Anda di halaman 1dari 14

PUSAT KAJIAN SYARIAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

KOD KURSUS:
PPSU3343

NAMA KURSUS:
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ZAKAT, WAKAF DAN BAITULMAL

TAJUK:
ISU PERUNDANGAN BERKAITAN ZAKAT

KUMPULAN:
KUMPULAN 4

NAMA AHLI NO. MATRIK


WIDAD BT HASSAN HALMI A179557
NURUL HUDA BINTI SUKOR A181821
NUR IZZAH IWANI BINTI HARIS A182725
NUR IZZAH SOLEHA BINTI ROSLAN A184087

NAMA PENSYARAH:
DR. NURUL ILYANA BINTI MUHD ADNAN
1.0 PENGENALAN

Sebagai satu ibadah asas, zakat termasuk di dalam salah satu rukun Islam, sehinggakan
keberadaan dan kewujudannya dianggap sebagai ma`lūm minad-dīn biḍ-ḍarūrah (diketahui
secara automatik adanya) dan merupakan bahagian mutlak dari ke-Islaman seseorang. Bahkan
dalam al-Quran juga, terdapat ayat-ayat yang mensejajarkan solat dengan kewajipan
menunaikan ibadah zakat. Di dalam al-Quran, melalui surah al-Baqarah ayat 110 yang
diturunkan pada tahun kedua Hijrah, Allah s.w.t berfirman:

َ‫ّٰللا بِ َما ت َ ْع َملُ ْون‬ َّ ‫ص ٰلوة َ َو ٰاتُوا‬


ِ ‫الز ٰكوة َ ۗ َو َما تُقَ ِد ُم ْوا ِِلَ ْنفُ ِسكُ ْم ِم ْن َخي ٍْر ت َِجد ُْوهُ ِع ْندَ ه‬
َ ‫ّٰللا ۗ ا َِّن ه‬ َّ ‫َواَقِ ْي ُموا ال‬
‫صي ٌْر ۝‬
ِ ‫َب‬

Maksudnya: Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu
kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkan (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha
Melihat apa yang kamu kerjakan.

Berdasarkan kaedah usul al-fiqh, setiap ayat yang menggunakan fe’el amar merupakan
suatu suruhan yang wajib dilakukan melainkan terdapat ‘illah padanya. Dalam ayat diatas,
Allah s.w.t telah menurunkan firmannya berkenaan solat dan zakat ini didalam bentuk suruhan.
Ini merupakan suatu perintah dari Allah s.w.t kepada seluruh hamba-Nya yang beriman dan
menepati rukun serta syarat yang ditetapkan bagi mendirikan solat serta menunaikan zakat.
Barangsiapa yang tidak melakukan suruhan dari Allah s.w.t yang berbentuk wajib ini, maka
mereka akan diazab oleh Allah s.w.t dengan siksa yang amat pedih.

Melihat sejarah dan sirah Rasulullah s.a.w, pengurusan dan pentadbiran zakat pada
zaman Rasūlullāh adalah dikendalikan oleh Baginda sendiri dalam tanggungjawabnya sebagai
utusan Allāh s.w.t. dan juga sebagai seorang ketua negara. Pada ketika itu, barangsiapa yang
enggan membayar dan mengeluarkan zakat, pungutan akan dibuat secara paksaan dengan
menggunakan kuasa sebagai ketua pemerintah negara. Seterusnya, pada zaman pemerintahan
khālifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar r.a, beliau memerintah dengan tegas terutamanya
dalam penguatkuasaan pungutan zakat. Ini kerana, tidak lama setelah Rasūlullah s.a.w. wafat,
terdapat sekumpulan umat Islam yang tidak mahu melaksanakan kewajipan zakat sebagaimana
yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t menerusi dakwah baginda Muhammad s.a.w. Saidina
Abu Bakar r.a telah menyatakan perang terhadap mereka yang enggan membayar zakat. Beliau
menegaskan tindakannya itu dalam sebuah ucapannya,"Demi Allāh, jika mereka enggan
membayar seutas tali yang mengikat seekor unta, yakni apa yang patut mereka bayarkan
kepada Rasūlullāh s.a.w., saya menyatakan perang terhadap mereka kerana keengganan
mereka" (Anwar Muhammad Ali 2014).

Menurut Hairunnizam Wahid (2009), pengurusan zakat di Malaysia telahpun bermula


sejak era pre-kolonial lagi. Pada ketika itu, pengurusan zakat belum ditadbir secara formal iaitu
tiada institusi zakat khas yang memungut zakat melainkan pembayar zakat akan membayar
zakat kepada ustaz ataupun guru agama yang mana mereka ini bertindak sebagai amil.
Kemudiannya, para amil ini akan mengagihkan hasil pungutan zakat kepada 8 golongan asnaf
yang layak menerima zakat. Ketika zaman kolonial pula, pengurusan zakat diletakkan di bawah
kuasa Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu. Terdapat beberapa negeri pada ketika itu yang
telah menswastakan institusi zakat seperti negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan (Hairunnizam Wahid 2009).

Kini, sistem perundangan dan pentadbiran zakat di Malaysia adalah berada di bawah bidang
kuasa negeri. Terdapat undang-undang yang telah digubal di setiap negeri berkenaan zakat ini.
Namun, kelemahan undang-undang zakat dalam menangani isu keengkaran membayar zakat
menyebabkan perintah agama yang mewajibkan umat Islam membayar zakat sukar
dilaksanakan. Di Selangor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melaporkan terdapat
peningkatan pendaftaran perniagaan baru dengan SSM. Ini sepatutnya melonjakkan potensi
kutipan zakat di negeri tersebut. Namun, apa yang berlaku adalah kutipan zakat perniagaan
jauh ketinggalan (Fadziani Yaakub 2023). Menurut sebuah laporan dari laman web kosmo,
hanya 20 peratus iaitu seramai 346,000 individu yang membayar zakat daripada 1.5 juta
penduduk Selangor yang layak mengeluarkan zakat (Yunus Yakkub 2021). Ini menunjukkan
bahawa masih ramai masyarakat yang memandang enteng berkenaan kewajipan dalam
berzakat ini, sedangkan ianya sudah terang menjadi salah satu rukun dalam agama Islam.
Adakah Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka yang
enggan mengeluarkan zakat? Pada hakikatnya, negara kita juga mempunyai peruntukan
undang-undang berkenaan zakat dimana kita akan membahasnya didalam artikel ini.

2.0 PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN ZAKAT DI MALAYSIA

Undang-undang tertinggi negara adalah Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan kepada


konsep federalisme yang merupakan kuasa menggubal undang-undang dan kuasa mentadbir.
Undang-Undang ini di bahagikan antara kerajaan persekutuan dan negeri (Khairil 2007).
Perkara yang berkaitan hal ehwal agama Islam terletak dibawah bidang kerja eksklusif kerajaan
negeri termaksuklah zakat dan seumpamanya. Jadual kesembilan, Senarai II Senarai Negeri,
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:

“Kecuali mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum


Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam,
termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak
berwasiat, pertunangan, perkahwinan, nafkah, pengambilan anak angkat, kesahtarafan,
penjagaan anak, pemberian, pemberian harta dan amanah bukan khairat, wakaf Islam
dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, pelantikan
pemegangpemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian
agama Islam dan khairat, institusi, amanah dan institusi khairat yang dijalankan
semuanya sekali dalam negeri, adat istiadat Melayu, zakat, fitrah, baitulmal atau hasil
agama Islam yang seumpamanya, masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam
untuk orang Islam;….”

Berdasarkan perkara diatas dapat dapat difahami bahawa kerajaan negeri layak untuk mengubal
undang-undang berkaitan hal ehwal agama Islam (Perkara 74 (2) Perlembangann Persekutuan).
Enakmen Syariah terdapat di setiap negeri akan tetapi kebanyakkan enakmen berbeza antara
setiap negari. Hal ini menunjukkan bahawa bidangkuasa dan kaedah perlaksanaan serta
penguatkuasaan undang-undang Islam hanya tertakluk pada negeri tersebut sahaja (Khairil
2007). Akibatnya, membawa masalah kepada ketidakseragaman undang-undang Islam antara
setiap negeri.

Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan badan yang memainkan peranan yang
penting dalam memberi nasihat kepada ketua agama di setiap negeri dan Yang Dipertuan
Agung (YDPA). Majlis Agama Islam bertanggungjawab menasihati Sultan pada peringkat
pusat yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu (Seksyen 4, Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993). Peruntukkan enekmen
pentadbiran negeri ini menunjukkan bahawa MAIN yang menjalankan kuasa bagi pihak Sultan
yang mempuyai kuasa autoriti seperti kutipan dan agihan zakat, pelantikan amil, baitulmal dan
sebagainya.

“Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap orang
Islam yang kena dibayar di dalam Negeri Selangor mengikut Hukum Syarak bagi pihak
Duli Yang Maha Mulia Sultan.” (Seksyen 86 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003).

Di Malaysia, terdapat 14 MAIN termasuk Wilayah Persekutuan yang memainkan


peranan yang penting untuk mentadbir zakat melalui kutipan dan agihan zakat. Terdapat
sebahagian Majlis Agama yang menubuhkan beberapa anak syarikat untuk membantu kutipan
zakat seperti Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Negeri Sabah dan Kedah sahaja yang berjaya mengkanunkan undang-undang zakat
secara khusus Enakmen Zakat iaitu Fitrah Sabah 1993 dan Enakmen 1374. Pada 2015, negeri
Kedah membuat pindaan menjadi Enakmen Lembaga Kedah Darul Aman. Manakala negeri-
negeri lain masih di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam.

3.0 ISU-ISU BERKAITAN

3.1 KESALAHAN KEGAGALAN MEMBAYAR ZAKAT

Seorang muslim wajib mengeluarkan zakat sekiranya telah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan seperti baligh dan sempurna akal serta mempunyai harta dan pendapatan yang
mencukupi. Sorang kanak atau orang gila tidak diwajibkan zakat kerana perlu ditanggung oleh
wali atau warisnya. Kegagalan membayar zakat merupakan satu kesalahan dalam undang-
undang dan boleh dikenakan hukuman. Hukuman kesalahan tidak membayar zakat berbeza
disetiap negeri dari aspek tempoh penjara dan bayaran denda yang dikenakan.

Perbezaan peruntukkan undang-undang juga dapat dilihat di setiap negeri seperti


Wilayah Persekutuan boleh didapati dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 di Bahagian
III. Manakala di negeri Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Pahang, Perak, Negeri
Sembilan dan Melaka peruntukkan undang terdapat di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Negeri. Seterusnya dari aspek hukuman juga terdapat perbezaan disetiap negeri
tersebut. Negeri Saawak merupakan negeri yang paling rendah hukumannya iaitu tidak
melebihi RM200 dan tiada hukuman penjara. Malah negeri Selangor dan Melaka merupakan
negeri yang paling tinggi hukumannya iaitu denda yang dikenakan tidak melebihi RM5000
atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduanya.

Seterusnya, terdapat juga provisi-provisi yang berkaitan dengan keingkaran membayar


zakat. Antara jenis kesalahan adalah menghasut agar mengabaikan kewajipan agama atau
meninggalkan Malaysia tanpa membayar zakat atau kesalahan keranan bersubahat turut
termasuk dalam peruntukan undang-undang di setiap negeri. Sesiapa yang mengelak dengan
sengaja untuk tidak membayar zakat boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada
RM5000 atau penjara tiga (3) tahun atau kedua-duanya (Peraturan 45, Peraturan-Peraturan
Zakat Dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012).

3.2 AMIL YANG TIDAK DILANTIK

Institusi yang bertangunggjawab dan mempunyai bidang kuasa dalam menguruskan hal ehwal
pentadbiran dan pengurusan zakat di Malaysia ialah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
Kuasa perlantikan amil dan memungut zakat juga jelas berada di bawah bidang kuasa setiap
negeri dan pihak yang tidak mendapat keizinan untuk memungut zakat adalah dilarang untuk
memungutnya walaupun di negeri sendiri. Setiap negeri mempunyai peruntukan mengenai
memungut zakat dan fitrah seperti Seksyen 86, Bahagian 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Pulau Pinang) 2004: Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada
setiap orang Islam yang kena dibayar di dalam Negeri Pulau Pinang mengikut Hukum Syarak
bagi pihak Yang di-Pertuan Agong. Selari dengan peruntukan ini, kebanyakan negeri
memperuntukkan hukuman yang khusus melibatkan kesalahan jenayah Syariah dalam kes
pemungutan zakat atau fitrah tanpa kebenaran misalnya Pulau Pinang, Perak, Terengganu,
Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak (Najahudin
Lateh, et al. 2017). Seksyen 33 Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996: Mana-mana orang yang memungut zakat atau
fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau
selainnya diberikuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh di denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya pungutan itu
dirampas dan dibayar ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 90(1)
Enakmen Pentadbiran.

Terdapat kes mengenai pungutan zakat tanpa kebenaran yang berlaku pada Mei 2016
berhampiran Cafe Apron, Pejabat Korporat Malaysia Airport Berhad, Kuala Lumpur
International Airport (KLIA) Sepang, Selangor. Menurut Najahudin Lateh, et al. 2017, merujuk
kes Pendakwa Syarie Selangor Lawan Mohd Azmee dan Omar (JAKESS 2016), tertuduh-
tertuduh telah disahkan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bahawa tertuduh-tertuduh ini
tidak pernah diberikan kebenaran untuk membuat sebarang kutipan zakat atau fitrah di dalam
negeri Selangor. Atas sabitan bersalah terhadap tertuduh di bawah Seksyen 52(1)(b) tahun 1995
yang dibaca bersama seksyen 37 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 iaitu
percubaan pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa dan dijatuhkan hukuman denda
sebanyak RM 2,000.00 atau penjara selama tempoh 9 hari jika tidak dapat membayar denda
tersebut.

3.3 KEENGGANAN MEMBAYAR ZAKAT PADA PEMERINTAH

Isu yang seterusnya adalah ketidakpatuhan membayar zakat melalui institusi zakat. Isu ini
berlaku apabila pembayar zakat memilih untuk membayar secara terus kepada asnaf ataupun
golongan fakir miskin yang dianggap bersesuaian olehnya. Hal ini mungkin berlaku kerana
orang ramai tidak berpuas hati dengan pengurusan zakat oleh institusi zakat sehingga
menyebabkan mereka membayar zakat secara terus kepada asnaf.

Kesan daripada pembayaran zakat secara terus kepada asnaf dan bukan secara langsung
kepada institusi zakat sebenarnya menimbulkan pelbagai masalah seperti membawa kepada
berlakunya kebocoran kutipan zakat di institusi zakat serta pengagihan yang tidak saksama.
Perkara ini disokong oleh Nasrul Hisyam (2004) yang menyatakan bahawa menurut al-
Qaradawi, ia adalah mustahil bagi pemilik harta secara bersendirian mengagihkan zakatnya
kerana akan berlaku ketidakadilan dalam pengagihan zakat di kalangan asnaf yang berhak.
Selain itu, zakat bukan sahaja diagihkan kepada fakir dan miskin semata-mata, malah ia juga
diperlukan bagi memenuhi keperluan dan kepentingan umat Islam keseluruhannya yang mana
hal ini hanya mampu untuk dilaksanakan oleh pemerintah. Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad
& Radiah (2008) menjelaskan bahawa disebabkan itulah pembayar zakat perlu diyakinkan oleh
pihak institusi zakat agar mereka membayar zakat secara telus dan lansung kepada institusi dan
bukannya asnaf. Manakala pihak institusi zakat pula perlulah berusaha memahami hasrat
pembayar zakat agar perasaan tidak puas hati atau keengganan terhadap pembayaran zakat
kepada institusi dapat diminimumkan.

Seterusnya, isu ketidakpatuhan membayar zakat di institusi zakat juga boleh berlaku
dari sudut pembayaran zakat dibuat di luar sempadan harta. Menurut AZKA (2019), secara
asasnya, keutamaan pembayaran zakat hendaklah dibuat di tempat pendapatan atau harta itu
diperolehi. Namun, terdapat segelintir pembayar memilih untuk membayar zakat di tempat lain
atas beberapa faktor seperti berpindah rumah kediaman atau berpendapat bahawa penduduk di
tempat lain lebih memerlukan bantuan zakat. Menurut kaedah asal, zakat hendaklah diagihkan
di tempat harta itu dikumpul. Ini adalah sesuai dengan dasar menghormati orang yang terdekat
dan orang terdekat itulah yang lebih berhak untuk mendapat pertolongan. Namun demikian,
harta zakat juga boleh diagihkan di luar kawasan tempat harta itu terkumpul jika pemerintah
mendapati bahawa keperluan penduduk tempatan telah dipenuhi dan pada masa yang sama
penduduk di daerah luar benar-benar memerlukan bantuan (Nasrul Hisyam 2004).

Mengikut undang-undang di Malaysia, segala operasi berkaitan zakat seperti kuasa


memungut dan mengagihkan zakat diletakkan di bawah kuasa negeri. Oleh itu, pemerintah
hendaklah memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam tadbir urus harta zakat
manakala tanggungjawab pembayar zakat pula melaksanakan kewajipan mengikut saluran
yang sebetulnya. Contohnya jika dilihat pada Seksyen 16 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah
(Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) secara jelas memperuntukkan kuasa kepada Majlis
atau wakilnya untuk memungut zakat. Ini bermaksud, orang yang membayar zakat atau fitrah
melalui amil yang tidak dilantik oleh Majlis adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16
(b) dan boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan
(Portal Esyariah t.th.).

Walau bagaimanapun, dari segi amalannya masih banyak syarikat atau individu
persendirian yang membayar sendiri atau mengeluarkan sebahagian daripada zakat mereka
kepada asnaf yang dianggap layak menerima zakat. Malah ada diantara mereka yang
beranggapan seksyen 16 tersebut tidak mengikat seseorang atau sesebuah syarikat untuk
mengagihkan sendiri secara terus kepada asnaf zakat. Sedangkan membayar zakat pada bukan
institusi merupakan satu bentuk pelanggaran peraturan dan undang-undang pemerintah serta
boleh menyebabkan berlaku pengurangan dana zakat bagi sesebuah negeri. Ia juga boleh
menjejaskan matlamat institusi zakat negeri dalam membantu asnaf yang berada di negeri
mereka. Perkara ini disokong lagi dengan penelitian yang dibuat terhadap beberapa himpunan
fatwa yang menunjukkan tiada tegahan pun untuk mana-mana orang atau syarikat membayar
sendiri zakat kepada asnaf yang layak menerimanya.

Keputusan-keputusan fatwa ini secara amnya menguatkan lagi hujah yang


membolehkan syarikat atau orang ramai membayar zakat secara terus tanpa melalui Pusat
Pungutan Zakat (PPZ) Negeri. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia (MJFK) kali ke-76 pada 21-23 November 2006 di Terengganu telah
membincangkan Hukum Pengagihan Zakat Secara Persendirian di mana muzakarah
memutuskan:
“Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam.
Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pemerintah atau ulil amri adalah demi
menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat
secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf
yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam
perkara kebaikan adalah berdosa. Ini kerana dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah
atau ulil amri dalam perkara kebaikan adalah wajib”.

Dari sudut hukuman pula, terdapat perbezaan hukuman antara setiap negeri di
Malaysia. Contohnya, di Kedah kesalahan tidak membayar zakat hanya khusus kepada zakat
padi sahaja iaitu denda tidak melebihi RM500 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya bagi
mana-mana orang yang antaranya termasuklah mereka yang membayar zakat yang dikhendaki
menurut peraturan ini kepada orang yang lain daripada amil. Selangor dan Melaka juga
meletakkan hukuman iaitu tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun
atau kedua-duanya sekali bagi mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi
enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang
dilantik atau mana-mana pihak lain yang diberikuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau
fitrah. Walaupun begitu, sehingga ke hari ni, kita masih belum mendengar kes-kes yang
melibatkan kesalahan bayar zakat terus kepada asnaf didakwa di mahkamah. Antara puncanya
mungkin kerana beberapa negeri di Malaysia telah menerima keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan, contohnya negeri Selangor berkenaan hukum membayar zakat secara
bersendirian.

Masalah-masalah yang telah dijelaskan di atas haruslah diatasi dengan segera kerana
secara tidak lansung harta zakat akan berkurangan seiring dengan berkurangnya jumlah mereka
yang tidak membayar zakat. Oleh itu pengurusan zakat perlulah dilakukan secara profesional
agar ia dapat meningkatkan kredibiliti institusi zakat itu sendiri, dapat meningkatkan keyakinan
pembayar zakat dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej dakwah kepada mereka yang
masih belum lagi menunaikan zakat harta.

4.0 CABARAN DALAM KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT

Tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi bahawa tugas dan peranan pusat zakat negeri serta
baitulmal dalam mengutip dan mengagihkan dana zakat adalah suatu tugas yang amat berat
dan sukar untuk untuk diuruskan. Pelbagai cabaran perlu ditempuh dalam proses memungut
zakat daripada masyarakat Islam yang berkelayakan dan seterusnya membahagikan dana zakat
tersebut kepada asnaf yang memerlukan. Disini kita akan melihat beberapa cabaran yang
muuncul dalam proses kutipan dan pengagihan zakat di Malaysia.

4.1 PENGUATKUASAAN PERUNDANGAN ZAKAT YANG AGAK LEMAH

Menurut Mohd Suffian et. al (2017), mereka menukilkan kenyataan dari sebuah kajian yang
ddijalankan oleh Muharman, Nurul, Yusoff & Abdurrahman (2011) iaitu antara cabaran utama
dalam dasar pengurusan zakat di Malaysia malah di seluruh negara Islam seperti Mesir, Jordan,
Kuwait dan Bangladesh ialah masalah bagi menguatkuasakan perundangan zakat.

5.0 CADANGAN PENYELESAIAN TERHADAP ISU-ISU PERUNDANGAN

1. Mengadakan undang-undang tambahan atau subsidiari bagi menambah baik undang-


undang yang sedia ada.

Umat Islam yang menepati rukun dan syarat mengeluarkan zakat adalah wajib mengeluarkan
zakat, dan keingkaran berbuat demikian merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan
tindakan undang-undang. Namun begitu, terdapat sedikit kelemahan yang terdapat dalam
undang-undang berkenaan zakat menyebabkan penguatkuasaan undang-undang tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya dan lebih teruk lagi mengakibatkan pihak berkuasa gagal mengambil
tindakan terhadap mereka yang mengelak untuk membayar zakat. Contoh yang dapat dilihat
adalah tidak terdapat peruntukan dalam undang-undang zakat negeri mengenai definisi khusus
golongan yang layak mengeluarkan zakat dan jenis-jenis pendapatan yang dikenakan zakat.
Berdasarkan Seksyen 21 Enakmen Zakat dan Fitrah 1993, Sabah “Jika di bawah Enakmen ini
pendapatan atau aset mana-mana orang boleh ditaksirkan dan dikenakan zakat, maka orang itu
hendaklah, tertakluk kepada Bahagian ini, menjadi orang yang boleh ditaksirkan dan dikenakan
zakat berkenaan dengan pendapatan atau aset itu.” Didalam enakmen tersebut tidak dinyatakan
atau dijelaskan sebarang pentafsiran mengenai golongan atau jenis “orang” yang dimaksudkan
sama ada ianya termasuk orang perseorangan, perbadanan, syarikat, perkongsian atau
sebagainya. Menurut Fadziani Yaakub (2023), ketidakjelasan undang-undang ini oleh dicabar
apabila syarikat, koperasi, perbadanan dan sebagainya yang tidak membayar zakat dihadapkan
di mahkamah memandangkan tidak terdapat definisi jelas mengenai orang yang layak
mengeluarkan zakat. Berdasarkan penelitian, hanya negeri Selangor sahaja yang menyebut
secara jelas golongan ‘orang’ yang dimaksudkan di bawah Seksyen 2 Peraturan-peraturan
Zakat dan Fitrah Negeri Selangor 2003 iaitu orang perseorangan, perbadanan, syarikat,
koperasi, perkongsian, persatuan, firma, usaha sama atau pemegang amanah.

2. Mempertingkatkan hukuman zakat secara maksimum iaitu RM5,000.00

Hukum membayar zakat adalah wajib di sisi Islam, dan perkara wajib adalah dituntut untuk
dilakukan dengan tuntutan yang tegas manakala meninggalkannya adalah perbuatan dosa dan
layak dikenakan hukuman. Jika dilihat pada Zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Saidina Abu Bakar
As-Siddiq juga mengambil tindakan yang tegas kepada golongan yang enggan membayar zakat
dengan mengisytiharkan perang di zaman pemerintahan beliau. Keengganan melunaskan zakat
ini bukan sahaja mengingkari hukum Allah dan menafikan hak para asnaf, bahkan ia turut
memberikan kesan negatif kepada sistem ekologi. Justeru, hukuman zakat yang tinggi dan berat
adalah sesuai untuk dilakukan kepada pesalah yang memandang rendah kewajiban zakat pada
zaman ini. Kebanyakan negeri memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3000.00
dan penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, manakala hanya Negeri Sembilan
memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1000.00 dan penjara tidak melebihi
setahun atau kedua-duanya sekali. Denda ini adalah sangat ringan jika dibandingkan dengan
kewajiban zakat dan secara tidak langsung membuat masyarakat mengambil ringan akan
keperluan membayar zakat dan lebih rela membayar denda yang lebih sedikit dan murah
berbanding jumlah zakat yang perlu dibayar oleh mereka.

3. Akta Zakat Nasional

Bagi menangani masalah berkaitan dengan undang-undang zakat yang tidak komprehensif,
terdapat satu cadangan telah disuarakan untuk mengkodifikasikan Akta Zakat Nasional (AZN)
melalui penubuhan Majlis Zakat Negara (MZN). Menurut Fadziani Yaakub (2023) menukilkan
daripada kajian Siti Mashitoh Mahamood (2008) telah terdapat draf Akta Zakat Wilayah-
Wilayah Persekutuan (AZWP) yang lebih kemas dan terperinci berbanding dengan undang-
undang yang terdapat dalam statut pentadbiran agama Islam Negeri. Dalam draf tersebut juga
terdapat persamaan peruntukan berkaitan kesalahan zakat dengan jenis kesalahan yang
diperuntukan di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu denda yang layak dikenakan kepada
pesalah yang sengaja mengelak untuk membayar cukai atau membantu orang lain untuk
mengelak cukai adalah mencapai RM1,000 sehingga RM20,000 selain penjara tidak melebihi
3 tahun. Hal ini sudah tentu dapat menimbulkan rasa gerun dan takut kepada masyarakat untuk
tidak membayar zakat seperti sepatutnya kerana mereka akan dikenakan denda yang lebih
mahal sekaligus menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat di negara kita. Melalui Akta
Zakat Nasional ini juga, kelemahan-kelemahan yang terdapat pada undang-undang zakat
negeri dapat diatasi dengan wujudnya keseragaman undang-undang, melaksanakan hukuman
yang lebih tinggi dan berat serta penguatkuasaan yang lebih tegas dapat diambil.

6.0 KESIMPULAN

Perundangan zakat yang tidak komprehensif menyebabkan pihak berkuasa zakat gagal
mengambil tindakan undang-undang ke atas masyarakat Islam yang ingkar dalam menunaikan
tanggungjawab mereka. Antaranya, akta ataupun enakmen zakat negeri tidak memperuntukkan
berkenaan siapa yang layak membayar zakat dan juga kategori pendapatan yang wajib
berzakat. Menurut Fadziani Yaakub (2023), selain daripada faktor dalaman atau keimanan
yang mempengaruhi seseorang untuk mengeluarkan zakat, undang-undang dan
penguatkuasaan yang tegas turut memainkan peranan penting.

Nilai hukuman, denda, penalti yang rendah dan tidak berat kepada pesalah zakat antara
faktor pematuhan ke atas perundangan zakat masih rendah (Mohd Suffian, Mohd Ali &
Hairunnizam Wahid 2018). Kelemahan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-
undang telah menyebabkan aspek kepatuhan kepada undang-undang tidak dititikberatkan
dalam mendatangkan ketakutan dan keinsafan dalam diri pesalah serta meningkatkan
keinginan masyarakat untuk mengeluarkan zakat (Aznan Hasan 2007). Disebabkan itu, tidak
banyak terdapat kes-kes pendakwaan di Mahkamah Syariah walaupun undang-undang
membenarkannya. Hal ini turut disokong oleh Ram Al Jaffri, Kamil Md Idris & Zainol Bidin
(2009) yang menekankan aspek penguatkuasaan undang-undang sangat mempengaruhi
kesedaran umat Islam dalam berzakat.

Selain itu, penyeragaman dalam perundangan zakat juga tidak dapat dilaksanakan
kerana bidang kuasa zakat berada di bawah kuasa negeri masing-masing. Menurut Fadziani
Yaakub (2023) lagi, ketidakseragaman undang-undang setiap negeri telah mengelirukan umat
Islam dan memberi persepsi negatif kepada mereka yang mana hal ini juga mempengaruhi isu
ketidakpatuhan dalam membayar zakat (Kamil Md. Idris 2006). Masalah-masalah
perundangan seperti inilah menjadi antara isu yang menyukarkan penguatkuasaan perundangan
zakat yang cekap dan berkesan di Malaysia. Kelemahan ini perlu diatasi dengan segera kerana
kita tidak mahu ia memberi imej yang buruk kepada keberkesanan undang-undang Syariah
dalam menjamin kepatuhan umat Islam untuk membayar zakat. Justeru, satu strategi yang
komprehensif diperlukan bagi memastikan masyarakat Islam di Malaysia khususnya
menunaikan tanggungjawab mereka, di samping memastikan keadilan dan keseimbangan
agihan zakat dapat dilaksanakan. Cadangan untuk menambah baik sistem undang-undang sedia
ada seperti mewujudkan Akta Zakat Nasional seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya
oleh pihak kerajaan.

6.0 RUJUKAN

Anwar Muhammad Ali. 2014. Undang-undang Pentadbiran Zakat Pada Zaman Awal Islam. In
International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) (pp. 1-2).
http://conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2014/zakat/z11-imaf-
2014.pdf

AZKA. 2019. Siri Kajian Azka Kutipan Zakat Rentas Sempadan: Teori Fiqh Dan Realiti Di
Malaysia. https://azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2021/12/Siri-Kajian-1-
Kutipan-Zakat-Rentas-Sempadan-Teori-Fiqh-dan-Realiti-Di-Malaysia.pdf

Fadziani Yaakub. 2023. Kewajipan Membayar Zakat: Analisis Undang-Undang Zakat di


Malaysia. Journal Of Contemporary Islamic Studies 9(1): 1-20.

Khairil Azmin Mokhtar. 2007. Federalisme dan Pembahagian Kuasa: Penggubalan Undang-
Undang Islam Antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri In Pentadbiran Undang-
Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Hairunnizam Wahid. 2009. Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat di Malaysia: Mengapa
Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati? Jurnal Syariah, 17(1), 89-112.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. 2008. Pengagihan Zakat Oleh
Institusi Zakat Di Malaysia: Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati. Seminar
Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi IV (C).

Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, berhubung dengan isu isu
Muamalat. https://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-
muamalat/1_Fatwa_Pertama.pdf

Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid. 2017. Bab 3
Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi. Pengurusan Zakat di
Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Hafiz Badarulzaman, Siti Nabilah Sulaiman. 2017. Bidang Kuasa Perundangan
Dalam Pentadbiran Zakat Di Negeri-Negeri Selatan Malaysia. Artikal Pusat Pengajian
Undang-Undang, UUM-COLGIS, 06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia.

Muhammad Hafiz Badarulzaman, Siti Nabilah Sulaiman. 2019. Analisis Perbandingan


Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Negeri-Negeri di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia 31(1):
86‒104.

Najahudin Lateh, Muhamad Rahimi Osman, Ghafarullahuddin Din. 2017. Isu-isu


Kontemporari dalam Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam. Shah Alam: Penerbit
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2004. Pengaruh pemikiran Yusuf Al-Qaradawi dalam
pentadbiran zakat di Negeri Selangor. Masters thesis, Jabatan Syariah dan Undang-
Undang, Universiti Malaya.

Portal Esyariah. T.th. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Federal_Original.
nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/887548c7592697924825707c000c6337?O
penDocument

Yunus Yakkub. 2021. Hanya 20 peratus daripada 1.5juta penduduk Selangor Bayar Zakat.
Laman web Kosmo. https://www.kosmo.com.my/2021/08/18/hanya-20-peratus-
daripada-1-5juta-penduduk-selangor-bayar-zakat/

Bangi:

Anda mungkin juga menyukai