Anda di halaman 1dari 11

BINCANGKAN PERBEZAAN CIRI-CIRI KAPITALISME & SOSIALIME. MENGAPAKAH SISTEM KAPITALISME LEBIH DOMINAN BERBANDING SOSIALISME ?

BERI CONTOH BAGAIMANA SISTEM KAPITALISME MENDOMINASI SISTEM EKONOMI DUNIA. Objektif esei ini ditulis adalah untuk menerangkan perbezaan ciri-ciri sistem kapitalisme dan sistem sosialisme serta menghuraikan faktor sistem kapitalisme menjadi lebih dominan berbanding sistem sosialisme. Contoh-contoh sistem sistem kapitalisme mendominasi sistem ekonomi dunia turut disertakan. Perbincangan dalam esei ini adalah berdasarkan sumber-sumber yang dibaca yang mempunyai kaitan dengan konsep sistem kapitalisme dan sosialisme. Di bahagian awal esei diterangkan secara ringkas mengenai sejarah sistem ekonomi kapitalisme dan sosialisme yang seterusnya membawa kepada definisi sistem ekonomi tersebut. Seterusnya tumpuan utama esei adalah huraian kepada perbezaan ciri-ciri antara sistem kapitalisme dengan sistem sosialisme. Melalui perbezaan ciri-ciri ini dapat dilihat sistem kapitalisme mula menguasai pasaran

global dan kemudiannya yang memberi jawapan kepada faktor yang membawa kepada dominasi sistem kapitalisme berbanding sistem sosialisme. Tambahan lagi, bagi mengukuhkan hujahan berkenaan sistem kapitalisme yang mendominasi pasaran berbanding sistem sosialisme contoh-contoh sistem kapitalisme menguasai ekonomi dunia juga diberikan.

Terdapat pelbagai jenis sistem ekonomi di dunia seperti sistem ekonomi kapitalisme, sosialisme dan campuran. Namun begitu, sistem ekonomi kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang lebih dominan berbanding sistem ekonomi yang lain. Negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat terutamanya mendominasi

sistem ekonomi kapitalisme ini. Sejarah Sejarah sistem kapitalisme bermula pada pertengahan 1700 apabila sekumpulan Pakar Ekonomi Perancis yang digelar Physiocrats menyeru agar kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal perdagangan. Dasar laissez faire menyeru agar tarif dan sekatan perdagangan lain dihentikan. Hal ini juga disokong oleh Adam Smith, pakar ekonomi Scottish yang menyatakan bahawa negara boleh menjadi lebih kaya dengan mengamalkan perdaganagan bebas. Adam Smith dalam bukunya Wealth of Nations mengandungi piagam kebebasan (charter of liberty) yang memberi panduan kepada individu atau masyarakat untuk mendapatkan kemajuan melalui usaha sendiri. Walau bagaimanapun, idea kapitalisme ini mula berpengaruh pada tahun 1800 apabila kerajaan British menghapuskan dasar mercantilisme dan memulakan sistem kapitalis yang pertama di dunia. 1 Daripada itulah, sistem kapitalis mula tersebar ke negara perdagangan utama dunia. Kapitalisme juga mempengaruhi trend dan aliran perkembangan dan perubahan ekonomi, perkembangan institusi kewangan, keanjalan dan

ketidakstabilan pertukaran nilai mata wang yang dihadapi oleh negara-negara membangun dan sebagainya. Kapitalisme di negara-negara membangun dikatakan bertapak sejak bermulanya era sejarah kolonisme Barat ke negara-negara membangun seperti di Afrika, Asia, Asia Tenggara, Amerika Latin dan Amerika Selatan dan juga berlaku di kebanyakan negara-negara ketiga (negara miskin). Pengaliran dan kemasukan modal (termasuk wang, tanah, bangunan,mesin untuk operasi pengeluaran dan ladang), teknologi moden, pengurusan pembangunan dan

Dr. Salfarina Abdul Gapor, Nota kuliah SBW 201 Teori dan Isu Pembangunan (2008), Teori Kapitalisme, Kuliah 3

pemasaran komoditi sumber bahan mentah di negara-negara membangun menandakan bermulanya era kapitalisme.2 Sejarah sistem sosialisme pula bermula apabila Karl Marx, ahli falsafah

Jerman yang mengkritik kemampuan sistem kapitalis dalam meningkatkan pengeluaran, menghapuskan kemunduran abad pertengahan, mempromosi proses yang teknikal, dan membawa kepada pengeluaran yang lebih berorganisasi serta tumpuan yang lebih. Marx bersetuju yang proses ini mengambil alih dengan berlakunya eksploitasi oleh golongan proletariat. Pengumpulan modal disertai oleh peningkatan kemiskinan oleh kelas yang tereksploitasi. Di akhir proses pasti akan berlakunya revolusi: kuasa kapitalis digulingkan dan perampas mengambil alih. Dari itu, lahirnya sistem ekonomi yang menjanjikan keamanan, kebebasan dan kekayaan untuk semua bagi Marx, sistem ekonomi sosialis. 3 Definisi Bagi definisi sistem kapitalis ialah satu sistem yang mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh permintaan dan penawarnya. Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaan-keadaan tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undangundang bagi menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur. Amerika Syarikat adalah di antara contoh negara yang mengamalkan sistem ini.

Abd. Rahim Abd. Rashid, Bahaya dan Ancaman Kapitalisme, Wawasan Pembangunan: Isu dan Cabaran,2000, hal. 41-46
3

Dr. Salfarina Abdul Gapor, Nota kuliah SBW 201 Teori dan Isu Pembangunan (2008), Teori Marxisme, Kuliah 4

Definisi lain mengenai kapitalisme, dikemukakan oleh David Robertson, yang mengatakan bahawa kapitalisme adalah sebagai sebuah sistem ekonomi yang merupakan kombinasi dari kepemilikan peribadi, pasaran yang kompetitif dan relatif bebas, dan tentang sekumpulan besar tenaga kerja yang terlibat dalam proses pengeluaran barang-barang atau produk kemudian dijual atau dipasarkan untuk

mendatangkan keuntungan. Mungkin menyedari bahawa definisi ini terlalu reduksionis, Robertson kemudian menambahkan, bahawa kapitalisme memiliki ideologi dan teori ekonominya sendiri, sama seperti sistem ekonomi politik. Namun, tidak ada penjelasan lebih lanjut dari Robertson mengenai apa yang di maksudkan dalam penjelasan tersebut. Pada akhir penjelasan tersebut, ia kembali melakukan reduksi dengan mengatakan; saat ini kapitalisme berfokus pada dua gagasan: pengeluaran untuk keuntungan dan kekayaan milikan peribadi, dimana hanya sebahagian kecil darinya dikuasai oleh negara. 4 Definisi lain telah dikemukakan oleh intelektual Huberman. Ia
5

Amerika Syarikat, Leo pengeluaran dan

mengatakan,

kapitalisme

adalah

sistem

perdagangan. Pakar ekonomi lainnya, Anthony Brewer, mendefinisikan kapitalisme mempunyai dua ciri utama: iaitu kapitalisme sebagai sistem pengeluaran komoditi dan di dalam sistem itu, pengeluaran dikawal oleh kapitalis yang menggunakan buruh dalam proses pengeluaran.6 Manakala bagi definisi sistem ekonomi sosialis pula, sistem ini merupakan satu sistem berasaskan kepada hak milik untuk kelompok atau pemerintah yang menguruskan semua sumber penghasilan dan pengagihan barang-barang. Istilah ini kadang-kadang telah digunakan untuk teori-teori ekonomi yang pelbagai daripada : teori yang memperjuangkan suatu sistem yang berasaskan kepada hak milik untuk kerajaan bagi agensi-agensi perkhidmatan masyarakat dan sumber-sumber penghasilan yang tertentu sahaja hinggalah kepada teori
4

sosialisme (Marxisme)

David Robertson, The Routledge Dictionary of Politics, Routledge, 2002. Leo Huberman & Paul M. Sweezy, (1968) Introduction to Socialism, Monthly Review Press. Anthony Brewer, (1984) A Guide to Marxs Capital, Cambridge University Press.

yang memperjuangkan suatu sistem yang berasaskan kepada peguasaan secara total oleh pemerintah semua program ekonomi dan arahnya.
7

Sistem sosialime mengenakan beberapa sekatan ke atas kuasa pasaran dan pemilikan harta persendirian. Dalam sistem ini, kerajaan mengawal dan memiliki sumber-sumber keperluan utama seperti bekalan elektrik, air, telekomunikasi, tenaga, industri-industri berat dan sumber-sumber pertanian. Manakala pihak swasta atau persendirian pula hanya di benar mengendalikan dan memiliki perniagaanperniagaan kecil dan tidak penting. Dengan itu, kerajaan menguasai pasaran dan menjadi peserta utama yang menetapkan upah harga dalam pasaran. Negaranegara yang mengamalkan sistem ini adalah negara-negara Eropah Timur, Myanmar, Laos dan beberapa negara di Afrika. Jika dilihat kepada definisi sosialis sebenarnya memperjuangkan kebebasan dan keutamaan masyarakat serta mengambil kira kepentingan individu. Ia menafikan tentang pemilikan pemilikan khas (private property) di kalangan individu, tetapi memberi penekanan ke atas penyusunan pengeluaran dan pengedaran barangan atas dasar kolektif.

Ciri-Ciri Sistem ekonomi kapitalis dan sosialis adalah berbeza. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Yang pertamanya, hak individu ke atas modal bagi sistem kapitalis dengan bebas membuat apa sahaja ke atas hartanah yang dimiliki asalkan tidak menggangu orang lain. Selain itu,barang dan perkhidmatan yang diperdagangkan di pasaran bebas adalah bersifat kompetitif, serta modal ( sama ada wang atau kekayaan lain) dilaburkan dalam pelbagai cara untuk menghasilkan laba (keuntungan).
8

Manakala sistem sosialis, modal merupakan hak milik oleh kerajaan

ataupun syarikat awam dengan kawalan sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Jika dilihat banyak syarikat-syarikat terkenal hari ini adalah lahir daripada sistem kapitalis. Syarikat-syarikat dari negara Amerika Syarikat (AS) seperti Levi Strauss, Kellogg,
7

Baharuddin Yatim Dan Sulaiman Noordin,(1993) Islam, Al Quran dan Ideologi Masa Kini, Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
8

Wikipedia Indonesia (2008), Kapitalisme, http://id.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme

Coca-Cola, Easman Kodak merupakan antara syarikat yang berjaya di dunia ini. Mereka ini menguasai pasaran dunia tanpa kawalan oleh pihak kerajaan dan kerajaan juga tidak mempunyai hak ke atas syarikat-syarikat ini. Dalam sistem sosialis, pasaran terdiri daripada syarikat awam yang dimiliki atau syarikat yang berkerjasama dalam ekonomi pasaran. Sistem ini memanfaatkan pasaran dan harga kewangan bagi peruntukan dan perakuan alat-alat pengeluaran dengan demikian dapat mempertahankan proses pengumpulan modal. Seterusnya, sistem kapitalis mengamalkan pasaran bebas manakala sistem sosialis pasaran dikawal oleh kerajaan. Dalam sistem kapitalis keputusan terhadap apa yang dihasilkan, bagaimana untuk menghasilkannya, dan kepada siapa serta berapa banyak kuantiti barang dan perkhidmatan yang dihasilkan ditentukan oleh mekanisme harga dan pasaran. Kapitalis mensyaratkan bahawa harta, nyata dan persendirian harus bersifat peribadi, autonomi dan harus diperuntukkan. Harus ada pasaran bebas yang memudahkan perpindahan harta sebagai tindak balas kepada mekanisme harga oleh permintaan dan penawaran. Berbanding pula dalam sistem sosialis apabila pasaran dikawal oleh kerajaan dan bukannya permintaan dan penawaran. Bagaimanapun, sebahagian besar pasaran dan ekonomi di kawal oleh ekonomi pasaran bebas termasuk bursa untuk perdagangan saham. Model sosialis juga merangkumi sejumlah besar syarikat milik swasta yang beroperasi sebagai sebuah perniagaan untuk mencari keuntungan tetapi hanya untuk barang-barang dan perkhidmatan. Ciri yang membezakan kapitalisme dan sosialisme seterusnya ialah dalam sistem kapitalis, keuntungan yang diperolehi adalah milik persendirian manakala dalam sistem sosialis keuntungan adalah milik bersama. Dalam sistem kapitalis, seseorang individu berhak untuk memasuki pasaran perniagaan. Apabila seseorang individu (yang memiliki modal sendiri) bebas memasuki pasaran perniagaan, maka lebih ramai individu yang mempunyai modal sendiri, menjadi pengusaha dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan keuntungan yang diperoleh adalah hak milik mereka sepenuhnya. Hal ini menyebabkan ekonomi negara menjadi lebih rancak dan lebih ramai usahawan akan terlibat dengan aktiviti perniagaan. Manakala keuntungan yang diperolehi dalam sistem sosialis akan digunakan bersama dengan erti kata keuntungan yang diperolehi akan digunakan bagi menggaji pekerja atau kewangan bagi institusi-institusi awam. Dalam bentuk ekonomi yang berorientasikan 6

pasaran sosialisme, syarikat milik negara berusaha memaksimumkan keuntungan bagi membiayai program-program kerajaan dan perkhidmatan melalui pembahagian kelas, menghilangkan atau mengurangkan keperluan untuk pelbagai bentuk pencukaian yang ada dalam sistem kapitalis. Dominasi sistem kapitalis Namun begitu, jika dilihat setelah jatuhnya kerajaan Soviet Union pada 1991 semakin lama sistem kapitalis semakin menjadi dominan di dunia hari ini. Beberapa sebab dapat dilihat mengapa sistem kapitalis boleh menjadi begitu dominan pada hari ini antaranya persaingan meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan. Walaupun pasaran ekonomi masih di bawah kawalan pemerintah, namun pengguna bebas memilih dan membeli barang dan perkhidmatan yang diperlukan. Oleh itu, persaingan dapat meningkatkan kualiti sesuatu barang dan perkhidmatan. Justeru para pengusaha akan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi sahaja bagi menarik perhatian pengguna. Hal ini akan menguntungkan pengguna kerana terdapat banyak pilihan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti. Keduanya, pengurusan yang lebih sistematik. Apabila terdapat banyak persaingan, maka pengurusan sesebuah organisasi perniagaan akan menjadi lebih sistematik. Ini akan meningkatkan lagi jumlah pengeluaran seterusnya lebih banyak keuntungan boleh diperoleh oleh organisasi perniagaan tersebut. Tambahan lagi peluang kepada pelabur asing dan lambakan peluang pekerjaan dalam sistem kapitalis menjadikan sistem ini lebih dominan berbanding sistem sosialis. Pelabur asing bebas memasuki pasaran perniagaan tanpa sekatan daripada kerajaan sesebuah negara. Oleh tu, apabila pelaburan asing meningkat, maka banyak kilangkilang atau perusahaan-perusahaan yang dibina di sesebuah negara tersebut, seterusnya akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di negara tersebut. Hal ini dapat meningkatkan pendapatan per kapita seterusnya akan meningkatkan pendapatan negara serta dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan pengangguran penduduk di sesebuah negara tersebut. Selain itu, disebabkan tidak ada sekatan yang dikenakan dalam sistem kapitalis juga, pemindahan teknologi turut berlaku kesan daripada kemasukan pelabur asing dalam pasaran perniagaan. Negara-negara kapitalis boleh membawa 7

masuk teknologi-teknolgi selagi ianya membawa keuntungan yang maksimum dan mengurangkan kos pengeluaran. Rakyat dalam sistem kapitalis juga boleh membuat pilihan disebabkan banyak pengeluaran yang dihasilkan oleh pelbagai pengeluar. Dengan itu juga, kuasa membeli adalah ditangan pengguna dan penggeluar harus arus dengan pembeli bagi memaksimumkan keuntungan. Yang terakhir, faktor yang membawa kepada dominisasi sistem kapitalis dari segi sosialnya rakyat mempunyai kebebasan dalam segala segi. Tidak ada sekatan terhadap kepercayaan untuk dianuti, kebebasan bersuara dan boleh melakukan pelbagai perkara. Rakyat boleh memilih pemimpin yang diinginkan, boleh mengkritik kerajaan tanpa rasa takut dikenakan tindakan undang-undang serta media juga tidak mempunyai sekatan ke atas sebarang informasi yang disampaikan. Lahirnya juga organisasi-organisasi yang membela rakyat ataupun demi menjaga kepentingan tertentu.

Contoh dominasi sistem kapitalis Di arus pembangunan globalisasi hari ini, semakin hari sistem kapitalis menjadi tunjang utama dalam sistem ekonomi negara membangun mahupun negara sedang membangun. Pasaran bebas yang diamalkan menjadikan golongan bourgeois berusaha memaksimumkan keuntungan dan meminumkan kos

pengeluaran. Contoh awal kepada dominisasi sistem kapitalis dalam sistem ekonomi dunia merujuk pada fordisme. Pengeluaran besar-besaran oleh automobil ini menjadikan harga seunit lebih murah dan ianya juga sesuatu yang mampu milik untuk semua peringkat pengguna. Upah pekerja juga dapat ditingkatkan, menjadikan mereka juga sebagai seorang pengguna. Penciptaan pengeluaran secara besarbesaran pada waktu itu membawa kepada dominisasi Ford sebagai pengeluar ulung dalam perusahaan automobil. 9 Oleh sebab sistem kapitalis mengamalkan pasaran bebas, maka golongan bourgeois berusaha menguasai pasaran dunia. Tumbuhnya syarikat multinasional (MNC) menguasai bukan sahaja pasaran dunia tetapi mengawal ekonomi sesebuah

Wikipedia English (2011), Fordism, http://en.wikipedia.org/wiki/Fordism

negara kapitalis. Contoh syarikat makanan segera seperti Starbucks, McDonald dan KFC antara syarikat kapitalis yang menguasai pasaran dunia. Apabila semakin banyak syarikat-syarikat ini dibuka maka keuntungan yang diperolehi oleh syarikat tersebut akan berlibat kali ganda dan perolehan yang diperolehi adalah untuk syarikat dan bukannya rakyat. Tambahan lagi, medium iklan yang disiarkan di kaca televisyen mempengaruhi penonton. Penyebaran melalui media elektronik mahupun media cetak telah mempengaruhi golongan rakyat yang membawa kepada penguasaan golongan kapitalis ini. Contoh lain dominasi sistem kapitalis, syarikat pengeluar seluar jean terbesar dunia hari ini, Levi Strauss and Company yang bermula seawal 1890. Levi dahulunya tidak semahal kini yang mana digunakan untuk pekerja ladang dan kilangkilang. Disebabkan permintaan pasaran yang semakin meningkat maka Levi memperbaik kualiti dan bentuk rekaannnya. Apabila semakin dikenali maka permintaan terhadap barangan semakin bertambah hingga dibawa ekport ke luar dari Amerika Syarikat.10 Dominasi syarikat Levi ini contohnya hingga membawa kepada keuntungan disebelah pihak sahaja. Munculnya pelbagai lagi jenama terkemuka seperti Lee,Topman dan pelbagai lagi yang membawa lebih banyak pilihan kepada pengguna dan tidak terhad kepada satu jenis sahaja. Syarikatsyarikat ini berlumba-lumba mengeluarkan produk masing-masing dengan

memperbaiki kualiti dan mutu demi memenuhi permintaan pasaran dengan memaksimumkan keuntungan dan meminimunkan kos pengeluaran apabila banyak produk yang dikeluarkan sekaligus.

Kesimpulan Kemunculan teori kapitalisme yang bermula selepas era sistem ekonomi perdagangan mercantilism telah mengubah sistem ekonomi kebanyakan negara di dunia, terutama di negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat sehingga mempengaruhi negara yang sedang membangun dan semakin lama teori sistem sosialis semakin tidak digunapakai. Walaupun hakikatnya dilihat sistem sosialis

10

Henry C.Dethloff (1979), Americans And Free Enteprise, Prentice-Hall, Inc.,Englewood Cliffs, N.J

merupakan sebuah sistem ekonomi yang mementingkan kesaksamaan dan keadilan dari segi ciri-cirinya. Realitinya, kapitalisme sedikit sebanyak telah meluaskan jurang perbezaan antara yang kaya mahupun yang miskin, iaitu berlakunya ketidaksamarataan dalam pengagihan kekayaan dalam masyarakat. Ini disebabkan oleh konsep kebebasan yang dibawa oleh sistem kapitalisme telah memberi pilihan sama ada bebas untuk menikmati kebaikan ( bagi yang kaya dan mempunyai modal) ataupun merasai kesengsaraan (bagi yang miskin atau yang hanya menjadi pekerja kepada pemilik modal). Keghairahan mengejar kebendaan membuatkan sesetengah golongan kapitalis mengabaikan kepentingan awam, seperti melakukan pencemaran alam sekitar demi mengaut lebih banyak keuntungan. Begitu juga dengan sistem sosialis yang sebenarnya membawa jurang yang besar antara golongan bourgeois dengan ploretariat. Gejala rasuah juga berleluasa dalam sistem sosialis apabila sikap rasa ingin memiliki lebih dari yang sedia ada dalam diri menguasai. Ditambah lagi dengan arus globalisasi yang melanda dunia sekarang, sistem sosialis semakin lama kurang berkesan kerana kuasa dan hak-hak individu dikongkong oleh kerajaan dan tidak ada kebebasan sebenar. Kesimpulannya, kedua-dua sistem mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang membawa kebaikan dan dalam masa yang sama juga membawa keburukan kerana keuntungan hanya disebelah pihak dalam kedua-dua teori ini.

10

Bibliografi Anthony Brewer, (1984) A Guide to Marxs Capital, Cambridge University Press. Baharuddin Yatim Dan Sulaiman Noordin,(1993) Islam, Al Quran dan Ideologi Masa Kini, Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. David Robertson, The Routledge Dictionary of Politics, Routledge, 2002. Dr. Salfarina Abdul Gapor, Nota kuliah SBW 201 Teori dan Isu Pembangunan (2008), Teori Marxisme, Kuliah 3 Henry C.Dethloff (1979), Americans And Free Enteprise, Prentice-Hall, Inc.,Englewood Cliffs, N.J Leo Huberman & Paul M. Sweezy, (1968) Introduction to Socialism, Monthly Review Press. Richard C. Edwards, Michael Reich and thomas E. Weisskopf (1972) The Capitalist System A Radical Analysis of American Society, Prentice-Hell, INC. Englewood Cliffs, New Jersey. Wikipedia English (2011), Fordism, http://en.wikipedia.org/wiki/Fordism Wikipedia Indonesia (2011), Kapitalisme, http://id.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme

11

Anda mungkin juga menyukai