Anda di halaman 1dari 10

1

ENAKMEN 6 TAHUN 1996


ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM
1996

Tajuk panjang & mukadimah

SEBAGAI TANDA PERSETUJUAN


DAN KEBENARAN KAMI DAN
UNDANG YANG EMPAT SERTA
TENGKU BESAR TAMPIN

(MOHOR KERAJAAN) TUNKU NAQUIYUDDIN,


Pemangku Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan

1996

Suatu Enakmen bagi membuat peruntukan mengenai pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam
dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

[ ]

MAKA INILAH DIKANUNKAN UNDANG-UNDANG oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat
serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri seperti
berikut:

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 dan
hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Raja melalui pemberitahuan
dalam Warta.

Seksyen 2. Tafsiran

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain---

"Jemaah" ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

"Lembaga" ertinya badan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja dan dikenali sebagai "Lembaga
Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam";

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran
2

Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991[En. 1/1991.];

"Nazir Sekolah Islam" ertinya Nazir yang dilantik di bawah seksyen 17;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah Timbalan
Pendaftar;
"Sekolah Islam" ertinya mana-mana sekolah agama Islam di dalam Negeri Sembilan, termasuk
masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balaisah, pondok dan tadika, di mana dua puluh orang atau
lebih didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-
mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam, tetapi tidak termasuk mana-mana
sekolah agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan.

BAHAGIAN II - PENDAFTAR DAN TIMBALAN PENDAFTAR

Seksyen 3. Perlantikan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar

Majlis boleh, dengan kelulusan Raja, melantik---

(a) seorang Pendaftar Sekolah Islam; dan

(b) sekian bilangan Timbalan Pendaftar Sekolah Islam sebagaimana yang dikehendaki.

Seksyen 4. Tugas Pendaftar

(1) Maka adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar untuk memastikan dan mengawasi bahawa
semua Sekolah Islam ditadbirkan dengan sepatutnya.

(2) Pendaftar hendaklah pada setiap masa memberitahu Majlis tentang hal-ehwal semua Sekolah
Islam.

(3) Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar mengenai semua
Sekolah Islam yang didaftarkan di bawah Enakmen ini dan dalam daftar itu hendaklah direkodkan
butir-butir mengenai setiap Sekolah Islam termasuklah---

(a) nama dan alamat Sekolah Islam;

(b) anggota Jemaah Pengurusan Sekolah Islam;

(c) kurikulum untuk Sekolah Islam; dan

(d) apa-apa maklumat lain yang disifatkan patut direkodkan oleh Pendaftar.

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN

Seksyen 5. Jemaah Pengurusan

(1) Sebelum sesuatu sekolah Islam dibenarkan untuk didaftarkan di bawah Enakmen ini maka
hendaklah ada satu suratcara yang menubuhkan Jemaah Pengurusan untuk Sekolah Islam itu dan
3

suratcara itu hendaklah difailkan dengan Pendaftar.

(2) Jemaah itu hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang yang hendaklah
memegang apa-apa jawatan yang perlu bagi mana-mana Sekolah Islam yang tertentu dan
mempunyai apa-apa kuasa dan tugas yang ditetapkan oleh suratcara itu.

(3) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menjejaskan kuasa Pendaftar di bawah Enakmen ini
berhubungan dengan kelayakan, penolakan dan pemecatan mana-mana anggota Jemaah; dan jika
terdapat apa-apa ketakkonsistenan di antara peruntukan dalam suratcara dan peruntukan Enakmen
ini berhubungan dengan perkara tersebut, peruntukan Enakmen ini adalah mengatasi.

Seksyen 6. Jemaah tertakluk kepada kawalan Pendaftar

(1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan sebagai anggota
Jemaah bukanlah seorang yang layak dan patut, maka dia boleh menolak cadangan itu dan Jemaah
hendaklah, atas penolakan sedemikian, mencadangkan seorang lain sebagai ganti jika tidak
Pendaftar boleh melantik mana-mana orang lain sebagai ganti orang itu untuk menjadi anggota
Jemaah itu.

(2) Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah bukan lagi seorang yang layak
dan patut, maka dia hendaklah mengarahkan Jemaah supaya memecatkan anggota itu dan apabila
menerima arahan itu Jemaah hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk memecat dan
menggantikan anggota itu.

(3) Jika Jemaah tidak atau enggan mematuhi arahan Pendaftar di bawah subseksyen (2), maka
Pendaftar hendaklah memecatkan anggota itu dan melantik mana-mana orang lain untuk
menggantikan orang itu.

(4) Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah
segera menyerahkan segala harta, barangan berharga, dokumen dan apa-apa perkara lain
kepunyaan Sekolah Islam itu kepada anggota Jemaah yang tinggal.

(5) Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat menjadi anggota Jemaah yang---

(a) tidak menyerahkan segala harta, barang berharga, dokumen dan apa-apa perkara lain
kepunyaan Sekolah Islam itu kepada Jemaah; atau

(b) terus bertindak sebagai anggota,


adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi
dua ribu ringgit, dan dalam hal kesalahan di bawah perenggan (b), didenda tambahan tidak
melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu terus dilakukan.

Seksyen 7. Tugas Jemaah

(1) Anggota Jemaah bagi sesuatu Sekolah Islam hendaklah bertanggungjawab atas pengurusan
Sekolah Islam itu secara bersesama dan masing-masing.

(2) Maka adalah menjadi tanggungjawab Jemaah---

(a) untuk menyenggarakan dengan sepatutnya Sekolah Islam itu di bawah kawalannya;

(b) untuk mematuhi arahan Pendaftar;


4

(c) untuk menyenggarakan rekod yang sepatutnya mengenai---

(i) guru dan staf Sekolah Islam itu;

(ii) nama, umur dan jantina penuntut Sekolah Islam itu;

(iii) sumber kewangan Sekolah Islam itu;

(iv) kurikulum Sekolah Islam itu; dan

(v) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke
semasa.

Seksyen 8. Kuasa Jemaah

Jemaah hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan
mempunyai suatu meterai biasa dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan hendaklah
mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suaimanfaat atau semunasabahnya perlu
atau bersampingan dengan menjalankan tugas-tugasnya dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan
keluasan makna yang tersebut di atas,---

(a) untuk memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih atau tak
alih daripada tiap-tiap perihalan dan untuk memindahhak, menyerahhak, menyerahkan
balik, menyerahkan, menggadai, menggadaijanji, mendemis, menyerahhakkan semula,
memindahmilik atau selainnya melupuskan, atau menguruskan atau memajukan mana-
mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletakhak pada
Jemaah atas apa-apa terma yang disifatkannya patut;

(b) untuk membuat apa-apa perkiraan dengan Kerajaan Negeri atau Persekutuan atau
pihak berkuasa yang mungkinnya berfaedah kepada tugas-tugas Jemaah atau mana-
mana daripadanya dan mendapatkan daripada Kerajaan atau mana-mana pihak
berkuasa itu apa-apa hak, keistimewaan dan konsesi yang difikirkan mustahak
didapatkan oleh Jemaah dan untuk melaksanakan, menjalankan dan mematuhi mana-
mana perkiraan, hak, keistimewaan dan konsesi itu; dan

(c) melakukan segala perkara lain yang bersampingan dengan atau berfaedah bagi
menjalankan tugas dan perjalanan kuasa Jemaah.

Seksyen 9. Kumpulan Wang

(1) Bagi maksud Enakmen ini, Jemaah hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan
wang yang dikenali sebagai "Akaun Sekolah Islam", yang ke dalamnya hendaklah dibayar masuk---

(a) apa-apa jumlah wang yang diterima oleh Jemaah;

(b) wang yang didapati atau berbangkit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadaijanji,
gadaian, debentur atau syer yang diperoleh oleh atau diletakhakkan pada Jemaah;

(c) wang yang dikutip daripada fee;

(d) wang yang didermakan oleh orang ramai atau pemberian yang diberikan oleh Kerajaan
5

atau pihak berkuasa tempatan;

(e) jumlah wang yang dipinjam dan didapati oleh Jemaah di bawah Enakmen ini; dan

(f) segala jumlah wang atau harta lain yang dengan apa-apa jua cara kena dibayar atau
diletakhakkan pada Jemaah.
(2) Jemaah boleh membayar daripada kumpulan wang itu---

(a) segala perbelanjaan, termasuk perbelanjaan modal, yang dilakukan oleh Jemaah dalam
menjalankan fungsi-fungsinya;

(b) wang untuk membayar balik pinjaman yang diterima oleh Jemaah menurut kuasanya
untuk meminjam;

(c) apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Jemaah.

(3) Jemaah boleh melaburkan kumpulan wang itu dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh
Majlis bagi pelaburan tabung amanah atau dalam apa-apa pelaburan lain yang difikirkan patut oleh
Majlis.

Seksyen 10. Laporan

Jemaah hendaklah menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Pendaftar laporan yang menyentuh
aktiviti Sekolah Islam di bawah kawalannya dan akaun tahunan Sekolah Islam itu.

Seksyen 11. Pematuhan kurikulum Majlis

(1) Tiap-tiap Jemaah hendaklah---

(a) mematuhi kurikulum;

(b) menggunakan buku teks;

(c) menjalankan program bagi latihan guru; dan

(d) mengadakan apa-apa peperiksaan,yang dibuat atau ditetapkan oleh Majlis.

(2) Kegagalan untuk mematuhi seksyen ini hendaklah menjadi suatu kesalahan di bawah
Enakmen ini.

BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM

Seksyen 12. Pendaftaran

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada orang atau kumpulan orang boleh menubuhkan atau
6

mendirikan Sekolah Islam melainkan jika ia didaftarkan mengikut peruntukan Enakmen ini.

(2) Semua Sekolah Islam yang ditubuhkan sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa, sama ada
telah didaftarkan dengan Majlis atau mana-mana pihak berkuasa yang lain, hendaklah didaftarkan
mengikut peruntukan Enakmen ini dalam masa enam bulan selepas Enakmen ini mula berkuatkuasa
atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(3) Bagi maksud subseksyen (2), Pendaftar bolehlah mengeluarkan apa-apa perintah atau arahan
yang difikirkannya patut.

Seksyen 13. Permohonan untuk pendaftaran

(1) Mana-mana orang yang hendak menubuhkan sesuatu Sekolah Islam hendaklah memohon untuk
pendaftaran dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar dan hendaklah juga mengemukakan
kepada Pendaftar cadangan suratcara bagi penubuhan Jemaah Sekolah Islam itu.

(2) Setelah menerima permohonan itu, Pendaftar hendaklah menimbangkan permohonan itu dan
sama ada meluluskan atau menolak permohonan itu.

(3) Jika kelulusan telah diberikan, Pendaftar hendaklah segera mendaftarkan Sekolah Islam itu dan
mengeluarkan Perakuan Pendaftaran dengan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu.

Seksyen 14. Perkara yang diambil kira sebelum kelulusan

Bagi maksud menimbangkan sama ada permohonan untuk pendaftaran hendak diluluskan atau
tidak Pendaftar hendaklah mengambil kira perkara yang berikut:

(a) kesesuaian Sekolah Islam itu atau bangunannya atas alasan kesihatan dan
keselamatan;

(b) kesesuaian orang yang menganggotai Jemaah untuk menguruskan Sekolah Islam itu;

(c) sumber kewangan untuk menyenggarakan Sekolah Islam itu;

(d) keperluan mengadakan Sekolah Islam dalam kawasan di mana Sekolah Islam yang
dicadangkan itu hendak ditubuhkan; atau

(e) apa-apa sebab lain yang pada pendapat Pendaftar, perlu untuk menubuhkan Sekolah
Islam yang berjaya.

Seksyen 15. Pembatalan pendaftaran

(1) Pendaftar hendaklah memberitahu Jemaah tentang apa-apa ketakpatuhan mana-mana syarat
yang dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan olehnya
dan hendaklah mengarahkan Jemaah supaya mematuhi syarat atau arahan itu.
7

(2) Kegagalan mematuhi syarat atau arahan itu boleh menyebabkan terbatalnya suratcara itu dan
Perakuan Pendaftaran Sekolah Islam tersebut.

(3) Mana-mana Jemaah yang Sekolah Islamnya telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen
ini boleh, apabila Pendaftar berpuas hati yang ketakpatuhan yang dinyatakan dalam arahan
Pendaftar telah diperbaiki, memohon untuk mendaftarkan semula Sekolah Islam itu.

Seksyen 16. Rayuan

Mana-mana Jemaah atau orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Pendaftar boleh, dalam
masa 30 hari dari keputusan itu, membuat rayuan kepada Majlis yang keputusan Majlis itu adalah
muktamad.

BAHAGIAN V - NAZIR SEKOLAH ISLAM

Seksyen 17. Perlantikan Nazir Sekolah Islam

Majlis boleh melantik sekian bilangan Nazir Sekolah Islam yang diperlukan, yang tugasnya
hendaklah termasuk---

(a) menjalankan dari semasa ke semasa pemeriksaan ke atas Sekolah Islam berhubungan
dengan pengajaran kurikulum yang ditetapkan, penggunaan buku teks yang ditetapkan,
guru yang diambil bekerja dan pematuhan yang wajar akan Enakmen ini dan kaedah-
kaedah yang dibuat di bawahnya dan arahan Pendaftar, jika ada;

(b) menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana Sekolah Islam berhubungan dengan apa-
apa perkara yang dibenarkan oleh Pendaftar;

(c) memeriksa akaun Sekolah Islam; dan

(d) melaporkan apa-apa perkara luar aturan dan membuat apa-apa cadangan yang perlu
kepada Pendaftar.

Seksyen 18. Majlis boleh membenarkan mana-mana orang untuk


menjalankan tugas Nazir Sekolah Islam

Majlis boleh secara bertulis membenarkan mana-mana orang untuk menjalankan tugas-tugas Nazir
Sekolah Islam dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai segala tugas dan kuasa
yang dipunyai oleh Nazir Sekolah Islam.

Seksyen 19. Jemaah, guru dan pekerja hendaklah membantu Nazir


Sekolah Islam

(1) Tiap-tiap anggota Jemaah, guru atau pekerja Sekolah Islam hendaklah memberi segala
kemudahan kepada mana-mana Nazir Sekolah Islam atau mana-mana orang yang diberikuasa
8

menjalankan apa-apa pemeriksaan dan hendaklah memberikan segala maklumat dan


mengemukakan segala buku, akaun dan dokumen lain yang dikehendaki.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen 20. Lembaga hendaklah memberikan bantuan

Lembaga hendaklah membantu Majlis dalam menjalankan dengan sepatutnya Sekolah Islam,
termasuk memberi apa-apa nasihat teknik dan nasihat mengenai penggunaan buku teks, kurikulum,
peperiksaan serta pengambilan dan latihan guru.

Seksyen 21. Pengecualian oleh Majlis

Majlis boleh mengecualikan mana-mana Sekolah Islam daripada segala atau mana-mana
peruntukan Enakmen ini.

Seksyen 22. Kesalahan dan penalti

Mana-mana orang yang menubuhkan, menguruskan atau mengendalikan Sekolah Islam tanpa
Perakuan Pendaftaran atau bertindak dengan melanggar Enakmen ini atau mana-mana kaedah
yang dibuat di bawahnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan, jika tiada penalti diperuntukkan
secara nyata, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan kedua atau
kemudian, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 23. Bidangkuasa untuk membicarakan kesalahan

Pendakwaan bagi kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di
bawahnya hendaklah dalam Mahkamah Majistret Kelas Pertama.

Seksyen 24. Pendakwaan

(1) Tiada pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana kaedah
yang dibuat di bawahnya boleh dimulakan kecuali dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya.

(2) Pendaftar, Timbalan Pendaftar, seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada
Inspektor, atau seorang peguambela dan peguamcara yang dibenarkan secara bertulis oleh Majlis,
boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana
kaedah yang dibuat di bawahnya.

Seksyen 25. Kuasa untuk memasuki premis


9

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Nazir Sekolah Islam, atau mana-mana orang yang diberikuasa
dengan sewajarnya secara bertulis oleh Majlis boleh, pada bila-bila masa yang munasabah, masuk
ke dalam mana-mana premis Sekolah Islam bagi maksud menjalankan apa-apa pemeriksaan atau
penyiasatan atau selainnya memastikan yang Sekolah Islam itu ditadbirkan dengan sewajarnya.

Seksyen 26. Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam


1948

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa
tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Jemaah, Majlis, Pendaftar, Timbalan
Pendaftar, pengkhidmat, ejen atau mana-mana orang lain yang diberikuasa oleh Majlis atau
Lembaga berhubungan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran.

Seksyen 27. Pegawai disifatkan sebagai pengkhidmat awam

Pendaftar, Timbalan Pendaftar, pengkhidmat atau ejen Majlis atau Lembaga atau mana-mana orang
lain yang diberikuasa secara bertulis oleh Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang
berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [N.M.B. Bab 45].

Seksyen 28. Kaedah-kaedah

Raja atas nasihat Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi
menjalankan peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan di atas,
kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi---

(a) suratcara Jemaah dengan apa-apa perubahan yang dibenarkan supaya sesuai dengan
mana-mana Sekolah Islam yang tertentu;

(b) kurikulum bagi Sekolah Islam;

(c) jenis dan standard buku teks untuk digunakan dalam Sekolah Islam;

(d) pengawalseliaan peperiksaan yang akan diadakan dan sijil yang akan dikeluarkan
baginya;

(e) kelulusan guru untuk Sekolah Islam;

(f) menetapkan cara bagaimana wang Jemaah akan dibelanjakan dan cara dokumen,
cek dan suratcara daripada apa-apa perihalan hendak ditandatangani atau
disempurnakan bagi pihak Jemaah;

(g) kesalahan yang dilakukan di bawah mana-mana kaedah-kaedah itu;

(h) menetapkan borang bagi maksud Enakmen ini;

(i) fee; dan

(j) apa-apa perkara lain yang perlu untuk mentadbirkan dengan sepatutnya Sekolah
Islam.
10

Seksyen 29. Peralihan

(1) Mana-mana---

(a) Pendaftar dan Timbalan Pendaftar;

(b) Nazir Sekolah Islam; dan

(c) jemaah, lembaga atau Lembaga pentadbiran Sekolah Agama,


atau persamaannya yang dilantik, ditubuhkan atau wujud menurut mana-mana undang-undang
bertulis yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah, melainkan ditentukan sebaliknya oleh
Majlis, disifatkan sebagai telah dilantik atau ditubuhkan di bawah Enakmen ini; dan segala tindakan
dan perbuatan (termasuk kontrak) yang dibuat atau dilakukan secara sah oleh Pendaftar, Nazir
Sekolah Islam, jemaah, lembaga atau Lembaga Pentadbiran Sekolah Agama di bawah undang-
undang yang dimansuhkan itu hendaklah disifatkan telah dibuat atau dilakukan di bawah Enakmen
ini.

(2) Apa-apa tabung atau kumpulan wang yang ditubuhkan atau ditadbirkan oleh mana-mana
jemaah, lembaga atau Lembaga Pentadbiran Sekolah Agama yang ditubuhkan di bawah undang-
undang yang dimansuhkan itu hendaklah disifatkan telah ditubuhkan di bawah seksyen 9 Enakmen
ini dan hendaklah, mulai dari tarikh Enakmen ini mula berkuatkuasa, ditadbirkan dan diuruskan
menurut seksyen tersebut.

(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2) Majlis hendaklah, dalam masa 6 bulan daripada tarikh
Enakmen ini mula berkuatkuasa, mengarahkan Lembaga Pentadbiran Sekolah Agama yang
ditubuhkan di bawah undang-undang yang dimansuhkan itu supaya mengambil langkah untuk
mendaftar dengan Pendaftar di bawah Enakmen ini.

(4) Mana-mana orang yang enggan mematuhi arahan Majlis di bawah subseksyen (3) adalah
melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 30. Pemansuhan

Peraturan-Peraturan Lembaga Pentadbiran Sekolah-Sekolah Agama Rendah, Negeri Sembilan,


Tahun 1963 [N.S. P.U 6/1964] adalah dimansuhkan.

Seksyen 31. Enakmen hendaklah terpakai

Jika mana-mana Enakmen, peraturan atau kaedah berhubungan dengan Sekolah Islam adalah
berlawanan dengan peruntukan Enakmen ini, maka peruntukan di bawah Enakmen ini hendaklah
terpakai dan Enakmen, peraturan atau kaedah itu, setakat ketakkonsistenan itu, hendaklah terbatal.

Diluluskan pada 5hb Ogos 1996.

MUSTAPAH BIN MD. OMAR,


Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai