Anda di halaman 1dari 15

Topik  Nun Sukun

4 dan Tanwin
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pengertian nun mati dan tanwin;
2. Mengenal pasti setiap bahagian hukum yang melibatkan nun mati
dan tanwin;
3. Menerangkan bagaimana cara menyebut huruf nun mati dan tanwin
apabila bertemu dengan huruf-huruf hijaÊiyyah;
4. Mengingat semua hukum yang melibatkan nun mati dan tanwin; dan
5. Menjelaskan huruf-huruf yang dibaca ghunnah ketika bertasydid.

 PENGENALAN
Hukum nun mati dan tanwin menerangkan cara menyebut huruf tersebut
apabila ia bertemu dengan huruf-huruf hija'iyyah, sama ada ia dinyatakan,
dimasukkan ke dalam huruf berikutnya, ditukarkan kepada huruf lain ataupun
disembunyikan sebutannya. Oleh kerana tanwin juga berasal dari nun mati,
maka kedua-dua hukum tersebut diletakkan seiringan kerana ia merupakan
suatu perkara yang sama dari kebanyakkan aspek dan perbezaan keduanya
hanyalah dari aspek tulisan.

Topik ini akan membincangkan empat hukum nun mati dan tanwin yang
bertemu dengan huruf-huruf hija'iyyah iaitu izhar, idgham, iqlab dan ikhfa'.
Perbincangan utamanya ialah pecahan huruf-huruf tersebut dan bagaimana cara
menyebut hukum-hukum tersebut dengan betul.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN

AKTIVITI 4.1

1. Terangkan perbezaan antara nun mati dengan tanwin.


2. Tasmik surah al-Sajadah dengan guru anda, kemudian keluarkan
tiga contoh hukum izhar halqi serta terangkan kaedah bacaan
hukum tersebut.

4.1 PENGERTIAN NUN MATI DAN TANWIN


Nun mati ialah huruf nun yang tidak menerima baris. Ia wujud pada bacaan dan
tulisan, sama ada ketika bacaan wasal atau waqaf. Ia berada pada kata nama
(isim), kata perbuatan (fiÊil) dan pada huruf sama di pertengahan atau di hujung
sesuatu kalimah.

Tanwin pula ialah nun mati tambahan yang hanya terletak di penghujung kata
nama. Ia wujud pada bacaan dan ketika wasal, tetapi tiada pada tulisan dan
ketika waqaf.

Perlu diketahui oleh para pembaca al-Quran, terdapat satu keadaan di mana
tanwin atau nun tambahan tersebut perlu dibariskan, iaitu sekiranya ia dibaca
sambung dan selepasnya terdapat huruf hamzah wasal. Contohnya seperti:

{ (#þθ‘ÒxΡ$# #·θøλm; ÷ρr& } { πuΖƒÌ“Î/ É=Ï.#uθs3ø9$# } { tΠöθu‹ø9$# î,ó¡Ïù öΝä3Ï9≡sŒ}

Oleh kerana pertemuan antara dua huruf yang mati, maka huruf yang pertama
hendaklah dibariskan. Mengikut kaedah bacaan yang betul, nun tambahan
tersebut hendaklah dibaca dengan baris di bawah sekalipun tanwin tersebut
berbaris di atas, di bawah atau hadapan.

Rajah 4.1 menunjukkan pengertian nun mati dan tanwin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN  49

Rajah 4.1: Pengertian nun mati dan tanwin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN

4.2 PEMBAHAGIAN NUM MATI DAN TANWIN


Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf hijaÊiyyah, ia akan
menghasilkan beberapa hukum bacaan yang berbeza-beza. Hukum bacaan
tersebut terbahagi kepada empat bahagian iaitu izhar, iqlab, ikhfaÊ dan idgham
(sila rujuk Rajah 4.2).

Rajah 4.2: Pembahagian nun mati dan tanwin

4.2.1 Hukum Izhar (‫)اإلظھار‬


(a) Pengertian Izhar
(i) Bahasa
Terang atau nyata
(ii) Istilah
Mengeluarkan setiap huruf daripada makhrajnya tanpa ghunnah.

(b) Huruf Izhar dan Contohnya


Huruf izhar ada enam iaitu hamzah (‫)ء‬, haaÊ (‫)ھـ‬, ain (‫)ع‬, haÊ (‫)ح‬, ghain (‫)غ‬
dan khaÊ(‫)خ‬. Para ulama menghimpunkan huruf-huruf tersebut pada
permulaan setiap kalimah dalam bait syair (‫ر‬ ِ َ‫)أَ◌َ ِخى ھَاكَ ِع ْل ًما َحا َزهُ َغ ْي َر خ‬.
ٍ ‫اس‬

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN  51

Jadual 4.1: Beberapa Contoh Bacaan Izhar

Huruf
Izhar Pertemuan Nun Mati Pertemuan Nun Mati Pertemuan
dalam Satu Kalimah dalam Dua Kalimah Tanwin
Halqi

‫ء‬ šχöθt↔÷Ζtƒuρ öΝåκsEötΒr&÷ ⎦È⌡s9 íΟŠÏ9r&ë >#x‹tã

‫ھـ‬ βöθyγ÷Ψtƒ uθèδ ÷βÎ) $yγ1y‰èδC §øtΡ

‫ع‬ ß,Ïè÷Ζtƒ ÅU#x‹tãô⎯ÏΒ öΝÍκön=tæ BN≡uy£ym

‫ح‬ tβθçGÅs÷Ζs?uρ ß]ø‹ymô⎯ÏΒ íΟŠÅ3ym ͕tã

‫غ‬ tβθàÒÉó÷Ζã|¡sù 9e≅Ïî ô⎯ÏiΒ Îöxî >Š#uθÎ/

‫خ‬ πs)ÏΖy‚÷Ζßϑø9$#uρ 9,≈n=yz ô⎯ÏΒ $Z‹Ïyz ¸ξôϑym

(c) Cara Menyebut Hukum Izhar


Dua perkara utama yang perlu diperhatikan semasa menyebut hukum
Izhar ialah (Rajah 4.3):

Rajah 4.3: Cara menyebut hukum izhar

Oleh kerana semua huruf-huruf tersebut tempat keluarnya daripada halkum,


maka hukum izhar ini dinamakan izhar halqi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN

AKTIVITI 4.2

1. Apakah yang anda fahami mengenai idgham?

2. Berdasarkan ayat al-Quran di dalam surah al-Insan, keluarkan tiga


kalimah yang mengandungi hukum idgham bi ghunnah.

3. Baca ayat berikut dengan betul, kemudian kenal pasti hukum


kalimah yang bergaris di bawah:

(a) z⎯ŠÉ)−Fßϑù=Ïj9 “W‰èδ (b) ΝÎγÎn/§‘ ⎯ÏiΒ (c) ãΑθà)tƒ ⎯tΒ

4.2.2 Hukum Iqlab (‫)اإلقالب‬


(a) Pengertian Iqlab
(i) Bahasa
Menukarkan
(ii) Istilah
Menukarkan bunyi nun mati atau tanwin kepada bunyi mim

 Huruf iqlab ada satu sahaja iaitu baÊ(‫)ب‬


 Hukum iqlab terjadi apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan
huruf baÊ

(b) Cara Bacaan Iqlab

Rajah 4.4: Cara bacaan iqlab

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN  53

Jadual 4.2: Contoh-contoh Bacaan Iqlab

Huruf Pertemuan Nun Mati Pertemuan Nun Mati Pertemuan


Iqlab dalam Satu kalimah dalam Dua Kalimah Tanwin
‫ب‬
MÎ6.⊥è? ω÷èt/ .⎯ÏΒ #\t±0o 7,Î=≈yz

Νßγ÷∞Î;/Ρr& $yγÎ=ø)t/. ⎯ÏΒuρ 7‰‹Ïèt/ ¥−$s)Ï©

4.2.3 Hukum Ikhfa’ (‫)اإلخفاء‬


(a) Pengertian IkhfaÊ
(i) Bahasa
Menyembunyikan
(ii) Istilah
Menyembunyikan nun mati atau tanwin, iaitu dengan
membunyikannya antara bunyi izhar dengan idgham

Rajah 4.5 menunjukkan 14 huruf ikhfaÊ.

‫ﺿ ْﻊ ﻇَﺎﻟِ ًﻤﺎ‬
َ ‫ﺺ ﻗَ ْﺪ َﲰَﺎ * ُد ْم ﻃَﻴﱢﺒًﺎ ِزْد ِﰲ ﺗُـ ًﻘﻰ‬ ْ ‫ِﺻ‬
ٌ ‫ﻒ َذا ﺛَـﻨَﺎ َﻛ ْﻢ َﺟ َﺎد َﺷ ْﺨ‬
Rajah 4.5: 14 Huruf IkhfaÊ

Sekiranya nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu daripada
huruf-huruf tersebut, maka hendaklah nun mati atau tanwin itu
disembunyikan di sisi huruf ikhfaÊ tersebut, iaitu dengan membunyikannya
antara bunyi izhar dengan bunyi idgham.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
54  TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN

(b) Cara Bacaan Ikhfa'

Rajah 4.6: Cara bacaan ikhfaÊ

Untuk membezakannya dengan hukum ikhfaÊ yang lain, maka hukum ini
dinamakan ikhfaÊ haqiqi.

(c) Tingkatan Bacaan Ikhfa'


Para ulama telah membahagikan hukum ikhfaÊ itu kepada tiga martabat
atau tingkatan seperti dalam Rajah 4.7.

Rajah 4.7: Tiga tingkatan bacaan ikhfaÊ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN  55

Jadual 4.3 menunjukkan contoh-contoh bacaan ikhfaÊ hakiki.

Jadual 4.3: Contoh-contoh Bacaan IkhfaÊ Hakiki

Huruf
Pertemuan Nun Mati Pertemuan Nun Mati Pertemuan
IkhfaÊ
Dalam Satu Kalimah Dalam Dua Kalimah Tanwin
Hakiki

‫ص‬ (#θçFÅÁΡr& 9≅≈|Áù=|¹ ⎯ÏΒ #Z|À÷|À $\t†Í‘

‫ذ‬ (#ρâ‘x‹ΖãŠÏ9uρ “Ï%©!$# #sŒ ⎯tΒ Ï]≈n=rO “ÏŒ 9e≅Ïß

‫ث‬ 4©s\ΡW{$#uρ ;οtyϑrO ⎯ÏΒ ¢ΟèO 7's#≈yγpg¿2

‫ك‬ #θßsÅ3Ρ$$sù šχ%x. ⎯yϑsù ÒΟƒÌŸ2 ×−ø—Í‘uρ

‫ج‬ μ≈oΨø‹yfΡr'sù (#θßsuΖy_ βÎ)uρ 8ìÏΒ%y` 9öΔr&

‫ش‬ r't±Σr& |Mø⁄Ï© ⎯yϑÏj9 Ö‘θà6x© Ö‘θàxî

‫ق‬ #θÝÁà)Ζs? öΝà6Î=ö7s% ⎯ÏΒ s'#s ö6Ï% 8ìÎ/$tFÎ/

‫س‬ z⎯≈|¡ΣM}$# 7's#≈n=ß™ ⎯ÏΒ $Vϑn=y™ Wξã_u‘uρ

‫د‬ َ◌‰ΖÏã Èβρߊ ⎯ÏΒ ÿ…çνtç/ߊ 7‹Í×tΒöθtƒ

‫ط‬ ß,ÏÜΖtƒ ÏM≈t6ÍhŠsÛ ⎯ÏΒ ãΠ$yèsÛ× πtƒô‰Ïù

‫ز‬ tΑÌ“Ρé& $yγ8©.y— ⎯tΒ Oπ§‹Ï.y— $T¡øtΡ

‫ف‬ tβθà)ÏΖムôNu™!$sù βÎ*sù ôN§yϑsù $Z‹Ïyz

‫ت‬ ُ◌MΖä. t¨zr's? ⎯tΒuρ “ÌøgrB ;M≈¨Ψy_

‫ض‬ ٍ◌ŠθàÒΖ¨Β 7#÷è|Ê ⎯ÏiΒ $¸≈yèÅÊ Zπ−ƒÍh‘èŒ

‫ظ‬ #ρãÝàΨu‹sù $yδÍ‘θßγàß ⎯ÏΒ ¸ξŠÎ=sß yξÏß

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Terangkan perbezaan antara iqlab dengan ikhfa'.


2. Bagaimanakan cara sebutan hukum iqlab yang betul?
3. Berdasarkan surah Yasin, keluarkan lima hukum yang berkaitan
dengan ikhfa' haqiqi serta jelaskan tingkatannya.

4.2.4 Hukum Idgham (‫)اإلدغام‬


(a) Pengertian Idgham
(i) Bahasa
Memasukkan

(ii) Istilah
Memasukkan huruf pertama ke dalam huruf kedua, seakan-akan
menjadi satu huruf yang bersabdu. Huruf Idgham ada enam iaitu yaÊ,
wawÊ, mim, nun, lam dan raÊ

(b) Pembahagian Idgham


Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf idgham (yaÊ,
nun, mim, waw, raÊ dan lam), maka akan menghasilkan dua hukum bacaan
iaitu idgham bi ghunnah dan idgham bi la ghunnah.

Rajah 4.8: Dua bahagian idgham

(c) Idgham bi Ghunnah (‫ )إدغام بغنة‬dan Cara Bacaannya


Idgham bi ghunnah terjadi apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan
huruf-huruf idgham bi ghunnah iaitu yaÊ(‫)ي‬, waw (‫)و‬, mim (‫ )م‬dan nun(‫)ن‬.
Bagi memudahkan seseorang mengingati keempat-empat huruf ini, ia
dihimpunkan di dalam rangkaikata (‫)يَ ْن ُمو‬.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN  57

Rajah 4.9: Cara bacaan idgham bi ghunnah

Jadual 4.4 menunjukkan contoh-contoh bacaan idgham bi ghunnah.

Jadual 4.4: Contoh-contoh Bacaan Idgham Bi Ghunnah

Huruf Idgham bi
Pertemuan Nun Mati Pertemuan Tanwin
Ghunnah

‫ي‬ s−θム⎯tΒuρ $pκtΞθß™â‘ô‰tƒ 5=çGä.

‫ن‬ <§ø¯Ρ ⎯ÏiΒ $Z)ƒÏd‰Ï¹ $|‹Î;¯Ρ

‫م‬ &™!$¨Β ⎯ÏiΒ 5βθãΖó¡¨Β :*Ηu xq

‫و‬ ™!#u‘uρ ⎯ÏΒuρ ;ο§θà)Î/ (#ρãä.øŒ$#uρ

Tahukah Anda
Hukum idgham bi ghunnah hanya berlaku apabila nun mati bertemu
dengan huruf-huruf idgham bi ghunnah dalam dua kalimah. Sekiranya
pertemuan tersebut berlaku dalam satu kalimah, maka ia hendaklah
dibaca dengan izhar dan hukumnya adalah izhar mutlak. Cara
bacaannya hendaklah jelas dan nyata.

Keadaan ini hanya berlaku pada empat kalimah sahaja dalam al-Quran iaitu:

{Ö⎯≈uŠ÷Ψç/ } { $u‹÷Ρ‘‰9$# } { ×β#uθ÷ΖÏ% } { ×β#uθ÷ΖϹ}

(d) Idgham bi la Ghunnah (‫ )إدغام بال غنة‬dan Cara Bacaannya


Hukum idgham bi la ghunnah terjadi apabila nun mati atau tanwin
bertemu dengan huruf lam dan raÊ.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN

Rajah 4.10: Cara bacaan idgham bi la ghunnah

Jadual 4.5 menunjukkan contoh-contoh bacaan idgham bi la ghunnah.

Jadual 4.5: Contoh-contoh Bacaan Idgham Bi La Ghunnah

Huruf Idgham Bi Pertemuan


Pertemuan Nun Mati
La Ghunnah Tanwin

‫ل‬ öΝ©9 ⎯yϑsù š⎥⎪Ï%©#Ïj9 ×öyz

‫ر‬ ©Çrρ•‘ ⎯ÏΒ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θàxî

Info:
Idgham bi ghunnah juga dinamakan idgham naqis kerana nun mati atau
tanwin dimasukkan ke dalam huruf yang berikutnya secara tidak
sempurna disebabkan berlakunya ghunnah antara keduanya.

Sementara idgham bi la ghunnah pula dinamakan idgham kamil kerana


nun mati atau tanwin dimasukkan ke dalam huruf yang berikutnya
secara sempurna tanpa berlakunya ghunnah antara keduanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN  59

4.3 NUN DAN MIM BERSABDU


Huruf nun dan mim bersabdu (bertasydid) hendaklah didengungkan dengan
kadar dua harakat sama ada ketika bacaan wasal ataupun wakaf. Setengah
pendapat mengatakan, ia boleh didengungkan sehingga tiga harakat.

Kebanyakkan pembaca al-Quran menamakan hukum ini sebagai wajibul


ghunnah. Tetapi para ulama menamakannya sebagai idgham bi ghunnah
musyaddad ataupun harf ghunnah musyaddad. Wajibul ghunnah hanyalah
suatu istilah yang digunakan untuk menerangkan cara bacaannya yang wajib
didengungkan. Jadual 4.6 menunjukkan contoh-contoh nun dan mim bersabdu.

Jadual 4.6: Contoh-contoh Nun dan Mim Bersabdu

Contoh Nun Sabdu Contoh Mim Sabdu

…çμ¯Ρr& (#þθ‘Ζsßuρ (#θãΖtΒ#u™ ¢ΟèO

£⎯åκèEuθó¡Ï.uρ àM≈s)‹ÏΒ §ΝtGsù

 Terdapat empat hukum bagi nun mati dan tanwin iaitu izhar, iqlab, ikhfaÊ
dan idgham.

 Bacaan izhar ialah dengan menyatakan makhraj nun mati atau tanwin serta
tanpa ghunnah apabila ia bertemu dengan enam huruf iaitu hamzah, haaÊ,
ain, haÊ, ghain dan khaÊ.

 Bacaan idgham ialah dengan memasukkan nun mati atau tanwin berserta
ghunnah ke dalam empat huruf iaitu ya', waw, mim dan nun atau tanpa
ghunnah apabila bertemu dengan dua huruf iaitu lam dan ra'.

 Bacaan ikhfaÊ ialah menyembunyikan bunyi nun mati atau tanwin berserta
ghunnah sekiranya bertemu dengan salah satu dari lima belas huruf iaitu
sad, zal , tha, kaf, jim , syim , qaf , sin , dal , toÊ , zai, faÊ, taÊ, dhad dan dzoÊ.

 Bacaan iqlab ialah dengan menukarkan nun mati atau tanwin kepada huruf
mim berserta ghunnah apabila ia bertemu dengan satu huruf iaitu ba'.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN

 Hukum yang berkaitan dengan izhar, idgham, iqlab dan ikhfa' adalah cara
bacaan yang melibatkan nun mati dan tanwin sama ada bunyinya di
nyatakan, dimasukkan, ditukarkan ataupun disembunyikan.

 Walaupun meninggalkan hukum ghunnah hanya merupakan kesalahan yang


tersembunyi (mengikut pandangan ulama salaf), namun ia adalah
merupakan salah satu dari kesenian bacaan al-Quran yang tiada pada ilmu
yang lain.

FiÊil Iqlab
Ghunnah Isim
Hamzah wasal IstiÊlaÊ
HijaÊiyyah Izhar
Idgham Izhar halqi
Idgham bi la ghunnah Izhar mutlak
Idgham kamil Tarqiq
Idgham naqis Waqaf
IkhfaÊ hakiki Wasal

Abdullah Basmeih. (1995). Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim (ed).
Tafsir pimpinan Al-Rahman. Kuala Lumpur: Bah. Hal Ehwal Islam Jab.
Perdana Menteri.
Abdullah al-Qari bin Hj. Saleh. (1988). Kursus qari dan qariah. Kota Bharu:
Pustaka Aman Press.
Abd al-Fattah al-Qadhi. (2003). Al-Wafi fi Syarh al-Syatibi. Kaherah: Dar al-alam.
Abi Asim Abd al-Aziz bin Abd al-Fattah al-Qari. (1404 H). Qawaid al-Tajwid ala
Riwayah Hafs an Asim bin Abi al-Najud. Madinah al-Munawwarah:
Maktabah al-Dar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 NUN SUKUN DAN TANWIN  61

Al-Dabbagh, Ali Muhammad. (1954). Al-Ida'ah fi Bayan Usul al-Qiraah. Kaherah:


Mustafa al-Babi al-Halabi.
Al-Syeikh Sulaiman al-Jamzuri. (1994). Matan Tuhfah al-Atfal. Kaherah: Al-
Matabi' al-Aniriyyah.
Azahari Ibrahim. (1998). Kitab pelajaran tajwid. Kuala Lumpur: Dar al-Nu'man
Mahmud al-Husari. (1970). Ahkam Qiraah al-Quran al-Karim. Kaherah: Matabi'
Syirkah al-Syimarli.
Muhammad al-Habsy (Dr.). (1998). Kayf Taqra' al-Quran. Syria: Dar al-Asama'.
Kamarul Hazeri & Ammar Azizul. (2006). Kamus j-Qaf. Petaling Jaya: Sasbadi
Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai