Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Dengan hati yang terbuka, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi


penghargaan kepada semua pihak yang mendorong dan menolong saya dalam
tempoh menyiapkan tugasan Kajian dan Pengurusan PSV KBSR/KSSR ini dengan
sempurna. Terutamanya pensyarah saya yang amat dikasihi, iaitu En.Johan Bin
Kadis yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya tanpa kira
masa belajar ataupun masa rehat. Beliau selalu meluangkan masa untuk memberi
keterangan yang terperinci tentang kandungan tugasan ini. Setiap khidmat nasihat
banyak bermanfaat kepada saya bagi menyelesaikan tugasan ini.
Seterusnya, saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang selalu mendorong kami apabila saya tertekan dalam sepanjang masa
mencari maklumat. Dengan adanya sokongan daripada mereka, saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan lancar.
Di samping itu, saya juga ingin merakamkan beribu-ribuan terima kasih
kepada ahli keluarga kami yang menyumbangkan semangat moral dalam
melengkapkan kerja kursus ini. Penghargaan yang akhirnya saya ujukan kepada
warga PISMP ambilan Jun 2013 yang banyak membantu saya dari segi sokongan
mental supaya menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai