Anda di halaman 1dari 10

Alatan

Tradisional
Melayu
Pengenalan
Masyarakat Melayu dahulu terkenal dengan alatan
tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun sama ada
daripada hasil ukiran mahupun anyaman. Biasanya kayu
dan buluh merupakan bahan yang paling digemari untuk
diukir kerana ia mudah dibentuk dan tahan lama.
Alatan yang dianyam selalunya
menggunakan mengkuang, rotan
dan buluh. Seni anyaman adalah
suatu proses yang rumit dan
memerlukan kesabaran, ketelitian
dan ketekunan serta mengambil
masa yang agak lama.
Pada masa dahulu, hampir keseluruhan kerja-kerja
dilakukan dengan menggunakan alatan tradisional yang
dicipta sendiri. Kreativiti dan keindahan seni warisan
tradisional ini seharusnya diwarisi oleh genarasi muda
masa kini. Namun pelbagai masalah yang timbul dalam
usaha ini seperti kemahiran yang semakin pupus,

kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah, pemasaran


dan sebagainya.
Justeru itu, kepentingan
alatan
tradisional
kepada
Masyarakat Melayu semakin
hari semakin dilupakan. Ini
kerana alatan moden lebih
canggih.
Dalam usaha menjaga warisan seni ini, di sini dipaparkan
beberapa alatan tradisional yang digunakan suatu ketika
dahulu. Di harap generasi kini dapat mengenali serba
sedikit tentang alatan tradisional ini walaupun tidak
berpeluang menggunakannya.

Alatan Tradisional pilihan kami


Ukiran, tenunan, anyaman pun ada
Perkakasan dapur dipaparkan di sini
Untuk menambah pengetahuan anda

Kerjanya rumit bukannya mudah


Zaman kegunaan sudah berlalu
Alatan tradisional seni dan indah
Menjadi kebanggaan masyarakat dahulu
Lesung hindik lesung tangan
Buatan kayu bukannya besi
Warisan tradisional dilupa jangan
Agar ia dapat diwarisi

Peralatan Dapur
Tradisional Melayu
Peralatan dapur meruakan salah satu elemen yang
paling penting dalam kehidupan masyarakat, baik
dahulu atau sekarang. Setiap satunya mempunyai tugas
masing-masing untuk menyempurnakan aktiviti di dapur
seharian.

Lesung Batu

merupakan lesung yang diperbuat


daripada batu yang sering digunakan pada suatu masa
dahulu bagi menumbuk ramuan untuk memasak. Ia
merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk
memilikinya, dan sering kali digunakan bagi menumbuk
antara lain, sambal belacan. Ia dianggap sebagai
peralatan dapur yang asas selain pisau, periuk dan
sebagainya.

Ia digunakan di serata dunia sejak zaman gangsa


lagi. Walaupun bahan yang digunakan untuk membuat
lesung batu berbeza tetapi rekaannya hampir sama dan
stabil sepanjang zaman walaupun ia datang dalam
pelbagai saiz, bentuk, berat dan komposisi. Kelainankelainan ini penting, bergantung kepada kegunaan
utamanya. Ia sangat popular digunakan oleh masyarakat
desa untuk membuat pelbagai juadah atau bahan
masakan dan juga ubat-ubatan

Lekar merupakan
salah
satu
peralatan
tradisional
melayu
yang
digunakan untuk meletakkan
periuk atau kuali. Namun
pada masa kini, lekar telah
dijadikan sebagai kraftangan
dan sering juga digunakan
sebagai barang perhiasan
dan juga bekas meletak
peralatan kecil di rumah

Nyiru

diperbuat
daripada buluh yang diraut
menjadi nipis dan dianyam
berbentuk bujur. Bingkainya
juga diperbuat daripada buluh.
Ia digunakan untuk menampi
bijirin. Kegunaannya untuk
mengasingkan bijirin daripada
hampasnya.

Kukur

adalah sejenis alat yang diperbuat


daripada kayu berbentuk kuda dan mempunyai mata
yang diperbuat dari besi berbentuk pipis, bulat serta
bergigi. Digunakan untuk memarut kelapa dengan cara
duduk di atas belakang badannya dan kelapa diparut
dengan kedua-dua belah tangan.

Pakaian
Tradisional
Melayu
Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang
Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu,
ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping
dan selendang.
Pakaian orang Melayu kini lahir daripada
pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang
dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses
ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban
awal

masyarakat

ditempat

itu

sendiri,

malahan yang lebih penting akibat daripada


pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab
dan Eropah.
Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan
digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta
indah dan unik Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga
kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih
popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju

Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain


itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian
Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju
Minangkabau
Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang
asal baju kebaya.Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke
paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar.
Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke
bawah

bermula

dari

bahagian

punggung.

Bahagian

hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.


Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang
berasingan

atau

yang

berangkai

dengan

rantai

halus.

Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang.


Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan
dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu
dipanggil anak.
Baju kebaya dipakai dengan kain sarung atau kain
batik. Biasanya, baju kebaya dipakai dalam majlis rasmi atau
majlis perkahwinan.

Orang yang memakai baju kebaya

kelihatan sopan dan menarik. Baju kebaya juga dijadikan


sebagai pakaian pengantin perempuan Melayu.

Kerongsang Baju Kebaya atau Kerongsang Kerawang Tiga


Serangkai bermotifkan tradisional sesuai dipakai bersama baju

kebaya atau baju kurung. Juga dikenali sebagai 'Dokoh' sejenis


hiasan yang tergantung di leher yang popular semenjak 200
tahun yang lampau.
Dokoh tiga tingkat merupakan hiasan leher dan dada yang
paling istimewa dan tidak boleh ditinggalkan dalam adat istiadat
perkahwinan. Pasangan pengantin perempuan dan juga
pengantin lelaki memakai dokoh untuk menimbulkan keserian
dalam majlis raja sehari.

Sejarah mengatakan budaya merenjis hanya dilakukan oleh


masyarakat

India

dalam

majlis

perkahwinan

bertujuan

mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Mencungkil


maklumat mengenai upacara merenjis dalam perkahwinan
Melayu, perunding perkahwinan, Hazree Wahid menceritakan
lebih

lanjut

apa

yang

dikatakan

adat

merenjis

dalam perkahwinan Melayu.


Masyarakat Melayu anggap merenjis sebagai tanda restu
kedua-dua belah pihak. Merenjis biasanya dilakukan di atas
pelamin ketika kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan
duduk bersanding. Ia sebagai simbolik kepada keluarga
merestui

kedua-dua

mempelai

dengan

harapan

pasangan pengantin kekal bahagia selamanya.

supaya

Tengkolok,

juga

dikenali

sebagai destar, setanjak/

tanjak, bulang hulu dansetangan kepala, merupakan sejenis


alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan
lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang
dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada
zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlismajlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja
dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh
pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Gelang kaki emas dengan motif awan larat. Digayakan


dengan baju kebaya tradisional pada hari perkahwinan untuk
menaikkan seri pengantin.

Anda mungkin juga menyukai