Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Bestari.

Konsep Dan Matlamat


Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020,
iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran
teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta
bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk
perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat
menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan
Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem
pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi
cabaran alaf baru.
Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan
pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di
Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial,
reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. In menggalakkan
pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap
pencapaian masing - masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan
pelajar yang berbeza - beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan
berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk pelajar mencapai
perkembangan yang seimbang.
Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang
berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta
menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi.
Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi
situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan
bertanggungjawab terhadap keputusan itu.
Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk
mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan,
kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi
antara pelajar dan guru - guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia. Dunia
pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial ini.
Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala
potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan
menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini
dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah
pencapaiannya.
Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak
dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi

Sekolah Bestari.
makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat
berlaku di luar sekolah. Oleh itu, pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui
maklumat dengan cekap dan selektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan,
fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan menggunakan bahasa antarabangsa
akan juga ditekankan.
Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. Guru memberi sokongan
psikologi dan galakan. Guru akan bertanggubngjawab menyediakan suasana yang
menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan
mengenalpasti matlamat mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memandu
kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar
belajar mengikut kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru.
Komputer akan mengambil alih rutin dan penyampaian maklumat dan
membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran supaya mereka dapat
menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran:
Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti
perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data
sebagai sumber maklumat, memproses maklumat. memproses maklumat dan
menghubungkan dapatan; merujuk ensiklopedia elektronik; belajar dari courseware
elektronik dan komunikasi elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam
kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran
dan pembelajaran.
Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk
membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang
baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan
membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan
semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan
hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu
meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki
akses bagi semua yang berkenaan.
Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan
dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan
berkesan. penjaringan akan memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat
dalam rancangan sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan
dalam pendidikan anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang
pelajar dan guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan
pelajar dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap.
Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila
perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian
berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan
tepat tentang prestasi pelajar.

Sekolah Bestari.
Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan
pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan
menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi,
penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah.
Kurikulum Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai
tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia
menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut
tahap pencapaian masing - masing dan mengambilkira keupayaan,. minat dan
keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan
meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk :
a) Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.
b) Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang
betul.
c) Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap
keupayaan yang berbeza ; menawarkan pembelajaran multidisiplin, bertema dan
berterusan.
d) Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam
Zaman Maklumat.
Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih
menarik, menggalakkan, merangsangkan dan bermakna melibatkan minda,
semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajaran serta membina asas
kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan
dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar. Pedagogi Sekolah
Bestari bertujuan:
a) Menggunakan pelbagai strategi pembelajarn yang sesuai bagi memastikan
penguasaan ketrampilan asas dan meningkatkan perkembangan holistik;
b) Mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan prestasi;
c) Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran.
Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk
membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.Ia berasaskan unsur dan
rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi
pelajar. Guru, pelajar dan ibu bapa dapat mengakses butiran penilaian melalui
komputer. Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan,di
samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai
pendekatan dan alat. Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja

Sekolah Bestari.
menunjukkan pencapaian komulatif pelajar, tetapi juga untuk peningkatan berterusan
sepanjang hayat.
Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran
konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berbagai-bagai. Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan
dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya
lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.
Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber
dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan
pembelajaran. Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia
yang mahir kepada aktiviti yang lebih bermakna, menjimatkan kos pada jangka
panjang, meningkatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada
maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan.
Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan
pentadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan
matlamat sekolah, memimpin pengajaran di sekolah, memimpin pengajaran di
sekolah, dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibu bapa dan
masyarakat. Mereka perlu mengeratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak,
mengagihkan sumber secara adil dan bijak, mengesan prestasi sekolah berbanding
dengan objektif kewangan dan bukan kewangan, serta menyediakan suasana
persekolahan yang menyokong pembelajaran.
Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan
berprestasi tinggi, menjamin keselamatan sekolah dan penghuni,serta
menggunakan dan mengurus teknologi dengan sesuai, berkesan dan cekap. Bagi
mencapai objektif Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai
suatu sistem. Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai
menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan
pelajaran, atau penyertaan yang aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja. Inisiatif
Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem
persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik
dengan bantuan teknologi.

Anda mungkin juga menyukai