Anda di halaman 1dari 8

CTU101 15/8/2013

Maruwiah Ahmat 1
Maruwiah Ahmat
1
CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
BAB 4
Ibadah Membina Insan
Berkualiti II
Menghuraikan pengertian
ibadah
Menjelaskan pembahagian
ibadah
Menjelaskan asas-asas
ibadah
Menjelaskan impak ibadah
dalam kehidupan muslim

4. Ibadah Membina Insan
Berkualiti
4.1 Pengertian Ibadah
4.2 Pembahagian
Ibadah
4.3 Asas-asas ibadah
4.4 Impak ibadah dalam
kehidupan muslim
Hasil Pembelajaran Kandungan
PENDAHULUAN
2
Seperti yang kita sedia maklum, sejak azali lagi Allah SWT
menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Hal ini
terbukti apabila Allah SWT membuktikan pengisytiharan
manusia sebagai khalifah dalam Surah al-Baqarah: ayat 30
yang bermaksud;
(Dan ingatlah) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat,
Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi, khalifah.
Menurut Kitab al-Asas fi al-Tafsir, Said Hawa berkata,
(Khalifah) ialah Nabi Adam dan zuriat-zuriatnya.
Sebenarnya, tugas sebagai khalifah adalah sangat berat.
Mereka wajib untuk beribadah dan menyembah Allah SWT di
muka bumi.
3
PENDAHULUAN
Malah ibadah adalah tujuan hidup mereka. Hal ini
telah ditetapkan oleh Allah SWT di mana perkara
dapat dikukuhkan lagi dalam surah al-Zariyat, ayat
56; Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk
beribadah kepada-Ku.
Ibadah mempunyai kaedah dan syarat-syaratnya.
Dalam surah al-Baqarah (112), Allah SWT
menyatakan Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya
kepada Allah di samping beliau bersikap muhsin baginya
ganjaran dari sisi Tuhan-Nya, tidak ada ketakutan
kepadanya dan dia tidak akan berdukacita.
4
PENDAHULUAN
Berhubung dengan ayat ini, dalam tafsir Al-Quran al-
Azim, Ibnu Kathir berkata, (Ayat ini) menjelaskan,
Allah SWT hanya menerima amalan yang mempunyai
dua kriteria, iaitu pertama, ikhlas dan kedua,
muhsin.
Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan
ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Jika
sesuatu amal dilakukan dengan tulus dan ikhlas tetapi
caranya tidak mengikut syariat, ia tidak diterima oleh
Allah SWT.

5
PENDAHULUAN
Ibadah dalam Islam berlainan sama sekali dengan konsep
dan amalan-amalan kepercayaan dan agama lain.
Ia bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan
meninggalkan kehidupan dunia, ia bukan juga terbatas
kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya
dilakukan melalui perantaraan orang tertentu atau dewa-
dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan kononnya
tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima.
Konsep-konsep seumpama ini tidak ada tempat langsung
di dalam syariat Islam.
6
PENDAHULUAN
CTU101 15/8/2013
Maruwiah Ahmat 2
Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan sempit
terhadap pelaksanaan ibadah dalam Islam. Ada yang
menganggap ibadah itu hanyalah tertumpu kepada
solat, puasa, haji dan zakat sahaja.
Terdapat juga mereka yang mengaku beribadah
kepada Allah tetapi ubudiyyah mereka mereka juga
diberikan kepada selain daripada Allah.
Malah ada yang berpendapat ibadah itu tidak
berkaitan dengan urusan masyarakat terutamanya di
bidang politik (siasah), ekonomi (iqtisadiyah),
pelancongan (siyahah), bahkan pendidikan (tarbiah).
7
PENDAHULUAN
Contoh ayat Al-Quran:
Politik dan pengurusan
Bermesyuaratlah dalam kalangan kamu
Taatlah pemimpin (ulul amri).
Ekonomi
Allah mengharamkan riba dan mengharuskan jual
beli..
Pendidikan
Allah meningkatkan darjat orang yang berilmu
beberapa darjat
8
Setiap amalan baik yang dilakukan oleh setiap manusia belum
tentu lagi akan diterima oleh Allah SWT seandainya ia tidak
berlandaskan dan mematuhi asas dan syarat yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT. Oleh kerana Islam sebagai agama
yang syumul dan sempurna sentiasa mengambil kira kehendak
dan keredhaan Allah SWT. Terdapat dua asas penting dalam
beribadah iaitu:


IMAN ILMU

9
ASAS-ASAS IBADAH
IMAN
Keimanan menjadi tonggak untuk mengerjakan ibadah. Selain itu,
keimanan jugalah antara perkara yang membezakan orang Islam
dan orang bukan Islam. Jikalau manusia mengikat pergantungan
kepada Allah, maka baharulah sesuatu amalan baik itu dapat
dinilai dan diterima oleh Allah SWT.
ILMU
Ilmu ialah antara perkara yang dapat membezakan darjat kualiti
yang ada pada seseorang. Oleh itu, untuk beribadah, seseorang
itu haruslah mempunyai ilmu mengenai ibadah yang mahu
dilaksanakan. Jika tanpa ilmu seseorang itu dibimbangi akan sesat
dan tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nabi
Muhammad SAW dan juga manusia akan mudah ditipu oleh
syaitan.
10
ASAS-ASAS IBADAH
11
ASAS-ASAS IBADAH
12
ASAS-ASAS IBADAH
4. Skop ibadah yang sangat luas merangkumi seluruh aspek kehidupan
manusia sekiranya menepati kehendak syarak.
3. Tidak membebankan terdapat rukhsah (kelonggaran) jika seseorang tidak
mampu untuk melakukannya
2. Tidak terikat dengan sesuatu tempat dan masa tertentu boleh beribadat
pada kepada Allah S.W.T. pada bila-bila masa
1. Bebas dari sebarang perantaraan terus berhubung dengan Allah S.W.T.
[al-Zumar: 3]
KEISTIMEWAAN IBADAH
CTU101 15/8/2013
Maruwiah Ahmat 3
Hubungan Ibadah dengan Akidah
1. Ibadah adalah hasil daripada akidah iaitu keimanan
terhadap Allah sebenarnya yang telah membawa
manusia untuk beribadat kepada Allah SWT.
2. Akidah adalah asas penerimaan ibadah iaitu tanpa
akidah perbuatan seseorang manusia bagaimana
baik pun tidak akan diterima oleh Allah SWT.
3. Akidah merupakan tenaga penggerak yang
mendorong manusia melakukan ibadat serta
menghadapi segala cabaran dan rintangan.

13
ASAS-ASAS IBADAH
14
Ibadah dalam Islam memberi kesan positif kepada diri
insan:
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Kesan positif
ibadah
Individu Masyarakat Negara
15
Individu
Membentuk
budaya
hidup Islam
Mendidik
seseorang
berlaku jujur
Ditakuti
syaitan
Membentuk
akhlak dan
melatih jiwa
yang murni
Faedah di
dunia dan
akhirat
Melahirkan
kerja
berkualiti
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Huraian Kesan Ibadah kepada Individu
Melahirkan Kesatuan Matlamat
Ibadah melahirkan kesatuan matlamat dalam kehidupan individu
dan masyarakat. Melalui ibadah menjadikan mereka dapat
memusatkan kepada Allah SWT segala usaha amalan duniawi dan
ukhrawi.
Membentuk Budaya Hidup Islam
Ibadah boleh mencorakkan budaya hidup seseorang muslim
berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah, kerana mereka
sentiasa terikat dan patuh kepada hukum dan peraturan Allah
SWT dalam budaya yang membentuk keyakinan dalam segala
aspek atau sudut kehidupan. Mereka yakin hanya sistem hidup
Islam yang dapat menyelamat dan menyelesaikan mereka sama
ada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.
16
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Mendidik Seseorang Berlaku Jujur
Ibadah mendidik seseorang berlaku jujur. Pastinya
ibadah itu memerlukan seseorang yang ikhlas yang
tidak mengharapkan balasan dari manusia. Bukan
mengharapkan pujian tetapi memenuhi tuntutan dan
syarat-syarat sah seseuatu ibadah sekalipun tidak
dilihat ataupun diperhatikan oleh makhluk kerana yakin
hanya Allah SWT Yang Maha Melihat lagi Maha
Mengetahui.


17
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Ditakuti Syaitan
Syaitan adalah makhluk yang menjadi musuh utama manusia yang
sentiasa berusaha menyesatkan manusia kecuali orang yang
ikhlas. Orang yang ikhlas dalam beribadah umpamanya
mempunyai kekuatan dan kehebatan di atas syaitan. Firman Allah
SWT yang bermaksud:

Iblis berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), dku akan
menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu di antara
zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan
dan penyelewengan. (Surah Shad, ayat 82-83)

18
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
CTU101 15/8/2013
Maruwiah Ahmat 4
Selamat Dari Pengaruh Kejahatan dan Kemaksiatan:
Orang yang beribadah adalah orang yang ihklas.
Orang yang ikhlas akan diselamatkan dari pengaruh
kejahatan dan juga pengaruh kemaksiatan, hal ini
dijelaskan oleh Allah SWT Firman-Nya yang
bermaksud: . . . Demikianlah (takdir Kami) untuk
menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik
dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana
sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang
dibersihkan dari segala dosa. (Surah Yusuf, ayat 24)

19
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Menghasilkan Pekerjaan yang Berkualiti
Jika sesuatu pekerjaan didasarkan kepada ibadah,
maka kerja itu akan menghasilan pekerjaan yang
berkualiti, iaitu pekerjaan yang jauh dari kecurangan,
pekerjaan yang jauh dari kemaksiatan dan juga jauh
dari kemungkaran, dan sebaliknya mereka akan
menghasilkan pekerjaan yang memberi kemanfaatan
bagi umat manusia, pekerjaan yang mendatangkan
kemaslahatan bagi seluruh alam ini. Sebagaimana
tujuan dari Islam adalah sebagai rahmat kepada
seluruh alam.

20
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Melahirkan Perasaan Bebas
Ibadah dapat melahirkan perasaan bebas dari sebarang
perhambaan kepada yang lain daripada Allah SWT.
Seorang hamba tidak mudah tunduk kepada segala perintah
yang bercanggah dengan perintah Allah SWT kerana diri dan
jiwanya telah diserahkan kepada mentaati Allah SWT semata-
mata.
Iman dan keyakinannya tidak boleh dibeli dengan wang
ringgit.
Tindakan dan perlakuannya bukan kerana takut kepada
makhluk tetapi skima hidupnya adalah pengabdian diri
kepada Tuhan Maha Berkuasa.


21
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Membentuk Akhlak dan Melatih jiwa yang Murni.
Ibadah dapat membentuk akhlak dan melatih jiwa
yang murni kerana orang yang beribadah sentiasa
melatih dirinya untuk tunduk dan patuh kepada
segala perintah dan ingin mencari keredaan Allah
SWT dalam semua aspek kehidupan.


22
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Mendapat Kebaikan Dunia dan Akhirat
Segala perintah Allah SWT kepada umat manusia, sama ada
individu atau masyarakat semuanya mengandungi hikmah.
Semua perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT jika
dikerjakan pasti mempunyai kebaikan kepada yang melakukan.
Sebaliknya segala larangan Allah SWT adalah perkara-
perkara yang boleh mendatangkan kesosakan atau keburukan
kepada manusia.
Segala perlakuan yang baik mempunyai nilai yang diberi
ganjaran pahala yang sangat berguna terutama untuk
kehidupan di akhirat kelak.

23
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Mendapat Pertolongan AIlah SWT
Orang yang beribadah dengan ikhlas pastinya akan
mendapat pertolongan Allah SWT di atas
perbuatannya. Maka Allah SWT akan mencintainya
dan juga menolongnya. Hadis yang bermaksud:

"Sesiapa yang meninggalkan dunia dengan ikhlas
kerana Allah tanpa mempersekutukannya, mendirikan
solat dan membayar zakat, nescaya dia akan pergi
dari dunia, di mana Allah sangat senang kepadanya.
24
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
CTU101 15/8/2013
Maruwiah Ahmat 5
25
Masyarakat
Melahirkan
kesatuan
matlamat
Membentuk
budaya
hidup Islam
Selamat dari
pengaruh
kejahatan
dan
kemaksiatan
Melahirkan
masyarakat
yang
produktif
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Huraian Kesan Ibadah kepada Masyarakat

1. Mewujudkan suasana harmoni, tenang, bekerjasama dan sekata.
Permusuhan dan pertengkaran sesama sendiri dapat dielakkan.
Kerja yang berat dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.
2. Wujudnya suasana berkasih sayang dan cinta mencintai antara
satu sama lain. Orang tua mengasihi yang muda dan yang muda
menghormati yang tua.
3. Penurunan kadar jenayah dan segala perbuatan salah laku.
Orang yang menyibukkan diri mereka dengan melaksanakan
ibadah menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk
menyibukkan diri mereka dengan perkara yang salah.
26
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
4. Tidak akan mudah ditipu dan dikalahkan oleh musuh kerana
Allah SWT akan membantu. Sebaliknya jikalau umat Islam
lemah beribadah dan ditambah lagi berterusan melakukan
maksiat, Allah SWT tidak akan membantu mereka dan
mereka hanya menunggu saat-saat kehancuran.
5. Masyarakat akan aman, bersatu padu dan saling bantu-
membantu. Ibadah menjadi asas perpaduan umat Islam
kerana dalam menunaikan ibadah kepada Allah semua umat
Islam dari seluruh pelusuk dunia melafazkan niat, gerak dan
bacaan yang sama, malah menggunakan bacaan yang satu
dalam bacaan Al-Quran.


27
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
6. Melahirkan masyarakat yang produktif. Ibadah
dapat membina masyarakat yang produktif
lantaran ibadah dilaksanakan dalam semua aspek
kehidupan seperti bidang ekonomi, sosial,
pendidikan dan sebagainya. Manusia akan
berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat
yang murni lagi baik kerana semua aktiviti yang
dilakukan tergolong di dalam ibadah dan ingin
mendapat keredaan Allah SWT.

28
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
7. Mensifarkan gejala sosial. Remaja yang ada adalah
remaja yang faham agama dan sentiasa menyahut
cabaran hayya alal falah (mari menuju kejayaan). Tidak
ada lagi remaja yang akan membuang masa. Remaja
yang ada hanyalah remaja yang mementingkan ajaran
Islam seperti solat berjamaah, belajar bersungguh-
sungguh, sentiasa menjaga pergaulan lelaki dan
perempuan serta berkata tidak kepada perkara yang
mazmumah seperti minum arak, penagihan dadah, seks
bebas, pendedahan aurat dan juga hedonisme yang
melampau.

29
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
8. Sistem ekonomi yang seimbang. Pembangunan
ekonomi yang seimbang dan komprehensif akan
tercapai. Masyarakat yang terlibat dalam
perniagaan akan memastikan perniagaan yang
mereka ceburi bebas dan terhindar dari unsur
rasuah, riba, menguntungkan sebelah pihak dan
merugikan pihak yang lain. Keberkatan akan
mengatasi keuntungan. Itulah matlamat perniagaan
yang sebenar
30
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
CTU101 15/8/2013
Maruwiah Ahmat 6
31
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Negara
Mewujudkan
negara yang
melaksanakan
ajaran Islam.
Mendapat
kebaikan
dunia dan
akhirat.
Mengelakkan
diri ditimpa
bencana.
Memajukan
negara.
Melahirkan
keharmonian
sejagat.
Huraian Kesan Ibadah kepada Negara

Mewujudkan Negara yang Melaksanakan Ajaran Islam.
Ibadah dapat melahirkan sebuah negara yang benar-benar
melaksanakan hukum-hukum pentadbiran dan perundangan
Islam.
Keadaan ini hasil dari kesedaran, ketaatan, penghayatan
Islam oleh pihak rakyat dan golongan pemerintah yang
inginkan sistem hidup Islam yang berlandaskan Al-Quran dan
Sunnah.

32
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
1) Mendisiplin
diri seseorang
2) Menjadikan
hidup teratur &
sistematik
3) Menghalang
perbuatan keji
dan munkar
4) Memperoleh
kebahagiaan
5) Mengikis sifat
tercela &
menumbuh sifat
terpuji
6)
Mendatangkan
rezeki
7) Mendapat
kemuliaan &
membangunkan
martabat
manusia
8) Memberi
keyakinan dalam
menentukan
pilihan
9)
Memperkukuh-
kan keimanan
10) Mewujudkan
perpaduan &
persaudaraan
33
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
IMPAK IBADAH SOLAT
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa
yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan
dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat
itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;
dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah)
Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(al-Ankabut: 45)
34
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
35
IMPAK
IBADAH
PUASA
Memelihara
kesihatan dan
menyembuhkan
penyakit
Menyucikan
batin manusia
Membuktikan
ketaqwaan
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
IMPAK
IBADAH
ZAKAT
36
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
1) Membersihkan harta
2) Melahirkan rasa
syukur
3) Menyuci rohani
4) Menolong orang
yang lemah
5) Mencegah timbulnya
kerawanan sosial
6) Mendatangkan
keberkatan
CTU101 15/8/2013
Maruwiah Ahmat 7
37
IMPAK IBADAH DALAM KEHIDUPAN
Ibadah dalam Islam bersifat syumul meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia. Semua perkara yang tidak bertentangan
dengan syarak termasuk adat akan dikira sebagai ibadat. Secara
umumnya keluasan skop ibadah dalam Islam boleh dilihat menerusi
perkara berikut:
38
SKOP IBADAH
Masa
Tempat
Cara Bentuk
Kegunaan
Masa: Dalam Islam ada ibadah yang terikat dengan masa dan
ada yang tidak terikat, ada ibadah harian, mingguan, bulanan
dan tahunan.
Tempat: Terdapat ibadah dilaksanakan di rumah, masjid,
Mekah dan lain-lain lagi. Ada yang tidak dikhususkan tempat.
Cara: Ibadah boleh dilakukan secara bersendirian dan ada
yang secara berjemaah.
Bentuk: Ada ibadah yang khusus, umum, badaniah, maliah,
badaniah dan maliah.
Kegunaan: Untuk diri sendiri seperti solat dan puasa dapat
menyihatkan rohani dan jasmani, untuk diri sendiri dan orang
lain seperti zakat dan sedekah.
39
SKOP IBADAH
Ibadah wajib

Dengan pengabaian ini akidah akan terjejas dan
manusia secara automatiknya akan terjebak dalam
masalah sosial yang sangat serius. Selain itu,
kehidupan manusia juga akan dibelenggu
kemurungan dan jiwa manusia juga akan berada
dalam resah dan gelisah.
40
KESAN PENGABAIAN IBADAH
Ibadah fardhu kifayah

Dengan pengabaian ini umat ISLAM akan menjadi mundur dan
miskin kerana tidak mahu menguasai bidang-bidang yang penting
seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, industri makan yang
halal, perubatan, kedoktoran dan lain-lain lagi. Kesannya, umat
ISLAM iaitu muslim hanya menjadi sebagai pengguna dan
bukannya pengeluar utama barangan halal dan teknologi yang
canggih dan moden. Hal ini menyebabkan muslim sendiri akan
terjebak dalam percampuran barangan halal dan haram selain
daripada teknologi-teknologi yang merosakkan umat ISLAM
sendiri. Dengan ini juga, umat ISLAM juga mudah ditindas oleh
negara-negara yang maju dan moden dengan alat-alat teknologi
canggih mereka.
41
KESAN PENGABAIAN IBADAH
Ibadah-ibadah umum dan sunat

Dengan pengabaian ibadah-ibadah umum dan sunat
ini, muslin akan menjadi lebih pasif dan tidak produktif.
Oleh hal yang demikian, ia dapat melahirkan umat
ISLAM yang lemah, tidak mempunyai daya saing untuk
mempertingkatkan hidup dan ketahanan mental yang
sangat rendah. Selain jasmani, rohani manusia juga
perlu diisi dengan makanannya, iaitu ibadah-ibadah
sunat supaya tidak dapat merosakkan kredibiliti dan
jati diri muslim.
42
KESAN PENGABAIAN IBADAH
CTU101 15/8/2013
Maruwiah Ahmat 8
Sesungguh Islam adalah agama yang sempuma kerana ia
mencakupi segenap aspek kehidupan. Dalam Islam seluruh
pekerjaan itu adalah dikira ibadah sekiranya memenuhi
segala peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Tidak seperti dalam kebanyakkan agama di dunia yang
menganggap hanya penyembahan dalam bentuk ritual sahaja
dikira ibadah, sedangkan pekerjaan- pekerjaan yang lain
tidaklah dikira sebagai ibadah. Bagi ajaran Islam ibadah-
ibadah yang dilakukan terutama ibadah khusus sebenamya
tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia kerana impak
atau kesan ibadah itu sangat besar kepada kehidupan
seseorang muslim, samaada di dunia mahu pun akhirat.


43
KESIMPULAN
Tidak timbul konsep 50% untuk dunia dan 50% untuk akhirat,
kerana seluruh kehidupan ini bagi seorang muslim adalah untuk
dunia dan akhirat kerana dunia ini adalah ibarat ladang tempat
kita menanam atau bercucuk tanam dan akhiratlah tempat kita
menuai dan mengutip hasil. Segala yang diperintahkan oleh Allah
SWT pastinya manfaatnya kepada manusia, bukan untuk Allah.
Allah SWT tidak akan rugi atau berkurang sedikitpun jika manusia
memboikot Allah, sebaliknya yang akan rugi manusia sendiri. Oleh
itu baik sekali sekiranya kita mengkaji dengan teliti dan
mendapatkan hikmah dari ibadah yang diperintahkan kepada kita
untuk melakukannnya.
44
KESIMPULAN
45
AKTIVITI BERTULIS 6
Mana soalan
ni?
- Individu
-20 minit sahaja

Anda mungkin juga menyukai