Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI

NAMA
NO KP
OPSYEN

: MUHAMMAD IFTITAH BIN MUSTAFA


: 920429-01-6059
: PISMP SEM 7 PRASEKOLAH/PJ/MZ

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Penulisan ini
merupakan tugasan bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak. Tugasan ini
memerlukan komitmen yang tinggi daripada diri saya sendiri agar mengaplikasikan
kemahiran asas kaunseling dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semasa
praktikum. Melalui tugasan ini saya telah memperolehi pelbagai input yang berguna
yang boleh diaplikasikan semasa mengajar nanti.
Dari segi pemerolehan ilmu, saya mendapat banyak input daripada tugasan yang
dilakukan dan dapat diaplikasikan semasa bergelar guru pada suatu hari nanti. Tugas
memberi bimbingan dan kaunseling bukan hanya terletak dibahu kaunselor. Cuba kita
bayangkan seorang kaunselor perlu memberi kaunseling kepada warga sekolah.
Disebabkan itu, sebagai bakal guru biasa, saya perlulah menerapkan kemahirankemahiran asas dalam kaunseling semasa sesi p&p dan tidak semata-mata bergantung
pada kaunselor. Tujuan saya mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling ke dalam
p&p adalah untuk membantu murid-murid mengembangkan kemahirannya agar mampu
menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan.
Banyak manfaat dan faedah yang diperoleh sepanjang penghasilan kerja kursus
ini. Setelah menyelesaikan tugasan, saya mula sedar bahawa setiap murid mempunyai
kehendak dan keperluan yang perlu dipenuhi. Murid-murid mahu dilayan. Disebabkan
itu saya telah mengaplikasikan kemahiran melayan, mendengar, dan memberi
tindakbalas. Ianya mampu melatih diri saya menjadi manusia yang bertanggungjawab
dengan mengambil kira keperluan orang lain tanpa mementingkan diri sendiri. Saya
menyedari bahawa melalui kemahiran tersebut, hubungan saya dengan murid-murid
juga akan menjadi lebih mesra. Murid-murid akan akan berasa selesa dengan saya.

Saya juga dapat menimba pelbagai ilmu yang berguna di mana minda saya
terbuka untuk mentafsir segala perkara yang berlaku di sekeliling. Hal ini dapat
diperoleh semasa saya mengaplikasikan kemahiran menginterpretasi tingkah laku
bukan lisan dan mengenalpasti masalah. Sebagai guru Pendidikan Prasekolah, saya
perlu berhadapan dengan alam Pendidikan yang penuh dengan cabaran. Saya juga
perlu berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai kategori masalah
pembelajaran. Sedikit sebanyak saya telah memahami ekspresi wajah dan tingkah laku
kanak-kanak di prasekolah.
Sememangnya, kajian ini telah membawa pelbagai implikasi positif terhadap
perkembangan kendiri dalam diri saya serta memantapkan lagi persediaan saya
sebagai seorang bakal guru pada masa hadapan. Segala input-input yang terkandung
dalam subjek ini sememangnya amat berguna dalam usaha untuk membentuk
personaliti seseorang bakal guru ke arah yang lebih positif. Saya berharap agar kajian
seumpama ini diteruskan lagi pada masa hadapan agar lebih ramai lagi bakal guru
yang berkualiti dapat dilahirkan seterusnya mampu menyumbang ke arah pemantapan
ekonomi negara di mata dunia.
Saya berharap dengan ilmu yang ada ini akan membantu saya semasa
melaksanakan p&p di sekolah nanti. InsyaAllah. Pengalaman ini diharapkan dapat
membantu saya semasa bergelar guru pada suatu hari nanti. Akhir kata saya berharap
tugasan ini akan memberikan saya seribu satu makna yang dapat saya aplikasikan
suatu hari nanti. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai