Anda di halaman 1dari 58

KELAS TAJWID ALQURAN

US MOHAMMAD ASHRAF IBRAHIM


ISTI’AZAH

 BAHASA: Berlindung
 ISTILAH : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan Allah daripada
syaitan yang direjam. Juga dikenali sebagai ta’awudz
 Hukumnya sunat mengikut jumhur ulama
 Lafaz Jibrail
 Cara baca
 Berhenti semua
 Berhenti akhir istiazah. Sambung basmalah dengan awal surah
 Sambung istiazah dengan basmalah
 Sambung semua
CARA MEMBACA BASMALAH ANTARA
DUA SURAH
1. Waqaf semua
Membaca dengan mewaqafkan bacaan pada hujung ayat terakhir surah yang pertama,
akhir basmalah dan akhir ayat awal surah yang kedua . Contoh membaca surat An-Nashr
dan Al-Ikhlash:

‫َأ‬ ‫ا‬
‫ُقْل ُه َو ُهلل َح ٌد‬ )‫(وقف‬ ‫ِم‬ ‫ِح‬ ‫ال‬ ‫ِن‬ ‫ال‬ ‫ِهلل‬‫ا‬ ‫ِم‬ ‫ِب‬ )‫(وقف‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫َك‬ ‫َّن‬‫ِإ‬ . ..
‫َّرمْح َّر ْي‬ ‫ْس‬ ‫ًب‬ ‫َّو‬
‫َت‬ ‫َن‬ ‫ُه‬
)‫(وقف‬
2. Wasal semua
Membaca dengan menyambungkan akhir surah yang pertama dengan basmalah dan
diikuti ayat awal surah yang kedua tanpa waqaf. Contoh:

‫َأ‬ ‫ا‬
‫ُقْل ُه َو ُهلل َح ٌد‬ )‫(وصل‬ ‫ِم‬ ‫ِح‬ ‫ال‬ ‫ِن‬ ‫ال‬ ‫ِهلل‬‫ا‬ ‫ِم‬ ‫ِب‬ )‫(وصل‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫َك‬ ‫َّن‬‫ِإ‬ . ..
‫َّرمْح َّر ْي‬ ‫ْس‬ ‫ًب‬ ‫َّو‬
‫َت‬ ‫َن‬ ‫ُه‬
)‫(وقف‬
3. Wasal basmalah dengan awal surah yang kedua
Cara yang ketiga adalah waqaf pada akhir surah. Kemudian mewasalkan basmalah dengan
awal ayat pertama surah yang kedua. Contoh:

‫َأ‬ ‫ا‬
‫ُقْل ُه َو ُهلل َح ٌد‬ )‫(وصل‬ ‫ِم‬ ‫ِح‬ ‫ال‬ ‫ِن‬ ‫ال‬ ‫ِهلل‬‫ا‬ ‫ِم‬ ‫ِب‬ )‫(وقف‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫َك‬ ‫َّن‬‫ِإ‬ . ..
‫َّرمْح َّر ْي‬ ‫ْس‬ ‫ًب‬ ‫َّو‬
‫َت‬ ‫َن‬ ‫ُه‬
)‫(وقف‬
4. Wasal akhir surah yang pertama dengan basmalah.
Cara yang terakhir adalah mewashalkan surat yang pertama dengan basmalah kemudian
waqaf di akhir basmalah selanjutnya membaca surat yang kedua. Contoh:

‫َأ‬ ‫ا‬ )‫(وقف‬ ‫ِم‬ ‫ِح‬ ‫ال‬ ‫ِن‬ ‫ال‬ ‫ِهلل‬ ‫ا‬ ‫ِم‬ ‫ِب‬ )‫(وصل‬ ‫ا‬ ‫َّن‬‫ِإ‬
‫ْل ُه َو ُهلل َح ٌد‬ ‫ُق‬ ‫ْي‬ ‫َّر‬ ‫مْح‬‫َّر‬ ‫ْس‬ ‫ ُه َت ًب‬...
‫ا‬‫َّو‬ ‫َن‬‫ا‬ ‫َك‬
)‫(وقف‬

 Cara ini adalah dilarang kerana memberi sangkaan bismillah itu berada di akhir
surah.
MAKNA TAJWID

 BAHASA: Memperelokkan sesuatu


 ISTILAH : Mengeluarkan huruf hijaiyah dari makhrajnya
dan diberikan hak serta mustahaknya
 Hak : Sifat asli. Cth: takrir, tawasut, tafassyi
 Mustahak : Sifat yang mendatang. Cth: Idgham. Ikhfak,
Izhar
RUKUN TAJWID

 Mengetahui setiap makhraj bagi huruf hijaiyah


 Mengetahui segala sifat lazimah (asal) yang ada pada setiap huruf
hijaiyah
 Mengetahui segala sifat ‘aridah (mendatang) yang terhasil dari
pertemuan dua huruf dan sebagainya
 Memperbanyakkan latihan membaca
 Mengambil bacaan (talaqqi) daripada guru yang mutqin.
MARTABAT DAN CARA MENGAMBIL
ALQURAN
 1. TARTIL
 Bacaan yang perlahan-lahan, tenang ketika melafazkan huruf dari makhrajnya dan memberikan
hak / mustahak beserta tadabbur makna
 2. TAHQIQ
 Lebih lambat dan perlahan, dilakukan oleh mereka yang baru belajar
 3. HADAR
 Bacaan yang cepat serta menjaga setiap hokum tajwid. Bacaan bagi penghafal alQuran
 4. TADWIR
 Martabat pertengahan antara tartil dan hadar.
MAD ASLI

 Mad mengikut istilah bahasa ialah panjang, tambahan atau kelebihan.

 Mengikut ilmu tajwid, mad memberi erti memanjangkan sebutan sesuatu huruf mengikut
kadar harakat madnya, apabila ia bertemu dengan salah satu dari tiga huruf mad.

 Mad asli ‫ َم ٌّد َأْص ِلٌّي‬adalah Mad yang terhasil apabila huruf yang berbaris atas bertemu alif
(‫) ا‬, huruf berbaris bawah bertemu dengan Ya ( ‫ ) ي‬dan huruf berbaris depan bertemu
Waw ( ‫) و‬
MAD ASLI

 Ia dibaca dengan kadar panjang dua harakat, sama ada ketika menyambung atau berhenti
bacaan padanya.
 Mad Asli juga dikenali dengan nama Mad Tabi’i.
RUKUN-RUKUN BACAAN

 Sah Sanad

 Bertepatan dengan Rasm Othmani

 Bertetapan dengan satu wajah (kaedah) dari


wajah-wajah Nahu (Bahasa Arab)
KESALAHAN DALAM MEMBACA
ALQURAN
 Lahn Jali : Kesalahan yang nyata.
 Tertukar huruf ubah makna
 Tertukar huruf tak mengubah makna
 Tertukar baris yang mengubah makna
 Hukumnya haram dan berdosa

 Lahn Khafi : Kesalahan yang tersembunyi


 Tidak sempurnakan hukum tajwid spt tidak ikhfa, idgham, iqlab, izhar
dan sebagainya. Hukumnya makruh yang dicela dan boleh sampai haram
HURUF ALQURAN
 Ada 29 mula huruf Alif hingga Ya dikenali sebagai Huruf Hijaiyah
 Penulisan Huruf terbahagi kepada tiga;
 1 huruf tidak bersambung secara mutlak : ‫ء‬
 6 huruf yang boleh bersambung dengan huruf sebelumnya sahaja : ‫ا‬,‫د‬,‫ذ‬,‫ر‬,‫ز‬,‫و‬
 22 huruf yang boleh bersambung dengan huruf sebelum dan huruf selepasnya
 Berdasarkan nama dan sebutan, Huruf Hijaiyah terbahagi kepada tiga;
 17 huruf hanya satu nama : ‫ا ج د ذ س ش ص ض ع غ ق ك ل م ن و ء‬
 11 huruf ada dua nama : ‫ب ت ث ح خ ر ط ظ ف ه ي‬
 1 huruf ada tiga nama : ‫ز‬
BARIS DAN TITIK

 Baris (harakah) yang terdapat pada Huruf Hijaiyah ada tiga iaitu;
 Fathah : baris condong asal alif letak atas huruf
 Kasrah : baris condong asal ya terbalik dibuang kepala, letak bawah huruf
 Dhommah : wau kecil letak atas huruf
 Huruf Hijaiyah juga menerima baris dua (tanwin) iaitu fathatan, kasratan dan dhomatan: ً ٍ
ٌ

 Huruf yang ada titik dikenali sebagai Huruf Mu’jamah. Ada 15 huruf
 Huruf yang tiada titik dikenali sebagai Muhmalah. Ada 14 huruf
MAKHRAJ HURUF

MAKHRAJ UMUM (5)


 Al-Halq (Halqum/Kerongkong)
 Al-Lisan (Lidah)
 As-Syafatain (Bibir)
 Al-Jauf (Rongga Mulut)
 Al-Khaisyum (Rongga Hidung)

MAKHRAJ KHUSUS
‫‪MAKHRAJ HURUF‬‬

‫قك‬
‫شجي‬
‫ضل‬
‫نر‬
‫تطد‬
‫ذثظ‬
‫صزس‬
1. Al-Jauf ‫) ) اْلَج ْو ُف‬

 Ia bermaksud rongga mulut. Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan


makhraj khusus bagi huruf-huruf Mad yang dikeluarkan melalui
rongga mulut.
 Terdapat 3 huruf mad yang keluar dari rongga mulut, iaitu:
 ‫) )ا و ي‬
2. Al-Halq ‫اْلَح ْلُق‬

 Ia bermaksud kerongkong tekak atau halkum.


 Terdapat 6 huruf kesemuanya yang keluar dari kerongkong tekak, iaitu
‫خهء غعح‬
 6 Huruf Halqi tersebut pula terbahagi kepada 3 bahagian khusus:
 Pangkal kerongkong: ‫) ) ء ه‬
 Tengah kerongkong ‫) )ع ح‬
 Hujung Kerongkong ‫))غ خ‬
3. Al-Lisan ( ‫) الِّلَس اُن‬
 Ia bermaksud lidah. Terdapat 18 huruf Lisan atau Lidah, iaitu:
 ‫) )ق ك ي ش ج ض ل ن ر ت د ط ث ذ ظ ص ز س‬
 Makhraj Lidah ini pula terbahagi kepada 10 bahagian khusus:

 1) Pangkal lidah, berhampiran dengan kerongkong menyentuh bahagian anak tekak: ‫) )ق‬
 2) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ‫) )ك‬
 3) Tengah lidah ditekan ke lelangit atas: ‫) )ش ج ي‬
 4) Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam): ‫) ) ض‬
 5) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam): ‫) )ل‬
 6) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam: ‫) ) ن‬
 7) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah bahagian belakang: (‫) ر‬
 8) Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ‫) ) ت ط د‬
 9) Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas: (‫) ) ذ ث ظ‬
 10) Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: ‫) ) ص ز س‬
4. As-Syafatain ‫) ) الَّش َفتْيِن‬

 Ia bermaksud dua bibir. Terdapat 4 huruf Syafatain, iaitu: ( ‫) ب م و ف‬


 Makhraj ini ini hanya terbahagi kepada 2 bahagian khusus sahaja:
 1) Bibir Bawah ditekan ke Gigi Kapak bahagian atas: ‫) )ف‬

 2) Bibir Bawah dan Atas posisi rapat: ‫))ب م و‬


5. Al-Khaisyum ‫) ) اْلَخ ْيُش وم‬

 Ia bermaksud Rongga Hidung. Makhraj Khaisyum hanya khusus


untuk ghunnah (dengung) sahaja. Dengung mestilah dikeluarkan melalui rongga hidung.
 Dengung hanya berlaku pada huruf Mim (‫) م‬dan Nun ‫) ) ن‬
yang berbaris mati dan syaddah (sabdu) sahaja.
SIFAT-SIFAT HURUF

 Bahasa: sifat huruf bermaksud rupa khas sesuatu


benda.

 Istilah: cara mengeluarkan sesuatu huruf sama ada


nyaring, kuat, lembut dan sebagainya.
SIFAT HURUF TERBAHAGI KEPADA DUA:

 1) Sifat Lazimah ‫ ) )ﻻﺯﻣﻪ‬:


 ciri kekal yang pasti ada bagi setiap sebutan huruf dalam semua keadaan,
 tidak terpisah dari suatu huruf itu sama ada pada keadaan berbaris mahupun mati.
 Sifat ini juga dikenali sebagai “sifat yang berlawanan”. Dan “sifat yang tidak
berlawanan, sifat tunggal”.

 2) Sifat ‘Aridhah; (‫ )ﻋﺎﺭﻀﻪ‬:


 ciri mendatang yang berubah-ubah bagi suatu huruf,
 adakalanya terpisah dari huruf dan menyertainya pula pada keadaan yang lain seperti:
tarqiq (nipis), tafkhim (tebal), ghunnah, idgham, atau ikhfa’, panjang atau pendek dan
sebagainya.
10 Sifat Lazimah ‫ ) )ﻻﺯﻣﻪ‬Berlawanan

 Hams lawannya jahr


 Syiddah lawannya rakhawah (pertengahan bagi kedua-dua
sifat ini dinamakan tawasut)
 Isti’la’ lawannya istifal
 Itbaq lawannya infitah
 Izlaq lawannya ismat
Al-Hams ‫ ) )الَهْم ُس‬VS Al-Jahr ‫) )الَج ْهُر‬

 1.Hams –‫))همس‬
 Bahasa: sembunyi atau senyap.
 Istilah: suara lemah menyebut huruf-huruf ini kerana lemahnya suara berpegang pada
makhraj dan ini menyebabkan terlepas nafas.
 Kerana itulah dinamakan huruf mahmusah.
 Terdapat 10 huruf dihimpunkan dalam lafaz: :

‫َفَح ُّثُه َش ْخ ٌص َس َك ْت‬


 *Terlepas nafas/udara ketika menyebut huruf kerana terbukanya tekak dan tekanan
yang lemah pada makhrajnya.
Al-Hams ‫ ) )الَهْم ُس‬VS Al-Jahr ‫) )الَج ْهُر‬
 2.Jahar –) ‫) جهر‬
 Bahasa: jelas dan terang.
 Istilah: suara kuat menyebut huruf kerana kekuatan berpegang kepada makhraj sehingga
menahan dari terlepasnya nafas.
 Dipanggil huruf majhur dan bilanganya ialah selain dari sepuluh huruf-huruf hams.
 Bezanya : huruf hams disebut dengan melepaskan nafas, manakala huruf jahar disebut dengan
menahan nafas.
 Terdapat 19 huruf dihimpunkan dalam lafaz: : ‫َع ُظَم َو ْز ُن َقاِر ٍئ ِذ ْي َغ ٍّض ِج ٍّد َطَلَب‬
 *Tertahan nafas/udara ketika menyebut huruf kerana tertutupnya tekak dan tekanan yang kuat
pada makhrajnya.
Al-Syiddah ‫ ))الِّش َّد ُة‬VS Tawassut‫ ) )توسط‬VS
Al-Rakhawah ‫) )الَّر َخ اَو ُة‬
 3.Syiddah ‫) )شدة‬
 Bahasa : kekuatan.
 Istilah :
 kelaziman huruf pada tempatnya
 kerana kekutan berpegangnya kepada makhraj
 sehingga menahannya dari terlepas suara.

 Terdapat 8 huruf dan disusun dalam rangkaikata : ‫َاِج ُد َقٍّط َبَك ْت‬
 *Tertahan suara ketika menyebut huruf kerana tertutup makhrajnya.
Al-Syiddah ‫ ))الِّش َّد ُة‬VS Tawassut‫ ) )توسط‬VS
Al-Rakhawah ‫) )الَّر َخ اَو ُة‬
 Tawassut – ‫))توسط‬
 Bahasa : pertengahan; dari segi istilah bermaksud pertengahan suara.
 Istilah:
 huruf-huruf yang mempunyai perantaraan antara sifat Syiddah dan sifat Rakhawah.
 Ia bermaksud suara tertahan ketika menyebut hurufnya dan sebahagian suara terlepas
kerana itulah ia dinamakan Mutawassat.

 Huruf-huruf Tawassut tersusun di dalam rangkaikata:


‫ِلْن ُع َم َر‬
 Huruf-hurufnya: ‫ل ن ع م ر‬
 *Menyebut hurufnya dengan sederhana – tidak terlalu tertahan dan tidak terlalu
terlepas – kerana makhrajnya tidak tertutup atau terbuka sepenuhnya.
Al-Syiddah ‫ ))الِّش َّد ُة‬VS Tawassut‫ ) )توسط‬VS
Al-Rakhawah ‫) )الَّر َخ اَو ُة‬
 4.Rakhawah – (‫)الرخاوة‬
 Bahasa : lembut.
 Istilah:
 Lemahnya pegangan huruf pada tempatnya atau makhrajnya sehingga suara keluar bersama sebutan
huruf-hurufnya.
 Justeru huruf-huruf yang keluar suara bersama dengan sebutannya dinamakan huruf-huruf al-
Rakhawah.
 Rakhawah adalah berlawanan dengan maksud Syiddah dan juga Tawassut. Ia adalah suatu-
satunya sifat yang mempunyai dua lawan. Berlainan dengan sifit-sifat lain yang hanya
mempunyai satu lawan sahaja.
 Huruf-huruf Rakhawah selain dari huruf-huruf Syiddah dan Tawassut. Dalam rangkaikata:
‫ُخ ْذ َغ َّث َح َّظ َّفَّض ُش ْو ٍص َز َي َس اٍه‬
 Huruf-hurufnya: ‫ث ح خ ﺬ ز س ش ص ض ظ غ ف و ه ي‬
 *Terlepas suara kerana terbuka makhrajnya.
Isti’la’ ‫ ) )اإلستــعالء‬VS Istifal ‫) )استفال‬
 5. Isti’la’ – ‫) )اإلستــعالء‬
 Bahasa: terangkat.
 Istilah : pangkal lidah terangkat ke lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Di waktu yang
sama suara juga akan terangkat atau memenuhi ruangan mulut ketika menyebut hurufnya.
 Huruf-huruf isti’la’ ada tujuh, dan dihimpunkan dalam lafaz :

‫ُخ َّص َض ْغ ٍط ِقْظ‬


 Huruf-hurufnya:
‫صضطظقغخ‬
 *Lidah terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf dengan meninggikan pangkal lidah serta
menjatuhkan rahang ke bawah.
Isti’la’ ‫ ) )اإلستــعالء‬VS Istifal ‫) )استفال‬
 6. Istifal – ‫))استفال‬
 Bahasa: merendah.
 Istilah: merendahkan lidah dari lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya. Dengan sebab itu,
suara yang menyebut hurufnya juga akan merendah.
 Selain itu perkara yang berlaku juga ialah huruf-huruf al-Istifal disebut dengan tarqiq (tipis).
 Bilangan huruf-huruf Istifal ialah sebanyak 22 huruf iaitu selain daripada huruf-huruf isti’la’.
Dalam rangkaikata:
‫َثَبَت ِع ُّز َم ْن ُيَجِّو ُد َح ْر َفُه ِاْن َس َّل َشَك ا‬
 *Lidah tidak terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf dengan merendahkan pangkal lidah
serta rahang berada di kedudukan biasa.
Itbaq ‫ ))اطباق‬VS Infitah ‫))انفتاح‬

 7. Itbaq – ‫))اطباق‬
 Bahasa: melekat.
 Istilah: terangkat sebahagian besar lidah ke lelangit atas atau hampir dengan lelangit ketika
menyebut huruf-hurufnya.
 Sifat al-Itbaq ini mengandungi Isti’la’ dan lebih dari itu. Ketika menyebut huruf-hurufnya
sebahagian lidah melekat ke bahagian lelangit atas. Dan sebagai kesimpulannya boleh dikatakan
bahawa setiap huruf al- Itbaq adalah Isti’la’ , tetapi bukan setiap huruf Isti’la’ adalah Itbaq.
 Huruf-hurufnya: ‫ظ‬ ‫ص ض ط‬.
 ‫( ط‬paling kuat), ‫( ص ض‬sederhana), ‫( ظ‬paling lemah)
 * ‫ ض‬himpit tepi lidah ke lelangit lembut ketika menyebut huruf yang menyebabkan suara
terhimpit antara kedua-duanya.
Itbaq ‫ ))اطباق‬VS Infitah ‫))انفتاح‬
 8. Infitah – ‫))انفتاح‬
 Bahasa: renggang atau terbuka.
 Istilah: terdapat renggangan antara lidah dengan lelangit atas ketika menyebut huruf-hurufnya.
Dengan itu suara tidak dapat ditahan antara lidah dengan lelangit atas kerana keterbukaan rongga.
 Justeru, huruf-hurufnya dinamakan munfatah. Bilangan huruf-hurufnya ialah 25 huruf atau selain
daripada 4 huruf-huruf Itbaq.
 Dalam rangkaikata:
‫َم ْن َاَخ َذ َو َج َد َسَع ًة َفَز َك ا َح ٌّق َلُه ُش ْر ُب َغْيٍث‬
 *Merenggang tepi lidah dari lelangit lembut ketika menyebut huruf dan melepaskan suara dengan
lapang dan terbuka.
Izlaq ‫ ))اذالق‬VS Ismat ‫))اصمات‬
 9. Izlaq – ‫))اذالق‬
 Bahasa: tergelincir atau lancar.
 Istilah: menyebut hurufnya dengan mudah dan lancar. Disebabkan sebahagiannya keluar daripada
hujung lidah dan sebahagian lagi keluar daripada dua bibir mulut, maka ia dapat disebut dengan
cepat dan lancar.
 Rangkaikata huruf-huruf Zalaqah ialah:

‫ِفَّر ِم ْن ُلٍّب‬
 Huruf-hurufnya:
‫فرمنلب‬
 *Lancar sebutan kerana makhraj hurufnya keluar daripada pinggir lidah atau bibir.
Izlaq ‫ ))اذالق‬VS Ismat ‫))اصمات‬

 10. Ismat – (‫)اصمات‬


 Bahasa: tertegah atau larang.
 Istilah: tertegah hurufnya daripada segera keluar ketika melafazkannya.
 Ditegah hurufnya daripada tersusun dalam kalimah arab yang mempunyai empat atau lima huruf
kerana berat lidah menyebutnya. Justeru kalimah tersebut mestilah ada huruf al-Izlaq bagi
mengimbangi antara berat dan ringan.
 Bilangan huruf-hurufnya ialah 23 huruf dan dinamakan huruf-huruf Musmatah. Dalam
rangkaikata:
‫َج ُّز ِغ َّش َس اِخ ٍط َص َّد ِثَقٍة ِاْذ َو َع َظُه َيُحُّض َك‬
 *Tersekat sebutan kerana makhraj hurufnya jauh dari pinggir lidah atau bibir.
7 Sifat Lazimah ‫ ) )ﻻﺯﻣﻪ‬Tunggal

 1. Shafir
 2. Qalqalah
 3. Lin
 4. Inhiraf
 5. Takrir
 6. Tafasysyi
 7. Istitolah
Safir – ( ‫) صفير‬
 1.Safir – ( ‫ ) صفير‬Siulan / Berdesir.
 Safir ialah suara yang menyerupai suara unggas atau haiwan kerana menyebut hurufnya dengan
bunyi berdesir dan kuat dari antara dua bibir mulut.

 Hurufnya ada tiga: ‫ ص‬,‫ ز‬,‫س‬

 Bunyi desiran yang berlaku pada huruf sād paling kuat dibanding zāy dan berikutnya. Perbezaan
sifat safir dengan hams adalah desiran nafas yang lebih kuat berbanding dengan hams yang
sekadar membunyikan hurufnya dengan hembusan nafas yang lebih ringan.

 Semasa menyebut ‫ ص‬Kedengarannya seperti suara angsa.


Semasa menyebut ‫ ز‬Kedengarannya seperti suara lebah.
Semasa menyebut ‫ س‬Kedengarannya seperti suara belalang.
2.Qalqalah –‫( ) ﻗﻠﻘﻠﻪ‬
 2.Qalqalah –‫ ( ) ﻗﻠﻘﻠﻪ‬Pantulan
 Qalqalah ialah bunyi lantunan suara kerana gegaran yang kuat semasa menyebut hurufnya dan
dilepaskan dalam masa yang singkat.
 Terdapat lima huruf qalqalah, iaitu ‫ ق ط ب ج د‬dan dihimpunkan dalam lafaz :

‫ُقْطُب َج ٍّد‬

 Terdapat 3 pembahagian qalqalah:


 Qalqalah Sughra : Hurufnya berada di tengah kalimah
 Qalqalah Kubra : Waqaf pada hurufnya yang berada di hujung kalimah
 Qalqalah Akbar : Waqaf pada hurufnya yang bertasydid yang berada di hujung kalimah
 *Ada buku yang menyebut pembahagian qalqalah seperti ini;
 Qalqalah Sughra (lantunan lemah) : Hurufnya berada di tengah kalimah
 Qalqalah Wusta (sederhana kuat) : Waqaf pada hurufnya yang berada di
hujung kalimah
 Qalqalah Kubra (lantunan kuat) : Waqaf pada hurufnya yang bertasydid
yang berada di hujung kalimah

 *Walau berbeza nama, pembahagian qalaqalah dan


keadaannya tetap sama.
Lin - ( ‫ & ) ﻟﻴﻦ‬Inhiraf – (‫) ﺇﻧﺤﺮﺍﻑ‬

 3. Lin - ( ‫ ) ﻟﻴﻦ‬Lembut
 Lin bermaksud lembut; disebut dengan lembut dan mudah.
 Hurufnya ada 2 : ‫ي و‬
Pembunyian dengan sifat lin hanya berlaku apabila huruf itu mati, dan di sebelumnya ada
huruf berbaris atas.
 Contohnya ‫ و‬dalam kalimah khawf (‫ )َخ ْو ف‬dan (‫ )ي‬dalam kalimah bayt (‫)َبْيت‬

 4. Inhiraf – (‫ ) ﺇﻧﺤﺮﺍﻑ‬Lencungan
 Inhiraf bermaksud condong atau lentur. Huruf yang pengucapannya lentur setelah keluar dari
hujung lidah.
 Hurufnya ada 2 : ‫ر ل‬
 ( ‫ ) ر‬lentur bagian belakang lidah dan Lam ( ‫) ل‬lentur bagian permukaan lidah.
Takrir – (‫ ) ﺗﻜﺮﻳﺮ‬Tafasyi – (‫ &) ﺗﻔﺸﻰ‬Istitolah
– (‫) ﺇﺳﺘﻂﺎﻟﻪ‬
 5.Takrir – (‫ ) ﺗﻜﺮﻳﺮ‬Getaran
 Istilah : Keadaan hujung lidah bergerak-gerak atau bergetar ketika menyebut hurufnya.
 Hurufnya satu saja : ‫ر‬
 Dinamakan takrir kerana bunyi unik ra’ yang bergetar secara berulang. Walau bagaimanapun, getaran
yang dibenarkan adalah sekali sahaja, lebih-lebih lagi pada keadaan sabdu.
 6.Tafasyi – (‫ ) ﺗﻔﺸﻰ‬Hamburan
 Istilah : tersebar atau berhamburan angina (udara) antara gigi depan dan lelangit keras ketika
menyebutnya.
 Hurufnya satu sahaja, iaitu syin ‫ش‬
 Dinamakan tafasyi kerana bunyi unik ‫ ش‬yang tersebar dan berhamburan di kawasan hujung lidah.
 7.Istitolah – (‫ ) ﺇﺳﺘﻂﺎﻟﻪ‬Memanjang
 Istitalah bermaksud memanjang. Hurufnya satu sahaja, iaitu ‫ض‬
 Dinamakan istitalah kerana makhraj ‫ ض‬yang memanjang di sebelah kiri atau kanan lidah.
Hukum Nun Mati dan Tanwin

Terbahagi kepada 4:
 Izhar Halqi ‫))ِإظهار حلقي‬
 Idgham ‫))إدغام‬
 Ikhfa’ Hakiki ‫))إخفاء حقيقي‬
 Iqlab ‫))إقالب‬
1. Izhar Halqi ‫))ِإظهار حلقي‬
 PENGERTIAN IZHAR
 Bahasa: Nyata, terang dan jelas
 Istilah: Menyebut tiap-tiap huruf yang keluar dari makhrajnya dengan terang dan jelas tanpa degung

 PENGERTIAN IZHAR HALQI


 Nun Sakinah ‫ ))ْن‬atau tanwin (ًٌٍ) bertemu dengan salah satu daripada huruf Izhar Halqi, maka bacaan nun
sakinah atau tanwin hendaklah dijelaskan tanpa dengung.

 Tanda izhar dalam Quran ‫ ))ْن‬bertanda bulat di atasnya atau tanwin berbentuk ‫ ـٌـــ‬, ‫ ـٍـــ‬, ‫ـًـــ‬

 HURUF IZHAR HALQI


 6 huruf iaitu ‫ء ه ع ح غ خ‬
 Disebut Halqi kerana huruf-huruf tersebut keluar daripada halkum
 Contoh: ‫ َيْنِح ُتْو َن‬dan ‫ِم ْن َخ ْيٍر‬
2. IDGHAM – ‫اإلدغام‬

 IDGHAM – ‫اإلدغام‬
 Bahasa: memasukkan.
 Istilah: memasukkan huruf sakin ke dalam huruf berbaris dengan kedua-duanya
menjadi satu huruf yang bertasydid dan lidah terangkat ketika menyebutnya.
 Enam huruf : ) ‫ي و م ن ل ر ( َيْر َم ُلْو َن‬
 Idgham terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
 Idgham Maal Ghunnah. ‫إدغام مع الغنة‬
 Idgham Bila Ghunnah. ‫إدغام بال غنة‬
Idgham Maal Ghunnah. ‫إدغام مع الغنة‬

 Menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris berserta
dengung.

 Empat dari huruf idgham yang enam : ) ‫ي ن م و ( َيْنُم ْو‬

 Apabila nun Sakinah atau tanwin bertemu huruf-huruf ini maka hendaklah
digabungkan bacaan nun itu ke dalam huruf selepasnya kemudian didengungkan.

 Contohnya:
 ‫َتَّبْت َيَد ا َأِبي َلَهٍب َو َتَّب – َفَقاُلوا َأَبَش ٌر َيْهُد وَنَنا – َع َس ى ُهَّللا َأْن َيْأِتَيِني ِبِهْم َج ِم يًعا – ِّم ن َو َر اِئِه َج َهَّنُم – ُك ٌّل َيْج ِري‬
‫َألَج ٍل ُمَس ًّم ى‬
Idgham Bila Ghunnah. ‫إدغام بال غنة‬

 Menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris tanpa dengung.

 Dua dari enam huruf idgham iaitu: ‫ ر‬, ‫ل‬

 Cara membacanya ialah dengan menggabungkan suara nun ke dalam huruf


selepasnya, tanpa didengungkan.

 Pastikan suara huruf ra’ atau lam tidak dipanjangkan untuk mengelakkan suara
dengung.

 Contohnya:
 ‫َو َنَفَخ ِفيِه ِم ن ُّر وِح ِه – َفَم ن َّلْم َيِج ْد َفِص َياُم َش ْهَر ْيِن‬
Nota Tambah
 Idgham ini boleh dikenali dengan :
 Tiada sebarang tanda mati di atas nun
 Tanda tanwin tidak selari: ‫ ـٌـــ‬, ‫ ـٍـــ‬, ‫ن ـًـــ‬

 Idgham Kamil (sempurna) :


 apabila bertemu dengan huruf ‫ن م ﺮ ﻞ‬
 tiada kesan suara nun yang sukun ketika menyebutnya
 jelas kedengaran adalah suara huruf-huruf idgham itu.
 Tanda sabdu di atas huruf ‫ ن م ﺮ ﻞ‬menunjukkan hukum idgham kamil.

 Idgham Naqis (tidak sempurna) :


 bertemu dengan huruf ‫ ي‬dan ‫و‬
 masih meninggalkan sedikit kesan huruf nun yang sukun
 mengeluarkan sedikit suara dari rongga hidung.
 tiada tanda sabdu di atas huruf ‫ ي‬dan ‫و‬.
4. IQLAB – ‫اِإل قالب‬
 Bahasa: tukar.
 Istilah: menukarkan sebutan nun sakinah atau tanwin kepada mim‫ م‬dengan menjaga Ikhfa
dan dengung.
 Sebutan hendaklah didengungkan dengan merapatkan dua bibir.
 Satu saja iaitu: ‫ب‬
 Apabila nun Sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf ‫ ب‬, maka hendaklah ditukarkan
sebutan nun kepada suara mim secara Ikhfa berserta dengung.
 Contohnya:
 ‫َفِإْم َس اٌك ِبَم ْعُر وٍف َأْو َتْس ِر يٌح ِبِإْح َس اٍن – َو َیْس َتْۢن ِبــُٴـْو َنَك َاَح ٌّق ُهَو‬
IKHFA – ‫اإلخفاء الحقيقي‬
 Bahasa : Ikhfa bererti sembunyi. Hakiki bererti berlaku dengan sebenar-benarnya.
 Istilah : membuat sebutan pertengahan di antara sebutan Izhar dan sebutan Idgham
berserta dengung.

 Meletakkan lidah berhampiran dengan makhraj huruf yang berikutnya; sebahagian besar
suara didengungkan dan sebahagian kecil suara keluar daripada mulut. Melainkan huruf ‫ك‬
dan ‫ ق‬yang didengungkan sepenuhnya kerana makhraj kedua huruf tersebut tertutup rapat.

 Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham pada sebutan dan jangan dipanjangkan
sebutan nun sakinah tersebut.
 Lafaz ikhfa’ yang fasih akan menghasilkan bunyi dengung yang berbeza mengikut makhraj
huruf yang berikutnya dan pendengar dapat mengetahui apakah huruf yang bakal disebut.

 15 huruf selain 6 huruf Izhar, 6 huruf Idgham dan 1huruf Iqlab iaitu:

 ‫تثج دذزسشصضطظفقك‬

 Huruf Ikhfa Hakiki berjumlah 15 itu terhimpun dalam rangkai kata:


‫َس ُتْج َز َص َّد َك َفِثْق َض َطٍظ َش َذ‬
 Contohnya:
‫– َفَأنَج اُه ُهَّللا ِم َن الَّناِر – َفَجَع ْلَناُه َهَباًء َّم نُثوًرا – َيْو َم ِئٍذ ُتَح ِّد ُث َأْخ َباَر َها‬
‫َّٰن‬
‫ َقْد َأْفَلَح َم ن َز َّك اَها – ُثَّم َجَعَل َنْس َلُه ِم ن ُس اَل َلٍة‬- ‫َو َج ٌت َتْج ِر ى ِم ن َتْح ِتَها ٱَأْلْنَٰه ُر‬
PERHATIAN!
 Ikhfa : sebutan pertengahan di antara izhar (jelas) dan Idgham (gabung) iaitu
menyamarkan sebutan Nun
 Hendaklah didengungkan nun tanpa menzahirkannya atau menggabungkannya dengan
huruf selepasnya.
 Hujung lidah hendaklah dikawal dari menyentuh gusi depan sebelah atas kerana jika ia
menyentuh gusi, ini akan menyebabkan nun itu dilafaz sama seperti cara sebutan Izhar
Halqi yang didengungkan secara izhar.
 Hendaklah juga dipastikan tiada unsur gabungan nun dengan huruf selepasnya terutama
pada nun yang bertemu huruf ‫ ث‬,‫ ذ‬,‫ ف‬,‫ ك‬,‫ ش‬kerana ikhfa bukan menghampirkan sebutan
nun kepada huruf selepasnya tetapi ia adalah sebutan pertengahan antara izhar dan idgham.
 Dengung ikhfa’ itu adalah sekadar dua harakaat dan ia ada dua cara iaitu :

Tafkhim: iaitu menebalkan dengung apabila nun bertemu huruf ikhfa’ yang terdiri dari
huruf-huruf Isti’la iaitu ‫ ق‬,‫ ظ‬,‫ ط‬,‫ ض‬,‫ ص‬.
Tarqiq: iaitu meringankan dengung apabila nun bertemu huruf-huruf ikhfa’ yang Istifal
selain dari huruf Isti’la di atas tadi.
HUKUM MIM MATI ‫))ْم‬

Mim Mati terbahagi kepada 3:

 Ikhfa’ Shafawi ‫))إخفاء شفوي‬

 Idgham Mislain ‫))إدغام مثلين‬

 Izhar Syafawi ‫))ِإظهار شفوي‬


IKHFA’ SHAFAWI ‫) )إخفاء شفوي‬

 Ikhfa’ Shafawi berlaku apabila mim sukun/mati berjumpa dengan huruf ‫ ب‬yang berbaris
dalam dua kalimah
 Cara bacaannya wajib menyembunyikan mim sukun di antara bunyi huruf ‫ب‬
 Ketika membaca perlulah didengungkan sepanjang 2 harakat dalam keadaan bibir tertutup
 Dinamakan Ikhfa’ Shafawi kerana makhraj huruf mim yang keluar dari dua bibir.
 Contoh:
 ‫َع َلْيُك ْم ِبَو ِكْيٍل‬
IDGHAM MISLAIN ‫) )إدغام مثلين‬

 Idgham Mislain berlaku apabila mim sukun bertemu dengan huruf ‫ م‬yang berbaris dalam
dua kalimah

 Cara bacaannya adalah wajib mengidghamkan huruf mim yang pertama ke dalam mim
yang kedua dengan sempurna selama 2 harakat

 Dinamakan Idgham Mislain kerana bertemu dua jenis huruf yang sama makhraj dan
sifatya iaitu mim dan mim.

 Contoh: ‫َو َبْيَنُهْم ِّم ْيَثٌق‬


IZHAR SYAFAWI ‫) )ِإظهار شفوي‬

 Izhar Syafawi berlaku apabila huruf mim sukun bertemu dengan huruf selain mim dan ba
iaitu huruf hijaiyah yang berjumlah 26 huruf sama ada dalam satu atau dua kalimah.

 Cara bacaaannya hendaklah dengan jelas tanpa degung.

 Contoh: ‫َفَلُهْم َأْج ٌر‬

Anda mungkin juga menyukai