Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN HAL BENDA.

Gasing

ASAL USUL
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni
permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz
yang kecil dan mudah dipermainkan.
JENIS-JENIS GASING
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper,
gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku
benang dan gasing pinang.

CARA BERMAIN
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh
kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian
atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi
paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk
memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada
jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke
atas

tanah

dan

serentak

dengan

itu

tali

yang

melilit

jambuhnya

direnggut.

GASING URI

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok
dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper
seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk
torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam
bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk
bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

GASING PANGKAH

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua
hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah,
peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang
mengambil bahagian.

Anda mungkin juga menyukai