Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH

JURNAL

Bilangan Jurnal : Ke- 1

Minggu Praktikum : Minggu 1

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 14 Julai HINGGA 18 Julai 2014

Tajuk Jurnal : Masalah Kelewatan Murid Masuk ke Kelas


1. Masalah /Peristiwa:

Pada minggu ini merupakan minggu pertama saya mendaftarkan diri di SK
Pasukan Polis Hutan. Ini adalah merupakan kali pertama saya menjalani
praktikum Sepanjang minggu ini, saya mendapati masalah yang ketara berlaku
adalah kelewatan murid masuk ke dalam kelas setiap pagi. Hal ini sedikit
sebanyak menggangu proses pelaksanaan rutin harian dan juga perbualan pagi
bagi kanak-kanak prasekolah.

2.Analisis

Telah menjadi kebiasaan setiap pagi sebelum memulakan sesi p&p, kanak-kanak
diminta untuk berbaris di ruangan hadapan kelas disusuli dengan nyanyian lagu
Negaraku, lagu Perak Aman Jaya, dan juga lagu sekolah. Aktiviti diteruskan lagi
dengan sesi perbualan pagi antara guru dan juga murid di dalam kelas.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Memaklumkan kepada ibu bapa agar menghantar anak mereka ke premis
pada waktu yang ditetapkan
b) Mengadakan aktiviti-aktiviti secara individu ataupun secara berkumpulan
sementara menanti ketibaan kanak-kanak ke prasekolah




INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS IPOH


4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera maka
objektif pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai. Oleh itu, saya akan
berusaha untuk berbincang dengan pihak ibu bapa bagi mengatasi permasalahan
ini




Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh
Pensyarah Penyelia


Tandatangan :................................ Tandatangan

Nama :............................... Nama

Tarikh :............................... Tarikh

Anda mungkin juga menyukai