Anda di halaman 1dari 9

QTH 6211 – AL-QURAN 1

SESI FEB 2023

PENULISAN AYAT AL-QURAN &


HURAIAN HUKUM TAJWID

NAMA NO. MATRIK


MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR M214014746

KOD KURSUS : QTH 6211


NAMA KURSUS : AL-QURAN 1
KUMPULAN : QTH 6211 – A
NAMA PENSYARAH : USTAZAH HAJAR BINTI AHMAD BUSTAMAN
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 3

BAB 1 PENULISAN AYAT AL-QURAN 4-8

BAB 2 TAJWID AL-QURAN 9-12

KESIMPULAN 13

RUJUKAN 14
PENGENALAN

Surah al-Mulk merupakan surah yang diturunkan di Mekah (makkiyah) dan mempunyai tiga
puluh ayat. Surah ini akan memohon syafaat bagi pembacanya sehingga dosa pembacanya
diampuni berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Ada satu surah dalam al-Quran yang berjumlah
tiga puluh ayat di mana surah tersebut akan memintakan syafaat bagi pembacanya hingga dia
diampuni. Surah itu adalah ‘tabarakallazi biyadihil mulk’.” (HR al-Tirmidzi, hadis ini hasan).

Dalam hadis yang lain, surah ini menjadi penghalang dari seksa atau azab kubur. Malah jika
surah ini dibaca pada setiap malam, maka akan menghindarkan pembacanya dari seksa kubur
dan dinamakan dengan ‘al-Mani‘ah’. Abdullah bin Mas‘ud berkata: “Barangsiapa membaca
surah al-Mulk setiap malam, Allah SWT akan menghindarkannya dari seksa kubur dengan
surah tersebut. Pada masa Nabi SAW kami menamakannya dengan al-Mani‘ah (penghalang).
Ia adalah surah dalam al-Quran yang jika dibaca setiap malam, maka pembacanya akan
mendapatkan banyak kebaikan.” (HR al-Nasa’ie dengan sanad yang baik).

Justeru, surah ini telah menghantar pesanan kepada kita semua tentang pentingnya
mengukuhkan keimanan dengan selalu mengenangkan keperkasaan, kehalusan dan kebesaran
Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam ini. Iman akan menghasilkan amal yang berkualiti
dan Allah menyuruh hamba-Nya untuk melihat keagungan kerajaan-Nya yang menjadikan
seluruh makhluk dan membentangkan kepada kita semua tentang sikap orang yang menyesal
atas kesombongan mereka semasa di dunia kerana tidak mahu memerhatikan ayat dan petunjuk-
Nya.

Topik surah :

1) Hikmah di sebalik perciptaan makhluk (ayat 2, 23 & 24).


2) Keindahan penciptaan Allah SWT yang tidak ada kekurangan & cacat cela padanya (ayat 4 &
23).
3) Hikmah penciptaan bintang bintang di langit (ayat 5).
4) Keadaan orang orang kafir di hari akhirat (ayat 7-11 & 27).
5) Seruan untuk menggunakan akal fikiran untuk sampai kepada kebenaran (ayat 16-22 & 28-
30).
BAB 2
TAJWID AL-QURAN

1. IZHAR HALQI
o Huruf Izhar Halqi terdapat 6 iaitu Hamzah ( ‫) ء‬, Ha ( ‫) هـ‬, ‘Ain ( ‫) ع‬, Ha’ ( ‫) ح‬, Ghain
( ‫ ) غ‬dan Kha’ ( ‫) خ‬.

o Ia dinamakan Halqi kerana tempat keluarnya (makhraj) tersebut adalah dari


kerongkong. Hukum Izhar Halqi berlaku apabila nun mati atau tanwin bertemu
dengan salah satu huruf Halqi, makan dikehendaki membacanya dengan jelas sebutan
nun mati atau tanwin.
۟ ُ‫قَال‬
‫وا بَلَ ٰى قَ ْد َجآ َءنَا نَ ِذي ۭ ٌر فَ َك َّذ ْبنَا َوقُ ْلنَا َما نَ َّز َل ٱهَّلل ُ ِمن َش ْى ٍء ِإ ْن َأنتُ ْم ِإاَّل‬

 Contoh ayat : ‫ير‬ٍ ۢ ِ‫ضلَ ٰـ ۢ ٍل َكب‬


َ ‫فِى‬

2. MAD THABI’I (MAD ASLI)


o Mad asli ( ‫ ) َم ٌّد َأصْ لِ ٌّي‬adalah Mad yang terhasil apabila huruf yang berbaris atas bertemu
alif ( ‫) ا‬, huruf berbaris bawah bertemu dengan Ya ( ‫ ) ي‬dan huruf berbaris depan
bertemu Waw ( ‫) و‬.

o Hukumnya adalah ia dibaca dengan kadar dua harakat.

o Contoh ayat : ُ ‫ك ٱلَّ ِذى بِيَ ِد ِه ْٱل ُم ْل‬


‫ك َوهُ َو َعلَ ٰى ُك ِّل َش ْى ۢ ٍء قَ ِدي ٌر‬ َ ‫تَبَ ٰـ َر‬

3. ALIF LAM SYAMSIYYAH


o Alif lam syamsiah adalah alif lam (‫ )ال‬yang dirangkai dengan kata benda (isim) dan
diawali dengan salah satu dari huruf-huruf syamsiah. Artinya, hukum bacaan ini
terjadi bila alif lam bertemu dengan salah satu huruf syamsiah.

o Huruf-huruf syamsiah berjumlah 14 huruf di antaranya adalah tha (‫)ط‬, tsa (‫)ث‬, shad (
‫)ص‬, ra (‫)ر‬, ta (‫)ت‬, ta (‫)ت‬, dha (‫)ض‬, dzal (‫)ذ‬, nun (‫)ن‬, dal (‫)د‬, zai (‫)ز‬, sin (‫)س‬, zha (‫)ظ‬,
syin (‫)ش‬, dan lam (‫)ل‬.
o Contoh ayat : َ ْ‫َءَأ ِمنتُم َّمن فِى ٱل َّس َمآ ِء َأن يَ ْخ ِسفَ بِ ُك ُم ٱَأْلر‬
‫ض فَِإ َذا ِه َى تَ ُمو ُر‬

4. IQLAB
o Dari sudut Bahasa, iqlab bermaksud menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.
Manakala, dari sudut istilah, iqlab terjadi apabila nun mati atau tanwin bertemu
dengan huruf iqlab. Maka ia ditukarkan bunyi nun mati ini kepada bunyi mim ( ‫ ) م‬dan
didengungkan dengan panjang bacaannya dua (2) harakat.

o Huruf Iqlab hanya mempunyai 1 huruf iaitu Ba’ ( ‫) ب‬.

o Ia dikatakan hukum bacaan Iqlab kerana sukar mendatangkan dengung serta


mengizharkan nun mati atau tanwin, kemudian menutup dua bibir mulut kerana huruf
ba’ ( ‫) ب‬. ‫ُور‬ ۟ ‫وا قَوْ لَ ُك ْم َأو ٱجْ هَر‬
ِ ‫ُوا بِ ِٓۦه ۖ ِإنَّ ۥهُ َعلِي ۢ ٌم بِ َذا‬ ۟ ُّ‫َوَأ ِسر‬
ِ ‫ت ٱلصُّ د‬ ِ
o Contoh ayat :

5. MAD WAJIB MUTTASIL


o Mad wajib muttasil adalah mad thabi'i yang bertemu dengan hamzah (‫ )ء‬dalam satu
kalimat. Panjang bacaan mad wajib muttasil adalah empat-lima harakat (ketukan) atau
sampai dengan dua setengah alif.

o Untuk huruf-huruf mad terdiri dari tiga huruf. Berikut ini huruf hijaiyah yang
termasuk dalam huruf mad antaranya,

- Huruf waw mati (‫ )و‬yang berada setelah huruf yang berharakat dhammah ( ُ- )
- Huruf ya' mati (‫ )ي‬yang berada setelah huruf yang berharakat kasrah ( ِ- )
- Huruf alif (‫ )أ‬yang berada setelah huruf yang berharakat fathah ( ‫) ﹷ‬

o Contoh ayat : ٌ ۭ ِ‫قُلْ ِإنَّ َما ْٱل ِع ْل ُم ِعن َد ٱهَّلل ِ َوِإنَّ َمآ َأن َ۠ا نَ ِذي ۭ ٌر ُّمب‬
‫ين‬

6. IDGHAM MA’AL GHUNNAH


o Idgham dari sudut Bahasa bermaksud memasukkan atau mencampurkan sesuatu ke
dalam sesuatu yang lain. Manakala dari sudut ilmu tajwid, ia bermaksud memasukkan
bacaan nun mati atau tanwin ke dalam huruf idgham dengan menjadikan kedua-kedua
huruf (huruf nun mati dan huruf idgham) seolah-olah satu huruf yang bersabdu.
Idgham Maal Ghunnah dimaksudkan dengan memasukkan dengan dengung.

o Terdapat 4 huruf Idgham Maal Ghunnah iaitu: Ya ( ‫) ي‬, Wau ( ‫) و‬, Mim ( ‫) م‬, Nun ( ‫ن‬
).

o Idgham berlaku di antara dua kalimah.

‫ِإ َّن يَوْ َم ْٱلفَصْ ِل َكانَ ِميقَ ٰـ ۭتًا‬


o Contoh ayat :

7. IDGHAM BI GHUNNAH
o sudut istilah apabila nun mati dan tanwin bertemu dengan huruf idgham bila ghunnah,
maka perlulah dimasukkan nun mati atau tanwin itu kedalam huruf idgham dan dibaca
tanpa dengung.

o Huruf idgham bila ghunnah ada 2 sahaja iaitu: Lam ( ‫) ل‬, dan Ra’ ( ‫) ر‬.

o Hukum bacaan idgham ini berlaku dalam dua perkataan, iaitu nun mati atau tanwin
berada dalam satu perkataan atau salah satu huruf idgham pula berada dalam
perkataan lain.

o Contoh ayat : ‫ك َعطَآ ًء ِح َسا ۭبًا‬


َ ِّ‫َجزَآ ۭ ًء ِّمن َّرب‬

8. MAD ARID LISSUKUN


o Mad yang berlaku apabila huruf mad bertemu dengan sukun yang mendatang kerana
diwaqafkan pada akhir kalimah.
‘Aridh bererti mendatang; lis sukun bererti disebabkan sukun.

o Kadar bacaannya: 2, 4 atau 6 harakat diseragamkan.

o Contoh ayat : َ‫َع َّم يَتَ َسآ َءلُون‬


9. IKHFA’ HAQIQI
o Dari sudut Bahasa, ikhfa’ adalah sembunyi. Manakala, dari sudut istilah ilmu tajwid,
menyebut satu huruf dengan satu sifat antara izhar dan idgham, tidak ditasydidkan, di
samping mengekalkan dengung pada huruf pertama.

o Yang dimaksudkan dengan antara izhar dan idgham adalah Izhar mempunyai 2 kali
bilangan sebutan kedua-dua huruf. Manakala ikhfa’ dan idgham mempunyai 1 kali
bilangan sebutan kedua-dua huruf. Huruf pertama izhar dan ikhfa’ dibunyikan dengan
jelas tetapi idgham bunyi bunyi huruf pertamanya berubah kepada bunyi huruf kedua.

o Ikhfa’ Haqiqi mempunyai 15 huruf iaitu :

‫ستجزصدكفثقضطظشذ‬

ِ ‫َوَأن َز ْلنَا ِمنَ ْٱل ُم ْع‬


ِ ‫ص ٰ َر‬
‫ت َمآ ۭ ًء ثَجَّا ۭ ًجا‬
o Contoh ayat :

10. QALQALAH SUGHRA


o Dari sudut Bahasa, qalqalah bermaksud bacaan yang dibunyikan secara melantun
balik apabila huruf Qalqalah dimatikan (bertanda sukun) secara asli atau mendatang.
Manakala dari sudut istilah, Qalqalah Sughra bermaksud lantunan yang paling kecil
atau rendah. Ia terletak di pertengahan ayat.

o Bacaannya terdapat dentuman kecil atau rendah pada huruf qalqalah yang bertanda
sukun.

o Huruf Qalqalah Sughra juga sama seperti Qalqalah Kubra iaitu: To ( ‫) ط‬, Qaf ( ‫) ق‬,
Dal ( ‫) د‬, Jim ( ‫) ج‬, Ba’ ( ‫) ب‬.

o Contoh ayat : َ ْ‫َألَ ْم نَجْ َع ِل ٱَأْلر‬


‫ض ِمهَ ٰـ ۭ ًدا‬
KESIMPULAN

Pendidikan Al-quran secara bertalaqqi hendaklah dipelajari dan tidak boleh dipandang
ringan. Jika ianya diambil enteng, keberkatan Al-quran yang merupakan mukjizat bagi
Rasulullah S.A.W. dan panduan untuk umat manusia tidak akan mengalir.Hal ini kerana, Ia
juga adalah sunnah Sayyidina Rasulullah SAW.Baginda bertalaqqi Al-Quran dengan
Malaikat Jibril A.S dan mengkhatamkannya sekali setiap bulan Ramadhan dan dua kali pada
tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda SAW.

‫ وإنك لتلقى القرءان من لدن حكيم عليم‬:‫قال هللا‬

Ketepatan dalam sebutan dan pembacaan Al Quran hanya boleh dikuasai dengan
bertalaqqi.Contohnya dalam menentukan qadar mad,sebutan huruf, bacaan
Isymam,raum,imalah,tashil dan sebagainya yang tidak mungkin diketahui dengan hanya
membaca atau mempelajari ilmu tajwid secara teori tanpa tunjuk ajar secara amali atau
praktikal oleh guru.

Akhir sekali, pentingnya mempelajari Al-quran secara bertalaqqi dapat memastikan hak
kalamullah sentiasa terpelihara dan masyarakat umat islam tidak akan buta Al-quran dan
meninggalkan Al-quran.
RUJUKAN

1. A.Rusop(2018).Nota Ringkasan Asas Tajwid Al-Quran.Fatehah Learning Centre.(Pg


12)

2. Tajwid Asas Blogspot(2013).Hukum Mad Arid Lissukun. Diambil semula dari


http://tajwid-asas.blogspot.com/2012/03/mad-arid-lissukun.html

3. M.Kastolani(November 2021).Qalqalah Sughra dan Qalqalah Kubra. Diambil semula


dari https://www.inews.id/lifestyle/muslim/contoh-hukum-bacaan-qalqalah-sugra-
dalam-al-quran, https://www.inews.id/lifestyle/muslim/contoh-hukum-bacaan-
qalqalah-kubra

4. Akademi Nnajah (January 2017). Diambil semula dari


https://akademiannajah.wordpress.com/2017/01/05/kepentingan-bertalaqqi/

5. Al-Quran Terjemahan Pelangi Bertajwid (2014). Pernerbitan Pustaka Darul Iman.

۟ ُ‫قَال‬
َ ‫وا بَلَ ٰى قَ ْد َجآ َءنَا نَ ِذي ۭ ٌر فَ َك َّذ ْبنَا َوقُ ْلنَا َما نَ َّز َل ٱهَّلل ُ ِمن َش ْى ٍء ِإ ْن َأنتُ ْم ِإاَّل فِى‬
ٍ ۢ ِ‫ضلَ ٰـ ۢ ٍل َكب‬
‫ير‬

Anda mungkin juga menyukai