Anda di halaman 1dari 4

Permainan Gasing

Pengenalan Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara Bermain Permainan Gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian

bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

http://tradisional-bib.blogspot.com/2007/03/permainan-gasing.html

Permainan gasing Asal usul

Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara. Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.

Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.

Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini.

Perkembangan Permainan gasing

Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan bntuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.

http://202.188.73.130/itsr07003/Sejarah.html

Anda mungkin juga menyukai