Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR

MEMBACA 2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis B2 DB1 Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks B2 DB1 E1 Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan 1. Guru mengarahkan murid membuka buku teks muka surat 72. 2. Guru meminta murid membaca petikan berkenaan Tarian Kaum Melanau. 3. Beberapa orang murid diminta untuk memberikan maksud perkataan atau frasa yang telah ditetapkan. Contoh Petikan : Tarian Kaum Melanau Etnik Melanau kaya dengan pelbagai tarian. Antara tarian yang popular ialah tarian mengarang, mengalai dan igal. Setiap tarian itu mempunyai maksud yang tertentu. Tarian-tarian ini juga memperlihatkan keperibadian masyarakat Melanau. Tarian mengarang amat popular dalam kalangan masyarakat Melanau. Tarian ini mengisahkan masyarakat Melanau sedang menuai padi dan melakukan kerja memproses padi. Para penari akan beraksi seperti orang menuai, menumbuk dan menampi. Selain itu, tarian mengarang menggambarkan masyarakat Melanau menyagat sagu dan dipersembahkan pada hari perayaan dan majlis perkahwinan. Jawapan : Etnik kaum Popular terkenal, tersohor Beraksi bertingkah-laku, bertindak, bergerak Menuai memotong padi dengan tuai, Menampi Membersihkan biji-bijian (terutamanya padi, kacang) dengan menggunakan nyiru yang digerak-gerakkan turun naik

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Menyagat memarut (ubi dll) dgn menggunakan sagat, menggosok kuat-kuat dgn benda kesat supaya bersih, licin dll. KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR MEMBACA 2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis B2 DB1 Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks B2 DB1 E1 Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan 1. Guru mengarahkan murid membuka buku teks muka surat 14. 2. Guru meminta murid membaca petikan yang ditetapkan. 3. Beberapa orang murid diminta untuk memberikan maksud perkataan atau frasa yang telah ditetapkan. Contoh Petikan : Masa berlalu begitu pantas. Sudah bulan Mei kini. Padi di sawah menguning emas. Orang kampung sibuk menghalau pipit. Tikus pula menjadi-jadi. Batas perlu dibersihkan. Kalau tidak dibersihkan tikus membuat sarang. Hal ini menimbulkan masalah lain pula. Tedung akan muncul di sawah. Kalau ini berlaku, tentulah menyulitkan orang yang turun ke sawah. Jawapan : Pantas laju, cepat Menguning emas padi sudah masak Menghalau mengusir Sarang tempat tinggal binatang Muncul keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul Menyulitkan menyukarkan, meyusahkan

EVIDENS

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Anda mungkin juga menyukai