, permohonan untuk surat kuasa mentadbir
pusaka tanpa wasiat hendaklah dibuat. Kedua-dua tindakan ini boleh
dibuat dengan petisyen.
Setelah surat kuasa mentadbir harta pusaka / probet diperoleh oleh
pempetisyen, surat kuasa tersebut hendaklah didaftarkan di pejabat
tanah yang berkenaan, agar semua suratan hakmilik tersebut didaftarkan
atas nama pempetisyen sebagai pentadbir si mati berkenaan, menurut
seksyen 346 Kanun Tanah Negara dan adalah menjadi tanggungjawab
pempetisyen untuk memohon kepada mahkamah, sebaik sahaja dia
menghasilkan semua aset si mati, suatu perintah pembahagian terhadap
harta pusaka itu kepada waris-waris menurut faraid atau menurut termaterma wasiat si mati atau menurut Akta/ Ordinan Wasiat.
Jika sekiranya pempetisyen mengalami kesulitan untuk mendapatkan
penjamin-penjamin yang layak dan sesuai, dia boleh memohon kepada
mahkamah untuk suatu perintah supaya dia diberi kebenaran dikecualikan
daripada mengemukakan penjamin-penjamin (dispensation of sureties)
13

atau mendapatkan khidmat penjamin profesional seperti syarikat insurans


atau institusi bank dengan bayaran fi yang ditetapkan oleh syarikat/
institusi berkenaan berdasarkan jumlah harta pusaka tersebut.Surat kuasa
mentadbir harta pusaka / probet hanya boleh dikeluarkan apabila perintah
pengecualian penjamin diperoleh dan bon pentadbiran telah
ditandatangani oleh pempetisyen.

14

A) PROSEDUR PROBET
1) Membuat cabutan Sijil Mati dari Jabatan Pendaftaran Negara
2) Cuba mendapatkan Salinan Asal Wasiat dan menyemak keesahan
mengikut Akta Wasiat
1959
3) Menghubungi agensi-agensi yang relevan, institusi kewangan dan lainlain pihak yang berkaitan memberitahu kematian si mati
4) Wasi membuat petisyen untuk probet dalam F 168 bersama affidavit.
Fee filing RM 80
5) Jika waris termasuk kanak-kanak perlu dinyatakan
6) Petisyen difailkan di mahkamah
7) Notis probet akan di serahkan kepada penama di dalam petisyen
8) Grant of probate akan diisukan
9) Wasi akan membuat cabutan dengan pembayaran fee
10) Waris akan mengumpul butiran asset/hutang jika si mati jika ada
11) Memaklumkan agensi-agensi yang relevan, institusi kewangan dan
lain-lain pihak yang berkaitan untuk menuntut ke mahkamah bagi
penyelesaian. Boleh juga mengiklankan dalam suratkhabar dan
menunggu 2 bulan
12) Wasi boleh mula membuat penyelesaian hutang si mati (belanja
pengkebumian, income tax, pemiutang)
15

13) Selepas, urusan pembahagian kepada penama yang dinyatakan


dalam wasiat dilakukan
14) Wasi akan membuat suatu akaun menunjukkan penyelesaian dibuat
15) Mahkamah akan mengeluarkan perintah - Order of Discharge
16) Urusan pentadbiran harta si mati selesai

10.0 DOKUMEN PERMOHONAN PROBET


Setiap petisyen untuk probet mestilah disertakan dengan :
a) bukti kematian seperti sijil kematian (death certificate) atau permit
untuk mengebumikan mayat. Lazimnya dokumen-dokumen seperti ini
dikeluarkan oleh pihak hospital dan atau pihak polis.
b) jika kematian tidak dapat dibuktikan dengan cara biasa, suatu
permohonan untuk perintah anggapan kematian (presumption of death)
hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi terlebih dahulu dan perintah
Mahkamah Tinggi itu hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan
petisyen untuk probet
c) surat wasiat terakhir si mati (dalam hal permohonan probet)
d) suatu jadual yang mengandungi butir-butir serta nilai aset dan
tanggungan (assets & liabilities) dan senarai waris si mati
e) suatu Sijil Faraid yang diperolehi daripada Mahkamah Syariah (dalam
hal orang Islam)

16

f) suatu senarai waris, umur, tali persaudaraan dengan si mati dan alamat
masing-masing bagi tujuan mendapat persetujuan untuk melantik
pentadbir yang dicadangkan
g) surat persetujuan waris-waris dengan pelantikan seorang waris yang
dicadangkan sebagai pentadbir pusaka yang ditandangani di hadapan
seorang Majistret / Pesuruhjaya Sumpah, sebelum tarikh perbicaraan
ditetapkan.
h) surat penolakan waris-waris yang ingin menolak hak dan bahagian
masing-masing kepada surat kuasa mentadbir pusaka bagi harta pusaka
tersebut (Borang 169)
i) dokumen pelantikan penjaga (guardian ad litem) dalam hal waris-waris
di bawah umur atau orang kurang upaya.
Dua orang penjamin yang layak dan sesuai hendaklah dikemukakan
sekiranya harta melebihi RM 50,000. Geran (atau kuasa) untuk probet
hanya boleh dikeluarkan setelah semua maklumat yang diperlukan oleh
mahkamah telah dikemukakan oleh pempetisyen.
11.0 KESIMPULAN
Apabila berlaku kematian, ada kalangn waris menjadi keliru, di mana harta
pusaka boleh diselesaikan. Persoalan yang sellau diajukan ialah samada
ke Amanah Raya, Unit Pembahagian Pusaka / Pejabat tanah atau ke
Mahkamah Tinggi. Ini kerana institusi-institusi tersebut mempunyai
hubungkait dengan urusan pembahagian harta pusaka dan mereka tidak
dapat memahami tentang bidangkuasa setiap institusi tersebut
sehinggalah diberi penerangan yang sewajarnya. Institusi yang berlainan
yang menguruskan pembahagin harta pusaka ini menimbulkan kecelaruan
dan kesukaran kepada waris-waris. Ini terbukti dalam sungutan waris-

17

waris ketika berurusan di kaunter Unit Pembahagian Pusaka seluruh


negara.
Melihat kepada empat institusi yang mempunyai bidangkuasa yang
berkaitan dengan pembahagian harta pusaka telah menyebabkan
kekeliruan di kalangan masyarakat, adalah dicadangkan supaya
bidangkuasa empat institusi ini disatukan dan pengurusan harta pusaka
diletakkan di bawah satu bumbung.
Memandangkan pengurusan harta pusaka orang bukan Islam adalah
merupakan kombinasi undang-undang utama iaitu undang-undang tanah
dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959 di samping undang-undang yang
lain seperti Akta Wasiat 1949, Akta Pemegang Amanah, Akta Kontrak
1950, sewajarnya satu bentuk institusi yang unik perlu diwujudkan yang
mana mampu menguruskan kesemua permasalahan yang berbangkit
berkaitan pembahagian harta pusaka. Institusi yang dicadangkan ialah
sebuah Mahkamah Pusaka. Mahkamah ini bukan sahaja menyelesaikan
harta pusaka orang bukan Islam bahkan juga pusaka orang bukan Islam.
Iaitu satu institusi kehakiman yang berkemampuan menyelesaikan keskes berkaitan undang-undang sivil dan hukum syarak. Ia merupakan
sebuah institusi unik yang melambangkan perkongsian kuasa antara
hakim sivil dan hakim syarie.
12.0 RUJUKAN
Undang-Undang Pentadbiran Harta Orang Islam, Modul SHA 2043, Nur
Yuhanis Binti Ismon, 2014, Kolej Universiti Islam Melaka.
Civil Procedure In Malaysia, Abu Haniffa Mohamed Abdullah, 2016,
International Law Book Services, Petaling Jaya.
Sistem Undang-undang Di Malaysia, Ahmad Ibrahim, 2005 , Dewan
Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

18

Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka, Wan Abdul Halim Wan Harun,
2006, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, International Law Book Services,
Petaling Jaya.

19

Anda mungkin juga menyukai