Anda di halaman 1dari 15

Pakaian Pra Sejarah Zaman pra-sejarah adalah zaman sebelum masihi sehingga awal masihi.

Menurut masyarakat barat, masihi merupakan zaman yang menentukan anjakan masa sempena kejadian kisah Nabi Isa (Christ) atau dikenali dengan singkatan makna: S.M(Sebelum Masihi) - B.C (Before Christ) T.M (Tahun Masehi) - A.D (Anno Domini)

Tarikh sebelum masihi ditulis secara nombor besar kepada nombor kecil bagi memudahkan melabel turutan tarikh zaman sebelum Masihi agar tidak terhad pengiraannya berbanding dengan penulisan tarikh nombor menaik bagi zaman Tahun Masihi, contohnya: 4000 1000 S.M atau 500,000 150,000 S.M dan 550 - 650 T.M

Contoh-contoh zaman Sebelum Masihi antara tahun 600,000 S.M 50 S.M seperti zaman Paleolithic (Zaman Batu), Mesolithic (zaman Batu Baru), Neolitihic (Zaman Batu Baru), zaman Bronze Age dan zaman dan Ion Age. Manusia berpakaian untuk memenuhi keperluan asas manusia seperti mendapat perlindungan dan keselamatan dari keadaan bahaya, panas dan sejuk. selain itu pakaian juga boleh memberi gambaran status dan kedudukan seseorang, melambangkan kekuatan dan keberanian untuk menakutkan musuh, menunjukkan budaya dan pegangan agama yang dianuti selain untuk menampakkan kecantikan, kesopanan, menutup kecacatan dan untuk menarik perhatian. Zaman pra sejarah,manusia menggunakan sumber asli seperti bulu haiwan, kulit binatang, kulit pokok kayu dan rumput rampai. Fesyen tercipta hasil pengaruh persekitaran di mana rupa bentuk fesyen atau stail yang berbeza terhasil kerana pengaruh keadaan cuaca dan alam sekeliling. Fesyen juga menjadi penanda aras kepada sejarah peredaran masa. Rupa bentuk pakaian di tempat cuaca panas manusia memakai pakaian yang nipis dan longgar dan tidak mengikut bentuk badan supaya lebih selesa. Rupabentuk fesyennya lebih ringkas, orang zaman dahulu hanya bercawat dan berkemban. Warna yang digunakan biasanya warna semulajadi natural lembut dan cerah. Manakala di

kawasan sejuk pula, rupa bentuk pakaian lebih ketat, berlapis-lapis, berwarna gelap dan dibuat dari kain tebal. Orang zaman dahulu memakai kulit dan bulu binatang serta dedaun dan jerami sebagai pakaian mereka. Zaman berubah dan manusia lebih bertamadun, maka terciptalah kain yang ditenun menggunakan peralatan kuno seperti batu yang diasah tajam dan jarum dari tulang binatang. Kain tenunan yang dihasilkan adalah dari kulit binatang, ulat sutera, kapas, kulit kayu, pokok flek, jerami, rumput dan lain-lain sumber semulajadi. Sejenis cecair telah dicipta untuk merendam kulit binatang supaya menjadi lebih lembut.

Kain tenunan sudah diperkenalkan sejak di Zaman Batu Baru iaitu di Timur Tengah dengan peralatan seperti mesin loom dan pintalan tangan. Rekod terawal tenunan fabrik ialah daripada gentian flax (sejenis tumbuhan berbunga biru dan tangkainya dijadikan gentian untuk dijadikan fabrik linen) di sekitar 6,000 3,000 S.M di Switzerland. Diikuti oleh orang-orang dari kawasan Mediterranean Timur yang mula-mula menenun kain (1300 S.M). Selepas itu teknik penghasilan fabric secara felting tercipta di Timur Tengah untuk menghasilkan fabric yang tebal dan gebu menggunakan bulu-bulu binatang atau wool. Bahan hiasan seperti kancing diperbuat dari tulang, tanduk, tali dari kulit binatang dan batu Di Crete, orang Minoans merupakan bangsa yang pakar dalam membuat pakaian. Namun orang lelakinya masih bercawat, kaum wanitanya lebih berfesyen, mereka memakai sejenis jaket yang kecil dan ketat menampakkan sebahagian besar buah dadanya dan dipadankan dengan skirt labuh berbentuk loceng, dipakai berlapis-lapis dan dihiasi dengan banyak hiasan,tulang-tulang binatang dijadikan koset supaya menampakkan pinggang dan menaikkan buah dada mereka. Kebanyakkan pakaian mereka dibuat dari kain linen dan wool

Rajah 2.1 Pakaian kaum Minoan di tahun 1994 Orang-orang Greek purba pula hanya melilit sehelai kain di tubuh mereka sebagai pakaian.

Kreativiti mereka adalah lebih kepada kemahiran memakai kain tanpa jahitan disebabkan belum adanya ilmu bidang pembuatan pola dan jahitan pada ketika itu.

Rajah 2.2 Pakaian purba lelaki dan wanita Greek- chiton, peplos dan tube Manakala di Egypt pula, lima ribu tahun dahulu orang lelakinya memakai cawat yang

kemudiannya di ubahsuai kepada bentuk kain atau skirt yang berlisu beriring halus di bahagian hadapan untuk memudahkan pergerakan. Manakala kaum perempuan pula memakai sejenis baju tanpa lengan, skirt nya berlisi beriring yang halus dan dihiasi dengan biji-biji mutiara. Lengan baju mula dicipta tetapi hanya di sebelah kiri sahaja. Pakaian dari Wool atau bulu biri-biri juga menjadi pakaian orang Mesir. Memakaian rambut palsi atau wig oleh kaum lelaki dan wanita juga sangat popular dimana wig disisir rapi dan dilumur dengan minyak wangi sebagai baubauan. Manakala kaum pekerja, hulubalang, pengawal dan rakyat jelata hanya memakai cawat bagi lelaki dan perempuannya. Hanya Raja sahaja yang dibenarkan menyimpan janggut dan memakai ekor singa.

Contoh Pakaian purba pra sejarah kaum Egypt

Rajah 2.3 Pakaian Puteri Raja dengan wig

Rajah 2.4 Aksesori kepala Raja dan Pakaian pengawal dan hulubalang

Sejarah pakaian orang Eropah Sejarah pakaian orang-orang Eropah pula dapat dilihat secara ringkas dari perkembangannya se awal abad ke 500 S.M hingga 1900 T.M seperti: 500 - 146 BC: Orang Greek

Pakaian orang Greek purba terdiri dari gabungan kain yang longgar beralun dan berlapis-lapis bermotif bunga longgar dari linen atau wool. Pakaian ini tidak dijahit bersama digelar chiton dan merupakan sebidang kain segiempat yang panjang yang hanya disemat di bahu menggunakan pin dan tali pinggang sebagai pengikat di pinggang. Bagi kaum lelaki, pakaian ini lebih pendek

dibandingkan dengan perempuan, pemakaian peplos, tube dan aksoseri bagi wanita untuk lebih menarik.

Rajah 2.5 Pakaian purba lelaki dan wanita Greek- chiton, peplos dan tube

Rajah 2.6 Pakaian purba lelaki dan wanita Greek

500 BC - 323 AD: Orang Rom

Tamaddun Rom telah dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan Etruscan dan Roman. Seperti pakaian orang Greek , dimana pakaian orang Rome juga berlapis dari kain panjang yang dipakai untuk pakaian harian mereka. Wanita Roman selalu memakai tunica (pakaian asas wanita Roman seperti kaftan dan biasanya kosong atau berwarna putih berbentuk tubular ) atau stola bila telah berkahwin. Labuh tunica hingga ke pergelangan kaki dan tidak berlengan, stola pula lebih besar dan dipakai dengan dua helai tali pinggang dari bawah dada dan di atas pinggang. Bagi lelaki, mereka memakai tunic dengan tali pinggang di pinggang dan baju besar

berupa jubah yang pelbagai rupa di luar. Rambut mereka disisir rapi dengan pelbagai stail serta hiasan pin serta diwarnakan. Semakin tinggi status sipemakai, semakin banyaklah lapisan kain yang kelihatan seperti jubah dan pakaian mereka mempunyai warna selain dari warna putih. Ini adalah kerana, golongan yang berharta sahaja yang mampu mewarnakan pakaian mereka dengan pewarna semulajadi yang mahal dan sukar didapati oleh orang kebanyakkan.

Rajah 2.7 Pakaian purba lelaki Roman

Rajah 2.9 Pakaian purba lelaki, wanita dan kanak-kanak Roman (tunica dan stola)

Rajah 2.10 Aksesori kepala , apron & belt Roman Sumber : roman-costume.blogspot.com dan costume org

400 - 1200 AD: Zaman Pertengahan (The Middle Ages)

Elemen asas pakaian di Zaman Pertengahan Abad adalah berdasarkan pakaian tunic. Seluar panjang diperkenalkan namun kemudiannya diganti dengan hose pada 1200AD . bagi wanita pula pakaian berenda yang ketat direka bagi membentuk pinggang yang ramping. Headdresses atau hiasan kepala sangat penting bagi menonjolkan status social mereka, namun perubahan masa mengubah rupa bentuk fesyen kepada yang lebih moden.

Rajah 2.12 Pakaian purba lelaki Zaman Pertengahan

Rajah 2.13 Pakaian/dress purba perempuan Zaman Pertengahan

Rajah 2.14 Pakaian perempuan Zaman Pertengahan yang ketat dan berenda

1200 - 1350 AD: Gothik awal

Pakaian lelaki dalam abad kedua belas dan ketiga belas menonjolkan pakaian yang dijahit ketat di badan dan berlengan besar. Potongan garis leher yang agak luas akan menampakkan gaya sofistikated. Penampilan anak baju (tunic) yang lebih pendek dan bagi wanita potongannya lebih labuh. Kaum lelaki pula akan memakai topi seperti chaperon dengan potongan rambut yang kemas neat bob manakala rambut wanita dibiarkan panjang menghurai sehingga berkhawin, dan setelah berkhawin rambut akan disanggul rapi dan hiasan rantai seperti gorget di pakai di leher. Penampilan rekaan pakaian yang berwarna warni menjadi amalan dan kesukaan mereka.

Rajah 2.15 Fesyen lelaki Gothic - Kot Lelaki mula dipanjangkan, awalnya ia kelihatan seperti bolero pendek stail wanita

Rajah 2.16 Pakaian wanita di Zaman Gothic dengan hiasan rantai Neo- Gothics Gorget

1350 - 1425 AD: Renaissance Awal

Pakaian di zaman awal Renaissance menggunakan kain yang kurang berwarna-warni jika dibandingkan dengan zaman selepas 1425 AD yang lebih berwarna-warni, namun banyak kehilangan ciri-ciri nilai flora dan fauna dan menjadikan ia lebih kaku. Pakaian bahagian atas dihiasi dengan aksesori yang lebih menarik dan sarat serta hiasan kepala yang lebih rumit seperti lisu-lisu, tali pinggang, lengan gelembung yang besar. kaum lelaki pula lebih mementingkan potongan
rambut bob bobbed

haircuts dan memelihara janggut secara rapi dengan rambut ikal sedikit.

Rajah 2.18 Kasut dan sarung kaki pakaian barat

Namun sekitar 1490an perubahan stail pakaian /costume bermula kepada yang lebih menonjol dan berebeza-beza. Negara-negara yang terlibat seperti Eropah Utara yang lebih mementingkan
penampilan pada lengan yang berpadding, kasut sarung (doublet) dan stokin. Di Itali tidak begitu melampau seperti di Utara, manakala Inggeris dan Perancis mengikut memimpin Itali apabila mereka melekat pada abad pertengahan lebih banyak dipengaruhi gaya. Jerman mengalami perubahan besar dan ekstrem. Mereka membuat penambahbaikan pada silhouette berasaskan alam. Perubahan besar stail pakaian pada kepala, bahu, paha, perubahan kecil pada bahagian dada, punggung, lengan dan kaki. Penggunaan bulu binatang sebagai hiasan pada sebahagian besar kostum

Rajah 2.19 contoh hiasan kepala wanita barat

Ciri-ciri yang hampir sama masih dikekalkan seperti penggunaan bahan hiasan yang sarat, lengan gelembung yang besar, pakaian yang menutupi tubuh, pakaian dipunggung yang besar, bahagian kaki yang ketat, kasut bertumit tinggi dan penutup kepala yang menarik yang menonjolkan imej maskulin dan feminin.

Rajah 2.20 contoh aksesori lelaki barat

Di abad ke enam belas pula perubahan pada kebanyakan potongan rambut lelaki yang dipotong pendek atau mengikut selera individu. Seperti gaya lurus atau melengkung sesuai dengan sifat pengguna.
Sebagai lanjutan abad keenam belas lelaki memakai rambut pendek yang lebih moden dengan topi. Wanita memakai topi bermahkota rendah dengan cara yang sama dengan laki-laki. Kaum perempuan mendandan rambut mereka dengan rumit, manakala orang Jerman akan membawa sehelai saputangan. Mereka memiliki rambut ditutupi dengan topi yang hiasan kepala sepert sabit, induk anjing, Gable, telus topi setengah kubah, atau gorget dan wimple.

Rajah 2.21 contoh pakaian wanita barat

Warna kainnya lebih kuat dan berwarna gelap. Baldu hitam digunakan sebagai kain untuk dibuat hiasan di kepala. Linen putih pula dipadankan dengan warna emas dan merah anggur untuk dibuat kedut
(ruffles) di pergelangan tangan.

1485 - 1520 AD: Italian Renaissance

Ia selama tempoh ini bahawa pakaian menjadi lebih "bersegi"; leher perempuan, contohnya, dikerukkan sedikit lebih rendah, menjadi bersegi, dan dihiasi dengan baik batu halus atau renda untuk orang kaya atau mulia. Kain mulai dimasukkan lapisan lebih, dan terbahagi di tengah untuk mempamerkan bahagian pakaian bernama Kirtle, dikenakan di bawah kain utama. Bahagian hujung badan mula dinaikkan lebih tinggi sedikit daripada pinggang kebiasaannya, membuat kain lebih panjang lagi. Lelaki mula mengenakan doublet dan underdoublets tanpa lengan,di mana yang terdahulunya labuh, disingkat sampai ke paras pinggang. Lengan baju untuk lelaki adalah unik kerana sama ada ia dipadan atau diikat ke

lengan. Jenis pakaian seperti kot bernama tabards diperkenalkan, dan kadang-kadang digunakan menggantikan jubah.

1500 - 1550 AD: Tudor England

Dibezakan oleh pakaian hiasan dan sangat indah pada masa itu, fesyen menjadi satu cara untuk memaparkan kekayaan. Ruffs dipakai di leher, semata-mata untuk menunjukkan status dan perhatian kepada trend semasa. Wanita mula memakai stomachers dan korset untuk membuat pinggang mereka muncul lebih kecil, dan diperkenalkan skirt berpad diadakan dengan gelung, yang digunakan untuk memegang gaun yang mencecah sehingga ke lantai. Orang-orang kaya mula memakai sutera, baju yg berjumbai dan doublets terperinci ke atas sarun kaki. Barang Kemas yang dipakai memainkan peranan yang berbeza dalam pakaian seharian, dan selalu dipakai sebagai tambahan kepada pakaian setiap hari, kecuali oleh orang-orang miskin, yang terus memakai pakaian bulu yang ringkas potongannya.

1550 - 1603 AD: Elizabethan Renaissance

Pakaian, telah menjadi penunjuk status, kini digunakan untuk mencerminkan status sosial seseorang, tetapi kekayaan juga merupakan salah satu, umur, keutamaan peribadi, jenis badan, dan status perkahwinan. Bangsawan perempuan ketika itu memakai beberapa lapis pakaian, sampai dengan dan termasuk pakaian dalam, stokin, korset, verdingal, bumroll, kain dalam, Kirtle, partlet, dan akhirnya gaun dan lengan. Headwear, terutama tinggi, topi berbulu, cukup modis, seperti juga perhiasan dan sepit rambut. Lelaki juga mula memakai korset di samping codpieces dan seluar pendek. Doublet tetap pakaian popular, dan topi berbulu pelepah adalah hiasan sebagai simbol status lelaki atau profesion. 1620 - 1660 AD: Zaman Cavalier

Zaman awalnya, pakaian ketat era Elizabeth memberi laluan kepada pakaian yang lebih lembut beralun, lebih selesa di zaman Cavalier. Ruffs (bahagian kolar keras tegak) digantikan oleh ruffs

jatuh, dan ini kurang leher halangan-lelaki digalakkan untuk membiarkan rambut mereka tumbuh lagi. Mana-mana janggut atau kumis adalah kecil, dan kemas dipotong. Topi terus dihiasi dengan hiasan yang sederhana. Topi Puritan hanya dihiasi dengan jejalur. Wanita menggayakan rambut mereka dengan gaya pendek dan bergulung, atau di siput. Kolar digunakan untuk menyembunyikan leher dan dada, dan lengan diolah lebih moden iaitu singkat di siku. Lengan juga biasanya dihiasi dengan ruffles atau renda. Rangka untuk kain tidak dipakai lagi, dan paras pinggang pakaian dinaikkan untuk mewujudkan bahagian tengah yang lebih singkat. 1660 - 1700 AD: The Restoration

Gaya Pakaian Eropah akan turun naik berulang kali selama beberapa ratus tahun berikutnya, dan ditunjukkan oleh paras potongan atas dan ke bawah bahagian pinggang wanita, dan kemudiannya sekali lagi, menjadi garis panjang bawah tubuh. Korset mula dipakai kembali dan baju bermula memaparkan garis leher ditebuk luas dan bahu dijatuhkan. Lengan panjang tinggal di siku, walaupun kolar keras dan hiasan pada mereka menjadi lebih menonjol. Sekitar 1680, mantua muncul dalam gaya orang eropah. Mantua, adalah sepasang gaun longgar, berevolusi menjadi gaun bahagian atas, biasanya dikenakan di atas skirt dan stomacher. Wanita ikalkan rambut bermula dengan bertumpu pada bahu, dan dinaikkan semakin tinggi hingga, pada akhir abad ini, ia ditumpuk di atas dahi. Gaya rambut ini biasanya ditutup oleh sebuah fontange, aksesori bahagian kepala. Lelaki bergaya dengan mantel panjang, mulanya menjadi bolero, dan kemudian berevolusi menjadi sehelai mantel yang dipanggil justacorps, menjadi gaya kegemaran lelaki ketika itu. Pemakaian rambut palsu juga bermula pada zaman tersebut buat pertama kalinya. 1715 - 1790 AD: Kurun ke 18

Pakaian dalam abad kelapan belas, terutamanya di negara baru dari Amerika, hadir dalam beberapa variasi dan bentuk, terutama dengan "skirt wanita, yang boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut rangka kain digunakan di bawah skirt mereka. Labuh lengan tetap di siku, walaupun panjang sekarang berubah-rubah di sesuaikan dengan cuaca atau fungsi. Korset, pada waktu itu menjadi pakaian utama di dalam almari pakaian wanita. Perempuan juga mula memakai rambut palsu yang berhiasan, dan gaya rambut ini, terutama di Perancis, menjadi tinggi melampau dan sangat kompleks. Lelaki terus mengenakan rompi, seluar, dan mantel awalnya,

tapi jenis fabric berubah kepada jenis kain wool kasar untuk memudahkan kegiatan sehari-hari seperti memburu dan olah raga menjadi aktiviti yang lebih popular. Topi Tricorne muncul dan, menjelang akhir abad ini, yang disingkat menjadi topi bicorne. 1790 - 1815 AD: Revolusi and Empayar

Topi bicorne menjadi teras dalam seragam tentera, seperti yang digunakan oleh Napoleon Bonaparte. Selepas Revolusi Perancis, gaya aristokrat ditinggalkan, dan korset, sekali lagi, disingkirkan dari pakaian perempuan.Potongan empire waist mula digemari oleh wanita ketika itu. Wanita muda disarankan memaki warna-warna lembut manakala wanita yang berumur akan memilih warna-warna yang lebih terang dan garang. Sarung tangan, payung, dan kipas menjadi aksesoris popular. Apda pertengahan 1790 itu, perempuan mulai berpakaian dengan gaya seperti Greek Klasik. Meskipun tidak sangat popular, itu tetap sebuah aliran berbeza dalam berpakaian. Pakaian lelaki akhirnya membuang semua perhiasan dan beralih kepada jenis potongan dan mutu. Kot perlu ada Mshaped notch di bahagian kolar, dan topi kon digunakan. Rambut elaki muda digayakan keriting dengan jambang di tepi telinganamun, lelaki yang lebih tua masih menggayaka rambut palsu. 1815 - 1848 AD: Romantic wanita sekali lagi menggunakan korset, dan potongan lengan gigot

Pakaian

diperkenalkan. Tebuk Leher luas dan gelung untuk rangka skirt digunakan untuk mendapatkan bentuk hourglass. Wanita mengrintingkan rambut, dan digayakan dengan topi penuh hiasan. Kemeja lelaki kelihatan kemas,berkolar tegak dan redingnotes adalah pakaian waktu siang yang popular dan boleh juga single breasted atau dobble breasted. Seluar panjang menggunakan bukaan fly diperkenalkan . Topi sangat popular bagi kaum lelaki, dan rambut mereka juga dikerintingkan dan menyimpan kumis juga adalah satu fenomena ketika itu. 1868 - 1879 AD: Bustle pertama

Pada tahun 1870, kepulan skirt wanita telah berpindah ke bahagian belakang, di mana disokong oleh bustle dan dihiasi dengan kain. Gaun untuk minum the dan gaun artistik juga popular.Penggayaan rambut menutupi dahi juga popular dengan topi kecil dihiasi veil dan topi

musim panas menjadi popular. Lelaki mula menerima kain yang bercorak untuk kemeja dan tali leher digantikan dengan ascot tie. 1880 - 1889 AD: Bustle Kedua

Bustle digayakan bersama korset penuh, dan torso panjang kembali ke dunia fesyen pakaian perempuan. Sarung tangan selalu digunakan untuk menambah seri pakaian dan topi yang popular ialah yang melengkung dihujungnya. Ditto suit menjadi popular dikalangan lelaki, dan terdiri dari kot luar, rompi dan seluar. Kasut berbentuk tirus dibahagian depan dan tumit lebih tinggi dari sebelumnya. 1890 - 1899 AD: La Belle Epoque

Korset masih lagi dipakai, tapi bustle menurun dalam populariti, dan lengan menjadi lebih ketat, dengan puff kecil. Blaus wanita diperkenalkan dan menjadi sebahagian dari pakaian utama bagi perempuan yang bekerja. Leher tetap tinggi, dan adakalanya menjadi kolar. Ditto suit tetap popular bagi lelaki walaupun blazer dan jaket Norfolk mula mendapat tempat bagi pencinta fesyen. Rambut lelaki ketika itu,pendek dan kemas, ciri janggut berbentuk tajam dan berkumis. 1900 - 1913 AD: Edwardian

Bentuk hourglass sekali lagi menjadi popular dikalangan perempuan, dan "korset sihat" diperkenalkan untuk lebih selesa. Skirt panjang adalah pilihan utama hingga pada akhir dekad, dan bentuk badan kelihatan langsing dengan skirt yang tidak mencecah lantai. Rambut panjang mayang mengurai sangat popular, walaupun sering disepit di bawah topi lebar yang berhiasan. Lelaki memakai mantle lounge ,rompi diikancing tinggi di dada. Ikatan four-inhand untuk tali leher adalah pilihan sehari-hari bagi lelaki, manakala bow tie dipakai dengan tuksedo dan ascot tie dipakai pada waktu siang sahaja.

Anda mungkin juga menyukai