Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : Persamaan Membangun atau Growing

Equity.
Taman Wawasan, Public bank, Kuala Lumpur.
Jika dilihat dari sifat semulajadi manusia, pembangunan merupakan satu faktor yang
berterusan. Manusia dicipta dengan akal fikiran bagi mencapai kemajuan iaitu dari segi
rohani dan jasmani serta material dan spiritual. Setiap pembangunan harus ada matlamat dan
dalam mencapai matlamat perlu ada wawasan supaya perjalanan menuju kepada kemajuan
merupakan perjalanan yang selamat.
Arca ini menggunakan unsur rupa dengan rentak yang lembut yang melambangkan
sifat semulajadi pertumbuhan. Pada bahagian atas arca terdapat garis tegak yang meruncing
ke atas melambangkan perjalanan ke arah kemajuan. Menurut Raja Shahriman Raja Aziddin
juga fungsi yang menunjuk ke langit pada arca tersebut kerana dalam mencapai kemajuan
kita mesti tidak melupakan keagungan Tuhan.
Selain itu, garisan utama yang besar melambangkan wawasan sebagai landasan utama
di dalam usaha mencapai kemajuan. Garisan pendek melintang yang berulang-ulang di atas
garis utama pula melambangkan kemajuan yang telah dicapai dan yang akan dicapai
sepanjang perjalanan menuju ke arah matlamat mencapai taraf Negara maju. Kesemua
kemajuan ini bergerak ke arah matlamat yang satu serta berlandaskan wawasan yang sama.

Anda mungkin juga menyukai