Anda di halaman 1dari 9

Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan ......................................................................................................... 2

2.0 Konsep Waqi’iyah .................................................................................................. 2

2.1 Ibadah Waqi’iyah ................................................................................................ 3

2.2 Akhlak Waqi’iyah ................................................................................................ 4

2.3 Syariah Waqi’iyah .............................................................................................. 6

2.4 Akidah Waqi’iyah ................................................................................................ 7

3.0 Kesimpulan............................................................................................................ 7

5.0 Rujukan ................................................................................................................. 9

1
1.0 Pendahuluan

Mensyukuri nikmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah satu kemestian. Akan tetapi,
jika seseorang hamba itu tidak menyedari sebuah nikmat yang telah diperoleh,
bagaimanakah sesesorang itu sedar dan mensyukuri nikmat tersebut? Tedapat nikmat
yang dipandang enteng oleh umat manusia iaitu nikmat kesempurnaan Islam. Allah S.W.T
telah menjadikan agama Islam ini sebagai agama yang sempurna. Kesempurnaan
tersebut adalah nikmat yang paling agung yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada
umat manusia.

Firman
“Pada Allah
hari iniS.W.T:
telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepada
kamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

(Surah Al-Maidah: 3)

Kesempurnaan Islam juga jelas dari aspek insan (manusia) sendiri yang mana ia
menekankan aspek hubungan sesama manusia. Islam tidak pernah membezakan
manusia mengikut darjat seseorang, jantina, bangsa, etnik, warna kulit, harta, pengaruh
dan sebagainya. Malah, Islam amat menggalakkan kita saling berta’ruf (kenal-mengenali),
bermasyarakat dan bergaul antara satu sama lain dalam batasan syariat Islam yang
ditetapkan. Tujuan kita saling kenal-mengenali antara satu sama lain tersebut tidak lain
dan tidak bukan hanyalah kerana Allah SWT dan mendapatkan keredhaanNya

2.0 Konsep Waqi’iyah

Sebagai agama yang sempurna, Islam mengatur sendi-sendi kehidupan kita


daripada etika pergaulan, pernikahan, hukum berniaga dan perdagangan, kehidupan
berjiran, hukum kenegaraan sehinggalah kepada masalah yang dianggap remeh oleh
segelintir manusia seperti adab makan, tidur dan sebagainya. Maka, di sinilah wujudnya
perkara seperti Waqi’iyah, Rabbaniyah, Syumuliyah, Inqilabiyah dan sebagainya. Namun
begitu, kali ini saya memfokuskan kepada satu perkara sahaja iaitu Waqi’iyah.

Waqi’iyah bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian
dengan realiti kehidupan manusia. Ajaran Islam sentiasa seiring dengan kenyataan hidup
manusia. Seterusnya, dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa

2
mengambil kira realiti semasa, setempat dan adat yang diamalkan. Umpamanya, jika
sesuatu masyarakat telah mengamalkan sesuatu adat atau budaya tertentu dalam
menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan antara mereka, dan adat itu pula tidak
mendatangkan sebarang keburukan dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam,
maka ia diiktiraf dan diterima dalam Islam. Ini bermakna Islam tidak memaksa umat untuk
melakukan perkara yang di luar kemampuan mereka pada ketika itu. Sebaliknya, Islam
menyediakan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi dalam sesuatu keadaan
secara realistik dan praktikal.

2.1 Ibadah Waqi’iyah

Ibadah antara perkara yang paling penting dalam Islam. Sebagai umat yang
beragama Islam, kita wajib mengikuti segala perkara yang telah digariskan di dalam aspek
ibadah. Sebagai contoh, 5 rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam. Namun
begitu, terdapat beberapa perkara yang membolehkan atau memudahkan umat Islam
untuk menunaikan perkara terdsebut. Maka, Islam telah menyediakan Waqi’iyah dalam
ibadah Islam. Selain itu, dalam memerintahkan ketaatan manusia kepada hukum-
hukumnya, Islam tidak membebankan manusia dengan perkara yang tidak realistik
sehingga manusia tidak mampu menunaikannya. Misalnya, dalam konteks ibadah, Islam
tidak memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan
kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

Malah, kerja-kerja harian ini jika dilakukan dengan betul dan memenuhi syarat-
syaratnya, turut dianggap sebagai ibadat dan pelakunya diberi pahala yang banyak.
Kemudian, ajaran Islam bersifat praktikal dan bukanlah utopia (khayalan). Maka Islam
mengambil kira kenyataan sebenar kehidupan manusia di dunia ini yang dipenuhi dengan
unsur-unsur amal makruf nahi mungkar. Dalam masa yang sama juga membuat
pertimbangan terhadap kekuatan dan kelemahan manusia secara adil bersandarkan
sumber Islam iaitu al-Quran, hadis, Ijmak, qias ulama’. Justeru, itulah ajaran Islam adalah
lebih praktikal dan benar serta sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya
kefardhuan ibadah zakat hanya diwajibkan ke atas orang yang mempunyai harta dan
kemampuan sahaja. Bagi mereka yang fakir miskin tidak dipaksa mengeluarkan zakat
seperti golongan yang berharta. Selain itu, dalam isu kotemporari bagi golongan yang

3
beharta pula, ada di antara mereka yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk
membayar zakat secara depan-depan. Oleh itu, kini wujudnya pembayaran zakat secara
‘online’.

Seterusnya, solat tidak dapat dipisahkan antara muslim dengan Allah s.w.t secara
langsung membina hubungan melalui pembentukan rohani (Muhammad Syukri Salleh,
2003). Walau bagaimana sekali pun solat adalah wajib dan tidak boleh ditinggalkan
kecuali disebabkan uzur syari’e. Maka banyak rukhsah yang telah diberikan oleh Allah
S.W.T disebabkan penilaian bersandarkan Waqi’iyah dalam memberi kemudahan kepada
manusia untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap Allah. Contohnya, solat dapat
dilakukan mengikut kemampuan muslim secara realiti sama ada secara berdiri, duduk
atau berbaring. Manakala mereka yang bermusafir diberi kemudahan oleh Allah melalui
solat Qasar dan Jama’.

Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Allah tiada memberatkan seseorang itu, melainkan menurut kesanggupannya.”

(Surah Al-Baqarah: 286).

Maksudnya Allah tidak sesekali membebankan hambanya dengan memaksa


mereka melakukan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan. Oleh sebab itu, Allah S.W.T
tidak memaksa orang sakit untuk solat seperti orang sihat, tetapi dilakukan menurut
kemampuan diri (Akhmal Hj.Mohd.Zain, 2007). Maka solat dan zakat sebagai Ibadah asas
ini dijadikan sebagai pengkaedahan dalam pembangunan berteraskan Islam dan
dijustifikasikan secara signifikan dengan mengaplikasikan unsur Waqi’iyah mengikut
kesesuaian dalam beribadah yang menghubungkan manusia dengan Allah S.W.T.

2.2 Akhlak Waqi’iyah

Islam juga dilengkapi dengan akhlak Waqi'iyah, iaitu setiap umat Islam ditegaskan
untuk mengamalkan akhlak yang baik. Sebagai umat yang menganut agama Islam, kita
harus menerapkan keperibadian yang unggul di dalam diri. Sebagai contoh, kini sedang
hangat diperkatakan tentang isu pergaulan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah
dan remaja. Selain itu, isu yang sering diperkatakan juga adalh isu buli dalam kalangan

4
pelajar sekolah. Seperti yang kita dapat lihat, kini isu buli semakin berleluasa. Di samping
itu, ada yang mengatakan bahawa perkara tersebut berlaku adalah kerana mereka
dipengaruhi oleh sikap rakan-rakan. Islam telah memberi kebebasan dan tidak melarang
kita untuk bergaul dengan sesiapa pun. Namun, kita haruslah menjaga tingkah laku dan
akhlak supaya tidak berlaku gejala yang tidak sihat.

Oleh yang demikian, Islam tidak mengharamkan sesuatu yang diperlukan oleh
manusia dan tidak pula menghalalkan sesuatu yang membahayakan manusia. Sebagai
contoh, dalam masalah hiburan, Islam mengharuskan beberapa bentuk hiburan atau
permainan selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam seperti terdapat unsur-
unsur perjudian, melalaikan dan sebagainya. Ini bertujuan bagi memenuhi fitrah manusia
yang cenderung kepada hiburan.

Islam juga merupakan agama yang sangat mementingkan keadilan. Namun


begitu, pada masa yang sama, Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan manusia
di alam ini terdapat perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan fizikal dan mental, taraf
ekonomi dan lain-lain. Dengan itu, dalam menunaikan keadilan ekonomi khususnya, Islam
tidak menuntut agar harta kekayaan dibahagikan sama rata antara manusia. Hal ini
kerana realitinya, manusia tidak sama dari segi keupayaan fizikal, mental, kreativiti,
kerajinan, tanggungjawab dan lain-lain. Oleh itu, anugerah dan habuan ekonomi juga
berbeza-beza berdasarkan perbezaan setiap individu dari segi usaha dan kesungguhan,
kerajinan, kreativiti, tanggungjawab yang dipikul dan lain-lain.

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang lain (dari segi anugerah)
rezeki.

(Surah al-Nahl: 71)

Berkaitan dengan hal tersebut juga, Islam tidak mewajibkan seseorang yang
memeluk agama ini agar meninggalkan semua masalah yang dihadapi dan kekayaan
yang diperolehi. Sebaliknya, Agama Islam sangat mementingkan keperluan individu dan
masyarakat terhadap harta dan rezeki. Selain itu, harta dan rezeki juga dianggap sebagai

5
sesuatu yang penting untuk meneruskan kehidupan seharian. Maka, jelaslah bahawa
Islam telah menyediakan penganutnya dengan waqi’iyah dalam aspek akhlak sebagai
panduan untuk meneruskan kehidupan.

2.3 Syariah Waqi’iyah

Kemudian, antara waqi'iyah dalam syariah Islam ialah syariah Islam dengan
mengambil kira keadaan darurat yang kadang-kadang mengatasi dan menyekat perbuatan
manusia dalam sesuatu perkara. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, umat Islam
boleh mengguna pakai konsep waqi’iyah. Dalam keadaan darurat, membenarkan
seseorang itu untuk melakukan perkara yang dilarang. Dalam hal ini, syariah Islam juga
amat memahami kemampuan manusia dalam melakukan perkara-perkara yang wajib
dilakukan dan perkara yang dilarang. Isu yang boleh dikaitkan dengan syariah waqi’iyah
ialah mengambil wuduk adalah wajib sebelum mendirikan solat dan seperti yang kita tahu,
konsep mengambil wuduk adalah membasuh sesetengah anggota badan dengan air. Air
tersebut perlu kena kepada kulit anggota badan tetapi berbeza pula dengan mengambil
wuduk di negara yang terlampau sejuk. Sebagai contoh, Antartika dan Switzerland yang
membolehkan mereka memakai kasut ‘khuf’ ketika mengambil wuduk.

Tambahan lagi, dalam memenuhi permintaan tujuan nafsu atau tujuan biologi
manusia juga, Islam telah membolehkan perkara tersebut tetapi dengan syarat perlu
berkahwin terlebih dahulu. Perkahwinan tersebut pula perlu bertujuan untuk menyalurkan
tuntutan-tuntutan syariah Islam. Kemudian, bagi pasangan yang sukar untuk hidup
bersama kerana sudah tidak sehaluan dan ketidak percayaan antara satu sama lain, maka
Islam membenarkan perbuatan talak sebagai cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu
tersebut. Berbeza dengan ajaran sesetengah agama yang secara langsung tidak memberi
ruang untuk memberi laluan kepada penyiapan pasangan bermasalah untuk berpisah
dengan cara yang baik. Namun, perbuatan talak adalah terletak di tangan suami sahaja.
Islam adalah sesuah agama yang adil dan telah membenarkan isteri untuk meminta fasakh
jika keadaan terlalu mendesak.

Baru-baru ini terdapat satu isu yang telah dikeluarkan oleh Harian Metro, seorang
isteri yang mendesak untuk meminta fasakh daripada suaminya yang tidak mahu
melepaskannya kerana tidak lagi tahan dengan kekejaman yang telah diperlakukan atas

6
dirinya. Wanita tersebut telah mendapat haknya setelah perkara ini dibawa ke mahkamah
syariah. Perkara-perkara tersebut menunjukkan bahawa Islam mementingkan kebajikan
umatnya dan telah menyediakan waqi’iyah dari segi syariah dalam Islam.

2.4 Akidah Waqi’iyah

Akidah dalam Islam mengajak penganutnya beriman kepada Allah yang telah
didedahkan dengan ayat-ayat qauliyah dan kauniyah dalam jiwa manusia dan alam
semesta. Ini adalah apa yang membolehkan kita untuk membangunkan kehidupan ini
melalui perkembangan sains dan teknologi, tamadun dan budaya yang tinggi akibat
daripada persepsi manusia kepada iman di kedua-dua ayat tersebut. Jelas Waqi'iyyah
dalam aspek akidah akan menggalakkan kemajuan dan memenuhi keperluan manusia
(Yusuf Al-Qardawi, 1992).

Oleh yang demikian, isu kotemporari yang berkaitan dengan waqi’iyah dalam
aspek akidah adalah isu yang sedang berlaku di sesebuah negara yang sedang
mengalami pergolakan. Sebagai contoh, di Syria, pengganas sering memaksa penduduk
Syria yang menganut agama Islam untuk mengaku bahawa mereka menganut agama
Kristian. Dalam isu darurat seperti ini, Islam telah menyediakan waqi’iyah tentang perkara
tersebut di mana penduduk Syria dibolehkan untuk mengaku bahawa mereka beragama
Kristian tetapi dengan syarat, kata-kata tersebut hanya sekadar lafaz yang diucap dengan
mulut tetapi hatinya tetap berpegang teguh dengan agama Islam.

Demikian, dengan berpegang dengan konsep tersebut, umat tersebut tidak akan
jatuh murtad oleh kerena keadaan memaksa. Andai kata, jika umat Islam tersebut masih
berdegil dan melawan, mungkin mereka akan dibunuh serta merta. Jadi, terdapat
kelonggaran dalam perkara seperti berikut. Berdasarkan konsep waqi’iyah ini, maka
jelaslah bahawa agama Islam amat menitik beratkan keperluan umatnya.

3.0 Kesimpulan

Tuntasnya, berdasarkan kepada konsep waqi’iyah tersebut dapat disimpulkan


bahawa justifikasi Islam adalah meluas dan fleksibel dalam melihat realiti dan kebenaran

7
kehidupan semasa. Ia juga dilihat sebagai kaedah pengaplikasian secara praktikal selari
dengan tuntutan syarak dan tidak membebankan umat Islam dalam kehidupan. Hal ini
secara langsung dapat menyumbang kepada terlaksananya pembangunan berteraskan
Islam. Akhir sekali, Islam juga dilihat sebagai kaedah pengaplikasian secara praktikal
dengan tuntutan syarak dan tidak membebankan umat islam dalam kehidupan. Hal ini
secara langsung dapat menyumbang kepada terlaksananya pembangunan berteraskan
islam.

8
4.0 Rujukan

Karmila. (2014, 09 14). Tasawwur Islam. Retrieved from Pendidikan Islam: http://karmila-
kkps.blogspot.my/2014/09/topik-1-tasawwur-islam-islam-bahasa.html

Mutalib, A. S. (2009). Journal Of Islamic Education . Tinjauan Terhadap Kem bestari solat,
15-28.

Nasution, P. D. (1995). Islam Rasional: Gagasan Dan Pemikiran. Bandung: Penerbit


Mizan Anggota IKAPI.

Salleh, M. S. (2003). Ciri-ciri Dalam Islam. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sholihah. (2015, 07 27). Retrieved from Tarbiyah Islam:


http://megasholihah33.blogspot.my/2015/07/rabbaniyyah-sumuliyyah-al-wudhuh-
al.html

Zain, A. H. (2007). kotemporari Islam. Kota Bharu: Dian Darulnaim Sdn. Bhd.

Yusuf Al-Qardawi. (2004). Al-Waqi'iyah. In Keserdehanaan Dalam Islam (pp. 15-21).


Singapura: PERGAS.

Anda mungkin juga menyukai