Anda di halaman 1dari 4

Maksud Sekularisme, Uploaded by sknwy Date uploaded on Feb 14, 2014,

https://www.scribd.com/doc/207122162/Maksud-Sekularisme

Sedikit latar belakang tentang sekularisme [ringkasan], TENGKU IBRAHIM HELMI B. TENKU
MOHAMMAD ,
https://www.academia.edu/4474314/Sedikit_latar_belakang_tentang_sekularisme_ringkasan_

SEKULARISME
DEFINISI

Sekularisme pertamanya bermaksud perkara-perkara yang berkaitan dengan duniawi


seperti pentadbirian, undang-undang dan politik. Sekularime ini dipisahkan daripada
berkaitan dengan urusan keagamaan. Ini juga boleh membawa maksud kepada penggalakkan
kepada manusia untuk membawa idea dan nilai sekularisme dalam kehidupan awam atau
peribadi dan mereka yang mengamalkan nilai ini digelar golongan sekular. Sekularisme ini
jelas menunjukkan yang golongan ini tidak membawa agama hidup dalam mereka. Hal ini
juga memberi pendapat yang pendidikan awam dan perkara dasar lain mesti dijalankan tanpa
ada wujudnya elemen atau apa-apa unsur keagamaan kerana falsafah ini menolak semua
agama dalam masyarakat.

Berdasarkan Dato’ Seri Tuan Haji Abdul Awang menyatakan yang sekularisme
bermaksud ‘al ilmaniyyah’ di dalam Bahasa arab. Katanya orang-orang arab yang beragama
Kristian cuba untuk mengelirukan umat islam dengan cara mereka mengatakan perkataan itu
berasal daripada perkataan ilmu tetapi maksud sebenar al ilmaiyyah adalah duniawi dan hal
ini kerana ajaran sekularisme ini hanya bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan
kepada manusia serta tiada kaitannya dengan agama Islam. Selain itu, Syeikh Dr. Safar bin
Abdurrahman al Hawali mengatakan ilmaniyyah beradasarkan terjemahan secularism di
dalam Bahasa inggeris atau secularite di dalam Bahasa parsi. Kedua-dua ayat atau lafaz ini
tiada sebarang kaitan dengan ‘ilm’ yang bermaksud science didalam Bahasa inggeris. Al-ilmi
gelarkannya sebagai ‘scientism’ sebagai nisbah kepaa ilm atau scientific atau scientifique
dalam parsi. Al ladiniyyah atau adduniawiyah adalah maksud sebenar atau terjemahan yang
sahih bagi lafaz sekularisme.

Selain itu, berdasarkan Prof. Dr. Yusuf al Qadarawi menterjemahkan sekularisme adalah
ilmaniyah bukan sahaja tidak teliti maksudnya malah ianya tidak betul sama sekali. Hal ini
kerana sekularisme tiada sedikit kaitan dengan lafaz al-‘ilm yang membawa maksud ilmu.
Justeru mereka yang menterjemahkan dalam maksud sebegitu tidak memahami perkataan al-
din dan al-‘ilm melainkan faham idea barat kristian sedangkan bagi orang baarat agama dan
ilmu mereka adalah bertentangan. Prof jugak simpulkan yang terjemahan sekularisme dengan
ilmaniyyah dan hendak mengaitkankan dengan ilmu adalah satu usaha untuk menjadi satu
makna dengan istilah ilmiyah kerana bagi beliau penipuan ini perlu dinyatakan. Beliau jugak
menambah lagi yang sekularisme bersamaan dengan konsep alladiniyah bermaksud tiada
agama atau al duniawiyah yang bermaksud dunia tiada hubungan dengan agama.

Erti kata lain yang mudah difahami sekularisme adalah sebuah ideology falsafah dimana
hubungan kehidupan dunia dan nilai-nilai keagamaan dipisahkan. Bermaksud semua agama
ditolak dan pendirian agama tiada tempat di dalam kehidupan masyarakat ditetapkan dalam
diri. Semua perkara hanya berdasarkan akal atau logik semata-mata. Terjemahan yang betul
untuk sekularisme adalah Al adiniyyah (tiada agama) dan Ad duniawiyah (keduniaan). Isu
sekarang adalah amalan sekularisme ditempat kerja, kebiasaannya melibatkan majikan dan
pekerja-pekerja. Sebagai contoh majikan tidak membenarkan pekerja memakai apa-apa yang
melambangkan simbol keagamaan atau bagi yang Islam, majikan tidak menyediakan surau
atau tidak membenarkan pekerja berhenti bekerja buat sementara untuk menunaikan solat
fardhu. Hal ini kerana yang tidak boleh memakai apa-apa perhiasan yang melambangkan
keagamaan kerana ingin menjaga keselamatan sebagai contoh warga india sering memakai
gelang merah di tangan sebab itu memang mengikut agama mereka tetapi boleh
mengakibatkan kecederaan berlaku di tempat kerja oleh itu, pihak majikan membuat undang-
undang untuk melarang daripada memakainya. Manakala yang islam tidak dibenarkan solat
mungkin kerana majikan bukannya orang Islam yang tidak dapat memahami amalan orang
Islam secara mendalam oleh itu majikan tidak menyediakan surau atau memberikan masa
untuk pekerja-pekerja solat sementara waktu. Isu Sekularisme ditempat kerja juga boleh
berlaku apabila keadaan tempat bekerja tidak mesra Islam dimana. Itulah antara isu-isu
sekularisme yang boleh berlaku ditempat kerja.

Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan tentang amalan sekularisme yang
berlaku di tempat kerja. Kemudiannya, Mengenalpasti apakah sebab berlakunya amalan
seularisme di tempat kerja. Akhir sekali, untuk Menganalisis jenis-jenis amalan sekularisme
yang berlaku di tempat kerja berdasarkan kaedah fiqh.
Rumusan

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh beberapa individu dan media, amat jelas
bahawa amalan sekularisme memberi impak yang negative kepada seseorang kerana
mengasingkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan. Ini adalah bertentangan dengan
prinsip agama kerana agama adalah asas panduan hidup seseorang dan amalan sekularisme
harus ditegah bagi memastikan keadilan bagi seseorang yang mempunyai agama dapat
mentaati akan agama mereka. Penulis juga ingin menunjukkan yang sikap sekularisme boleh
berlaku disebabkan individu itu sendiri yang lemah dalam mendalami ilmu agama dan tidak
mengambil berat tentang amalan sekularisme dan penulis juga ajukan kelemahan majikan
yang mengambil secara lewa tentang amalan sekularisme ditempat kerja. Selain itu, faktor-
faktor berlaku amalan sekularisme jugak penulis ajukan antaranya terlalu terpengaruh dengan
hiburan, kurangnya didikan agama dan moral atau terikut dengan kata-kata majikan atau
ketua ditempat kerja. Hal ini juga berkaitan majikan yang tidak mengambil kisah tentang
amalan sekularisme ditempat kerja sedangkan perkara itu tidak menyusahkan mana-mana
pihak dan majikan tidak tahu yang amalan moral dan keagamaan bagi pekerja kerana ianya
sebahagian daripada tuntutan agama dan kepercayaan yang perlu dilakukan oleh pekerja.

Sebagai majikan yang bertanggungjwab dia perlulah sentiasa mengambil tahu dan
menyediakan fasiliti untuk para pekerja melakukan amal ibadah mereka. Hal ini kerana, ia
akan memberikan kepercayaan kepada para pekerja untuk melakukan kerja dengan baik
kerana mempunya majikan yang mengambil tahu keperluan para pekerjanya. Hal ini, dapat
menguatkan tolenransi dan hubungan antara satu sama lain. Apabila kepercayaan telah
dicapai antara pekerja dan majikan maka organisasi dapat berjalan secara produktif dan
efecktif untuk mencapai visi dan misi sesebuah organisasi.
.

Anda mungkin juga menyukai