Anda di halaman 1dari 4

3.

0 SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan sesuatu permainan atau aktiviti sukan banyak bergantung kepada: a) Peraturan-peraturan asas persatuan itu. Ia juga bergantung kepada peraturan pertandingan pengajur semasa menganjurkan pertandingan tersebut. b) Kesesuaian acara yang dipertandingkan c) Kumpulan yang menyertai pertandingan itu d) Peringkat pertandingan ini dilaksanakan 3.1 Tujuan Pertandingan Memotivasikan pelajar untuk berlatih dan berusaha supaya memenangi pertandingan tersebut. Menentukan pencapaian seseorang pelajar Membuat pemilihan untuk pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi. Contohnya, pertandingan di peringkat sekolah untuk memilih wakil ke pertandingan peringkat daerah dan seterusnya. Membentuk sikap positif di kalangan pelajar Mengasah bakat dan kebolehan pelajar dalam kokurikulum.

3.2 Jenis-jenis Pertandingan Pertandingan sekali gusm (berdasarkan markah tertinggi) Pertandingan kalah mati Pertandingan kalah mati dengan sagu hati Pertandingan kalah mati dua kali Pertandingan bentuk piramid Pertandingan liga Pertandingan separuh liga Pertandingan bentuk tangga

3.3 Tiga Sistem Pertandingan Yang Dibincangkan 3.3.1 Sistem Sekali Gus Pertandingan diadakan sekali sahaja Individu / kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan pemenang Markah diberikan berdasarkan kriteria tertentu Contoh pameran, syarahan, malam kebudayaan, memasak dan pandu arah Contoh pertandingan ialah pertandingan perkhemahan, kawad kaki, aktiviti memasak , pandu arah dan pertandingan game show 3.3.2 Pertandingan Liga Menentukan pasukan terbaik dalam kejohanan Sistem pengiraan mata ditetapkan Tempoh kejohanan adalah panjang Liga boleh diadakan secara home and away / timbal balik Pasukan yang mempunyai mata tertinggi dikira pemenang. Faktor lain seperti jumlah jaringan, jumlah kena jaring dan jaringan tempat lawan juga dikira Contoh pertandingan ialah bola sepak, hoki dan bola keranjang.

3.3.3 Pertandingan Kalah Mati

Ia diadakan bagi pertandingan dengan masa terhad dengan pesertanya banyak Gelanggang / tempat permainan terhad Biasanya dilaksanakan acara dalam bidang sukan / permainan

3.3.3.1

Kalah Mati tanpa Bye Jumlah pasukan / peserta berasaskan lapan atau lebih 8, 16, 24, 32 dan seterusnya.....

3.3.3.2

Kalah Mati Dengan Bye Jumlah pasukan/ penyertaan tidak mencukupi atau melebihi asas lapan Bye bermaksud kumpulan atau pesertaperlu menunggu tanpa memasuki pusingan pertama Ia boleh terus bertanding dalam pusingan kedua dan seterusnya

3.3.3.3

Kalah Mati Dua Kali Memberi peluang kepada pasukan kalah meneruskan permainan Kemungkinan dua pasukan yang sama kuat bertanding pada peringkat awal Pesukan yang kalah dua kali akan tersingkir

Anda mungkin juga menyukai