Anda di halaman 1dari 80

PENGURUSAN GERKO

PERTANDINGAN
DEFINISI :
 Mengikut Johnson (1977), …pertandingan
adalah persaingan bersiri di mana peserta-
peserta yang mendapat skor yang tinggi
mengikut kriteria-kriteria tertentu dikenal
pasti sebagai pemenang pertandingan.
Pertandingan juga bertujuan menguji
kemahiran pesertanya dalam sesuatu bidang
atau kemahiran.
…suatu kaedah yang digunakan untuk
menentukan pemenang-pemenang
bagi satu-satu acara sukan atau aktiviti
pendidikan jasmani atau apa saja
aktiviti yang terdapat dalam aktiviti
kurikulum atau ko-kurikulum
Tujuan-tujuan pertandingan:
 untuk memberi peluang kepada ahli atau peserta dalam satu
pertubuhan atau pasukan atau sekolah menunjukkan bakat dan
nebolehan mereka dalam sesuatu acara yang dianjurkan.
 Sebagai usaha mengadakan kegiatan-kegiatan yang sihat antara
ahli-ahli atau pelajar-pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
Ini secara tidak langsung dapat menghindarkan mereka daripada
kegiatan yang merugikan diri.
 Sebagai menguji keupayaan dan kebolehan para peserta atau
para pelajar dalam sukan setelah mengikuti latihan dan tunjuk
ajar untuk sesuatu tempoh.
 Meningkatkan prestasi dan pelaksanaan ahli-ahli dalam sukan
atau permainan.
 Menyemaikan perasaan muhibah, perpaduan dan kerjasama di
antara ahli-ahli atau pelajar-pelajar dan juga pertubuhan-
pertubuhan atau sekolah-sekolah lain yang mempunyai tujuan
dan matlamat yang sama.
Sambungan tujuan diadakan pertandingan
 Melatih ahli-ahli atau pelajar-pelajar agar mempunyai disiplin dan
menghormati undang-undang.
 Memilih ahli-ahli, pelajar-pelajar atau pasukan yang layak dan
sesuai untuk mewakili pertubuhan atau sekolah dalam
pertandingan.
 Menilai rancangan-rancangan latihan yang telah dikendalikan oleh
satu-satu pertubuhan atau kelab.
 Untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta
apabila berdepan dengan peserta lain yang mungkin sebelum itu
tidak pernah dikenalinya.
 Untuk menguji keupayaan jurulatih
 Menguji sambutan orang ramai terhadap pertandingan.
 Mengukur keupayaan peserta, dan latihan untuk menghadapi
pertandingan yang lebih besar dan lebih mencabar pada masa
akan datang.
Sistem Pertandingan
 Jenis pertandingan yang dilaksanakan adalah
bergantung pada :

a. Undang-undang dan peraturan


b. Kesesuaian acara yang dipertandingkan.
c. Kumpulan yang menyertai pertandingan.
d. Peringkat pertandingan.
e. Kedudukan kewangan.
f. Tempat / gelanggang yang ada untuk
menjalankan pertandingan.
g. Jumlah masa yang diperuntukkan.
Antara jenis pertandingan yang digunakan
ialah:

 Pertandingan Sekali Gus.


 Pertandingan Kalah Mati.
 Pertandingan Kalah Mati dengan Sagu Hati.
 Pertandingan Kalah Mati Dua Kali.
 Pertandingan Bentuk Piramid.
Antara pertandingan ialah :
Sambungan :
 Pertandingan Liga.

 Pertandingan Separuh Liga.

 Pertandingan Bentuk Tangga.

 Pertandingan Bentuk Corong.

 Pertandingan Bentuk Serombong


Sistem Sekali Gus
 Pertandingan diadakan sekali sahaja
 Pertandingan digunakan dalam
persatuan, kelab atau unit beruniform.
 Pasukan yang bertanding diberi markah
berpandukan kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan.
 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi
diisytiharkan sebagai pemenang.
Sistem Sekali Gus
 Contoh pertandingan: perkhemahan,
kawad kaki, memasak dan sebagainya.
Kumpulan Dialog Mesej/ Pakaian Kerjasama Jumlah
(40%) OBJEKTIF (20%) (10%) (100%)
(30%)

A 29 24 14 7 74

B 28 23 14 7 72

C 32 25 17 8 85

D 29 23 15 7 75

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN


JOHAN: Kumpulan C
NAIB JOHAN: Kumpulan D
TEMPAT KETIGA: kumpulan A
Sistem Pertandingan Liga
 Pertandingan menggunakan sistem liga ini
bermaksud tiap-tiap pasukan akan bermain
dengan pasukan-pasukan lain.
 Sistem ini mengambil tempoh yang panjang.
 Mengambil masa yang lama terutamanya
apabila terdapat banyak pasukan menyertai
pertandingan itu.
 Johan yang diperolehi adalah memang
pasukan yang terbaik.
 Contoh: permainan bola sepak, hoki, bola
keranjang dan ragbi terutamanya pertandingan
di peringkat dunia.
Kebaikan Sistem Liga
 Tiap-tiap pasukan akan berpeluang bermain antara
satu dengan lain sama ada bermain sekali atau dua
kali.
 Memberi perluang kepada semua pasukan bermain lebih
banyak perlawanan.
 Memberi peluang kepada pasukan-pasukan membuat
penilaian tentang pemain-pemain pasukan sendiri atau
pasukan lawan dan kelemahan-kelemahan pasukan lawan.
 Memberi latihan pertandingan kepada pemain-pemain. Ini
kerana mungkin ada pasukan yang sudah tiada peluang
untuk menjuarai pertandingan itu.
 Minat pertandingan dikekalkan
 Betul-betul memunculkan juara; kurang berdasarkan nasib
sahaja.
Kelemahan Sistem Liga

 Memakan masa kerana ia memerlukan tempoh masa yang


panjang untuk dihabiskan.
 Memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak dari sistem
kalah mati dan ini akan membebankan pasukan-pasukan
yang bertanding.
 Kadang-kadang, johan telah diketahui sebelum pertandingan
tamat. Ini menjadikan perlawanan selepas itu kurang menarik
atau sekadar menghabiskan jadual pertandingan sahaja.
Langkah-langkah untuk menentukan jumlah
pasangan perlawanan dalam Sistem
Pertandingan Liga
 Bilangan atau jumlah perlawanan yang
harus diadakan dalam satu-satu
pertandingan menggunakan sistem liga
boleh ditentukan menggunakan formula.
 Jumlah bilangan peserta/pasukan yang
menyertai pertandingan ( N )
 Memberikan setiap peserta satu nombor
dan nombor ini akan digunakan untuk
mewakili setiap peserta dalam
pertandingan itu.
 Menentukan jumlah bilangan perlawanan
dalam pertandingan ( L )

L = N ( N-1 )
2

N = Jumlah bilangan peserta/pasukan


yang meyertai pertandingan

 Menentukan bilangan pusingan perlawanan


(M)
M=N-1

 Menyusun pasangan perlawanan


Penyusunan Pertandingan Mengikut
Pusingan Berangka Genap
 Jumlah bilangan pasukan
N=6

 Jumlah bilangan perlawanan L


= N ( N-1 ) = 6( 6-1 ) = 30 = 15
2 2 2

 Bilangan pusingan perlawanan M


= N-1 = 6-1= 5
 Penyusunan pertandingan bagi kumpulan atau peserta angka
genap adalah senang.

 Pertandingan dijalankan secara berpasangan.

 Jadual perlawanan ditentukan dengan pasukan nombor satu tidak


bergerak dan lain-lain nombor beredar di keliling nombor satu
hingga kombinasi yang mula didapati kembali.

1 - 2 1 - 6 1 - 5 1 - 4 1 - 3

6 - 3 5 - 2 4 - 6 3 - 5 2 - 4

5 - 4 4 - 3 3 - 2 2 - 6 6 - 5
Pusingan Pusingan Pusingan Pusingan Pusingan
Pertama Kedua ketiga keempat kelima

1 1 1 1 1
melawan melawan melawan melawan melawan
2 6 5 4 3

6 5 4 3 2
melawan melawan melawan melawan melawan
3 2 6 5 4
5 4 3 2 6
melawan melawan melawan melawan melawan
4 3 2 6 5

Jadual Penyusunan Pertandingan Mengikut


Pusingan Berangka Genap
 Pertandingan Liga boleh dilaksanakan apabila
bilangan penyertaan pasukan yang mengambil
bahagian berangka ganjil.

 Cara penyusunan bagi kumpulan yang ganjil


dapat dilakukan dengan mencukupkan
kumpulan supaya menjadi genap.
 Jika N adalah nombor ganjil, setiap pusingan
akan dijadualkan satu petanding mendapat bye.

 Bye bermaksud pasukan atau peserta yang


perlu menunggu tanpa memasuki pertandingan
pusingan pertama.

 Proses penyusunan pasangan perlawanan


dimulakan dengan kedudukan bye ditetapkan
pada setiap pusingan
Penyusunan Pertandingan Mengikut
Pusingan Berangka Ganjil

 Jumlah bilangan peserta/pasukan N = 5

 Jumlah bilangan perlawanan L


= N ( N-1 ) = 5( 5-1 ) = 10
2 2

 Bilangan pusingan perlawanan M = N = 5


 Untuk jumlah pasukan yang ganjil, mulakan dengan 1, dan
tuliskan nombor-nombor peserta lain dari kanan ke kiri.
 Misalnya bentuk liga tujuh pasukan

5 4 3 2 1

4 - 1 3 - 5 2 - 4 1 - 3 5 - 2

3 - 2 2 - 1 1 - 5 5 - 4 4 - 3

 Perhatikan bahawa, nombor menurun di kanan dan menaik di kiri.


 Pasukan nombor 5 dapat bye dalam pusingan pertama
dan pasukan lain bermain antara satu sama lain.
 Seterusnya pasukan 4 mendapat bye dan seterusnya.
Pusingan Pusingan Pusingan Pusingan Pusingan
Pertama Kedua ketiga keempat kelima

5 bye 4 bye 3 bye 2 bye 1 bye

4 3 2 1 5
melawan melawan melawan melawan melawan
1 5 4 3 2
3 2 1 5 4
melawan melawan melawan melawan melawan
2 1 5 4 3

Jadual Penyusunan Pertandingan Mengikut


Pusingan Berangka Ganjil
 Dengan jumlah pasukan yang genap, nombor satu tidak berubah,
manakala nombor-nombor lain berubah di sekeliling nombor satu.

 Dengan jumlah pasukan yang ganjil, dan pasukan yang di


belakang sekali tiap-tiap kali akan mendapat satu bye.

 Dengan jumlah pasukan yang ganjil, adalah serupa dari segi


jumlah pasukan dengan bilangan pasukan, iaitu lima pasukan akan
melibatkan lima pusingan perlawanan.

 Dengan jumlah pasukan yang genap, jumlah pusingan adalah


kurang satu daripada jumlah pasukan yang mengambil
bahagian.
 Setiap pasukan akan bertanding antara satu
sama lain dan markah atau „mata‟ akan
ditentukan.

Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

 Selepas pertandingan, pihak penganjur perlu


mengisi satu jadual keputusan pertandingan
untuk mengisi mata.
Pasukan Main Menang Seri Kalah Gol Gol Mata
Menang Tewas

Contoh Keputusan Pertandingan Liga


PERLAWANAN SET Mata
A B C D MATA KED
M K M K M K

D
Pertandingan Separuh Liga
 Dilaksanakan dalam sesuatu pertandingan sukan
dan permainan.

 Contohnya, bola sepak dan ragbi terutamanya di


peringkat antarabangsa seperti bola sepak piala
dunia.

 Pasukan dibahagikan kepada beberapa kumpulan


dan pertandingan diadakan secara sistem liga
dalam kumpulan pada peringkat awal.

 Johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan


bertanding secara kalah mati di peringkat kedua.
Kumpulan A Kumpulan B

A1(Johan) B1
A2 B2(Johan)
A3 B3
A4(Naib Johan) B4
A5 B5(Naib Johan)
A6 B6

Jadual Pertandingan Separuh Liga


VS A B C

VS D E F

E
•PUSINGAN PERTAMA
F
SISTEM SEPARUH LIGA
MANA KALA PUSINGAN
VS G H I
KEDUA DAN
G
SETERUSNYA SISTEM
H KALAH MATI
I

VS J K K

L
A1

B5 A1

B5

Tempat Ke -3 Johan

B2

A4 A4 B2

Menentukan tempat ke-3 dan Peringkat Peringkat Akhir


ke-4 Separuh
Akhir

Pertandingan Peringkat Separuh Akhir


dan Akhir
Pertandingan Kalah Mati
Sesuai digunakan apabila:
 masa pertandingan adalah terhad .

 jumlah penyertaan adalah besar.

 sumber kewangan terhad.

 tenaga kerja tidak mencukupi dan

 Tempat/gelanggang terhad.
Kebaikan Sistem Kalah Mati Sekali

 Menggalakkan perlawanan yang positif, bukan negatif


atau terlalu bersifat defensif.
 Lebih rancak dan menyeronokkan kerana terdapat
perlawanan akhir, dan separuh akhir sebelum ini. Ini
sudah tentu menemukan pasukan-pasukan terkuat.
 Menjimatkan masa dan tempoh pertandingan.
Kelemahan Sistem Kalah Mati Sekali

 Terdapat satu perlawanan sahaja jika sesebuah


pasukan mengalami kekalahan. Ini tidak memadai
dengan persiapan dan persediaan yang dilakukan.
 Pertemuan antara sesebuah pasukan atau peserta
dengan lawan bergantung kepada nasib cabutan undi.
 Kemungkinan pasukan yang menjadi juara, tidak benar-
benar handal kerana kemenangan yang dicapai
mungkin banyak bergantung kepada nasib yang
menyebelahi mereka dalam satu-satu perlawanan.
Kalah mati Tanpa “bye”
 Bilangan pasukan atau peserta berjumlah asas lapan.

 Bye bermaksud peserta/pasukan perlu menunggu tanpa


memasuki pertandingan pusingan pertama.

 Peserta/pasukan tersebut boleh memasuki ke peringkat


pusingan kedua.

 peserta atau pasukan bye akan terus bertanding


dengan peserta atau pasukan yang menang peringkat
pertama
A

E Johan

Carta Aliran Pertandingan Kalah Mati


Asas Lapan
Kalah Mati dengan bye
 bilangan pasukan atau peserta
tidak berjumpa asas lapan.
x 8

 9 ?
• Untuk melengkapkan jadual
pertandingan bukan asas lapan
bye perlu digunakan.
CARA PENGIRAAN BYE
 Bye ditentukan dengan menggunakan dua
ganda iaitu 2-kuasa satu 2-kuasa dua, 2 kuasa tiga, 2 kuasa empat …
 Pengiraan dilakukan dengan mengambil dua
ganda yang lebih besar daripada jumlah
penyertaan menolak jumlah penyertaan yang
ada.
 Bagi 9 peserta – byenya adalah
2-kuasa empat - 9
16 – 9 = 7 bye
bye
1
2
2 bye

3 bye 6

4 bye 3

5 bye
8

4
6
1
7
7
8 bye
5
9 bye

Carta Aliran Pertandingan bye


Sembilan Pasukan
Peraturan-peraturan untuk menentukan
pasukan atau peserta yang menunggu
dalam sesuatu Pertandingan Sistem Kalah
Mati dengan bye.
i. Penanti perlu diletakkan dalam pusingan
awal sahaja (pertama).
ii. Penempatan pasukan dan peserta hendaklah
ditentukan dengan pengundian dan
sismetrikal jika ia merupakan pertandingan
kali pertama.
iii. Jika ia adalah kelolaan kali kedua, penanti
yang merupakan johan dan naib johan tahun
lepas diletak dahulu dan yang lain melalui
pengundian.
Peraturan-peraturan:

 Pengundian akan diadakan.

 Setiap pasukan atau peserta terus bertanding


jika menang sehingga menjadi johan.

 Setiap peserta atau pasukan yang kalah akan


terus terkeluar daripada pertandingan sama ada
pertandingan peringkat pertama atau
seterusnya.
Pertandingan Kalah Mati
Dua Kali

 Dilaksanakan dalam bidang sukan dan


permainan.

 Pertandingan ini dapat memberi peluang


kepada pasukan atau peserta yang kalah pada
peringkat pusingan awal meneruskan
permainannya.
Pertandingan Kalah Mati
Dua Kali
 Keadaan ini dapat memberi peluang kepada pasukan
atau peserta berkenaan menunjukkan kebolehan dalam
dua perlawanan.

 Apabila pasukan atau peserta berkenaan mengalami


kekalahan dua kali, mereka tersingkir daripada
pertandingan tersebut.

 Seterusnya, pertandingan diadakan sehingga


keputusan bagi menentukan johan diperoleh.
 Carta aliran bagi kalah mati dua kali
Kebaikan-kebaikan
Pertandingan Liga Pertandingan Kalah Mati
Menghasilkan pemenang yang Menggalakkan perlawanan
multak. yang positif, bukan negatif
atau terlalu bersifat defensive.
Memberi kedudukan kepada Lebih rancak dan
peserta-peserta lain. menyeronokkan kerana
terdapat perlawanan akhir dan
separuh akhir sebelum itu.
Tiada seseorang akan Menjimatkan masa dan
disingkirkan atau dimatikan tempoh pertandingan.
sehingga habis pusingan itu.
Menggunakan gelanggang
dengan kerap dan berkesan.

Tidak perlu menunggu peserta


lain bermain kecauli berlawan.
Kelemahan
Pertandingan Liga Pertandingan Kalah Mati
Mengambil masa yang panjang. Terdapat satu perlawanan
sahaja, jika sesebuah pasukan
mengalami kekalahan.
Memerlukan perbelanjaan yang Pertemuan antara sesebuah
besar. pasukan atau peserta dengan
lawan bergantung kepada nasib
cabutan undi.
Menggunakan tenaga kerja yang Kemungkinan pasukan yang
banyak juara tidak benar-benar
handalsatu-satu perlawanan.
Peserta menjadi kurang minat
jika johan diketahui
sebelumpertandingan tamat
Risiko kecederaan kepada
peserta.
Sistem Cabar-Mencabar
 Pertandingan bentuk piramid, tangga, serombong, mahkota,
corong dan sarang labah-labah semuanya adalah jenis
pertandingan cabar-mencabar.
 Semua pertandingan cabar-mencabar menggunakan prinsip asas
yang sama, iaitu peserta yang berpangkat lebih bawah akan
mencabar peserta yang berpangkat lebih tinggi daripadanya
dengan tujuan menukar tempat pangkatnya.
 Dengan cara ini semua peserta akan cuba menaik pangkat
hingga mendapat tempat yang di atas sekali.
 Pertandingan ini memerlukan semua peserta
meneruskan pertandingan untuk satu jangka masa yang
tertentu.
 Tiada seorang peserta pun tersingkir
Sistem Piramid
Sistem Pertandingan Bentuk Corong
Sistem Pertandingan Bentuk Serombong
Penyediaan Awal
 Menyediakan Kertas Kerja
 Penubuhan Jawatankuasa Induk,
Kerja dan Pengelola
 Mengadakan mesyuarat-
mesyuarat Jawatanakuasa
pengelola
 Surat-menyurat
 Melaksanakan Pertandingan dan
 Mesyuarat „Post-Mortem”
Menyediakan Kertas Kerja
 Kertas kerja merupakan cadangan
dan perancangan bagi
melaksanakan
sesuatu aktiviti.
Beberapa perkara perlu dibincangkan dalam sesuatu
kertas kerja yang berkaitan dengan aktiviti
kokurikulum.

 Pendahuluan  Bayaran
 Objektif  Syarat-syarat
 Tema penyertaan
 Tarikh dan tempoh  Jawatankuasa Kerja
pelaksanaan  Jawatankuasa Kecil
 Tempat Pelaksanaan
 Dif perasmian  Perbelanjaan
 Bilangan penyertaan  Pendapatan
dan kategori  Penutup
Mengendalikan Semua
Surat-Menyurat
 Surat Siaran/ Surat Tawaran
 Surat kebenaran ibu-bapa
 permit pihak tertentu seperti polis
(perkhemahan, pengembaraan)
 Jabatan Pengankutan Jalan
 Persuruhjaya Daerah, Pengawai
Penjaga (OC), Pengerusi Daerah
 Kebenaran Ibu Bapa
 Peraturan Keselamatan
Anggaran Pembelanjaan
1. Jenis aktiviti dan pertandingan.
2. Bilangan hadiah dan pemenang.
3. Kos bagi setiap hadiah.
4. Makan minum pegawai, dif, peserta dan
sebagainya.
5. Kos tambang.
6. Sewa tapak dan penginapan (jika
berkhemah, melawat).
7. Cenderahati
8. Kain rentang, poster dan sebagainya
9. Sewa khemah dan sebagainya.
10. Bayaran pengadil
Atur Cara
 2.00 ptg : Ketibaan ibu bapa
 2.30 ptg : Ketibaan dif jemputan
 2.45 ptg : Ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri...
 2.50 ptg : Ucapan pengerusi majlis
 2.55 ptg : Doa oleh Ust. .....
 3.00 ptg : Ucapan Guru Besar En. ......
 3.15 ptg : Ucapan Yang Dipertua PIBG En .......
 3.30 ptg : Ucapan Pengarah Pendidikan Ybhg. Dato‟
......
 3.40 ptg : Pertandingan di sambung semula
 4.00 ptg : Upacara penyampaian hadiah kepada
pemenan
 5.00 ptg : Minuman dan bersurai
Buku Program
 dokumentasi kegiatan atau aktiviti
kokurikulum di sekolah.
 Satu salinan buku program
disimpan di dalam fail.
 Muka surat dan helaian buku
program tersebut boleh
diubahsuai dengan jenis aktiviti.
Perkara Dalam Buku Program
 Kulit hadapan (mengandungi tajuk aktiviti, tarikh dan
masa, tempat, nama dif perasmian dan cogan kata).

 Kata alu-aluan (Pejabat Pendidikan Daerah,


Pengetua/Guru Besar, Pengerusi Jawatankuasa
Kerja/Pengelola)

 Senarai nama Jawatankuasa Kerja/Pengelola dan


Jawatankuasa Kecil.

 Program/Jadual keseluruhan aktiviti.

 Atur cara majlis perasmian.

 Iklan (jika ada).


Peraturan Dan Langkah
Keselamatan
 Apabila menganjurkan sesuatu
pertandingan di sekolah, pihak penganjur
perlu mengambil
kira peraturan dan langkah-langkah
keselamatan.
Peraturan Dan Langkah-langkah
Keselamatan

Ia dibahagikan kepada 3 bahagian

 1) Peserta

 2) Penonton

 3) Jurulatih dan Pegawai Sukan


Peserta perlu:

 Mematuhi semua peraturan dan undang-


undang permainan.
 Menghormati keputusan pengadil
 Mematuhi arahan jurulatih.
 Menjaga disiplin dan maruah diri semasa
perlawanan.
 Menjaga imej dan nama baik keluarga dan
sekolah.
 Menghormati pasukan lawan.
Peserta perlu:
 Mematuhi semua peraturan dan undang-
undang permainan.
 Bermain dengan tenang dan tidak
mengikut emosi.
 Bermain dengan adil dan berlaku jujur.
 Elak daripada bermain kasar.
 Bermain sebagai satu pasukan.
Penonton perlu:
 Menghormati keputusan pengadil.
 Menghormati pemain dan pegawai
pertandingan dan pegawai
keselamatan.
 Menjada disiplin dan maruah diri.
 Menjaga imej dan nama baik keluarga dan
sekolah.
 Menjaga kebersihan padang atau tempat
pertandingan.
Jurulatih dan Pegawai Sukan:
 Mematuhi peraturan dan undang-
undang permainan setiap masa.
 Menerapkan semangat kesukanan dalam
diri semua atlet.
 Memastikan keselamatan dan
kebajikan pemain.
 Menghormati permainan yang bersih.
Sebelum Pertandingan Dilaksanakan

 Taklimat mengenai aktiviti pertandingan yang


dilaksanakan.
 Taklimat dan mesyuarat dengan guru
penasihat atau jurulatih .
 Memberi peluang dan masa untuk membuat
latihan asas.
 Mengetahui latar belakang peserta .
 Menyediakan kemudahan alat kecemasan .
Sebelum Pertandingan Dilaksanakan
 Memikirkan perkara yang boleh
menyebabkan kemalangan.
 Kebenaran pihak tertentu perlu diperoleh.
 Kebenaran ibu bapa dan penjaga
perlu diperoleh.
 Menyediakan borang-borang markah
Sebelum Pertandingan Dilaksanakan

 Memastikan semua alat pertandingan yang


digunakan selamat .

 Menyediakan hakim, pegawai dan


urusetia yang seimbang dan cukup .
Semasa Melaksanakan Pertandingan

 Memastikan tempat dan peralatan


pertandingan selamat digunakan.
 Memastikan pegawai/ pengadil/ hakim
sentiasa berada di tempat pertandingan.
 Mengedarkan borang pemarkahan kepada
pengadil/ hakim.
 Memastikan semua peserta melapor diri
Semasa Melaksanakan Pertandingan

 Menyediakan peralatan pertandingan yang


secukupnya.
 Mengawasi dan memantau
pelaksanaan pertandingan.
 Memastikan langkah-langkah
keselamatan telah diambil.
 Memberi taklimat kepada peserta .
 Memastikan peserta memakai pakaian
yang selesa dan sesuai
Semasa Melaksanakan Pertandingan
 Membuat pemeriksaan yang rapi
terhadap alat-alat yang digunakan.
 Menunjuk ajar teknik menggunakan alat
dengan betul.
 Memastikan hakim dan pegawai yang
mencukupi.
 Memastikan pegawai dan hakim mengisi
borang-borang markah.
 Menyemak bilangan peserta cukup .
Semasa Melaksanakan Pertandingan

 Memastikan semua peserta adalah sihat.


 Mengemas kini borang-borang markah
dan memberitahu keputusan kepada
peserta.
 Memastikan peralatan yang digunakan
adalah cukup seperti asal dan tidak ada
yang tertinggal.
Selepas Pertandingan Dilaksanakan

 Membersihkan kawasan yang digunakan.


 Membayar semua bil dan pembelanjaan.
 Memastikan barang-barang/ peralatan yang
dibawa cukup.
 Memastikan semua peralatan yang
dipinjam dipulangkan.
Selepas Pertandingan Dilaksanakan

 Memastikan semua peralatan dan barang


disimpan di tempat yang asal.
 Menyampaikan hadiah, cenderahati dan sijil
kepada peserta.
 Membuat laporan.
 Menghantar surat penghargaan.
Penilaian, Pelaporan dan
Post Mortem
 Penilaian sesuatu pertandingan boleh
dilaksanakan secara formal dan tidak
formal.

 Formal : Borang soal selidik

 Tidak formal : Perbualan


Penilaian, Pelaporan dan
Post Mortem
 Membincangkan isu yang berkaitan dengan
peranan dan tugas jawatankuasa mereka.

 Kadangkala setiausaha boleh


memanggil semua jawatankuasa
bermesyuarat post- mortem serentak .
Penilaian, Pelaporan dan
Post Mortem
 Selepas itu, setiausaha perlu membuat
laporan lengkap. Antara kandungan
laporan pertandingan ialah :
• Pengenalan (jenis pertandingan, tempat
dan masa)
• Dif Jemputan
• Atur cara pertandingan
Penilaian, Pelaporan dan
Post Mortem
• Jawatankuasa Pengelola dan
Jawatankuasa Kecil
• Senarai nama hakim dan Jawatankuasa
Kecil
• Penyertaan
• Keputusan pertandingan bagi setiap acara
• Laporan bagi setiap Jawatankuasa Kecil
Penilaian, Pelaporan dan
Post Mortem
• Cadangan-cadangan
 Selepas laporan, satu mesyuarat
Jawatankuasa Pengelola boleh diadakan
bagi membincangkan laporan tersebut,
laporan yang siap perlu disimpan untuk
rekod dan menjadi rujukan untuk
pertandingan pada tahun-tahun berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai