Anda di halaman 1dari 2

Pada 19 Februari 2011 yang lalu, kelas T1 SN3 telah mengelolakan satu pertandingan tenis yang antara rumah

sukan. Pertandingan tersebut telah diadakan di gelanggang tenis IPG Kampus Pulau Pinang yang bermula pada pukul 8:30 pagi. Pertandingan disertai oleh wakil-wakil pemain dari keempat-empat rumah sukan iaitu rumah Kenyalang, Rajawali, Enggang dan Helang. Setiap rumah diwajibkan menghantar wakil bagi kategori lelaki dan perempuan untuk pertandingan tenis perseorangan dan juga untuk beregu. 2 gelanggang telah digunakan untuk pertandingan ini agar masa dapat dijimatkan dan pertandingan berjalan dengan cepat kerana cara permainan liga telah digunakan pada kali ini. Pertandingan pertama telah dimulai dengan perlawanan antara rumah Helang dan Kenyalang untuk lelaki di gelanggang A manakala rumah Rajawali dan Enggang untuk perempuan di gelanggang B. Pertandingan bermula dengan baik pada kedua-dua gelanggang. Walau bagaimanapun, perlawanan tenis perseorangan lelaki berlangsung dalam jangka masa yang lama sehingga pengumuman pemenang pada permainan tersebut hanya mampu dilakukan setelah set 14. Walaupun begitu, perlawanan yang lebih pendek telah berlaku pada permainan tenis perempuan perseorangan. Hanya 8 set yang diperlukan sebelum mengetahui pemenang pada permainan pertama tersebut. Dalam permainan yang tidak tentu akan berakhir dalam jangka masa pendek itu, pihak pengelola telah mencadangkan agar permainan diteruskan pada waktu petang pula kerana cuaca yang begitu panas. Namun, kami sebagai pihak pengelola tetap memenuhi permintaan pemain-pemain agar meneruskan perlawanan sehingga kesemua perlawanan selesai. Hal ini jelas menunjukkan semangat bertanding yang dimiliki oleh setiap peserta untuk memberikan yang terbaik kepada rumah masingmasing. Bagi perlawanan kategori lelaki perseorangan, wakil dari rumah Enggang tidak menghadirkan diri pada waktu perlawanan. Justeru, pasukan Kenyalang dan Helang menang tanpa bertanding bagi kategori perseorangan lelaki. Manakala, bagi kategori perempuan, pasukan dari rumah Helang telah menarik diri setelah perlawanan pertama

bagi kategori beregu. Justeru pasukan dari rumah Helang dan Rajawali juga telah menang tanpa bertanding. Bagi kategori lelaki, perlawanan lelaki perseorangan antara rumah Rajawali dan Helang telah berlaku dengan sengit sekali. 14 set perlawanan telah berlangsung sebelum Helang diumumkan sebagai pemenang. Sebaliknya untuk kategori beregu, kesemua pasukan adalah sama hebat. Bagi kategori perempuan, persaingan yang paling sengit adalah antara rumah Helang dan Enggang dan juga antara rumah Enggang dan Kenyalang perseorangan yang mana masing-masing bertanding sehingga 14 dan 15 set perlawanan. Keputusan berlawanan berjaya diperoleh pada pukul 4.30 petang. Bagi lelaki perseorangan, tempat pertama dimenangi oleh rumah Kenyalang, diikuti oleh rumah Helang, Rajawali dan Enggang manakala bagi kategori perempuan, rumah Enggang telah menjuarai perlawanan diikuti oleh rumah Kenyalang, Helang dan Rajawali. Sebaliknya bagi kategori beregu lelaki, pasukan Enggang telah memenangi pertandingan. Naib johan jatuh kepada pasukan dari rumah Rajawali dan diikuti dengan rumah Kenyalang dan Helang. Bagi kategori perempuan beregu pula, pasukan rumah Kenyalang telah menjadi johan manakala naib johan ialah pasukan dari rumah Rajawali. Kemudian diikkuti oleh rumah Enggang dan Helang.

Anda mungkin juga menyukai