Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan Pada zaman yang serba moden dan membangun ini, pelbagai jenis dan reka bentuk pakaian telah terhasil dengan begitu menarik dan elegan sesuai dengan keperluan si pemakainya. Namun dalam kepesatan industri tekstil di negara ini pakaian tradisional yang evergreen tidak diketepikan dan telah diadaptasikan dengan memasukkan elemen-elemen yang baru sesuai dengan citarasa moden. Pakaian tradisional tidak dilihat sebagai sesuatu yang ketinggalan zaman malah menunjukkan identiti sesuatu bangsa atau kaum. Di Malaysia kita mempunyai pelbagai kaum yang majoritinya terbahagi kepada tiga rumpun yang besar iaitu Melayu, Cina dan India. Setiap kaum ini mempunyai adat resam, budaya dan pakaian tradisi yang tersendiri. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas menjadi simpulan bahasa yang sesuai dengan kegemilangan pakaian tradisional ini khususnya di Malaysia. Jika kita susuri sejarah elemen peradaban penting Kerajaan untuk Kesultanan Melayu si

Lama, pakaian

merupakan

menunjukkan

status

pemakainya. Pakaian yang ditenun dengan emas dan berwarna kuning hanya dipakai oleh golongan istana khususnya keluarga di Raja. Sementara golongan rakyat memakai busana yang biasa sahaja. Ini disebabkan ketidakmampuan memiliki pakaian tersebut atau ekonomi yang terhad. Begitu juga jika dilihat dalam tatasusila kerajaan China dan India yang menetapkan pemakaian yang berbeza antara raja, golongan pentadbiran dan rakyat. Ini menunjukkan kepada kita pakaian dapat menentukan ciri-ciri budaya dan status sesuatu bangsa. Namun pada hari ini fenomena itu telah mengalami transformasi yang besar. Semua golongan mampu memilikinya walaupun pada harga yang lebih mahal. Kedudukan dan status bukan satu penghalang untuk memiliki pakaian yang dihajati.

2.0 Konsep Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu Menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua Pakaian membawa makna apa-apa sahaja yang dipakai di badan seperti baju dan seluar manakala tradisional bermaksud bersifat atau bercorak tradisi. Masyarakat merangkumi umat manusia, kelompok manusia, komuniti, bangsa, kaum, suku, puak, kumpulan etnik, ras, orang ramai, khalayak ramai, penduduk dan mujtamak. Konsep Melayu pula adalah nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya, atau dikenali sebagai nama suku bangsa terutama di Tanah Melayu. Jadi konsep pakaian tradisi masyarakat Melayu merangkumi apa-apa sahaja yang dipakai oleh bangsa atau kaum yang berasal dari suku bangsa dari Tanah Melayu dan bersifat tradisi. Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.

3.0 Sejarah Baju Melayu Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran membuat pakaian daripada kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai, batu penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut dan nipis. Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas masyarakat Melayu. Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang amat ringkas. Mereka hanya menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya menggunakan dua helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau kain sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai dan selesa dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika. Kaum wanita pula hanya menggunakan tiga helai kain iaitu kain sarung, kain kemban dan kain selendang. Perbezaan golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah golongan bangsawan menggunakan kain daripada jenis yang mahal dan indah serta memakai perhiasan keemasan. Dapat dilihat jurang sosial yang wujud dari cara berpakaian masyarakat, semenjak sebelum kedatangan Islam. Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagangpedagang Arab melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13, adalah satu tempoh transisi dan penyesuaian yang panjang. Walaupun agama Islam telah tersebar di alam Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat.. Dari segi pakaian, masyarakat tempatan mula

berpakaian secara sopan dengan menutup badan mereka dengan baju. Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sari sutera. Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan kesannya. Agama Islam mula dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian masyarakat tempatan mula dipengaruhi pakaian orang Arab seperti pemakaian jubah.

Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan budayanya masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa Melayu. Seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan yang hidup semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk baju Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun Hassan telah melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan baju Melayu. Dengan melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu serupa dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab. Proses evolusi pakaian tradisional Melayu turut berlaku pada zaman penjajahan Barat di Asia Tenggara. Pereka pakaian Melayu mulai menyerapkan ciriciri Barat yang dianggap sesuai ke pakaian tradisional Melayu. Pakaian bagi kaum lelaki pada zaman penjajahan British adalah seperti pakaian baju labuh berkolar dengan kain sarung atau pakaian kot, vest, seluar panjang serta kain samping. Bagi golongan raja-raja pula, pakaian kot berbutang emas atau logam berbaris yang mengancing baju yang terbuka di bahagian hadapan, seluar panjang berfesyen Inggeris serta memakai pedang. Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi. Fesyen baju tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana atau golongan bangsawan dan kemudian menjadi ikutan rakyat biasa. Akhirnya, reka bentuk pakaian tradisional Melayu antara golongan istana dengan rakyat hampir serupa, hanya jenis kain serta aksesori yang digunakan berbeza. Pada zaman sekarang, baju Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu baju Melayu Teluk Belanga dan baju Melayu Cekak Musang. Baju Melayu Teluk Belanga ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu

Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor. Orang Johor telah mengubah suai pakaian Melayu di bahagian leher dengan jahitan tulang belut dan sembat halus pada seluruh baju itu supaya kelihatan lebih kemas dan menarik. Baju Melayu Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu rumah kancing dengan menggunakan jahitan benang. Rumah kancing dibuat dengan jahitan insang pari. Baju Melayu Teluk Belanga memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang yang berwarna emas atau perak. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar serta kain samping dagang. memperlihatkan keunikan identiti baju Melayu orang Johor. Istilah cekak musang pula berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju iaitu tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian Cekak Musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri melingkari leher. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar Ciri-ciri ini telah

4.0 Ciri-ciri Baju Melayu Cekak Musang Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju yang tegak menutupi leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baj u yang bercekak tinggi berdiri melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Baju Melayu Cekak Musang adalah sama dengan Baju Melayu Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju Melayu cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun. Baju ini telah dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis iaitu jubah jemaah haji yang pulang dari Makkah. Jubah ini telah dipendekkan ke paras punggung supaya selesa dipakai. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar potong Melayu dengan kain samping dagang luar. Pakaian seluar diperkenalkan oleh saudagar Arab, Parsi dan India Muslim. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah, seluar menjadi popular di kalangan pembesar dan orang istana. Ini kerana pembuatan seluar pada masa itu memerlukan kepakaran penjahit dan kain yang banyak. Hanya golongan berada yang mampu memakainya. Golongan bangsawan memakai seluar potongan Acheh, manakala rakyat biasa menggunakan dua jenis potongan seluar iaitu seluar gunting Melayu dan seluar gunting Cina. Seluar potongan gunting Melayu mempun yai potongan yang paling ringkas dan memudahkan pergerakan lasak. Pemakaian baju Melayu ini selalunya disekalikan dengan pemakaian kain sarung atau kain samping.

Samping mirip seperti kain sarung, bezanya cuma samping lebih pendek daripada kain sarung. Samping dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Samping diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atau betis. Samping dipakai dengan cara melipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengahtengah di hadapan badan. Kemudian bahagian yang bertindan itu digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataupun bengkong. Selain daripada cara yang disebutkan di atas, samping juga dipakai dengan pelbagai gaya supaya lebih menarik. Antaranya ialah dengan cara melipat-lipatnya di sisi badan dan menyimpulnya dengan simpulan seperti tanduk atau bunga, mengikatnya dengan tali pinggang atau bengkong. Jika tali pinggang digunakan, pending dipasangkan menjadi kepala tali pinggang supaya nampak lebih kemas dan lebih hebat.

5.0 Fungsi Baju Melayu Pada zaman dahulu baju Melayu digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan majlis agama. Di Malaysia, secara amnya seluruh kaum lelaki Melayu memakai baju Melayu sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Namun baju Melayu yang menjadi pakaian rasmi sekolah ini hanya berbeza dari segi rekabentuk dan potongan mengikut negeri masing-masing. Pemakaian baju Melayu ini pada majlis yang rasmi boleh dilihat dengan lebih jelas pada masa sekarang kerana penjawat awam dibenarkan untuk memakai baju Melayu ini pada hari Jumaat. Selain itu, baju Melayu juga berfungsi sebagai pakaian pelengkap

perkahwinan. Jahitan baju Melayu diketengahkan dalam penghasilan baju pengantin. Hal ini boleh menaikkan lagi fungsi baju Melayu supaya tidak terus lapuk dek perubahan arus globalisasi. Dalam perkahwinan orang Melayu, kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin iaitu baju Melayu, baju kurung atau baju songket yang dihias indah dengan perhiasannya. Pakaian pengantin sekarang yang lebih moden telah dihiasi dengan satin dan lace. Disamping itu juga, baju Melayu juga dipakai sewaktu upacara pengebumian atau kematian. Ia dipakai bagi menghormati keluarga dan si mati serta untuk menjaga adab ketika berada ditempat yang suram seperti itu. Ketika menghadiri upacara pengebumian Islam, penghadir harus memakai pakaian yang menutup aurat, warna pakaian yang tidak mencolok mata dan mengelakkan memakai barang perhiasan. Biasanya, lelaki akan memakai baju Melayu yang berwarna putih atau hitam dan perempuan akan memakai baju Melayu berwarna putih atau pastel. Seterusnya baju Melayu juga berfungsi untuk majlis kesyukuran ataupun untuk majlis-majlis agama. Baju Melayu ini dipakai oleh kaum lelaki sebagai langkah untuk menutup aurat ketika berada ditempat umum. Ia juga sebagai tanda menghormati majlis-majlis tertentu. Baju Melayu ini juga selalunya dipakai oleh lelaki ketika menunaikan solat sama ada di masjid atau di rumah.

Baju cekak musang selalunya dipakai dalam pertemuan setengah rasmi atau acara keluarga lebih-lebih lagi pada sambutan perayaan Aidlifitri. Pada perayaan hari raya, baju Melayu Cekak Musang biasanya menjadi pilihan kaum lelaki samaada yang dewasa mahupun kanak-kanak. Pemakaian baju Melayu seakan-akan sesuatu yang wajib terutamanya pada hari pertama di hari raya Aidilfitri. Pada waktu ini, pakaian lelaki Melayu akan dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Kesimpulannya, pemakaian pakaian melayu perlu dikekalkan supaya tidak terhakis kerana ia merupakan warisan budaya yang melambangkan jati diri bangsa Melayu. Generasi muda harus mengekalkan budaya pemakaian ini supaya dapat diwarisi oleh generasi yang seterusnya.

Refleksi Pameran Pada 28 Februari 2014, kami ditugaskan untuk melaksanakan satu pameran kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia. Tugasan ini dijalankan secara berkumpulan dan kami dari kelas Pengajian Melayu K2 ditugaskan bersama-sama kumpulan Pengajian cina K7 untuk memperkenalkan kamu yang berasal daripada negeri Sarawak iaitu kaum Bidayuh. Dalam tugasan ini kami bekerjasama menyiapkan tapak dengan meletakkan tempat persandingan kaum Bidayuh sebagai tarikan utama dan info-info lain sebagai tarikan sampingan. Selain itu, kami juga mempersembahkan satu persembahan tarian ringkas Bidayuh sempena lawatan Pengarah IPG Ipoh yang turut merasmikan pameran tersebut. Tugasan ini agak sukar disebabkan kekurangan bahan yang kebanyakkannya hanya dapat diperolehi dari negeri asal kaum tersebut. Namun berkat kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya mempersembahkan tugasan ini dengan jayanya walaupun tidak dapat memenuhi keaslian asal kaum Bidayuh ini. Kami memerlukan masa sehari bagi mempersiapkan tapak ini di samping info-info yang diperlukan. Bahanbahan yang diperlukan kebanyakkannya dibeli, dipinjam dan disewa daripada pihak luar. Antara kekuatan atau kelebihan yang saya dapat daripada pameran ini ialah saya lebih memahami adat resam kaum lain terutamanya kaum Bidayuh. Kaum ini yang berasal dari Sarawak kebanyakkannya tinggal di bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka mempunyai bahasanya yang tersendiri, pakaian tradisional yang cantik dan adat resam yang agak unik. Adat resam mereka ini melambangkan mereka sebagai kaum yang boleh diketengahkan dalam

memperkenalkan budaya Malaysia ke luar negara. Selain adat resam kaum Bidayuh, kami juga berjaya mempelajari adat resam kaum yang lain seperti kaum Melayu, Cina, Iban, India, Murut, Bajau, Kadazan dan Orang Asli. Info ini amat berguna kepada saya kerana sebagai seorang guru, saya perlu mempelajari sedikit adat resam kaum lain bagi mengelakkan saya melakukan perkara yang tidak mereka sukai ketika bertugas di tempat mereka.

Kekuatan yang kedua yang didapati ialah saya merasakan sendiri perpaduan sebenar hubungan antara kaum di dalam negara Malaysia yang terkenal sebagai negara majmuk. Hal ini boleh dirasai sendiri dengan kerja koperatif bersama unit pengajian cina K7 dalam mempersiapkan tugasan ini. Sebelum ini, saya hanya mengenali sebahagian daripada mereka, namun selepas mempersiapkan tugasan ini akhirnya saya berjaya mengenali hampir seluruh daripada ahli kumpulan itu. Tugasan koperatif ini juga mengajar saya dalam membawa semangat perpaduan, sikap toleransi perlu ada. Hal ini dibuktikan dengan pembahagian tugas antara kami. Hasil daripada mensyuarat yang diadakan sebelum ini, kami daripada kumpulan pengajian Melayu bertindak dalam menyiapkan pelamin kaum Bidayuh serta tariantariannya manakala kumpulan pengajian Cina bertugas untuk memperkenalkan dan menyiapkan model rumah kaum Bidayuh. Selain itu, melalui pameran ini, saya dapat melihat dan merasa sendiri makanan daripada kaum yang pelbagai ini. Berdasarkan pemerhatian, makanan tradisional ini kebanyakkannya dihidangkan secara ringkas. Hal ini mungkin kerana kekurangan kemudahan jikan dibandingkan dengan makanan yang ada pada masa sekarang ini. Contohnya makanan yang cukup sinonim dengan kaum melanau iaitu umai. Umai ini terdiri daripada pelbagai jenis yang antaranya ialah umai udang, umai tenggiri dan umai obor-obor. Makanan ini menggunakan bahan yang mudah. Sejarah pembuatan makanan ini sebenarnya daripada nelayan kaum Melanau. Oleh sebab pada masa dahulu, tiada dapur di dalam kapal nelayan mereka, mereka mencipta resipi makanan laut yang tidak perlu dimasak sebagai alas perut mereka sebelum membawa hasil itu balik ke rumah. Bukan itu sahaja, saya dapat melihat sendiri jenis-jenis tarian tradisional daripada pelbagai kaum. Tarian ini dipersembahkan oleh guru pelatih sendiri yang bertugas untuk memperkenalkan kaum yang mereka wakili. Antara tarian yang sempat saya lihat ialah tarian daripada kaum Kadazan, Bidayuh dan Cina. Persembahan tarian ini agak unik dan berbeza antara satu sama lain. Hal ini mengajar saya bahwa setiap kaum mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan wajar dihormati terutamanya ketika saya bertugas sebagai seorang guru nanti.

Perkara yang paling utama yang menari perhatian saya dalam pameran ini ialah saya dapat melihat keunikan pakaian tradisional daripada pelbagai kaum. Berdasarkan pemerhatian saya, baju-baju tradisional ini amat sukar untuk dibuat dan memerlukan orang yang betul-betul pakar dalam membuatnya. Hal ini membawa saya berfikir cara mereka menyiapkan baju yang agak unik ini walaupun pada masa dahulu mereka kekurangan kemudahan. Ini bermaksud kaum tradisional ini sebenarnya agak bijak dan kreatif dalam melaksanakan sesuatu. Sebagai contoh ialah pakaian daripada kaum Bidayuh. Dalam pameran ini, saya memakai pakaian tradisional kaum Melayu. Walaupun saya pernah memakai pakaian ini beberapa kali sebelum ini, namun pemakaian pada hari pemeran ini lebih lengkap dengan tengkolok dan samping seolah-olah saya berada pada zaman kegemilangan Melaka. Hasil kajian saya tentang baju Melayu ini, saya dapat mengetahui bahawa baju ini mengalami proses transformasi mengikut zaman. Potongan baju Melayu yang diguna pakai sekarang sebenarnya mengikut sedikit potongan jubah pendakwah Islam dari tanah Arab pada masa dahulu. Pengetahuan tentang sejarah baju ini menyebabkan saya berbangga dengan baju Melayu yang ada pada zaman sekarang dan saya berasa ialah tugas setiap orang untuk mempertahankan tradisi kita pada masa akan datang. Namun begitu, dalam pameran ini terdapat kelemahan yang saya dapati iaitu dari segi pengurusan masa. Kebanyakkan kumpulan terpaksa menyiapkan tapak pameran mereka semalaman kerana kurang bersedia dalam merancang tugasan ini. Selain itu, kekurangan bahan juga merupakan kelemahan dalam pameran ini. Hal ini kerana kebanyakkan bahan kaum tradisional hanya terdapat di negeri asal mereka. Bagi memperoleh bahan ini kami terpaksa berbincang dengan keluarga dan rakanrakan yang berasal daripada negeri Sarawak dan Sabah untuk membeli serta menghantar secara pos bahan tersebut.

Secara tuntasnya, tugasan pada kali ini telah memberikan saya pengalaman baru dan ilmu yang begitu berguna bukan sahaja pada masa sekarang bahkan kelak. Sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu, saya perlulah menyediakan diri saya dari pelbagai aspek untuk mendidik anak-anak daripada pelbagai bangsa dengan ilmu- ilmu yang berguna secara berkesan tanpa sikap prejudis. Dengan itu, saya mesti mendalami dan memahami dengan lebih lanjut berhubung pendidikan tersebut agar dapat melahirkan lebih ramai murid-murid yang celik ilmu dan bukannya menjadi lebih tercorot. Saya juga perlu mengenali dengan lebih mendalam tentang kaum yang pelbagai di Malaysia supaya ketika saya ditugaskan nanti saya lebih bersedia untuk bergaul dan bermesra dengan mereka. Bak kata pepatah Melayu, tidak kenal maka tidak cinta. Semoga, segala pengalaman dan pengetahuan yang telah saya timba sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat diaplikasikan semasa melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik kelak.

Anda mungkin juga menyukai