Anda di halaman 1dari 27

Latar belakang permainan gasing

Asal usul

Gasing adalah permainan rakyat Melayu yang memiliki keragaman asal usul, di
antaranya diinspirasikan dari penemuan buah perepat (sonneratia alba) yang memiliki
struktur bulat pipih, licin dan mudah diputar di atas lantai yang datar. Kemudian, struktur
buah perepat ini diadaptasikan dengan menggunakan kayu yang lunak agar mudah
dibentuk. Permainan gasing diinspirasikan dari permainan “adu telur” yang dimainkan
anak-anak dengan cara diputar dan diadu antara satu dengan lainnya. Cara ini akhirnya
diadaptasikan pula pada kayu yang dibentuk seperti telur, di bawahnya ditancapkan paksi
(sejenis besi berukuran kecil seperti paku yang runcing) agar dapat diputar lama dan
seimbang di atas lantai. Ada pula yang berpendapat bahawa permainan gasing terinspirasi
dari salah satu jenis alat perburuan yang berbentuk bulat dan pipih. Alat tersebut diikat
dengan tali, lalu dilempar ke arah sasaran buruan, kemudian ditarik lagi. Ketika
dilemparkan, alat tersebut berputar dengan kencang sebelum mengena sasarannya. Alat
ini banyak diminati oleh para pemburu, kerana sangat akurat mengenai sasaran buruan.
Semenjak itu, perburuan selalu dilengkapi dengan alat ini sehingga menjadi bahagian
yang tak dapat dipisahkan dari kehidupan para pemburu. Rupanya cara seperti ini
memberikan inspirasi kepada para pemburu untuk membuat sejenis permainan yang pada
saat itu sekadar mengisi waktu lapang. Permainan ini cukup mengasyikkan dan terus
berkembang, hingga akhirnya menjadi salah satu permainan rakyat yang dikenal dengan
permainan gasing. Dengan demikian, struktur gasing tidak terlepas dari hal di atas, bulat
pipih, bulat telur dan mudah diputar di atas lantai yang datar.

Gasing dibuat dari kayu dengan ukuran yang sudah ditentukan, dibentuk bulat
sehingga memiliki tiga bahagian penting: kepala, badan dan buritan gasing. Di bahagian
bawah kepala gasing dibuat sedikit lekukan (dikenal juga dengan leher gasing) yang
berfungsi sebagai tempat melilit tali gasing, kerana gasing ini diputar dengan tali. Di
bahagian buritan diberi paksi untuk menjaga keseimbangan ketika diputar di atas lantai.
Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini antaranya merbau (sympetalandra
borneensis.), leban tanduk (vitex quinta), jeruk, bakau, kempas, sepan (gymnopetalum
cochinchinensis), keranji (cynoptera polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras
zapota) dan kayu asam jawa. Selain itu, gasing juga dibuat dari plastik atau bahan-bahan
lainya.

NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN GASING

Negeri yang paling popular dengan permainan ini adalah Kelantan. Sebagai contoh,

Gasing Begelen, berbentuk agak leper diperbuat daripada kayu jenis ringan. Ia popular

dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing Toyol puladimainkan di Melaka, Selangor

dan Negeri Sembilan. Gasing Pangkah pula merupakan permainanrakayat yang telah

dimainkan sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT

Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular di kalangan orang Melayu. Orang

dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan

gasing Melayu dan Cina, kerana saiznya kecil dan mudah dimainkan.
Tujuan gasing dimainkan
Gasing merupakan sejenis permainan tradisonal yang begitu popular pada suatu ketika

dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu

dahulu mencari alternative untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan

menggunakan bahan terbuang. Selain dijadikansebagai hiburan dan memanfaatkan bahan

terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat melayu,

dan ini terbukti, dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik permainan.

Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana

gelanggang permainan gasing kebiasaanya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon

rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang Melayu juga

mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam mengahadapi sesuatu


situasi.
Nama permainan
Nama permainan tradisional yang dipilih oleh saya adalah ‘Gasing’. Menurut cerita lisan,

perkataan gasing berasal daripada suku kata ‘ka’ dan ‘sing’. Suku kata ‘ka’ diambil

daripada perkataan ‘kayu’, sememtara ‘sing’ diambil daripada perkataan ‘pusing’.

Apabila dicantumkan wujudlah perkataan ‘kasing’, dan dalam perkembangannya, kasing

disebut ‘gasing hingga kini. Gasing juga satu permainan tradisi masyarakat Melayu sejak

berkurun lagi. Gasing tidak mempunyai nama lain, tetapi ia mempunya pelbagai jenis

bentuk. Terdapat beberapa jenis gasing yang popular di beberapa buah negeri di
Malaysia.
ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN
Pembinaan gasing- gasing lain semuanya berasaskan kayu. Tetapi gasing leper,

iaitu gasing yang biasanya dipertandingkan, banyaak menggunakan logam timah.

Bergantung kepada kuantiti logam yang digunakan, berat gasing ini lazimnya

hingga lima kilogram. Ukuran lilitnya pula kira-kira 75 cm, dengan garis pusat kira-kira

25 cm. Gasing yang berat berpusing lebih lama, tetapi lebiih sukar dilemparkan.

Tukang gasing memilih kau dengan berhati-hati. Kayu yang dikira paling sesuai

berasal daripada keluarga merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol

dan merbau keradah. Kayu merbau keras tetapi liat, lalu mudah dilarik dan tidak mudah

pecah atau serpih.

Kayu yang dipilih itu dikeringkan selama tiga minggu. Kemudian barulah dibentuk

dan seterusnya dilengkungi dengan logam.

Gasing berpusing di atas paksi. Paksi gasing uri diperbuat daripada besi yang

menyalut bentuk kon di bahagian bawah gasing.

Untuk memusingkan gasing, tali sepanjang 3.5 meter dilitkan pada jambulnya

hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan dan

serentak dengan itu tali yang melilit jambulnya direnggut.


Cara dimainkan
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun

1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan

daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing

dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza.

Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,

memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing

langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah melilit

tali, melilit gasing, memusing gasing, memangkah gasing dan mengangkat gasing.

MELILIT TALI

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di

jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana

tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik.

Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan

pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul

hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.

Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan

kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan

pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri

manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan

dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking
pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain.

Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya

tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain

yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan

menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada

leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan

beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan

ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak

tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

MELILIT GASING

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada

lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang

diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada

pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.

Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya

dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan

dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan

cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu

gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula

bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.

Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik

dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan
pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk

mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak

bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua

orang.

MEMUSING GASING

Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara

yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk

menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang

betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua

jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan

dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di

hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa

menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di

hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah

rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan

tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45

darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara

melakukan teknik pusingan sorong tarik.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat

dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing

menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras

lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah
tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan

dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan

pusingan akan menjadi kurang ligat.

MEMANGKAH GASING

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,

perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan

menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa

digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah

hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

Pangkah Totok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.

Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah.

Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini

bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan

gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi

adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah Hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula

diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun

tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan

pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai

sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah

dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk
melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini

bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Pangkah Layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas

kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran

dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang

ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah

bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pengkah Tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga

merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan

pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak

dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah

gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan

pepat.

MENGANGKAT GASING

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri

yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing

memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah

pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau

kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah

yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan

menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan

berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan

tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali

yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak

akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan

gasing.
Jenis jenis gasing

GASING URI

Gasing uri yang berbentuk rendah dan agak pipih, beratnya 6 Kg dengan diameter

60 cm dan tinggi 8 cm. Jenis gasing ini cukup terkenal di Kelantan, Malaysia. Biasanya

dibingkai dengan timah, besi atau plumbum (zat logam berwarna putih kebiru-biruan).

Jika bahan dasar gasing ini dibingkai dengan timah, maka gasing tersebut digunakan

untuk pemutaran saja, tetapi jika bahan dasar gasing menggunakan bingkai besi, maka

gasing tersebut digunakan untuk permainan pangkah-memangkah.

GASING KUNO

Gasing kuno yang berbentuk sederhana dan berimbang, beratnya 0.6 kg dengan

diameter 30 cm dan tinggi 8 cm. Jenis gasing ini dapat ditemukan di beberarapa daerah di

Malaysia, seperti Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Johor dan Kelantan. Struktur

gasing ini merupakan bentuk lama seperti buah perepat yang hanya digunakan untuk

permainan pangkah- memangkah dan terbuat dari kayu merbau, keranji atau meranti.

GASING GABA

Gasing gaba yang berbentuk seperti telur dengan bobot beratnya 0.6 kg dengan

diameter 38 cm dan tinggi 20 cm, dikenal juga dengan gasing wang seringgit. Jenis

gasing ini dapat ditemukan di daerah-daerah Pahang, Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan,

Malaka dan Selangor.


GASING JANTUNG

Gasing jantung. Sesuai dengan sebutannya, gasing ini berbentuk seperti jantung

dengan bobot beratnya 0.25 kg yang berdiameter 20 cm dan tinggi 12 cm. Selain di

daerah Kelantan, gasing ini ditemukan juga di daerah Kedah, Pahang, Perak, Negeri

Sembilan dan Sarawak, Malaysia. Gasing yang dikenal juga dengan gasing lundu ini

dibuat dari jenis kayu merbau untuk daerah Kelantan, sementara di daerah lain, gasing ini

dibuat dari kayu melawis (ramin: gonystylus bancanus), mengaris dan saga (ormosia

parviflora).

GASING TANJUNG

Gasing tanjung yang tinggi dan berimbang, bobot beratnya 0.6 kg dengan diameter

30 cm dan tinggi 10 cm. Gasing ini dimainkan oleh orang-orang dari Muar, Johor

Malaysia sebagai gasing pemangkah. Bahan dasar gasing ini adalah kayu keranji,
kempas,

cengal dan merbau.

GASING TOYOL

Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang

dengan berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan

ketinggian sekitar 12 cm. Gasing toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol

yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini

yang digunakan untuk mengganggu, mengacau dan mencuri ruang masa dan mudah

bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah

dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing

di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.


GASING PACITAN

Gasing pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini

hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di begeri Selangor pula,

gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Klang, tetapi di sini ia dikenali sebagai

gasing burut. Gasing pacitan agak tinggi berbentuk bermbang dengan berat 0.8 kg.

Gasing pacitan mempunyai lilitan sekadar 40 cm dengan ketinggian 10 cm. Gasing jenis

ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah mencelah dan

melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan agak

melengkung, ia mampu menahan pangkaham. Di Pahang, gasing jenis ini banayak

didapati di Kuala Lupis, terutaman di mukim-mukim pedalaman di sepanjang Sungai

Jelai.

GASING LANG LAUT

Gasing lang laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di

Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor. Gasing lang laut berbentuk

sederhana dengan bentuk berembang dengan seberat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar

30 cm dengan ketinggian 12 cm. Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak

pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi

seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai

petek-petek.
GASING PIRING

Gasing lang laut berbentuk rendah dengan bentuk piring yang seberat 0.4 kg. Ia

mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm. Gasing jenis ini banyak

terdapat di Johor. Kebanyakannya digunakan untuk memusing sahaja. Ia dibuat daripada

kayu ringam. Untuk mengeakkan gasing ini daripada mudah peca, simpai diletakkan di

sekelilingnya, terutama di bahagian bahu atau pataknya. Simpai yang digunakan ialah

jenis zink dan sinilah gasing ini mula mendapat nama gasing zink.

GASING BOTOL

Gasing botol berbentuk tinggi dengan bentuk telur dengan seberat 0.8 kg. Ia

mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 20 cm. Jenis ini banayak diperoleh di

Melaka, Kedah, Perlis dan Selangor. Kebanayakan gasing ini digunakan sebagai

pemangkah. Gasing ini sesuai untuk memipil. Di Melaka, gasing ini juga dikenali sebagai

gasing tunjang, gasing batu laut atau gasing tempayan. Lazimnya gasing ini diperbuat

daripada batang kopu, limau, jering atau gasing tempayan. Lazimnya gasing ini diperbuat

daripada batang kopi, limau, jering atau petai dan ada juga daripada kayu asam jawa.

GASING JAMBU

Gasing botol berbentuk sederhana dengan bentuk jantung dengan seberat 0.4 kg. Ia

mempunyai lilitan sekitar 20 cm dengan ketinggian 13 cm. Sebenarnya tiada nama

khusus yang diberikan kepada gasing jenis ini dan kebanyakannya terdapat di Pahang.

Ada juga pemain yang menamakannya gasing jambu, gasing jung dan gasing sauh.

Nama-nama ini berdasarkan binaanya yang agak tinggi. Ia diperbuat daripada kayu jenis
berat seperti cengal, merbau, keranji dan kempas.

GASING KANAK-KANAK JOHOR

Gasing kanak-kanak Johor berbentuk sederhana dengan bentuk jantung dengan

seberat 0.5 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 26 cm dengan ketinggian 12 cm. Gasing jenis

ini juga banyak terdapat di negeri lain walaupun ia digunakan untuk fungsi yang agak

berlainan. Di Johor gasing ini dimainkan oleh kanak-kanak, tetapi di Selangor dan

Melaka ia digunakan sebagai gasing pemangkah.

GASING DENAK

Gasing denak berbentuk tinggi dengan bentuk jantung dengan seberat 0.3 kg. Ia

mempunyai lilitan sekitar 25 cm dengan ketinggian 12 cm. Jenis ini banyak terdapat di

negeri Selangor, terutamanya di daerah Kuala Langat. Jika di Klang, ia dinamakan gasing

bakal boya. Bentuk bahagian bawahnya agak meruncing, sama tinggi dengan bahagian

atas sementara kepalanya pula agak membulat. Gasing ini diperbuat daripada kayu

keranji, kempas atau merbau dan ia tidak perlu diimbang.

GASING TIMAH

Gasing timah berbentuk rendah dengan bentuk piring dengan seberat 0.6 kg. Ia

mempunyai lilitan sekitar 50 cm dengan ketinggian 6 cm. Walaupun dinamakan gasing

timah, tetapi bukanlah bermakna gasing ini diperbuat daripada timah. Saiz gasing ini

agak besar dan ada pula yang liltannya mencapai sehingga 100 cm. Gasing ini banyak

terdapat di negeri Johor. Oleh sebab bentuknya yang agak rendah maka ia memerlukan

kecekapan yang tinggi ketika hendak memusingkannya. Oleh sebab saiznya yang besar

pula ia tidak diperbuat daripada kayu jenis berat, tetapi kayu jenis ringan seperti leban
dan gelam.

Pemain dan tempat permainan


Gasing yang merupakan salah satu permainan tertua dalam masyarakat Melayu ini

pada awalnya dimainkan oleh laki-laki, baik yang tua ataupun yang muda, bahkan anak-

anak hanya untuk hiburan semata. Biasanya, gasing dimainkan di atas paduk, yakni

papan tempat memutar gasing dengan ukuran panjang dan lebarnya 1.30 cm x 60 cm dan

ketebalan papan antara 3 cm – 5 cm. Gasing ini bisa juga dimainkan di atas tanah yang

memiliki struktur keras, sehingga tidak mudah berlubang ketika gasing diputar

GELANGGANG MODEN

Gelanggang gasing moden biasanya tidak mempunyai ukuran tertentu, kecuali

gelanggang gasing Negeri Sembilan, gasing talar, gasing paci dan gasing Sarawak.

Ukuran yang khas juga tidak jelas, yang ada hanyalah ukuran umum sahaja. Bagi

gelanggang moden ia mempunyai ukuran yang khas juga tidak jelas, yang ada hanyalah

ukuran umum sahaja. Bagi gelanggang moden ia mempunyai ukuran khas dan

menetapkan sebuah bangunan untuk menutup gelanggang daripada hujan dan panas.

Gelanggang tertutup ini akan dijaga dari segi lembapan den kekeringan.

Untuk mengembangkan sukan gasing secara lebih terbuka dan meluas, suatu

bentuk gelanggan telah dibentuk. Gelanggang ini berbentuk empat segi sama dan

berukuran 8 m x 8 m. Ukuran ini adalah ukuran yang telah dipersetujui oleh Persatuan

Gasing Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. Pada masa kini terdapat beberapa

gelanggang khas seperti di Klang, Selangor, Air Keroh, Melaka, Putra Jaya, Kuching dan

Seremban, Negeri Sembilan.


Tapak gelanggang ini diperbuat daripada tanah keras, rata, tidak berumput dan

terbuka luas. Gelanggang ini berbenruk segi empat sama yang berukuran 8 m x 8 m.

Panjang keempat-empat penjuru gelanggang ini adalah sama. Empat bulatan pemusing

dibuat dengan jejarinya 0.76 m. Bulatan-bulatan ini dibina di antara setiap penjuru

gelanggang. Untuk memangkah dua lorong pemangkah dibina pada setiap bulatan.

GELANGGANG KAMPUNG

Gelanggang gasing di kampong dahulu dan sekarang agak brlainan. Gelanggang ini

tidak tertutup atau berpagar dan ukuran atau saiznya tidak ditentukan. Satu tempat

berteduh biasanya dibina di bawah pokok sebagai tempat berehat, mengemaskan tali,

merawat gasing, membuat gasing dan berbincang.

Apabila hari hujan mereka tidak bermain dan setiap kali hendak bermain mereka

terlebih dahulu membersihkan gelanggang itu daripada daun-daun kering dan najis

haiwan. Kelembapan gelanggang pada masa itu tidak pernah menjadi masalah kepada

pemain. Sekarang agak sukar mendapatkan gelanggang yang begini, bukan kerana tiada

pemain, tetapi terlalu banyak rumah yang dibina dengan tidak tersusun dan pertambahan

penduduk yang memaksa gelanggang di kampong dibina khas.

Walaupun tiada ukuran yang ditetapkan, tetapi gelanggang gasing umumnya

berbentuk sgi empat sama, bulat atau sege empat tepat. Gelanggang gasing Sarawak

berbentuk bulat dan garis pusatnya ialah anatara 70 cm dan 80 cm serta dilingkupi oleh

satu oleh satu bulatan besar lain di lurnya yang bergaris pusat kira-kira 190 cm dan 200

cm. Pemusing yang berada dalam bulatan besar akan memusingkan gasing dalam bulatan

kecil.

Gelanggang gasing tidak memerlukan peralatan yang mahal, sekadar tanah liat
yang padat, keras dan boleh pula dibina sama ada di dalam gelanggang, dewan, bawah

pokok atau dalam bangunan. Kepadatan dan kerataan gelanggang perlu dikekalkan setiap

kali selepas sesuatu permainan iaitu dengan menaburkan garam supaya keadaan

gelanggang sentiasa lembab. Gelanggang terdedah yang tanahnya merekah boleh

diperbaiki dengan mengorek sedikit tanahnya dan ditampalkan dengan tanah baru. Ini

dilakukan sebelum tanah itu diratakan dan ditaburkan dengan garam baru.

Gelanggang yang kekurangan garam akan menjadikannya berdebu, sementara

gelanggang yang berlebihan garam pula akan menyebabkan tanah menjadi berlengas iaitu

sentiasa berair. Untuk mengelakkan tapak gelanggang daripada disimbahi hujan, adalah

lebih baik ditutupi dengan tikar atau plastic. Langkah ini akan menjadikan gelanggang

sentiasa lembab dan keras.

MEMBUAT TAPAK URI

Selain memiliki gasing yang ligat, pemain yang cekap dan gelanggang yang baik,

pemain juga harus menyediakan tapak uri yang khas. Tapak uri ini ialah permukaan tanah

yang dipadatkan, diketuk supaya keras dan dititiskan dengan minyak supaya licin. Antara

minyak yang selalu digunakan ialah minyak zaitun atau minyak kelapa. Jadi apabila

semua gasing selesai dipangkah gasing yang masih hidup akan diangkat dan dialihkan ke

tapak uri.
Pertandingan gasing
Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat

individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

GASING URI

Dalam pertandingan gasing uri, tukang gasing memerlukan dua pembantu: seorang

memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan

berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat daripada

kayu tetapi berbentuk torak ataupun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu

dilekatkan logam bergaris pusat 4 – 5 cm.

Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat,

bergaris pusat kira-kira 3.25 meter. Dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing

berpusing di sini sehingga dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah

dicacakkan ke atas tanah.

Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya

gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

GASING PANGKAH

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri

daripada dua hingga lima orang. Untuk menetukan pasukan menanti dan pasukan

memangkah, peraduan ‘lama berpusing’ iadakan antara gasing-gasing yang mewakili

pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama

berpusing menjadi pasukan memngkah yang pertama.


Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka. Tiap-

tiap gasing paukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti.

Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya

menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai

pemangkahan, gasing-gasing di atas bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok,

seperti dalam pertandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing

lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan

yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.


ATURAN PERMAINAN

Berdasarkan Peraturan Permainan Gasing yang dikeluarkan oleh Asean Gasing


Asociation (AGA) pada tahun 2003 yang lalu, ada beberapa aspek yang berkaitan dengan
aturan permainan gasing ini, di antaranya: jumlah pemain, jenis permainan dan jenis
gasing.

Berdasarkan jumlah, permainan gasing dapat dikelompokkan menjadi tiga:


permainan beregu, ganda dan tunggal. Permainan beregu terdiri dari 4 orang per regu, 1
orang cadangan; permainan ganda terdiri dari 2 orang per regu, 1 orang cadangan;
sementara permainan tunggal dimainkan oleh 1 orang saja. Jenis permainan gasing dapat
dibagi menjadi dua: uri dan pangkah. Jenis uri adalah permainan yang berfungsi untuk
melihat seberapa lama gasing berputar; sedangkan pangkah adalah permainan yang
dilakukan dengan cara memangkah gasing lawan yang sudah diputar. Lamanya
permainan beregu dan ganda adalah 20 menit, sementara permainan tunggal 15 menit.
Selain itu, berat gasing yang disepakati untuk dimainkan adalah 6-8 gram, ukuran lebar
lingkaran 36-46 cm; tinggi 8-12 cm. Gasing yang dibolehkan adalah yang berbentuk
jantung, piring, guci atau rembang.
Permainan gasing masa kini

Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang

diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan

cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh. Peristiwa ini

bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang

diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan

ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit. yang dibentangkan oleh

Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya

merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman dahulu.

Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini dengan

kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini Kementerian Belia dan

Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar Undang-Undang Permainan Gasing yang

bertempat di Sekolah Dato' Seri Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah

untuk menyatu dan mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing.

Pada peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan tidak

menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan peraturan gasing

yang dihasilkan.

Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama, satu

mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu kira-kira lima

bulan selepas seminar Penyatuan Undang-undang Gasing dibentuk di Muar. Mesyuarat

pertama yang diadakan di Rumah Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk


mencuba peraturan yang telah digubal. Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973

dalam pertandingan gasing di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.

Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk,iaitu di Wisma Belia,

Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis Perbandaran Johor Bahru,

Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat

dalam mesyuarat penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis

penubuhan Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Kelang pada

20 Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini juga telah diadakan diadakan perbincangan

tentang penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5 Disember 1977, Persekutuan

Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan di Melaka setelah melalui beberapa

perbincangan.
PERKEMBANGAN PERMAINAN GASING
Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan

sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan

yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai

jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja

dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau

dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di

sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada

dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan.

Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan bntuk dan hanya dimainkan di

sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara

mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.

Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing,

meangkahdan dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah membela uri,

melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang

menimbulkan pelbagai bentuk dan sara permainan gasing. Umpamanya terdapat

perbezaan dalam permainan gasing timah dan gasing leper di negeri Kelantan; gasing

peyek dan gasing tempayan di Selangor serta gasing paku di Kedah.

Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan,

peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-

bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh kerajaan lain.

Umpamanya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat di negeri lain. Begitu
juga dengan gasing paku yang dimainkan oleh masyarakat Kuala Selangor, ternyata

adalah sama dengan gasing yang dimainkan pemain gasing Kedah dan Patani. Gasing

Riau mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika ditinjau di Riau sendiri,

ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada

pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan

dengan tempat lain.

Selain Malaysia, permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia ,

Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak permainan, bentuk
gasing,

nama serta golongan yang memainkannya. Oleh itu, ternyatalah permainan gasing ini

adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hampir semua tamadun.

Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun

pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing serta

corak permainan gasing. Hasil kesedaran betapa pentingnya kesergaman dalam

permainan gasing ini maka pihak yang bertanggungjawab telah mengambil tindakan yang

bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972, di Universiti

Malaya yang kemudiannya diikuti dengan Seminar Penyatuan Undang-Undang Gasing,

di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada tahun berikutnya. Tujuannya

adalah untuk menyeragamkan permainan gasing.

Anda mungkin juga menyukai