Anda di halaman 1dari 5

Tajwid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tajw d ( ) dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu dengan elok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.
Anggaran ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat alQuran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.

Isi kandungan
y y y y y y y y y y y y

1 Hukum isti'azah dan basmalah 2 Hukum nun mati dan tanwin 3 Hukum mim mati 4 Hukum mim dan nun bersabdu 5 Hukum alif lam ma'rifah 6 Hukum idgham 7 Hukum mad 8 Hukum ra' 9 Qalqalah 10 Makhraj huruf 11 Sifat huruf 12 Waqaf o 12.1 Tanda-tanda waqaf

Hukum isti'azah dan basmalah


Isti'azah adalah lafaz: "A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim" ( manakala basmalah adalah lafaz: "Bismillahir rahmaanir rahiim" ( Terdapat empat cara membaca iati'azah, basmalah dan surah: 1. 2. 3. 4. Memutuskan isti'azah (berhenti) kemudian baru membaca basmalah. Menyambungkan basmalah dengan surah tanpa berhenti. Membaca isti'azah dan basmalah terus-menerus tanpa henti. Membaca isti'azah, basmalah dan awal surah terus-menerus tanpa henti. ) ).

Terdapat empat cara membaca basmalah di antara dua surah. Tiga daripadanya adalah harus dan satu lagi adalah tidak harus. Yang harus adalah: 1. Mengasingkan basmalah denga surah 2. Menghubungkan basmalah dengan awal surah 3. Menghubungkan kesemuanya Bacaan bagi yang tidak harus pula adalah:

1. Menghubungkan akhir surah dengan basmalah lalu berhenti. Kemudian, barulah membaca surah yang seterusnya tanpa basmalah. Walau bagaimanapun, tidak harus membaca sebegini kerana ditakuti bahawa ada yang menganggap basmalah adalah salah satu ayat daripada surah yang sebelumnya.

Hukum nun mati dan tanwin Hukum mim mati Hukum mim dan nun bersabdu
Hukum mim dan nun bersabdu juga dikenali sebagai wajibal ghunnah ( ) yang bermaksud diwajibkan dengung. Maka jelaslah yang bacaan bagi kedua-duanya adalah didengungkan. Hukum ini jatuh bagi setiap huruf mim dan nun yang mempunyai tanda sabdu atau bertasydid ( dan ). Antara contoh ayat yang ditunjukkan adalah:

Hukum alif lam ma'rifah


Rencana utama: Lam takrif Alif lam ma'rifah adalah dua huruf (alif dan lam) yang ditambah pada pangkal kata nama atau isim yang menentukan maksud perkataan itu dan lain lagi. Terdapat dua jenis kes bagi alif lam ma'rifah apabila bersambung dengan ejaannya iaitu qamariah dan syamsiah.

Alif lam qamariah ialah lam yang bersambung terus daripada empat belas huruf ini iaitu hamzah ( ), ba' ( ), jim ( ), ha' ( ), kha' ( ), 'ain ( ), ghain ( ), fa' ( ), qaf ( ), kaf ( ), mim ( ), wau ( ), ha' ( ) dan ya' ( ). Ini diambil sempena perkataan al-qamar ( ). Dari perkataan itu, jelas cara membacanya adalah tidak memasukkaan lam ke dalam huruf selepasnya tetapi mematikannya dengan jelas lalu menyebut huruf yang seterusnya. Alif lam syamsiah ialah lam yag bersambung dengan empat belas huruf ini pula iaitu ta' ( ), tha' ( ), dal ( ), dzal ( ), ra' ( ), zai ( ), sin ( ), syin ( ), sod ( ), dhod ( ), tho ( ), zho ( ), lam ( ) dan nun ( ). Ini diambil sempena perkataan asy-syamsiah ( ). Dari perkataan tersebut, cara membacanya adalah dengan memasukkan ke dalam huruf selepas lam yang kebanyakkanya disabdukan dan lam tidak dibunyikan.

Hukum idgham
Idgham ( ) adalah berpadu atau bercampur dua huruf atau memasukkan satu huruf ke dalam huruf yang lain. Maka, jelaslah harus dibaca dengan memasukkan bunyi huruf yang seterusnya.Terdapat tiga jenis idgham:
1. Idgham mutamathilain ( - yang serupa) ialah pertemuan dua huruf yang sama sifat dan makhrajnya (tempat keluarnya) dal bertemu dal dan sebagainya. Hukum adalah wajib diidghamkan. Contoh: . 2. Idgham mutaqaribain ( - yang hampir) ialah pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan makhrajnya seperti ba' bertemu mim, qaf bertemu kaf dan tha' bertemu dzal. Contoh: 3. Idgham mutajanisain ( - yang sejenis) ialah pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi tidak sama sifatnya seperti ta' dan tho, lam dan ra' serta dzal dan zho. Contoh:

Hukum mad
Mad bermaksud lanjut atau lebih. Dari segi istilah ulama tajwid dan ahli bacaan, mad bermaksud memanjangkan suara dengan lanjutan menurut kedudukan salah satu dari huruf mad. Terdapat dua bahagian mad iaiatu mad asli dan mad far'ie. Terdapat tiga huruf mad iaitu alif, wau, dan ya' dan huruf tersebut haruslah berbaris mati atau saktah. Kepanjangan bacaan mad diukur dengan menggunakan harakat. 2

Lihat juga: Hukum mad.

Hukum ra'
Hukum ra' adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra' dalam bacaan. Terdapat tiga cara iaitu kasar atau tebal, halus atau nipis, atau harus dikasarkan dan dinipiskan.

Bacaan ra' harus dikasarkan apabila:


y

Setiap ra' yang berbaris atas atau hadapan. Contoh:

Setiap ra' yang berbaris mati dan huruf sebelumnya berbaris hadapan atau atas. Contoh:

Ra' berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah yang mendatang, bukan baris yang asal. Contoh:

Ra' berbaris mati dan sebelumnya huruf yang berbaris bawah tetapi ra' tadi berjumpa dengan huruf isti'la'. Contoh:

Bacaan ra' yang dinipiskan adalah apabila:


y

Setiap ra' yang berbaris bawah. Contoh:

Setiap ra' yang sebelumnya terdapat huruf lin Contoh:

Ra' mati yang sebelumnya juga huruf berbaris bawah tetapi tidak berjumpa dengan huruf isti'la'. Contoh:

Bacaan ra' yang harus dikasarkan dan dinipiskan adalah apabila setiap ra' yang berbaris mati yang huruf sebelumnya berbaris bawah dan kemudian berjumpa dengan salah satu huruf isti'la'. Contoh:
y o

Isti'la' ( ( ).

): terdapat tujuh huruf iaitu kha' ( ), sod (

), dhod (

), tho ( ), qaf ( ), dan zho

Qalqalah

Qalqalah ( ) adalah bacaan pada huruf-huruf qalqalah dengan bunyi seakan-akan berdetik. Huruf qalqalah ada lima iaitu qaf ( ), tho ( ), ba' ( ), jim ( ), dal ( ). Qalqalah terbahagi kepada dua jenis:
y

Qalqalah kecil iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu berbaris mati dan baris matinya adalah asli dan bukan mendatang. Contoh: ,

Qalqalah besar iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu dimatikan dengan mendatang. Dalam keadaan ini, qalqalah dilakukan apabila wakaf padanya tetapi tidak diqalqalahkan apabila diteruskan. Contoh: ,

Makhraj huruf Sifat huruf Waqaf


Waqaf dari sudut bahasa ialah berhenti atau menahan manakala dari sudut istilah tajwid pula ialah menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan. Terdapat empat jenis waqaf:
y

y y

Taamm ( - wakaf sempurna) - apabila berhenti pada satu ayat yang putus, tidak berkaitan atau kenamengena lagi dengan mana-mana kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya sama ada berkenaan lafaz atau makna. Kaaf ( - wakaf memadai) - apabila berhenti pada satu ayat yang putus tidak ada kena-mengena dengan satu-satu kalimah atau perkataan sesudah ayat tersebut atau di hadapannya pada lafaz sahaja tetapi ada kena-mengena dalam maknanya. Hasan ( - wakaf baik) - apabila berhenti pada satu ayat yang ada kena mengena dengan yang sesudah dan sebelumnya pada lafaz sahaja, dengan syarat yang diberhentikan itu telah memenuhi maknanya. Qabiih ( - wakaf buruk) - apabila berhenti pada satu-satu ayat tidak sempurna maknanya yang kadang-kala ayat itu ada berkaitan dengan ayat-ayat yang sebelum dan sesudahnya sama ada pada lafaz atau pada makna.

Tanda-tanda waqaf
1. Tanda mim ( ) dikenali sebagai Waqaf Lazim. Adalah dikehendaki berhenti seketika apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah. 2. Tanda tho ( ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika. Ia menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya.. 3. Tanda jim ( ) adalah Waqaf Jaiz. Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun tidak berhenti adalah dibenarkan. 4. Tanda zha ( ) bermaksud lebih elok TIDAK berhenti. 5. Tanda sod ( ) dikenali sebagai Waqaf Murakhkhas, menunjukkan yang tidak digalakkan berhenti walaupun berhenti dibenarkan. Perbezaan antara hukum tanda zha dan sod adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti adalah lebih pada tanda sod 6. Tanda sad-lam-ya' ( ) merupakan singkatan kepada "Al-wasl Awlaa" yang bermaksud "Sambung lebih elok". Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana itu lebih elok. 7. Tanda qaf ( ) merupakan singkatan kepada "Qeela alayhil waqf" yang bermakna "telah dinyatakan yang berhenti harus dilakukan ke atasnya". Tidak perlu berhenti di sini. 8. Tanda sod-lam ( ) merupakan singkatan kepadan "Qad yoosalu" yang membawa maksud "akan bersambung kadang-kala". Kadang-kala seseorang akan berhenti manakala ada yang tidak walaupun berhenti lebih diutamakan.

9. Tanda perkataan Qif ( ) bermaksud berhenti! Ia muncul pada tempat yang kebarangkalian pembaca akan meneruskan bacaan tanpa henti. 10. Tanda sin ( ) atau perkataan Saktah ( ) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas. Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil nafas baru untuk meneruskan ayat. 11. Tanda Waqfah ( ) serupa dengan Saktah tetapi bezanya ialah waqaf pada Waqjah lebih lama berbanding Saktah. 12. Tanda Laa ( ) bermaksud "Jangan!". Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, tidak dibenarkan berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak. 13. Tanda kaf ( ) merupakan singkatan kepada "Kathaalik" yang bermaksud "serupa". Dalam kata lain, tanda yang sama sebelumnya digunakan di sini. 14. Tanda bertitik tiga ( ... ...) yang dikenali Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) atau Waqaf Ta'anuq (Terikat). Tanda ini kadang-kala diletakkan sekali huruf jim yang turut menjadi simbol bagi Mu'aanaqah ini. Ia akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membaca adalah Harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai