Anda di halaman 1dari 3

KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN

Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab seseorang terhadap sesuatu.



Etika pula berasal daripada perkataan "ETHOS", Yunani iaitu norma - norma, nilai - nilai kaedah dan
ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik.

KOD ETIKA PROFESION
-peraturan untuk membantu guru yang profesional mematuhi prinsip - prinsip yang termaktub demi
menjaga imej profession.

3 aspek Fungsi Kod Etika Profesion:
1. Pedoman bagi setiap ahli
2. Kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion berkaitan
3. Mencegah campur tangan pihak luar organisasi profesion

KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

a. Tanggungjawab Terhadap Pelajar
-mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal - hal lain, adil.

b. Tanggungjawab terhadap Ibu bapa
-guru perlu merahsiakan maklumat rumahtangga atau anak yang diamanahkan oleh ibu bapa

c. Tanggugjawab terhadap masyarakat dan negara
-guru sentiasa memenuhi tanggungjawab sebagai warganegara selain membimbing dan memupuk
pelajar untuk menjadi warganegara yang disanjung tinggi

d. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
-guru harus menjadi ahli persatuan guru seperti KPPK/NUTP


KONSEP AKAUNTABILIT KEGURUAN

-Akauntabilitii merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu
tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan
-akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab guru terhadap profesion keguruannya

a. Akauntabiliti terhadap pelajar
-mendidik ke tahap cemerlang

b. Akauntabiliti terhadap diri sendiri
-guru harus berpengetahuan luas dan kompeten dalam bidang mata pelajaran yang diajar jika guru
bertanggungjawab terhadap diri sendiri

c. Akauntabiliti terhadap ibu bapa
-melaksanakan tugas mendidik dan membentuk modal insan yang berguna kepada masyarakat

d. Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara
-mendukung prinsip Rukun negara serta mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

e. Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan
-hubungan baik dengan rakan sejawat agar imej profesion terpelihara


INTEGRITI GURU

-integriti merujuk kepada kesempurnaan atau keikhlasan dan kejujuran,
-kualiti unggul

- integriti guru merujuk kepada guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

-guru harus mengamalkan kod etika profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja
organisasi yang bersistem.

Anda mungkin juga menyukai