Anda di halaman 1dari 7

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama
saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa
berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan
memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386
hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh,
dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah
yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan
dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali
sebagai wiq di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang
kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go
hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Xiang Qi


Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua
orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi
bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina.
Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di
China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di
dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan
yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam
garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan
sesetengah buah catur.

Jala Itik

Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan
ahli paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang
menarik dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.

Cara Bermain

Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan
nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua
ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan
masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi
dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala
ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah.
Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-
ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.

Menentukan Pemain

Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua
itu untuk disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah
ditetapkan sebelum permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih
salah satu nama tersebut. Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang
ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama
pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian permainan dimulakan semula
seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai memilih ketua masing-
masing.


Pertukaran Pemain

Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan
yang satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan
jumlah ahli setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat
setelah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu
membuat pertukaran, permainan akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang,
kerana mempunyai ahli yang paling ramai.


Menentukan Pemenang

Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan
dibuat bagi membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-dua
ketua pasukan berdiri sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara
satu sama lain. Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing
sambil memegang pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara
satu sama lain supaya melangkah garisan itu, dengan ahli lain membantu, seperti
tarik tali. Jika pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya menarik pasukan lawan
melintasi garisan itu, pasukannya dianggap menang. Maka dia boleh meminta
sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk mengimbangi pasukannya dengan
pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika pasukannya gagal berbuat demikian,
maka dia dianggap kalah.


GASING
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang
memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing
Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.


Jenis-jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring
atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing
Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Membuat Gasing Kayu yang paling
sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol
dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu
kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi
pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau
asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing. Kayu tersebut dilarik
menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah
ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam
kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika
melarik. Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti
melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu
hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah
indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing
serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing
uri sahaja.


Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing
lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya
berpusing. Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda
dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian
bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi
serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk
memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter
dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian
gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit
jambuhnya direnggut.


Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih
bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.
Gasing Uri


Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang
memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada
kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga
diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm
panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat
permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris
pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras. Gasing yang
berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah
dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang
pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri
daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan
pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang
mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya
paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan
dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-
tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka.
Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan
menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun
sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat
berhenti berpusing. Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai
jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan
dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah
satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah
tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini
menjadi pasukan menanti pula.


Sepak Raga
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa
itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga
menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali
dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja
tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga
diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi
buah kelapa dua atau tiga lapis.Permainan ini dimulakan dengan salah seorang
pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan
menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum
menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.
Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering
dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak
perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara
berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia
menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan
objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji.
Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini
terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula
dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang
dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau
peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.


Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal
dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular
sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Anda mungkin juga menyukai