Anda di halaman 1dari 3

DESA MURNI BATIK

Mengenai Kami

Desa Murni Batik Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat pengeluar batik bumiputera yang mula ditubuhkan dan memulakan operasi, mengeluar dan menjual batik pada tahun 1974. Diasaskan oleh Tuan Haji Embong Bin Su dan kini perusahaan keluarga ini telah diwarisi oleh anaknya iaitu Tuan Haji Suhaimi Bin Embong. Memulakan perusahaan dengan memproses batik secara tradisional iaitu batik blok (terap) dan kemudiannya batik lukis tangan pada tahun 1990. Untuk menampung permintaan terhadap batik yang semakin meningkat naik, Desa Murni telah memulakan operasi secara besar-besaran dengan terbinanya kilang yang berteknologi baru. Operasi yang dijalankan adalah seperti melukis, mencetak dan mewarna bagi pemprosesan sarong,sutera dan lain-lain. Pada sekitar tahun 1995 pula, batik yang diproses secara cetakan tangan turut diperkenalkan. Selaras dengan peredaran zaman serta kecanggihan teknologi masa kini, Desa Murni tampil dengan idea baru apabila lahirnya seni batik yang digabungkan dengan teknologi moden dikenali sebagai batik sutera digital pada tahun 2005 yang sebelum ini banyak dimonopoli oleh pengusaha dari Itali dan Jepun. Pembuatannya berasaskan cetakan iaitu dengan menggunakan sistem yang berteknologi tinggi daripada Itali. Ia juga lebih mudah dan menjimatkan masa memproses akan tetapi masih mengekalkan konsep batik itu sendiri. Ternyata batik sutera digital kini mampu bersaing dipasaran dan berjaya mendapat tempat dikalangan pengguna yang sentiasa inginkan kelainan. Dengan permintaan yang semakin menggalakkan ini, Desa Murni telah memperkenalkan keluaran baru batik sutera digital dengan menawarkan lebih 100,000 design terkini dalam usaha memenuhi citarasa pelanggan dalam dan luar negara. Selain batik sutera digital ini, Desa Murni juga terkenal dengan pelbagai produk seperti tudung dan pelbagai jenis kain yang boleh didapati di setiap cawangannya.

Produk Kami
SUTERA EKSKLUSIF Sutera Eksklusif terdiri daripada pelbagai pilihan corak dan warna latar belakangnya yang eksklusif serta menarik. Digabungkan dengan penggunaan pelbagai motif floral yang bersesuaian dengan kepelbagaian citarasa penggemar batik masa kini 1 Malaysia diilhamkan dengan coraknya yang eksklusif dan tersendiri. Corak latar belakangnya diberikan kesan khas dan sentuhan ini memberikan kelainanan pada setiap keluarannya Iman Eksklusif diilhamkan untuk mereka yang punya citarasa yang lebih berani. Ia direka dengan pelbagai pilihan warna dan motif bunga yang lebih besar. Penekanan terhadap penggunaan motif bungabungaan yang lebih besar ini menyerlahkan lagi butirannya serta mencerminkan kelainan pada jenama ini D' Lukis terhasil daripada gabungan digital dan lukisan tangan. Gabungan ini menghasilkan reka bentuk yang mempunyai keistimewaan tersendiri sesuai dengan jenamanya. Diilhamkan dengan teknik lukis tangan yang moden maka terhasillah batik yang lebih halus perinciannya seperti batik warisan tradisional Damia Batik Eksklusif diadun dengan mengekalkan unsur-unsur batik. Diterapkan dengan penggunaan motif bunga-bungaan segar dan digabungkan dengan teknik lukisan tangan yang moden Durra Batik Eksklusif diinspirasikan dengan diberi sentuhan lukisan tangan sepenuhnya pada setiap motif yang digunakan. Setiap motif yang digunakan juga akan diperincikan dengan teknik tersebut bagi mengekalkan konsep batik itu sendiri Diinspirasikan oleh pereka dari Milan, Italy dan diberi sentuhan oleh pereka kami, Maysarah Italian Design menjanjikan kelainan. Italian style ini dihalusi dan diperinci dengan teknik tersendiri menghasilkan sentuhan yang eksklusif dan sesuai untuk mereka yang bercitarasa tinggi Durante Italian Design ini bercirikan Italian Style dengan kepelbagaian corak abstrak yang diterapkan dan penggunaan unsur-unsur tersendiri sesuai untuk mereka yang mementingkan gaya yang lebih moden Penekanan terhadap kepelbagaian warna dan reka bentuknya yang unik menjadi kan Yasmine Italian Design sesuai untuk semua peringkat umur . Italian style ini juga menawarkan pelbagai pilihan warna dan corak yang ceria dan menarik

1 MALAYSIA

IMAN EKSKLUSIF

D' LUKIS

DAMIA BATIK EKSKLUSIF

DURRA BATIK EKSKLUSIF

MYSARAH ITALIAN DESIGN

DURANTE ITALIAN DESIGN

YASMINE ITALIAN DESIGN

Keutamaan produk Cawangan Batu Enam adalah produk kain dan fabrik. Antara barangan dan produk yang boleh didapati di sini adalah seperti: Sutera Digital - Sutera Sutera Digital - Iman Sutera Digital - 1 Malaysia Eksklusif Eksklusif Sutera Digital - Damia Batik Sutera Digital - Durra Batik Sutera Digital - Durante Eksklusif Eksklusif Italian Design Sutera Digital - Mysarah Sutera Digital - Yasmine Sutera Digital - D'Lukis Italian Design Italian Design Sutera Digital - Kemeja Sutera Lukis Tangan - Sri Sutera Lukis Tangan - Sri Lelaki Jeane Ayu Sutera Lukis Tangan Kain Ela - Cotton Kain Ela - Chiffon Kemeja Lelaki Kain Ela - Jacquard Kain Pasang / Matching Kain Lining Baju Kurung Siap Baju Melayu Siap Jubah Kaftan Kain Batik Sarong Kain Pelikat Samping Dewasa & Kanak- Baju Sembahyang Dewasa & Kerongsang & Permata kanak Kanak-kanak Tudung Menerima tempahan Sutera Digital & Sutera Lukisan Tangan DESA MURNI BATIK SDN BHD (Cawangan Batu Enam) 9003-K, Tingkat Bawah & Tingkat 1, Jalan Kelantan, Kampung Batu Enam 21200 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia Tel: +609-6624884 / +609-6626194

Galeri Tudung Dan Batik Desa Murni Batik Cawangan Kuala Lumpur

Erra fazira bergambar bersama pengarah urusan Galeri Tudung Dan Batik Desa Murni Batik Cawangan Kuala Lumpur Dirasmikan pada 08 Jun 2011 oleh duta rasmi Desa Murni Batik, Erra Fazira. Galeri ini menyediakan rekaan Tudung Miffa dan rekaan batik yang terbaru dari Desa Murni Batik. Galeri Tudung Dan Batik Desa Murni Batik Cawangan Kuala Lumpur No.30, Jalan Megan Setapak, Taman Seri Rampai, 53300 Kuala Lumpur. 03-41430530/013-3590000 ( EN. BAKRI )

Anda mungkin juga menyukai