Anda di halaman 1dari 20

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

SENARAI ALATAN DAN BAHAN JAHITAN

Alatan dan bahan jahitan boleh dikategorikan mengikut kegunaan seperti alatan mengukur,
mendraf, menanda, menggunting, menekan, alatan menjahit dan alatan lain.

Alatan mendraf
Alatan mengukur
> Pembaris sesiku
> Pita ukur
> Pembaris
melengkung > Pembaris

Alatan menggunting
> Gunting
Alat menanda > Snipper
> Roda surih
> Karbon tukang jahit
> Kapur tukang jahit
Alatan
Jahitan Alatan menekan
> Seterika
Alatan lain
> Bod seterika
> Jarum peniti
> Threader
> Jidal
> Peretas Alatan menjahit
> Mesin jahit
> Jarum tangan
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

3. SENARAI ALATAN MENJAHIT

ALATAN MENGUKUR PENGGUNAAN


 Mengukur dengan
tepat ukuran badan
dan fabrik

 Pita ukur
 Mengukur dan
menanda garisan
lurus di kertas pola.
 Mengukur fabrik.

 Pembaris lurus
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN MENANDA PENGGUNAAN


 Memindahkan
tanda dan garisan
pola pada fabrik.

 Roda surih dan karbon


tukang jahit
 Menandakan garis
pemadan pada
fabric.
 Memindahkan
garisan tanda pola
pada fabrik.

 Kapur tukang jahit


RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN MENGGUNTING PENGGUNAAN


 Menggunting fabric.

 Gunting fabrik
 Digunakan untuk
trim kelim dan bulu

 Gunting triming

 Digunakan untuk
menggunting
benang jahitan.

 Snipper
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN MENEKAN PENGGUNAAN


 Menekan dan
menyeterika setiap
proses pada semua
peringkat jahitan
supaya kemas dan
rata.

 Seterika
 Memudahkan
semua
prosesmenyeterika
dan menekan.

 Bod seterika
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN MENJAHIT PENGGUNAAN


 Menjahit dan
mencantum fabric.
 Menjahit jahitan
sulaman.
 Menjahit lubang
butang.
 Mengemas tepi
fabrik.

 Mesin jahit elektronik

 Mesin jahit tepi

 Untuk jahitan biasa


seperti menjahit
jelujur dan
menyembat kelepet

 jarum tangan
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

ALATAN LAIN PENGGUNAAN


 Digunakan untuk
menetapkan pola pada fabrik
semasa menggunting atau
menjahit.
 Untuk menandakan
kedudukan

 Jarum peniti

 Digunakan untuk
menetas mata
jahitan, membuat
lubang butang,
menanggalkan
 Peretas jahitan benang jelujur dan
menanggalkan
butang.
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

4. SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN

JENIS BAHAN PENGGUNAAN


 Bahan utama untuk
menghasilkan
kemeja T

 Fabrik kapas
 Digunakan untuk
jahitan tangan dan
mesin.
 Mencantumkan
kepingan fabrik

 Benang
 Sejenis pengikat
bagi memastikan
kemeja atau seluar
tertutup

 Butang
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

5. PENGIRAAN KOS

A) KOS BAHAN

BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT KOS ( RM )


1 Fabrik kapas 2 meter RM 8.00 / RM 16.00
meter
2 Benang jahit 1 buku RM 0.80 / buku RM 0.80
3 Butang 6 biji RM 0.30 / biji RM 1.80
4 Lapik kolar ½ meter RM 4.00 / RM 2.00
meter
JUMLAH RM 20.60

B) KOS UPAH

BIL KEPAKARAN KUANTITI KOS UPAH KOS ( RM )


1 Membuat pola 6 RM 1.00 / pola RM 6.00
2 Jahit tepi / kelim 6 RM 0.50 / kpg RM 3.00
3 Menjahit 20 jam RM 1.00 / jam RM 20.00
JUMLAH RM 29.00

C) KOS SAMPINGAN

BIL PERKARA KUANTITI KOS SEUNIT KOS ( RM )


1 Elektrik RM 3.00
JUMLAH RM 3.00

D) KOS KESELURUHAN

Kos projek = kos bahan + kos upah + kos sampingan

= RM 20.60 + 29.00 + 3.00

Jumlah kos projek = RM 52.60 sehelai


RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

6. UKURAN BADAN

BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN ( cm )

A) GARIS MELINTANG

1 Leher 43

2 Dada 119

3 Pinggang 117

4 Punggung 122

5 Bahu 45

6 Bidang hadapan 47

7 Bidang belakang 47

8 Keliling hujung lengan 55

9 Keliling ketiak 58

B) GARIS MENEGAK

10 Garisan tengah belakang 47

11 Labuh baju 70

12 Labuh lengan 64 / 45 / 35
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

7. SUSUN ATUR POLA


RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

8. REKOD KERJA

A) PROSES JAHITAN

BIL PROSES JAHITAN TARIKH ILUSTRASI CATATAN

1 Penghilang gelembung 8 Sept


2012 Lisu setentang
( lisu setentang )

2 Kelim belah kangkung 1. kelim belah


a) Bahu mendatang kangkung.
b) bahu 2. mengemas
c) rusuk 3. menekan sama
lebar

3 Belah kelim mesin


a) Belah kelepet sama lebar

1. kolar dipotong
4. Kolar 15 Sept. mengikut ira fabrik.
a) kolar lurus 2012 2. kolar hendaklah
ditanda dengan
tepat, dijelujur dan
dijahit sama untuk
mendapat bentuk
yang sama dan
sekata.
3. kolar dijahit
dengan kemas.
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

BIL PROSES JAHITAN TARIKH ILUSTRASI CATATAN

5 Penyudah tepi 23 Sept


2012 1. Dibuat pada
a) kelepet lurus hujung pakaian yang
lurus.

2. Jahitan mesin

1. Tidak berkedut
6 Lengan atau berlisu.

a)Lengan padanan rata 2. Garis tengah


lengan bertemu di
Belah garis bahu.
a) Belah kelepet sama lebar
3. Kelim lengan
bertemu di kelim
rusuk

4. Basi kelim
dikemaskan

1. Alat untuk
7. Kancing 25 Sept. menutup
a) Butang empat lubang 2012 belah pakaian atau
artikel untuk
mengekalkan
bentuk asal
pakaian
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

B ) LANGKAH JAHITAN

BIL TARIKH PERKARA ILUSTRASI CATATAN


1 14.7.2012 Perbincangan reka bentuk 1. Projek
pakaian menghasilkan
sehelai kemeja
secara individu

2 16.7.2012 Membuat lakaran stail pakain 1. Semua lakaran


yang diingini. Terdiri daripada stail pakaian
3 contoh lakaran dan dilampirkan
membuat 1 pilihan lakaran dalam folio.
terbaik.

lakaran pilihan
3. 23.7.2012 Melukis pola pakaian mengikut 1. Terdapat 5
ukuran atau contoh yang bahagian pola yang
telah diberikan oleh pensyarah perlu dilukis iaitu :
a) badan belakang
b) badan belakang
c) kolar
d) lengan
contoh pola yang telah siap
e) bahu mendatang
dilukis
4. 24.7.2012 Menggunting pola mengikut
bentuk yang telah dilukis

5. 25.7.2012 a) Menyusun pola ke atas Penyusunan pola


fabrik dilakukan mengikut
saiz pola yang besar
ke saiz pola yang
kecil
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

BIL TARIKH PERKARA ILUSTRASI CATATAN


6 25.7.2012 b) Fabrik dipotong setelah 1. Fabrik ditanda
selesai penyusunan pola menggunakan
dilakukan. kapur tukang
jahit, karbon
tukang jahit dan
roda surih

c) Pemindahan pola ke fabrik


dilakukan setelah kesemua
fabrik dipotong.

7 8.9.2012 Proses menjahit dijalankan. 1. Menyemat


menggunakan
a) menjahit lisu dan juga jelujur kasar.
bahu
mendatang. 2. Cantuman
bahagian badan
b) menjahit belah kelepet hadapan dan
sama lebar. badan belakang

c) menjahit kelim bahu :


kelim belah kangkung
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

8. 15.9.2012 Proses menjahit kolar.


1. Gunakan lapik
a) menyediakan kolar kolar untuk
b) meratakan kolar mendapatkan
c) menyediakan bahagian hasil kolar yang
badan pakaian lebih menarik
d) memadankan garis bahu
dan kelepet
e) mencantumkan kolar ke
badan
f) mengemas kolar

9. 23.9.2012 Proses mencantum dan Menyemat


menjahit lengan. menggunakan
jelujur kasar
a) menyediakan lengan.
b) menjahit kelim lengan.
c) mengemaskan hujung
lengan.
d) Mencantumkan lengan.
e) Menjahit lengan.

10. 23.9.2012 Menjahit penyudah tepi Jahitan mesin


dengan menggunakan
kelepet
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

BIL TARIKH PERKARA ILUSTRASI CATATAN


11. 25.9.2012 Proses menjahit lubang
butang dan butang baju

12 25.9.2012 Proses terakhir :


Selesai proses
 Menyeterika pakaian jahitan.
supaya kelihatan lebih
kemas dan menarik.
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

10. REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, dapat
jua saya menyiapkan kerja projek rekabentuk pakaian ini dengan jayanya. Penghasilan
projek ini telah memberikan pengalaman baru dalam hidup saya, dimana inilah kali
pertama saya menggunakan mesin jahit dan menghasilkan pakaian hasil tunjuk ajar
pensyarah yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman beliau iaitu Cik Fauziah
binti Hj. Jamil. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu saya dalam
proses menyiapkan tugasan yang diberikan.

Pada mulanya saya berasa kurang gembira apabila diberitahu tugasan pada
semester ini adalah menghasilkan pakaian kerana saya berasa kurang yakin dengan
diri saya sendiri. Tiada pengalaman menggunakan mesin jahit menambahkan lagi rasa
gementar saya apabila memikirkan tugasan yang perlu saya siapkan. Tetapi dengan
sokongan dan cabaran yang diberikan oleh rakan-rakan sekuliah membuatkan saya
berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Proses pertama adalah memilih jenis dan corak fabrik yang sesuai. Seterusnya
melukis pola sehinggalah proses menjahit pakaian dimana pelbagai pengalaman baru
saya peroleh dan pastinya pengalaman menghasilkan pakaian ini adalah satu
pengalaman yang tidak ternilai dan mana mungkin ditukar ganti dengan wang ringgit.

Proses menjahit lengan dan kolar merupakan proses jahitan yang agak rumit
sehinggakan saya terpaksa meretas semula jahitan kerana hasil yang diperoleh kurang
memuaskan. Tetapi berkat kesabaran saya teruskan juga bagi sehingga saya dapat
mengatasi masalah ini dengan jayanya.

Setelah melalui pelbagai ringtangan dan dugaan, penghasilan pakaian ini


merupakan satu kejayaan yang besar dalam hidup saya. Diharap projek yang telah
saya siapkan ini dapat memuaskan hati semua pihak. Akhir kata dari saya sekali lagi
saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mana-mana individu yang terlibat
secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menghasilkan tugasan
rekabentuk pakaian ini.
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran secara amali yang berteraskan kemahiran kendiri amat


dititikberatkan di dalam mata pelajaran kemahiran hidup. Pembelajaran berteraskan
amali mampu memberi kesan penguasaan kepada pelajar secara umumnya.
Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah menggunakan sumber
semulajadi sebagai bahan asas untuk melindungi tubuh mereka. Kini dengan kemajuan
sains dan teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu dari
sumber asli dan juga bahan kimia untuk pakaian serta seni reka pakaian yang amat
menarik.
Dalam proses menghasilkan sehelai pakaian, beberapa aspek perlu di ambil kira.
Antaranya ialah prinsip asas pemilihan pakaian seperti bentuk badan, corak, warna,
tekstur, rupa fabrik dan garisan cantuman supaya kita dapat menyembunyikan ciri
fizikal yang lemah dan menonjolkan penampilan luaran yang positif.
Manusia mempunyai bentuk badan berbeza. Secara amnya, bentuk badan boleh
dibahagi kepada empat jenis iaitu tinggi dan langsing, rendah dan langsing, rendah dan
gempal serta tinggi dan gempal.
Stail pakaian pula ialah cara sesuatu pakaian itu dibuat atau digayakan.
Pemilihan stail pakaian kerap dipengaruhi oleh bentuk pakaian kerana elemen asas
reka bentuk pakaian seperti corak, warna tekstur dan rupa fabrik, garisan dan
cantuman, garis leher dan garis lengan akan menampilkan bentuk badan yang menarik
dan bergaya.
Corak ialah motif pada fabrik yang beraneka sepeti garisan, bunga, bentuk
geometri, genggang dan lain-lain yang bertujuan mengenal fabrik. Pilihan corak yang
sesuai akan menghasilkan pakaian yang menarik, nilai estetika yang tinggi serta
memberikan kesan ilusi kepada bentuk badan.
Warna juga boleh memberikan kesan ilusi pada bentuk badan. Terdapat tiga
kategori warna iaitu warna terang, warna lembut dan warna gelap. Warna terang akan
menampakkan orang yang kurus elihatan lebih gempal. Warna lembut akan
menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih gempal. Warna gelap pula akan
menampakkan orang yang gempal kelihatan lebih langsing. Manakala gabungan warna
RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN

gelap dan terang akan menampakkan seseorang kelihatan lebih pendek.


Kesimpulannya jenis fabrik,corak dan juga stail pakaian mempengaruhi pakaian serta
individu yang memakainya.

Anda mungkin juga menyukai