Anda di halaman 1dari 13

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


( Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan )

KUMPULAN 4

Disediakan oleh:
Humaira binti Ismail
Noraini binti Bachok
Nur Anis Nabila binti Salim
Nur Annissa Anis binti Sabiran
MINGGU 1
Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani
dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama
sekali.
Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan un
sur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani meru
pakan subjek akademik disekolah-sekolah dan
mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.
Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek
dari mengelola, menyertai pertandingan dan
permainan serta mengelola dan melatih pasukan
untuk pertandingan yang lebih formal.
Konsep dan Definisi Pengelolaan, Pengurusan
dan Pentadbiran
Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai
pengarahan dan pengawalan, pengelolaan,
penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan,
pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang
gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan
pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pen
gawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian
dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan
dan pendidikan jasmani.
Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan
pendidikan jasmani dan sukan ialah
(a) Merancang
(b) Menyediakan bajet
(c) Mengawal
(d) Mengarah
(e) Mengelola
(f) Menyediakan jadual pertandingan
(g) Membuat keputusan
(h) Menilai
Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbira
n dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan.
Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian
iaitu:-
(a) Persediaan profesional
(b) Sikap profesional
(c) Perkembangan profesional
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu,
persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan
pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran
dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan
Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.
Pengurusan Pendidikan Jasmani
Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang
bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan
kecergasan dan nilai seseorang individu melalui
pendekatan aktiviti fizikal.
Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses
pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi
semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif,
sosial, dan emosi.
Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang
untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman
semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.
Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah
merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan
berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan
dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar
(Colfer, 1986)
(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di
Malaysia
Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di
sekolah-sekolah di Malaysia.
Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun
dalam sistem persekolahan di Malaysia.
Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-
aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta
kesihatan.
Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk
memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran
iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan
(b) Objektif Kurikulum Pendidikan
Jasmani
Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:

Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor
Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin
harian
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan
Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

(c) Organisasi
Pendidikan jasmani merupakan disiplin
pendidikan.
Oleh itu, di sekolah pendidikan
jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah
kuasa guru penolong kanan akademik


Pengetua/
Guru Besar
Penolong
Kanan
(akademik)
Ketua
Panitia
Setiausaha
Ahli-ahli
(guru-guru
PJ)
(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia
Pendidikan Jasmani
Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah
Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani
Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani
tersedia untuk digunakan
Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan
jasmani
Menyediakan perancangan tahunan panitia
Memantau pengajaran pendidikan jasmani
Memeriksa buku latihan pelajar
Merancang pembelian alatan untuk panitia
Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia
Merancang latihan dalaman

(e) Perancangan Belanjawan
Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem
perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia
pendidikan jasmani perlu menyediakan
perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia
perlu menyenaraikan atau menyusun item
mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan
bergantung kepada peruntukan kewangan
pendidikan jasmani.
(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani
Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang
digunakan untuk menyimpan barang-
barang pendidikan jasmani.
Stor yang di susun kemas dan teratur akan
menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk
menyimpan dan mengeluarkan peralatan
pendidikan jasmani.
Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan
atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani.
Oleh itu penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jas
mani memerlukan kerjasama dari semua pihak
termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.
Pengurusan Sukan
Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan
mengikut peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan oleh satu badan
persekutuan sukan antarabangsa.
Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang
di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur
pertandingan.
Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa
pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai
permainan atau rekreasi
Sukan melibatkan perancangan, kemahiran motor dan
strategi.

Anda mungkin juga menyukai