Anda di halaman 1dari 29

1

PRAKATA
Assalamualaikum w.b.t,

Kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana dilimpahkan kesenangan dann dipermudahkan


sepanjang dalam proses penyediaan kertas kerja bagi subjek CTU 134 ini. Sekalung
penghargaan kamu berikan kepada pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah
memberi peluang kepada kami untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini. Kami juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami bagi subjek CTU 134 iaitu Dr. Azhar bin
Abdul Sulaiman kerana telah memberi tunjuk ajar yang tidak ternilai harganya. Selain itu,
tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa kami yang memberi sokongan yang
padu untuk menyiapakan kertas kerja ini. Akhir sekali, kami ingin menyatakan penghargaan
kepada rakan-rakan seperjuangan kami terutamanya daripada kelas LWA01B. Kami doakan
agar segala jasa baik kalian semua akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT.

Kami berharap agar kertas kerja kami yang bertajuk Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan
Umat Islam ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para penuntut UiTM dan generasi-
generasi yang akan datang. Sekian, terima kasih.

2
GEJALA
KERUNTUHA
N AKHLAK
DALAM
KALANGAN
UMAT ISLAM

3
1.0 Pendahuluan
Manusia semakin hari semakin rakus mengejar arus pemodenan dan pembangunan. Di sebalik
kemajuan dan kejayaan yang telah kita kecapi selama ini, terlindung beberapa kemaslahatan yang
sering dipandang remeh dan sudah menjadi perkara biasa alam kalangan masyarakat umat Islam pada
hari ini. Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan umat Islam semakin jelas terpapar dalam media
massa terutamanya di dalam akhbar harian dan berita utama. Keruntuhan akhlak yang berlaku telah
menyebabkan pelbagai salah laku jenayah seperti zina, merompak, kes pembunuhan, kes liwat dan
sebagainya. Lebih memeritkan dan memalukan lagi, kebanyakan salah laku jenayah yang pernah
berlaku melibatkan umat Islam. Masalah sosial ini nampaknya semakin hari semakin serius jika terus
dibiarkan berterusan. Hal ini harus dibendung supaya umat Islam tidak terus hanyut dan rosak di
samping merosakkan nama agama dan bangsa.

Umat Islam yang mempunyai akhlak yang tinggi mendatangkan keuntungan kepada negara dan
agama. Sumbangan yang diberikan seperti dakwah, kepakaran dan inovasi mendatangkan pulangan
yang besar kepada masyarakat dan negara. Sebaliknya, umat Islam yang mempunyai akhlak yang
negatif mudah terjebak dengan pelbagai gejala negatif seperti pelacuran, pergaulan bebas,
pembunuhan dan sebagainya. Kesannya perkara ini mendatangkan kerugian yang besar apabila negara
kekurangan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

2.0 Definisi
4
Gejala didefinisikan sebagai tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut
contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala
(petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, perkataan ini boleh digunakan untuk
maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah
perubatan).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawa maksud perihal runtuh,
kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan. Kamus Za'ba (2000: 982) mendefinisikan
keruntuhan sebagai kerosakan dan kejatuhan. Definisi ini hampir sama dengan definisi Kamus Dewan
di atas.
Keruntuhan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah keruntuhan akhlak masa kini. Keruntuhan
akhlak yang dimaksudkan juga meliputi rosaknya akhlak seseorang apabila mereka melakukan
perbuatan-perbuatan yang menyimpang daripada ajaran agama Islam dan budaya masyarakat Timur
seperti terlibat dengan seks bebas, berkhalwat,bersekududukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan
minum minuman keras, melepak, lumba haram dan penglibatan individu dalam jenayah seperti
mencuri, merompak, merogol, meliwat dan membunuh.

Akhlak pada Imam Ghazali mempunyai pengertian tersendiri dan mempunyai batas pengertiannya
sendiri. Pengertian akhlak baginya mengenai cara-cara suluk, mengenai jalan mendekatkannya kepada
Allah sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dan ahli-ahli fiqah. Maksud akhlak
di sisi Imam Ghazali berdasarkan kepada nama-nama di atas ialah membentuk jiwa dan
mengembalikannya kepada apa yang telah digariskan oleh syariat Islam sebagaimana yang telah
dilalui oleh ahli-ahli mukasyafah dan ahli tasawwuf Islam serta apa yang pernah dilakukan oleh para
nabi, siddiqin dan para syuhada’ yang soleh.

Dalam Islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri dan masyarakat daripada
sebarang kebinasaan sama ada berbentuk fizikal mahupun spiritual. Antara perkara yang wajib dijaga
ialah memelihara agama iaitu menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan
imannya. Selain itu, menjaga nyawa, ianya perlu dipelihara dengan memelihara diri daripada perkara
yang boleh menyebabkan kematian.

Namun, pada masa kini masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan umat Islam amat
membimbangkan semua lapisan masyarakat. Walaupun negara kita telah banyak mencapai kejayaan
yang membanggakan tetapi negara kita masih lemah dalam menangani masalah keruntuhan akhlak di
kalangan kanak-kanak atau remaja.

5
3.0 Jenis-Jenis Gejala
Keruntuhan Akhlak Dalam
Kalangan Umat Islam
3.1 Hedonisme
Pengertian hedonisme berasal daripada Bahasa Yunani iaitu “hedone” yang bererti “kepuasan”.
Dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary, “Hedonism” diertikan sebagai “the belief that
pleasure should be the main aim in life.”

Hedonisme adalah sebuah kepercayaan bahawa kesenangan merupakan tujuan utama dalam hidup.
Sedangkan dalam bahasa Arab “hedonisme” disebut dengan istilah “Madzhab Al Mut’ah” atau
“Madzhab Al Ladzzdzah.“ Dalam kamus Al-Munawwir disebutkan sebagai berikut: “Hedonisme
adalah sebuah aliran yang mengatakan bahawa sesungguhnya kelazatan dan kebahagiaan adalah
tujuan utama dalam hidup.” Kemudian dalam Ensiklopedia Bahasa Malaysia disebutkan bahawa
hedonisme adalah fahaman yang berpendapat bahawa kepuasan merupakan satu-satunya alasan dalam
tingkah laku.

Di dalam Al-Qur’an, kalimat yang mempunyai sama maksud dengan hedonisme adalah At Takatsur
yang dalam terjemahan versi Depag RI diterjemahkan sebagai “bermegah-megahan” dengan
meletakkan catatan kaki, “bermegah-megahan dalam perihal anak, harta, pengikut, kemuliaan dan
seumpamanya.”

Al-Qur’an telah memberi amaran kepada umat manusia agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit
ini dengan sangat keras dengan ancaman seksaan yang amat pedih, baik ketika berada di alam barzakh
mahupun di alam akhirat kelak. Hal ini terlihat jelas bahawa maksud dari firman Allah,
“Alhaakumuttakatsur” ialah wa’id atau ancaman terhadap orang-orang yang selama hidupnya hanya
sibuk menguruskan urusan-urusan duniawi sampai mereka masuk ke liang lahat sedang mereka tidak
sempat bertaubat. Mereka pasti akan mengetahui akibat perbuatan mereka itu dengan “ainul yaqin.”

Menurut fahaman Mazhab Ahlussunnah wal Jama’ah, tidak ada keraguan lagi bahawa di alam
barzakh manusia dihidupkan lagi sebagaimana mereka hidup di dunia untuk menjawab pertanyaan-
pertanyaan Mungkar dan Nakir, menjalani apa-apa yang telah dipersiapkan Allah baik merupakan
kemuliaam mahupun seksaan akibat perbuatan yang telah dilakukan selama hidup di dunia.

Di dalam Al-Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang tidak memberikan toleransi terhadap orang kafir
yang sentiasa menentang syariat Allah yang diturunkan melalui Rasulullah Muhammad Shalallahu

6
Alaihi Wassalam. Jika diperhatikan bentuk ancaman Al-Qur’an tersebut sering menggunakan
bacaan id-dhar.

Menurut Quraisy Shihab, bacaan id-dhar dalam tradisi Arab tidak sekedar hukum bacaan dalam Al-
Qur’an, akan tetapi menunjukkan suatu yang dahsyat, yang agung, yang sangat mengerikan dan
sebagainya. Hal ini dapat merujuk firman Allah dan bagi mereka seksaan yang amat pedih (Al-
Baqarah: 7). Kemudian firman Allah,

“Sesungguhnya telah Kami persiapkan bagi orang-orang yang zalim,


api yang gejolaknnya mengepung mereka. “

(Al Kahfi: 29).

Bentuk ayat tersebut menunjukkan, bahwa Allah tidak main-main dengan janji-Nya.

Di dalam Al-Quran juga telah dijelaskan bahawa orang-orang kafir telah diberikan sedikit kenikmatan
duniawi, seolah-olah mereka mengalahkan kaum Muslimin, sehingga kaum Muslimin yang mendapat
ujian dari Allah berupa kemiskinan dan keterbelakangan berkata, “orang-orang kafir itu telah
menguasai harta dan perniagaan dan mereka membuat kekacauan di muka bumi ini dengan seenak
perutnya, sedangkan kelaparan telah menghancurkan kami.”

Untuk itu Allah mengingatkan kaum muslimin. Firman Allah,


“Jangan sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir yang bergerak dalam
negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka Jahannam, dan
Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.”

(Ali Imran: 196-197)

Maksudnya, kelancaran dan kemajuan dalam perdagangan dan perusahaan mereka jangan sampai
memperdayakan kamu sebab mereka itu hanya sedikit mendapat kenikmatan duniawi. Oleh kerana
itu, Allah mengancam kepada orang-orang kafir dengan firman-Nya sebagai berikut:

“Sesungguhnya orang-orang kafir baik harta mereka maupun anak-anak mereka, sekali-kali
tidak dapat menolak azab Allah dari mereka sedikitpun, dan mereka adalah penghuni
neraka, mereka kekal di dalamnya. “

(Ali Imran: 116).

7
Dari penjelasan tersebut di atas hendaknya menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi segenap
kaum Muslimin agar tidak terjebak dalam gaya hidup hedonistik yang dewasa ini telah membudaya di
kalangan umat Islam sendiri. Kecintaan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi, hendaknya jangan
sampai melupakan ketaatan kita kepada Allah dan Rasul-Nya, apa lagi sampai mengorbankan aqidah
Islamiyyah yang dengan susah payah dibangun sejak kecil sampai dewasa.

Allah telah berpesan kepada kita agar jangan sampai mati kecuali dalam memeluk agama Islam. Hal
ini kerana hanya kaum Muslimin yang memiliki masa depan. Kehidupan dunia bukanlah masa depan,
sebab kehidupan dunia adalah “maata’un qolil” yang serba semu dan penuh dengan tipu daya.
Dengan demikian agama Islam adalah harga mati yang tidak dapat digantikan dengan apapun di dunia
ini kecuali keredhaan Allah.

Foto 1.0 Mencintai kemewahan dunia tidak akan


menjamin kebahagiaan di akhirat.

8
3.2 Seks Bebas

Seks bebas dalam pandangan Islam dibahagikan kepada dua kategori, yaitu seks bebas yang dilakukan
kalangan bujang atau yang belum menikah (ghairu muhsan) dan seks bebas yang dilakukan orang
yang sudah menikah (muhsan). Dalam pandangan hukum Islam, hukuman bagi orang yang
melakukan seks bebas dengan predikat muhsan, maka ia harus mendapatkan hukuman yang lebih
berat, iaitu rejam. Sementara itu, seks bebas bagi kalangan bujang atau ghairu muhsan, maka ia
dikenakan hukuman rotan sebanyak 100 kali dan diasingkan.

Dari pengantar tersebut, pengertian seks bebas dalam Islam mendekati atau bahkan sama seperti
perbuatan zina, iatu memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan tanpa ada ikatan
perkahwinan yang sah oleh agama mahupun negara. Dalam kajian hukum Islam yang mengambil
sumber utama Al Quran, seks bebas atau perbuatan zina dikenakan hukuman seratus kali rotan tanpa
mengambil kira pasangan tersebut sudah menikah ataupun belum. Meskipun demikian, hukum yang
tercantum dalam Al Quran tersebut kemudian diperkuat dengan hadis yang menyatakan bahawa
penzina muhsan harus dikenakan rejam, iatu badan dikubur hingga masih kepala, lantas dilempar batu
sehingga meninggal. Sementara itu, pelaku seks bebas oleh kalangan yang belum menikah dikenakan
rotan 100 kali dan diasingkan di wilayah lain.

Walaupun begitu, ada aturan yang sangat ketat untuk menghukum pelaku seks bebas atau zina.
"Menurut saya, ada dua kategori seks bebas dalam pandangan Islam. Pertama, seks bebas menurut
syariat, fiqh, atau hukum. Kedua, seks bebas menurut spiritual seseorang. Menurut hukum Islam,
seseorang yang melakukan seks bebas tidak akan dikenakan hukuman selama tidak ada pembuktian
sebanyak empat orang saksi. Bahkan, perbuatan seks bebas dimasukkan sebagai dosa terbesar setelah
syirik. Ini membuktikan bahwa seks bebas atau zina merupakan perbuatan yang sangat dibenci Tuhan.
Hindari seks bebas atau zina jika kita tidak ingin memutus hubungan baik dengan Allah. Hindari
perbuatan seks bebas atau zina jika kita ingin cita-cita, harapan, dan impian-impian kita ingin
dikabulkan dengan Allah," ujar Lismanto ketika ditemui Islamcendekia, Sabtu (17/5).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim membongkar bahawa
sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, dalam satu soal selidik yang

9
membabitkan 2, 800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan di sebuah universiti
tempatan dengan portal YouthSays.com. Tambahan daripada hasil kajian itu juga mendapati bahawa
24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih. Selain itu, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merekodkan purata pasangan Islam bercerai pada 2009 adalah
setiap 15 minit.

Dari pelbagai huraian tersebut, seks bebas dalam pandangan Islam diertikan sebagai perbuatan zina
yang apabila terbukti boleh dikenakan hukuman rejam bagi orang yang sudah menikah, serta dirotan
seratus kali dan diasingkan bagi seorang yang belum menikah. Terkait dengan nilai spiritual
seseorang, maka nilai kecerdasan spiritual (spiritual quotion) boleh rosak, catat, atau hancur. Hanya
ada satu cara agar nilai dan kecerdasan spiritual bagi pelaku seks bebas agar boleh kembali, iatu
taubat nasuha, meminta maaf kepada Allah dan berjanji sungguh-sungguh untuk tidak mengulangi
perbuatan seks bebas lagi.

Itu hanya sedikit impak daripada seks bebas, belum lagi dari kesihatan yang memiliki risiko yang
sangat besar untuk terkena HIV/AIDS, masalah sosial yang terjadi di masyarakat dan hubungan antara
keluarga pelaku, dan pelbgai masalah pelik lainnya. Oleh itu, Islam sangat melarang seks bebas.

10
3.3 Penyalahgunaan Dadah

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan
kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman
ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas.

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang
bermaksud:
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam
bahaya kebinasaan.”

Surah Al-Baqarah: 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau
menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah.

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri
dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan
mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:

“Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka”


Surah At-Tahrim: 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan


orang yang dibawahnya.”

- Riwayat Ahmad dan Abu Daud

11
Menurut fatwa yang dikeluarkan
oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-
Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh
Hasanin Makhluf dalam kitabnya,
“Fatwa Al – Syari’iyah” (muka
surat 184) bahawa dadah adalah
haram hukumnya dari segi
penggunaan, pemberian dan
membuat jualan perniagaan,
mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab
Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Foto 1.1 Dadah bukan sahaja merosakkan


seseorang individu, malahan memberi
impak kepada bangsa, agama dan negara.

12
Foto 1.2 Gambar menunjukkan antara
contoh-contoh dadah yang berbahaya

3.4 Gejala Merempit

Istilah 'mat rempit' adalah hasil gabungan dua perkataan 'mat' dan 'rempit' dimana 'mat' adalah
merujuk kepada seseorang atau sekompok individu, sementara 'rempit' difahami sebagai kegiatan
membonceng motosikal dengan laju dan tidak mengikut undang-undang jalan raya.

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,
biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ini merupakan satu gejala sosial remaja di
Malaysia sekarang. Kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang
secara berbahaya di jalan raya.

Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku
musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi
piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai
lesen sah, membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah
ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira

13
200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan
yang sama.

Foto 1.3 Gejala merempit tidak memberikan apa-apa


faedah kepada diri sendiri.

4.0 Faktor-Faktor yang


Mempengaruhi Gejala
Keruntuhan Akhlak dalam
Kalangan Umat Islam
4.1 Media Massa

Media memainkan peranan penting dalam penyebaran kesesatan. Filem-filem Hollywood dan
Bollywood yang mempromosikan gaya hidup bebas, boros, dan sekular menjadi senjata yang paling
ampuh untuk menyesatkan umat Islam. Ditambah pula dengan bahan-bahan cetak yang berbentuk
hiburan dan lucah yang dipasarkan dengan harga yang murah. Maka antara natijahnya, pemahaman
seks bebas yang salah oleh remaja-remaja yang mana mereka menganggap seks bebas adalah seks
yang dilakukan dengan ramai pasangan manakala seks yang dilakukan dengan teman lelaki adalah
sesuatu yang tidak salah atas hak cinta ‘suci’ mereka. Mereka tidak memandang isu ini dalam konteks
pemahaman agama. Ini kerana pemahaman agama tidak diterapkan dalam diri mereka. Pendidikan

14
seks yang diajar dalam majalah-majalah yang mudah didapati dikedai-kedai tanpa pendekatan agama
hanya akan menggalakan remaja ingin mencuba melakukan seks.

Foto 1.4 Pengaruh media massa


yang kurang baik mampu
mempengaruhi minda anak-anak.

4.2 Ekonomi

. Golongan-golongan yang bermasalah ini sebenarnya boleh dikatagorikan sebagai golongan


Mustadh’afin atau yang tertindas kerana mereka didesak oleh sistem sosial yang tidak betul yang
menyebabkan mereka dinafikan hak untuk hidup lebih selesa dan mendapat pendidikan yang lebih
sempurna. Sistem ekonomi kapitalis yang sangat liberal membenarkan sekelompok manusia
mengawal sistem ekonomi untuk mengumpul kekayaan (monopoli). Lantaran itu, golongan miskin ini
hampir mustahil untuk mendapatkan hak yang sama seperti si kaya raya. Mereka berkerja kuat
sekadar untuk mempertahankan hidup, mengejar material semata, bukannya mempertingkatkan kualiti
hidup. Apalah yang terdaya oleh si miskin untuk menguruskan rumahtangga dengan cemerlang kerana
mencari sesuap nasi itu lebih penting daripada memerhatikan tingkah laku anak-anak dan memberikan
pendidikan yang sempurna. Dengan lain perkataan, “Kais pagi, makan pagi dan kais petang belum
tentu boleh makan”.

15
Foto 1.5 Kehidupan yang miskin
merupakan salah satu faktor
keruntuhan akhlak dalam kalangan
umat Islam.

4.3 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai
perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Justeru, apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling
mereka akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan mereka, ianya secara tidak langsung akan
membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara tersebut. Perasaan ingin tahu
dan berani mencuba sesuatu yang baru adalah baik untuk remaja, namun apa yang menimbulkan
masalah apabila mereka tiada ‘guideline’ dari orang-orang yang sepatutnya, seperti para ibu bapa,
keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi, perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan
apa yang ingin mereka lakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut.

16
Foto 1.6 Perasaan ingin tahu mendorong manusia
untuk mencuba perkara yang tidak baik.

4.4 Sikap Keluarga

Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya keruntuhan akhlak di
kalangan remaja. Walaupun tidak berlaku kepada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkan
sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja boleh menjadi
penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tetapi
tidak dipedulikan dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang
cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup.
Maksudnya, keluarga itu seolah-olah telah menetapkan satu undang-undang atau peraturan yang perlu
diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja
memberontak dan jika mempunyai peluang untuk keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa
sahaja yang terlintas di fikiran mereka tanpa berfikir panjang.

17
Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan pula biasanya bersikap terbuka yang
keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada satu peraturan pun atau ketetapan khusus yang
diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan
panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui
kehidupan ini dengan sebaik mungkin seterusnya mengakibatkan mereka mudah terjerumus ke arah
pelbagai keruntuhan akhlak.

Foto 1.7 Masalah keluarga merupakan salah


satu faktor yang menyumbang kepada
keruntuhan akhlak dalam kalangan umat
Islam.

5.0 Kesan-Kesan Gejala


Keruntuhan Akhlak dalam
Kalangan Umat Islam
5.1 Kesan Ke Atas Individu

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu Oleh itu akhlak sangat penting dalam
kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang akan dipandang mulia
dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yang baik akan dipandang serong dan
dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan iman dan
ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakanremaja pada hari ini, terutamanya remaja Muslim,

18
mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan Negara. Banyak kejadian seperti
pembuangan bayi, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh
remaja muslim pada hari iniyang kebanyakan mereka bertuankan dan bertunjangkan nafsu dan amalan
yang dipengaruhi oleh budaya- budaya barat dan asasnya mungkin berpunca dari kurangnya pegangan
agama pada diri mereka. Tidak dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang
mendalam pada diri individu.

Foto 1.8 Pembuangan bayi merupakan salah satu


kesan keruntuhan akhlak dalam kalangan umat
Islam.

4.2 Kesan Ke Atas Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan
keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan
hilangnya kebahagiaan dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia
datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata-kata
hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan
akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagiaan dan keharmonian
sesuatu institusi kekeluargaan itu.

Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah keruntuhan institusi
kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan
bahagia. Selain itu, akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan

19
wujud penceraian. Di samping itu, masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak –
anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja. Akhir sekali, wujudnya masalah-masalah sosial
yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan
masalah - masalah yang lain.

Foto 1.8 Anak-anak terbiar dan tidak terpelihara merupakan salah


satu kesan keruntuhan akhlak dalam kalangan umat Islam.

5.3 Kesan Ke Atas Masyarakat

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya
sesuatu Negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak
dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh barat
mudah meresap dan menjadi ikutan para remaja hari ini, contohnya muzik keras yang membuatkan
para remaja terleka dan lupa akan sekeliling. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang
tertentu terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak berwajib, maka tiidak hairanlah pada masa
akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja melayu terutamanya
akan rosak dan binasa.

Oleh itu pihak-pihak atau anasir dari luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa
kita sendiri. Namun begitu kesan yang paling ketara yang akan dapat dilihat kiranya akhlak remaja

20
pada hari ini tidak dikawal ialah masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-
belah dan tidak bersatu-padu. Selain itu perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam
masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertakhta di hati masyarakat. Di samping itu,
wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud
seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat
juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja
semakin meningkat. Akhir sekali, keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.

Foto 1.10 Rusuhan dan pergaduhan dalam kalangan


masyarakat menyebabkan rakyat sukar untuk hidup
dalam keadaan harmoni.

5.4 Kesan Ke Atas Negara

Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada
negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja
atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada
pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga
daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja.

Antara kesan yang akan berlaku ialah Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa
hadapan. Selain itu, kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara
juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di
kalangan masyarakat. Di samping itu kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan

21
peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat
akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah. Akhir sekali, anasir-anasir luar akan
mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak
mereka.

Sekiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka
pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.

6.0 Langkah-Langkah untuk


Mengatasi Gejala
Keruntuhan Akhlak dalam
Kalangan Umat Islam
Gejala keruntuhan akhlak pada masa kini berada pada tahap yang amat membimbangkan. Masalah ini
jika tidak dibendung dengan segera akan mendatangkan kemudaratan kepada individu, keluarga,
bangsa dan negara. Menangani masalah keruntuhan akhlak merupakan perkara yang seharusnya diberi

22
perhatian secara bersungguh-sungguh. Usaha perlu dilakukan agar masyarakat kita kembali
menghayati dan mempraktikkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian mereka.
Kita jangan mudah menuding jari ke arah sesiapa dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu sahaja
dalam menangani masalah keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini. Sebaliknya, semua pihak
bertanggungjawab untuk kembali kepada Islam dan mencari penyelesaiannya kerana setiap orang
akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak sama ada mereka telah menunaikan amanah yang telah
dipertanggungjawabkan kepada mereka atau pun tidak. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab terhadap
sesiapa yang berada di bawah pimpinan kamu.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis Hasan Sahih)

Tanggungjawab untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini adalah tanggungjawab semua
meliputi setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Individu yang mukallaf (akil baligh) mesti
berusaha untuk mewujudkan akhlak mulia dalam diri. Ini dapat dihasilkan sekiranya dia memahami
tuntutan berakhlak mulia dalam Islam.

6.1 Peranan Individu


Langkah yang paling penting dan paling utama ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui
perbanyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran. Dengan cara ini individu akan merasa rendah
diri dan menimbulkan keinsafan dalam diri individu tersebut. Apabila individu merasa lebih dekat
dengan Allah SWT, secara tidak langsung mereka akan sentiasa cuba untuk mengelakkan diri daripada
melakukan sebarang kemungkaran.

Individu disarankan supaya tidak segan silu untuk berkongsi masalah dengan keluarga, rakan-rakan
dan pihak kaunseling. Dengan cara ini mungkin dapat meringankan masalah atau beban yang mereka

23
alami. Individu juga boleh meminta dorongan daripada keluarga atau orang-orang yang terdekat
dengan mereka.

Pergaulan dengan masyarakat sekeliling boleh meningkatkan keyakinan diri individu di samping
merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain. Ia juga boleh menimbulkan rasa kasih sayang serta
saling memahami perasaan sesama mereka.

Individu perlu menetapkan target atau membina azam untuk mencapai kehidupan yang lebih
berkualiti. Azam yang dibina dapat menguatkan semangat individu untuk terus melakukan perubahan
ke arah yang lebih baik. Individu juga perlu sentiasa yakin bahawa azam yang dibina itu akan tercapai
dengan cemerlang ke arah pembentukan diri yang lebih berdisiplin.

Amalan cara hidup yang sihat juga dapat menghindari diri daripada terjebak kepada gejala keruntuhan
akhlak. Lakukan aktiviti sihat seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Lakukan senaman
secara sistematik. Amalan pemakanan yang sihat boleh menjamin fizikal dan mental yang berkualiti,
seterusnya dapat menghindari diri daripada gejala negatif seperti penagihan dadah, minum arak, seks
bebas dan sebagainya.

Foto 1.12 Aktiviti beriadah merupakan salah satu cara untuk seseorang
individu tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak baik.

6.2 Peranan Keluarga

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik akhlak anak-anak. Anak-anak perlu
dididik sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah melayu, “melentur rebung biarlah daripada
rebungnya”. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu
memberikan anak-anak mereka didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan mereka terjebak
kepada gejala-gejala negatif seperti pengaruh black metal, punk, penyalahgunaan dadah, pembuangan
bayi dan lain-lain lagi. Ibu bapa berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang supaya mereka
tidak terjebak kepada gejala negatif yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada

24
mereka dan institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dan etika untuk
menguruskan masa dengan baik. Mereka harus memberikan perangsang dan galakan yang berterusan
kepada anak-anak untuk berjaya.

Ibu bapa yang prihatin akan menyekat kebebasan anak-anak mereka dalam pergaulan, dalam erti kata
lain menetapkan batas-batas pergaulan untuk anak-anak mereka. Namun demikian, perlu diselitkan
toleransi supaya anak-anak tidak merasa tertekan atau dikongkong. Ibu bapa perlu meluangkan
banyak masa untuk anak-anak supaya mereka rasa diambil berat dan disayangi di samping dapat
merasai indahnya nikmat berkeluarga. Ibu bapa harus sentiasa berada di sisi anak-anak apabila
mereka berada dalam kesusahan dan menjadi rakan pendengar yang setia dan sentiasa bersedia untuk
berkongsi masalah yang anak-anak hadapi.

Foto 1.13 Ibu bapa harus meluangkan masa dengan anak-anak


agar anak-anak tidak terasa terbiar.

6.4 Institusi Pendidikan

Sekolah dan institusi pendidikan yang lain juga memainkan peranan yang tersendiri dalam
membendung masalah keruntuhan akhlak ini bermula dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah, dan pengajian tinggi sama ada awam ataupun swasta. Tanggungjawab seorang
pendidik bukan sahaja sekadar menyampaikan ilmu pelajaran tetapi lebih kepada menyemaikan nilai-
nilai murni dan mendorong penghayatan kepada semangat Islam dalam erti kata yang sebenar. Maka,
sebagai langkah pertama, wajar dimulakan dengan contoh dan teladan yang baik di kalangan para
pemimpin masyarakat di negara kita.

25
Bagi menangani masalah ini, pendekatan yang wajar adalah melalui ceramah-ceramah sivik yang
dapat dilakukan pada peringkat sekolah. Walaupun demikian, wajar seandainya program ceramah
sivik ini melibatkan ibu bapa. Contohnya, pada ‘Hari Ibu Bapa dan Guru’ yang diadakan setiap tahun,
ceramah-ceramah dapat memberikan keterangan yang jelas berkenaan peranan ibu bapa dalam usaha
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, pengetahuan agama perlu ditekankan dalam
ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan agama memberi garis panduan kepada individu
apabila bertindak. Di samping pengetahuan agama, keterangan diri dan cara-cara bersosial perlu
disampaikan kepada remaja dan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa penting supaya anak, pendidik dan ibu
bapa berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan.
Sehubungan itu, terdapat banyak surat pekeliling yang bertujuan memberi panduan kepada guru besar
dan guru-guru berkenaan pengurusan disiplin pelajar.

Foto 1.14 Pihak sekolah memainkan peranan yang penting


kerana sekolah merupakan rumah kedua bagi para pelajar.

6.3 Peranan Masyarakat

Dalam menanam keimanan dan pendidikan agama pada setiap umat Islam, masyarakat tidak boleh
berdiam diri apabila melihat hal-hal yang membahayakan yang berlaku di sekitar mereka.
Masyarakat, sebagai satu organisasi, baik yang bersifat pendidikan atau sosial yang dihadapi oleh
umat Islam serta menjadi contoh teladan yang baik. Masyarakat juga tidak boleh memandang bahawa
perkara yang dihadapi oleh umat Islam sebagai masalah peribadi. Sewajarnya masyarakat tidak
bersikap sambil lewa dan tidak ambil peduli dengan membiarkan pihak yang terlibat terus terumbang-
ambing sebaliknya berusaha untuk menangani masalah ini. Bantuan yang perlu dihulurkan bukan

26
setakat berbentuk material, tetapi lebih kepada spiritual dengan memberi semangat dan tunjuk ajar
yang terbaik bagi mereka yang bermasalah.

Masyarakat harus sedar bahawa kita setiap hari akan terdedah dengan gejala-gejala yang tidak baik
maka, masyarakat haruslah mewujudkan satu persekitaran yang baik. Aktiviti seperti bergotong-
royong, mengadakan hari keluarga dan mengamalkan amalan ziarah-menziarahi mampu
mengurangkan keruntuhan akhlak dalam kalangan umat Islam.

Foto 1.15 Aktiviti bergotong-royong merupakan salah satu aktiviti


kemasyarakatan yang boleh dijalankan.

7.0 Kesimpulan
Melihat kepada permasalahan dan gejala keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-
jadi yang melanda umat Islam pada hari ini amat mencemaskan. Tindakan yang diambil
untuk menyekat perkara ini sedah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Walaupun sudah
banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkah laku umat
Islam sekarang tetapi kajian tersebut hanya tertumpu kepada punca masalah dan kebiasannya
bersifat umum. Disebabkan terlalu banyak punca yang berlaku, tindakan untuk membendung

27
masalah ini tidak lagi terfokus. Meskipun ada cadangan untuk mengatasi masalah ini, namun
kesemuanya hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar sahaja.
Sememangnya ada program yang dirancang untuk golongan umat Islam tetapi ia tidak
memberikan kesan yang sepenuhnya. Namun demikian, masalah akhlak dikalangan umat
Islam adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang bakal
merugikan negara dan agama dalam jangka masa panjang. Justeru itu, setiap umat Islam
perlulah bersatu padu bergabung tenaga mencegah dan membanteras penyakit sosial seperti
kata pepatah “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

BIBLIOGRAFI

1. Mohd Kamal Hassan, Tan Sri Prof. Dr. (2008), Keutuhan Budaya Dan Moral, Putrajaya : Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.
2. Ahmad Redzuwan Mohd. Yunos (2003), Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam: Punca dan
Penyelesaian: Utusan Publications.
3. Ahmad Akil bin Muda (2013), Islam dan Cabarannya di Era Globalisasi Moden: Partridge
Publishing Singapore.
4. Asmawati Suhid (2008), Pendidikan Akhlak dan Adab Islam: Utusan Publications.
5. Abdul Aziz Harjin. (2010). Keruntuhan Akhlak Remaja.[Blog post]. Retrieved from
http://harjin- bismillah.blogspot.com/2010/09/keruntuhan-akhlak-remaja.html

28
6. WLA 104/03 Pengajian Islam. (n.d.). Gejala Keruntuhan Moral. Retrieved from
http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/gejala-keruntuhan-moral/
7. Dari Mata Turun Ke Hati. (2013, February 13). Kertas Kerja CTU101: Keruntuhan Akhlak
Masa Kini dan Cara Mengatasinya. [Blog post]. Retrieved from
http://celotehfarishah.blogspot.com/2013/02/kertas-kerja-ctu101-keruntuhan-akhlak.html
8. Saya Ready. (2011, December 11). Keruntuhan Moral Di Kalangan Remaja. [Blog post].
Retrieved from http://readysaya.blogspot.com/2011/12/keruntuhan-moral.html
9. Abdul Manan, S. (2012, April 13). Ancaman Al-Quran terhadap sikap hedonistik. [Blog post].
Retrieved from https://cendekiasumsel.wordpress.com/2012/04/13/ancaman-alquran-
terhadap-sikap-hedonistik/

29

Anda mungkin juga menyukai

  • 3.4 Bacaan Khusus
    3.4 Bacaan Khusus
    Dokumen17 halaman
    3.4 Bacaan Khusus
    Amin Arif Mohd Amin
    Belum ada peringkat
  • 3.4 Bacaan Khusus
    3.4 Bacaan Khusus
    Dokumen17 halaman
    3.4 Bacaan Khusus
    Amin Arif Mohd Amin
    Belum ada peringkat
  • Al Waq Iyyah Essay
    Al Waq Iyyah Essay
    Dokumen9 halaman
    Al Waq Iyyah Essay
    Amin Arif Mohd Amin
    Belum ada peringkat
  • Hamzah
    Hamzah
    Dokumen16 halaman
    Hamzah
    Amin Arif Mohd Amin
    Belum ada peringkat
  • 4.0 Tarannum
    4.0 Tarannum
    Dokumen21 halaman
    4.0 Tarannum
    Amin Arif Mohd Amin
    Belum ada peringkat
  • 3.2 Nun Sukun
    3.2 Nun Sukun
    Dokumen15 halaman
    3.2 Nun Sukun
    Amin Arif Mohd Amin
    Belum ada peringkat
  • 1.0 Konsep
    1.0 Konsep
    Dokumen20 halaman
    1.0 Konsep
    Amin Arif Mohd Amin
    Belum ada peringkat