Anda di halaman 1dari 1

Sejarah asal usul kewujudan Nasi Lemak di Malaysia.

Nasi lemak merupakan makanan tradisional Melayu yang berasal dari semenanjung Malaysia sejak zaman berzaman. Sehingga kini, Nasi Lemak begitu popular dan dijadikan makanan ruji hajian tanpa mengira pagi, petang ataupun malam.

Sejarah Nasi Lemak Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Asal usul nasi lemak adalah berasal dari tanah semenanjung Malaysia . Nasi Lemak juga menjadi makanan popular di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang sama dengan nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih. Pada masa sekarang, Nasi Lemak telah diubahsuai dengan dihidangkan pelbagai jenis lauk pauk seperi ayam, daging, hati, ikan dan sebagainya. Ini telah membuatkan Nasi Lemak diterima umum dan menjadi punca pendapatan kepada peniaga. Sumber: Sejarah Asal Usul Kewujudan Nasi Lemak Di Malaysia | melvister.com

Anda mungkin juga menyukai