Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN Pemodenan atau modenisme lahir dalam masyarakat Barat yang membawa erti segala fikiran, aliran dan

gerakan serta usaha untuk merubah fahaman, istiadat, institusi lama dan sebagainya supaya bersesuaian dengan suasana baru yang ditimbulkan oleh kemajuan ilmu dan teknologi moden (Fadhlullah Jamil.(1999). Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam:Karisma Publication Sdn. Bhd. hlm.27). Pada akhir kurun ke-19, penjajahan Barat semakin berkembang membawa bersama-sama modenisme merempuh setiap negeri di timur, yang menyebabkan kemusnahan kebudayaan tempatan. Pihak Barat pula memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep dan cara hidup modenis dengan jolokan seperti orang yang berpengetahuan, maju atau progresif (Fadhlullah Jamil.(1999). Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan.hlm.28). Konsep ini lah yang difahami, dipegang dan dimasukkan ke dalam dunia Turki oleh Mustaffa Kamal. Menurut para pemujanya, Apabila beliau bercakap mengenai tamadun, mata beliau akan bersinar-sinar dan wajahnya berubah bagai ahli sufi yang memikirkan hal syurga (S. Abul Hasan ali Nadwi (tran.by Dr. Mohammad Asif Kidwai).(1974). Western CivilisationsIslam and Muslim. Lucknow:Academy of Islamic Research and Publications.hlm.53). Baginya, sesiapa yang menolak konsep itu akan dicap sebagai manusia kolot, ketinggalan zaman dan mundur. Beliau telah memodenkan Turki menerusi pemikiran dan konsep moden yang difahami oleh beliau iaitu pemodenan haruslah seperti Barat. To modernize, it was also imperative for the new state to break away from an encumbered past, and the path he chose was to westernize (Binnaz Toprak. (1981).Islam and Political Development in Turkey.Leiden:E.J Brill. hlm.38).

Pembaharuan atau pemodenan di Turki sebenarnya telah lama berkembang di Negara itu sejak dari zaman pemerintahan Uthmaniyyah lagi. Pemerintahnya telah memulakan proses ke arah pembaratan dalam bidang pemikiran, adat istiadat dan institusi-institusi sejak zaman
1

Tanzimat lagi (Fadhlullah Jamil.(1999). Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan.hlm.173). Di samping itu, Republik Turki juga telah mewarisi satu birokrasi yang mempunyai pegawai dan tokoh professional yang berpengalaman dan sanggup pula untuk melakukan pembaharuan (Fadhlullah Jamil.(1999). Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan.hlm.173). Oleh itu, pada empat tahun pertama sesudah menjadi republik, Turki telah melihat perubahan-perubahan yang lebih ketara ke arah sekularisme.

MUSTAFFA KAMAL ATATURK Mustaffa Kamal merupakan pengasas Negara Turki moden yang telah dilahirkan di Salonika, sebuah Bandar dalam wilayah Macedonia, yang ketika itu masih sebahagian daripada Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1881M (Andrew Mango. (1963). Ataturk. Ankara:Turkish National Commission for UNESCO.hlm.7). Nama sebenar beliau adalah Mustaffa (Andrew Mango. (1963). Ataturk.hlm.7). Nama Kamal yang bermaksud sempurna diberi oleh guru sekolahnya kerana kepandaian dan kredibiliti beliau semasa belajar di sekolah tentera(Andrew Mango. (1963). Ataturk.hlm.8). Manakala nama Ataturk yang bermaksud Father of the Turks diberi oleh Turkish Grand National Assembly pada November 1934 (Lord Kinross. (1965).Ataturk: A Biography of Mustaffa Kemal. New York:William Morrow and Company.hlm.578). Bapanya bernama Ali Reza, seorang pengusaha kayu balak, meninggal dunia semasa Mustaffa Kamal berusia 7 tahun (Lord Kinross. (1965).Ataturk: A Biography of Mustaffa Kemal.hlm.8-10). Manakala ibunya bernama Zubeyda Hanim merupakan seorang muslim yang warak, yang menginginkan Mustaffa Kamal membesar sebagai seorang ulama(Andrew Mango. (1963). Ataturk.hlm.7). Mustaffa Kamal telah didedahkan dengan pemodenan Barat sejak kecil lagi apabila beliau bersekolah rendah di sekolah sekular dan moden iaitu Semsi Efendi di Salonika (Andrew Mango. (1963). Ataturk.hlm.7). Pada usia 12 tahun, beliau mengambil keputusan untuk
2

menjadi askar apabila beliau memasuki sekolah tentera walaupun ditentang keras oleh ibunya. Kemudian pada 1895, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Tentera di Manastir (Andrew Mango. (1963). Ataturk.hlm.8). Mustaffa Kamal sangat cemerlang dalam mata pelajaran Matematik dan fasih berbahasa Perancis. Baginya, mempelajari bahasa Perancis, budaya, masyarakat, undang-undang dan kerajaan Perancis merupakan pintu ke tamadun Barat (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.Kuala Lumpur:University of Malaya Press.hlm.20). Pada 1899 beliau telah tamat belajar di Akademik Tentera atau War College di Istanbul. 1902 beliau dilantik menjadi Leftenan dan dilantik menjadi Staf Captain pada 1905 (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.21). Pada ketika ini, minat beliau dalam politik semakin bertambah. Beliau dan rakan-rakan yang sealiran dengannya telah menubuhkan kumpulan yang bergerak secara rahsia yang memperjuangkan pemodenan Turki. Kebanyakkan mereka merupakan individu-individu yang mendapat pendidikan Barat seperti Anwar Basya, Jamal Basya dan Ayub Sabri (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.21). Kemudian mereka menubuhkan Committee for Union and Progress (CUP) atau juga dikenali sebagai Young Turks yang kebanyakkannya terdiri daripada anggota tentera (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.22). Pada 1914, beliau telah ditugaskan di Bulgaria. Pada masa ini beliau sangat teruja dengan cara hidup masyarakat Barat dan mengharapkan agar ketamadunan itu dialami di Turki. Hal ini dapat membuktikan yang Mustaffa Kamal ingin memodenkan Turki dengan mencontohi Tamadun Barat. This was Western civilization. There was nothing like it in Turkey. One of these days his country must enjoy these amenities. His people must be introduced to the graces and refinements of European social
3

life (Lord Kinross. (1965).Ataturk: A Biography of Mustaffa Kemal.hlm.72).

PEMODENAN MUSTAFFA KAMAL Pemodenan yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal sebagai Presiden pertama Republik Turki terlalu sekular dan kebaratan. Pemodenan ini telah mengubah cara hidup masyarakat yang tradisional dan ketimuran kepada cara hidup barat, baik dari segi sosial, kebudayaan dan ekonomi, semuanya mempunyai elemen-elemen barat atau Eropah. Selain itu, pemikiran masyarakat Turki juga mengalami transformasi iaitu sebelum ini berfikiran sempit kepada pemikiran yang lebih rasional. The task of changing the Turkish peoples outlook from inwardlooking, passive and one shaped bt collective religious and institutional values to active, outward-looking and more realistic in terms of the economic and materialistic values of the modern world. (Jacob M. Landau (ed). (1981). Ataturk and the Modernization of Turkey. Leiden:E.J Brill.hlm.50). Mustaffa Kamal berpendapat, masyarakat tradisional sangat terbatas dan terhad. Manakala masyarakat moden sangat terbuka dalam semua perkara baik perkara yang kecil mahupun masalah yang besar (Jacob M. Landau (ed). (1981). Ataturk and the Modernization of Turkey.hlm.4). Menurut pandangan beliau, modern man atau modern society merupakan masyarakat yang rasional dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan sumber-sumber tertentu yang mengikut aliran terkini, boleh mewujudkan satu tamadun yang baru bagi negaranya (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. London: Oxford University Press .hlm.404). Beliau juga berpendapat, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang mengamalkan cara hidup barat. Dan pembaratan itu dilakukan oleh beliau menerusi reformasi sekularisme.

Usaha Mustaffa Kamal dan penyokong-penyokongnya untuk membina semula negara Turki selepas kejatuhan empayar itu bertujuan mengubah Turki menjadi negara bangsa moden(Feroz Ahmad.(1994).The Making of Modern Turkey.London:Routledge.hlm.53). Hal ini adalah untuk merealisasikan wawasan negara Turki yang untuk sebaris dengan negara-negara yang moden lain. Bagi merialisasikan impian Mustaffa Kamal untuk menjadikan Turki sebuah negara yang moden, beliau telah melakukan beberapa perubahan terutamanya dalam bidang pentadbiran, pendidikan, ketenteraan dan sosial.

Pentadbiran Mustaffa Kamal merupakan Presiden pertama bagi Republik Turki. Beliau telah mewujudkan satu pentadbiran baru, menggantikan sistem khalifah yang beliau anggap tidak akan membawa pemodenan kepada Turki dan memerintah secara kuku besi (Lord Kinross. (1965).Ataturk: A Biography of Mustaffa Kemal.hlm.438). Beliau menggantikan sistem khalifah dan menubuhkan Republik Turki pada tahun 1923 (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.24). Tambahan pula matlamat Mustaffa Kamal adalah untuk mewujudkan sebuah negara yang mempunyai identiti Turki atau negara bangsa Turki. Bagi Mustaffa Kamal Empayar Turki Uthmaniyyah sudah tamat (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.347). Selain itu, Mustaffa Kamal berusaha untuk menjadikan bahasa Turki sebagai budaya Turki yang merupakan ikatan bersatu padu dalam negara baru. Beliau mahu menanamkan perasaan patriotik yang baru kepada rakyat Turki terhadap republik yang baru, dan bukan kepada ideaidea yang tidak realistik(Jacob M. Landau (1974).Radical Politics in Modern

Turkey.Leiden:E.J. Brill.hlm.194). Baginya lagi nama Turki sebagai sebuah negara Islam hanya sebagai status quo (Feroz Ahmad.(1994).The Making of Modern Turkey.London:Routledge.hlm.53). Beliau inginkan
5

masyarakat memberikan taat setia kepada sekumpulan yang digelar orang Turki dan bukan kepada individu seperti sultan (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.27). Bagi menjayakan matlamatnya, beliau telah memilih Ankara sebagai pusat pemerintahan bagi Republik Turki yang baru menggantikan Istanbul. Hal ini bukan sahaja untuk mengelakkan pengikut-pengikut Ottoman yang setia tetapi juga untuk memupuk masyarakat Turki bahawa Anatolia merupakan kawasan tengah Turki dan

merupakan sebagai tanah air yang sebenar, bukannya Istanbul Bandar Eropah (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.28). Beliau mahu masyarakat Turki berbangga sebagai orang Turki dan bukan orang Ottoman (Feroz Ahmad. The Making of Modern Turkey.hlm.78). Idea beliau kemudiannya disokong dengan pembelajaran dan pengajaran mengenai sejarah, bahasa, sastera dan keadaan sosial masyarakat Turki. Seterusnya beliau telah mewujudkan Grand National Assembly yang mana ahlinya terdiri daripada semua kaum dan ketua wilayah. Ia bertujuan untuk melibatkan semua lapisan rakyat melalui wakil yang dilantik dalam membuat sebarang keputusan(Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.251). Grand National Assembly diketuai oleh Mustaffa Kamal sendiri. Seterusnya Mustaffa Kamal menyatukan sistem mahkamah di bawah Ministry of Justice (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.hlm.30). Beliau juga mengarahkan para cerdik pandai Turki untuk menterjemahkan undang-undang Perancis dan Swiss ke dalam bahasa Turki dan digunakan dalam perundangan Turki (Abdul Latip Talib.(2011).Mustafa Kamal Ataturk.Kuala Lumpur:PTS Litera Utama Sdn.Bhd.hlm.197). Kemudian diikuti dengan penterjemahan bagi undang-undang Itali dan German (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.30).
6

Pendidikan Mustaffa Kamal bijak dalam menyusun agenda untuk memodenkan negaranya. Beliau tahu negara modennya tidak akan tercapai sekiranya penduduk negara itu jahil dan tidak mempelajari ilmu-ilmu yang moden (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.46). Bagi Mustaffa Kamal, sistem pendidikan yang moden boleh melahirkan masyarakat yang berfikiran bebas dan dapat memajukan ekonomi (Andrew Mango.(1999).Ataturk.London:John Murray Ltd.hlm.404). Apa yang lebih penting ialah, beliau inginkan pendidikan yang lebih sejagat dan bersistemetik (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.hlm.46). Pemodenan dalam sistem pendidikan Turki dapat dilihat bermula pada kurun ke-18 melalui sekolah tentera apabila kurikulumnya adalah daripada barat. Antara mata pelajaran yang diajar di sekolah tentera ialah Matematik, Geografi, Sejarah dan bahasa Perancis di samping mata pelajaran strategi dan taktik dalam ketenteraan (Pauline Lim Meng Juak. (2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.hlm.47). Terdapat juga sekolah-sekolah persendirian yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian. Reformasi pendidikan Barat lebih banyak dilihat selepas Tanzimat dijalankan. Pada 1857 (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.hlm.48), Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan bagi memajukan sistem pendidikan Turki. Kebanyakan sekolah yang ditubuhkan adalah untuk menyediakan golongan muda untuk diserap ke dalam ketenteraan. Mustaffa Kamal sendiri merupakan hasil daripada sistem pendidikan ketenteraan barat. Pada zaman Mustaffa Kamal pula, beliau telah menubuhkan Law for the Unification of Instruction untuk dijadikan sebagai asas kepada penyatuan, moden, sekular dan lebih bersistematik. Hal ini penting untuk menyatukan sebuah negara Islam yang mempunyai pelbagai puak, budaya dan bahasa (Jacob M. Landau (ed).(1981).Ataturk and the
7

Modernization of Turkey.hlm.186). Undang-undang ini bertujuan untuk menyatukan semua sistem pendidikan, institusi pendidikan termasuk sekolah persendirian dalam sistem sekularisme yang komprehensif di bawah Kementerian Pelajaran(Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.48). Beliau telah menggantikan sekolah pondok, sekolah agama dan madrasah dengan sekolah sekular yang menerima pendidikan daripada barat. Pembelajaran agama perlu diajar secara persendirian atau di rumah dan tidak dibenarkan untuk dilakukan secara umum (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.408). Jika dilihat dengan lebih mendalam, sebenarnya Mustaffa Kamal tidak melarang pengajaran agama dilakukan, namun ia perlulah diajar secara persendirian dan dijalankan di rumah sahaja. Tambahan pula beliau menganggap bahawa pembelajaran agama adalah untuk kepuasan indivdu dan bukan untuk kemajuan Negara. Malah apabila Grand National Assembly meletakkan matlamat dalam pendidikan Turki sebagai nasional dan agama, kebanyakkan ahli yang menggubal kurikulum terdiri daripada ketua-ketua agama (Jacob M. Landau (ed). (1981).Ataturk and the Modernization of Turkey. hlm.185). Mustaffa Kamal mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah-sekolah agama kerana tidak membenarkan pengajaran agama diajar di tempat yang terbuka (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.50). Sejajar dengan matlamat Mustaffa Kamal untuk menjadikan Turki sebagai Negara yang moden, pengajaran dan pembelajaran perlulah diajar dalam bahasa Turki dan bukan bahasa Arab atau Persia (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.48). Tulisan Jawi pula digantikan dengan tulisan Rumi bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran sains, matematik, sastera Inggeris, geografi dan sejarah di ajar di sekolah-sekolah Turki (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.49). Penggantian tulisan ini menimbulkan
8

kontroversi dalam masyarakat Turki yang selama ini telah menggunakan tulisan Jawi dan ia dianggap sebagai perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim. Namun bagi Mustaffa Kamal ia melihat perubahan penulisan itu bagi memudahkan generasi baru mempelajari ilmu yang baru dan ia menunjukkan ketamadunan negara (Benard Lewis.(1961).The Emergence of Modern Turkey hlm.427). Mustaffa Kamal juga ada menyatakan; With its own script and its native intelligence, our nation will take its place by the side of the civilized worl. (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.81) Selain itu ia juga dapat memudahkan penyalinan atau penulisan sesuatu bahan. Hal ini disokong oleh Namik Kamil, seorang penulis dan pembaca puisi yang terkenal di Turki. Beliau menyatakan bahawa menulis bahasa Turki menggunakan tulisan Rumi lebih mudah dan boleh diterima, malah ia juga menunjukkan aliran moden Regim Turki Moden yang semakin berkembang (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.422). Mustaffa Kamal pernah menjadi guru besar, manakala negaranya adalah sebuah kelas selama 6 minggu bagi mengajar dan memupuk tulisan Rumi dalam kalangan penduduk Turki (Lord Kinross. (1965).Ataturk:A Biography of Mustaffa Kemal.hlm.504-505). Objektif bagi tindakannya adalah untuk mengurangkan populasi buta huruf dalam bahasa Turki dan tulisan Rumi. Tindakannya menyebabkan ramai orang Turki mempunyai dan memahami sekurang-kurangnya dua atau tiga bahasa iaitu, bahasa Arab, Persia dan Turki, begitu juga dengan penulisan (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.49). Reformasi yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal telah mengubah bahasa dan budaya masyarakat Turki. Untuk pertama kalinya hampir seluruh masyarakat Turki membaca dan menulis dalam bahasa Rumi (Andrew Mango.(1999).Ataturk. hlm.466). Selain daripada itu, Mustaffa Kamal juga menyediakan sekolah rendah dengan percuma dan terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pendidikan untuk pelajar perempuan merupakan satu langkah ke hadapan dalam membentuk masyarkat yang moden dan pembebasan
9

bagi wanita Turki yang selama ini berada dalam posisi yang sangat rendah dalam komuniti (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.50). Sistem pendidikan yang diketengahkan oleh Mustaffa Kamal berkembang seluruh Turki melalui tentera-tentera yang menjadi guru di kampung mereka. Walaupun pada awalnya ditentang oleh golongan tua dia kampung mereka, tetapi apabila ramai pelajar yang berjaya menjadi guru, mereka akhirnya boleh menerima pemodenan yang ingin diserapkan itu. Mustaffa Kamal berjaya menyediakan Turki kepada negara yang boleh berdikari sendiri. Perubahan yang dilakukan dalam pendidikan boleh dianggap berjaya apabila pada tahun 1960 sebanyak 87% penduduk kenal huruf dan sebanyak 94% orang lelaki Turki adalah orang yang terpelajar. Hal ini menunjukkan peningkatan yang baik berbanding negara Timur Tengah yang lain termasuk Arab Saudi, tetapi dapat menjadikan Turki sebaris dengan Jordan dan Palestin apabila kadar penduduk yang terpelajar adalah lebih dari 90% manakala bagi Israel lebih dari 95% .

Ketenteraan Tidak dinafikan bidang ketenteraan memainkan peranan penting bagi menjayakan Republik Turki. Malah pemodenan Turki juga merupakan sebahagian daripada naungan ketenteraan (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.51). Sama seperti pendidikan, ketenteraan juga telah mengalami pemodenan sebelum pemerintahan Mustaffa Kamal, malah beliau sendiri merupakan hasil daripada tradisi ketenteraan tersebut yang beliau gunakan untuk menjadikan Turki sebagai sebuah negara yang berdikari. Bagi masyarakat Turki berada dalam bidang ketenteraan merupakan satu penghormatan yang tinggi apatah lagi sekiranya menjawat jawatan yang tinggi dalam tentera. Bermula pemerintahan Selim III dan Mahmud II, sekolah tentera akan menyediakan kurikulum yang tersiri daripada mata pelajaran Matematik, Sejarah, bahasa Perancis, strategi
10

dan taktik peperangan serta perubatan. Tambahan pula dengan adanya sekolah-sekolah tentera yang memberi pengkhususan dalam ketenteraan seperti European-styled officers training school: a naval school and artillery school, a military medical school, an army officers school, dan a general staff college (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.hlm.52). Pada 1919, ketenteraan bawah pimpinan Mustaffa Kamal merupakan bidang ketenteraan menjadi satu bidang profesional. Malah tugas yang diberi kepada tentera bukan sahaja untuk melindungi negara tetapi juga adalah untuk merialisasikan idea dan pemahaman beliau dengan memberikan taat setia kepada Mustaffa Kamal dan juga Republik Turki (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.hlm.54).

Kedudukan Wanita Semasa pemerintahan Mustaffa Kamal, beliau telah mengangkat kedudukan wanita di dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat apabila peluang dalam pendidikan juga diberi kepada pelajar perempuan. Selain daripada itu, wanita Turki mendapat hak untuk mengundi di dalam parlimen pada tahun1934 (M.Philips Price.(1956).A History of Turkey From Empire to Republic. London:George Allen & Unwin Ltd.hlm.136). Bagi beliau, moden dan tamadun akan bergerak dengan cepat sekiranya ibu-ibu di Turki mempunyai pengetahuan. Beliau yakin dengan adanya wanita-wanita Turki yang mempunyai ilmu pengetahuan sudah pasti kemajuan dan tamadun Turki dapat dibina dengan lebih cepat. Kesan daripada pembebasan wanita Turki ini memberi peluang kepada mereka untuk menceburi bidang-bidang yang selama ini dipelopori oleh kaum lelaki (Andrew Mango. (1963). Ataturk.hlm.164). Kedudukan wanita dapat ditingkatkan dan tidak lagi ketinggalan di belakang. Mereka seiring dengan kaum lelaki bagi memajukan Turki (Andrew Mango. (1963). Ataturk.hlm.165).

11

Lain-lain Pemodenan yang dijalankan oleh Mustaffa Kamal diteruskan lagi melalui penukaran kalendar Hijrah kepada kalendar barat Gregorian yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1926 (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.29). Hal ini menjadikan masyarakat Turki menggunakan tiga jenis kalendar untuk menentukan tarikh iaitu, kalendar Hijrah, kalendar Julian dan bagi urusan rasmi menggunakan kalendar Gregorian (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.32). Selain daripada itu, hari cuti ditukar daripada hari Jumaat kepada hari Ahad sama seperti negara barat yang lain (Feroz Ahmad, The Making of Modern Turkey.hlm.80). Di samping itu, Mustaffa Kamal turut menterjemahkan al-Quran kepada bahasa Turki agar lebih mudah untuk difahami dan dipelajari oleh penduduk Turki terutamanya golongan muda (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.421). Namun tindakannya menukar azan kepada bahasa Turki amat dikecam oleh seluruh umat Islam di dunia. Bagi penulis, tindakannya mungkin disebabkan ketaksuban Mustaffa Kamal dalam membina negara bangsa Turki sehingga gagal untuk menggunakan kebijaksanaannya untuk perkara yang lebih penting.

KESIMPULAN Kesimpulannya, pemodenan yang berlaku di Turki telah berlansung semenjak kurun ke-18 lagi, sewaktu pemerintahan khalifah Uthmaniyyah. Tetapi transformasi ke arah pemodenan selepas kejatuhan Turki Uthmaniyyah oleh Mustaffa Kamal pada 1920-1930 merupakan satu revolusi yang sangat besar dalam sejarah terutamanya bagi masyarakat Turki dan Islam. Hal ini kerana
12

Mustaffa Kamal merupakan produk yang lahir pada zaman yang telah didedahkan pemodenan daripada barat. Mustaffa Kamal dan orang-orang kanannya merupakan masyarakat separuh barat pada awal kurun ke-20. Mereka fasih bahasa Perancis, mempunyai hubungan baik dengan orang-orang barat, sangat berpegang dengan idea dan teknologi daripada Barat. Dalam masa yang sama mereka juga tahu berbahasa dalam bahasa Arab, Persia dan Turki, mengetahui mengenai sastera Uthmaniyyah dan agama Islam serta kebudayaan Turki. Perlu difahami, bahawa Mustaffa Kamal menganggap moden itu adalah barat. Oleh itu, beliau membangunkan pemodenan Turki mengikut pemahamannya tambahan pula beliau amat teruja dalam menjadikan Turki sebuah negara bangsa yang boleh berdikari sendiri. Bagi penulis, Mustaffa Kamal boleh digelar Bapa Pemodenan mengikut fahaman moden daripada barat. Beliau adalah seorang reformis yang mempercayai untuk maju dan berdikari, perlulah menerima teknologi Barat, idea dan keadaan tertentu yang terdapat di Barat. Tetapi beliau tidak tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi dan idea barat itu dan dalam masa yang sama tanpa menerima manifestasi lain daripada tamadun tersebut. Walaupun seluruh dunia Islam menyelar tindakan pemodenannya namun sumbangannya tetap memberi perubahan dan kesan positif kepada negara Turki sebagai sebuah negara yang berdikari terutamanya dalam bidang pendidikan.

RUJUKAN Abdul Latip Talib.(2011). Mustafa Kamal Ataturk. Kuala Lumpur:PTS Litera Utama Sdn.Bhd Andrew Mango. (1963). Ataturk. Ankara:Turkish National Commission for UNESCO Andrew Mango. (1999). Ataturk. London: John Murray Ltd. Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. London: Oxford University Press . Binnaz Toprak. (1981).Islam and Political Development in Turkey. Leiden:E.J Brill.
13

Fadhlullah Jamil.(1999). Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan. Shah Alam:Karisma Publication Sdn. Bhd. Feroz Ahmad.(1994). The Making of Modern Turkey. London:Routledge. Jacob M. Landau (ed). (1981). Ataturk and the Modernization of Turkey. Leiden:E.J Brill. Lord Kinross. (1965).Ataturk: A Biography of Mustaffa Kemal. New York:William Morrow and Company. M.Philips Price.(1956).A History of Turkey From Empire to Republic. London:George Allen & Unwin Ltd. Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.Kuala Lumpur:University of Malaya Press. S. Abul Hasan ali Nadwi (tran.by Dr. Mohammad Asif Kidwai).(1974). Western CivilisationsIslam and Muslim. Lucknow:Academy of Islamic Research and Publications.

14

Anda mungkin juga menyukai