Anda di halaman 1dari 4

GASING

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa


yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan
gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan .

Jenis-jenis Gasing di Malaysia


Jenis-jenis gasing yang terdapat di Malaysia :
- Gasing jantung
- Gasing piring atau leper
- Gasing kelamar
- Gasing telur
- Gasing berembang
- Gasing Melayu
- Gasing Cina
- Gasing buku benang
- Gasing pinang
Cara-cara Membuat Gasing
Antara kebanyakan kayu , kayu yang paling sesuai untuk dibuat gasing
ialah kayu yang berasal dari spesies merbau seperti merbau tanduk , merbau
darah , merbau johol dan merbau keradah , ianya mudah dilarik tetapi tidak
mudah serpih .
Kayu-kayu lain seperti kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan,
penaga, keranji manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa juga sering digunakan
untuk membuat gasing .

Kayu yang dipilih dilarik menggunakan alat pelarik , mengikut saiz dan
bentuk gasing yang telah ditetapkan . Sebelum kerja melarik dimulakan besi
paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya
dapat dilakukan ketika melarik .
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti
melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu
hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah
indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing
serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing
uri sahaja .

Cara-Cara Bermain Gasing


Cara Bermain Gasing

Gasing Uri Gasing Pangkah

GASING URI
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang
memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok . Cokok diperbuat daripada
kayu dan berbentuk leper seperti sudip , kira-kira 60 cm panjang . Lopok juga
diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm
panjang . Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm . Tempat
permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris
pusat kira-kira 3.25 meter , dan dibuat di atas tanah yang keras .

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang
telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira
pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada
satu jam .

GASING PANGKAH
Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan
terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan
pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang
mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah


pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing
mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula
memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti
mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada
memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan
keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai
pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke
atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak
menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan
menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan
menanti pula.

Anda mungkin juga menyukai