Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN UNTUK MEMBACA METER

untuk membaca voltan sensor O2 (bacaan perlu diambil semasa Full Throittle). Dari 0V-0.88V
(LEAN), 0.92V(just nice -semasa tekan minyak), 0.96V-keatas (RICH).
Perhatian: semada pedal minyak ditekan separuh atau semasa kereta idling, bacaan voltan sensor
O2 akan naik turun dari 0.2V ke 1.0V, bertenang jangan panik, ianya adalah normal, kerana bacaan
yang tepat akan diperolah semasa pedal minyak ditekan habis, hehehehe vrooom vrooomm cing
vrooommm cing hehehehe.
sensor meter ekzos temp. yang telah dipasang pada ekzoz manifold, bacaannya mestilah tidak
melebihi 1650'F atau 900'C, untuk kereta turbo yg memasang down pipe, suhu mestilah tidak
melebihi 1450'F atau 790'C.
anda sudah jelas dengan penjelasan diatas?? ok jom kita pergi ke bab bagaimana nak guna SAFC
tuuu.

CARA SETTING SAFC DENGAN BETUL

setelah SAFC anda telah dipasang, (SAFC akan disertakan diagram untuk di sambung pada ECU,
sila rujuk manual SAFC untuk sambung wayar, dan rujuk juga Diagram ECU YRV pinout yang
terdapat dihalaman utama website yg power ini. ada beberapa perkara yg perlu disetup sebelum
anda memulakan tuning kete power anda.
Pertama sekali ON kan kunci kereta anda sampai habis, TAPI.. jangan start bro, sebab kita hanya
nak menghidupkan SAFC tanpa menhidupkan injin kereta, untuk membolehkan anda setting SAFC
tanpa tak sengaja merosakkan injin kesayangan anda haha.
sebelum anda melakukan langkah ini, pastikan anda dah khatam membaca buku pandual manual
SAFC tersebut, kalau beli 2nd hand dan tak dapat manual, boleh download kat internet laaa.

Dalam menu setting, pergi ke Th-point, disinilah anda memberi arahan kepada S-AFC setting yg
mana harus dipakai, kami cadangkan Lo 40% dan Hi 50% throttle atau Lo 35% untuk lebih cepat
bukak, anda perlu ujipandu barulah anda boleh tentukan Lo throttke anda berada ditahap berapa
peratus, Lo throttle bermaksud peratus throttle dibuka semasa pemanduan biasa.

Kembali kepada Menu setting, pilih NePoint, disini dimana anda menetapkan tahap RPM yg perlu
diubah air fuel nya. kami mencadangkan RPM di set pada 1000rpm, 2000rpm, 3000rpm, 4000rpm,
4500rpm, 5000rpm, 6000rpm, dan 7000rpm. 4000-4500rpm ditetapkan kerana disinilah tahap
penting untuk diberi perhatian terutama pada Hi throttle.

dalam menu etc pilih sensor type dan pilih pressure, mulakan in 06 & out 06, setting in 07 dan out 07
juga boleh dicuba

sekarang, kembali satu menu ke belakang san masuk menu Car Select dan pilih 4 cyl dan anak
panah keatas
sekarang startkereta anda dan pastikan ia dalam keadaan idle, ia mungkin dgn 2 percubaan start
bila kali pertama ianya di on kan sebab bila kita pasang safc, bateri telah ditanggalkan dan ECU
telah kehilangan semua kuasa dan mengambil masa untukrecharge.

TUNING

Lo-Throttle tuning
ini mungkin part paling sukar utk setting sebab voltan o2 sensor memberi bacaan naik turun yg tak
menentu pada keadaan idle
pertama pergi ke setting menu dan pilih lo-thrtl, anda akan dapat melihat graf terpapar. pada anak
panah kiri dan kanan pilih setting RPM yg perlu di tune , dan di anak panah atas dan bawah utk pilih
setting utk tukar percentage dalam kenaikan 1%

mulakan pada rpm1000, ini part paling penting utk sesiapa yg telah menaikan fuel pressure, atau
pakai injector besar, kerana ia menolong anda set idle yg betul, kita perlu set sehingga idle menjadi
lancar tak sangkut sangkut. 99.9% kereta mempunyai idle RICH (iaitu minyak lebih).
yg pertama perlu diperhatikan adalah cycling voltage, anda dapat lihat voltage berada pada nilai
maksimum, inilah bacaan yg patut anda perhatikan, kalau bacaannya melebihi 0.92V anda kena
turunkan tekanan minyak, pada safc tekan anak panah kebawah sedikit demi sedikit dalam
pengurangan setiap 1%, turunkan sehinngga bacaan menjadi diantara 0.88V-0.92.

setelah berjaya mengekalkan bacaan tadi, biarkan injin idle selama 30 saat dan pastikan bacaannya
berada dalam bacaan yg ditetapkan tadi.
sekarang anda ulang balik step tadi untuk setting pada RPM2000 dengan menekan minyak dan
biarkan jarum rpm berada pada bacaan 2000, selepas tune pada 2000, tune pula pada rpm 3000.
dalam pengalaman kami, bagi setiap rpm selepasnya, pengurangan hanya 1% dari rpm sebelum
nya

Contoh: rpm 1000 =-16%, rpm 2000=-15% rpm3000=-14% dan seterusnya

walaubagaimanapun bila sampai setting utk rpm 6000 dan 7000 turunkan 2% dari rpm sebelumnya

contoh: rpm 4000=-13%, RPM 4500=-12%, RPM5000=-11%, RPM6000=-9%, RPM7000=-7%

ini teknik rahsia yg bagus untuk yg baru belajar tuning menatang safc ni

Anda mungkin juga menyukai