Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat


merealisasikan Portal Sekolah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Guru
ICT dan pihak-pihak yang terlibat yang berusaha gigih bagi meneruskan
kesinambungan portal sekolah pada tahun ini.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal


insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
mengisi keperluan Negara maju 2020. Ia adalah selaras dengan kehendak
arus pendidikan kini yang terpapar dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 negara. Pembangunan modal insan adalah
salah satu elemen yang perlu direalisasikan dalam tempoh terdekat ini.
Sudah tentulah di bahu para pendidik terpikul tanggungjawab untuk
merealisasikan hasrat tersebut.

Adalah menjadi harapan agar warga pendidik SMK Darul Ridwan mampu
mendidik anak-anak didik mereka cerdik dan seterusnya dapat menggalas
misi dan visi perdana 2020 nanti.

Akhir kata, kami berharap agar semua pelajar berusaha untuk menjadi
seorang yang berintelektual dan berdaya saing seiring dengan era teknologi
maklumat kini…

Terima kasih.

“Selamat Maju Jaya”

Anda mungkin juga menyukai