Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN SISTEM KALAH MATI

Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang atau juara dalam sesuatu jenis
sukan disamping untuk memberi keseronokan. Pertandingan juga diwujudkan khas untuk
mencari, menilai dan memiih pemain yang berpotensi serta berkemahiran dalam permainan
tersebut.

Sesuatu pertandingan boleh dijadikan dengan menggunakan beberapa system pertandingan


yang berbeza. Antaranya ialah system liga, kalah mati, cabar-mencabar dan lain-lain. Namun
begitu, beberapa aspek lain perlu diambil kira sebelum menentukan system pertandingan
yang harus digunakan dalam sesuatu kejohanan. Antaranya :

 Masa yang diperuntukkan


 Alatan dan kemudahan yang ada
 Kewangan
 Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan
 Penentuan pemenang yang sah
 Agihan perlawanan yang adil
 Jenis pertandingan.

SISTEM KALAH MATI

Sistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali sahaja.
Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan meneruskan
pertandingan sehingga diisytiharkan sebagai johan.

KELEBIHAN SISTEM KALAH MATI

 Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta.


 Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untuk pertandingan-
pertandingan akan datang.
 Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat
 Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad
 Mampu menerima penyertaan yang banyak
 Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan
KELEMAHAN SISTEM KALAH MATI

 Peserta hanya bertanding sekali sahaja


 Penggunaan kemudahan yang minimum
 Penentuan pemain pilihan adalah penting
 Separuh daripada peserta akan tewas pada peringkat awal.

Langkah pengelolaan pertandingan adalah seperti berikut:

a) Bilangan peserta menunggu (bye)

Jadual perlawanan dapat disusun dengan mudah sekiranya jumlah pasukan yang
mengambil bahagian dalam angka pangkat dua atau angka kuasa dua. Sebagai
contoh 2, 4, 8, 16, 32, 64 dan 128.

Formula sistem kalah mati:

Cara mengira jumlah perlawanan :

=N–1

Cara mengira bilangan bye :

= kuasa dua (2 𝑛) – N, n=1,2,3,4,5…..

Cara mengira jumlah perlawanan dalam pusingan pertama:

= N-bye

*N merujuk kepada jumlah peserta yang bertanding


Perbandingan bilangan penyertaan pasukan dengan penggunaan angka kuasa 2 untuk
mendapat bye. Angka kuasa 2 mestilah melebihi jumlah pasukan yang mengambil bahagian.

Peserta menunggu adalah dari kalangan johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat dalam
pertandingan sebelumnya.

b) Penempatan pasukan pilihan

- Peserta pilihan di tempatkan simetri.


- Jika terdapat dua peserta menunggu maka peserta menunggu pertama akan
diletakkan di bahagian atas dan peserta kedua akan diletakkan di bahagian bawah.
- Jika terdapat 4 peserta, peserta menunggu pertama dan keempat berada di dalam
kumpulan atas manakala peserta menunggu kedua dan ketiga akan berada di dalam
kumpulan bawah.
- Sekiranya peserta menunggu itu dalam angka ganjil, maka penanti seterusnya mesti
diletakkan di bawah kumpulan bawah.
Carta perlawanan untuk 12 pasukan

SISTEM KALAH MATI SEKALI

Sistem ini digunakan apabila masa, pegawai pertandingan, kemudahan tempat dan peralatan
serta perbelanjaan adalah terhad. Menggunakan sistem kalah mati sekali juga kerana terlalu
ramai penyertaan. Sistem ini juga dijalankan untuk pusingan kedua atau pusingan akhir
selepas pertandingan secara liga dijalankan pada peringkat awal. Setiap peserta akan diundi
untuk menentukan lawan masing-masing. Pemenang akan mara ke pusingan berikutnya,
yang kalah tidak berpeluang bermain lagi. Jika perlawanan berakhir dengan seri,biasanya
masa tembahan diberikan.Jika masih seri biasanya undian atau percubaab jaringan diberikan
untuk menetukan pemenang.

Penentuan Bilangan Perlawanan

- N-1 iaitu menolak 1 daripada jumlah yang mengambil bahagian.


- Contohnya, jika jumlah pasukan bertanding ialah 4, jumlah perlawanan ialah 3 iaitu
4-1=3, pasukan akan bertemu secara berpasangan mengikut undian seperti di
bawah.

Susunan Jadual Perlawanan

- Pasukan-pasukan yang berjumlah kuasa 2 akan bertemu berpasanagn menurut


undian. Seperti contoh di bawah:

Jika dalam sesuatu pertandingan, jumlah pasukan ialah 4,8,16,32,64,128 dan sebagainya, ia
tidak memerlukan pasukan menunggu (bye).

Susuanan Perlawanan

Jika 4 pasukan bertanding, tiada masalah untuk mengadakan pertandingan kalah mati.
Susunan Perlawanan

Jika jumlah pasukan bertanding jadual perlawanan seperti berikut:

Susunan Perlawanan

Jika 6 pasukan bertanding jadual perlawanan dengan 2 bye seperti berikut:

8 pasukan (8-6)= 2 bye

Jika bye adalah genap hendaklah diletakkan sama rata di bahagian atas dan bawah. Carta
bilangan perlawanan pertandingan kalah mati 6 pasukan dengan 2 bye.

Susunan Perlawanan

Jika bilangan bye adalah ganjil satu lagi bye hendaklah ditambah di bahagian bawah seperti
berikut:
5pasukan (8-5)=3 bye

Carta bilangan perlawanan pertandingan kalah mati 5 pasukan dengan 3 bye.

Susunan Perlawanan

Jumlah perlawanan kalah mati melibatkan 12 pasukan seperti berikuti:

12 pasukan (16-12)= 4 bye

Carta bilanagan perlawanan pertandingan kalah mati 12 pasukan dengan 4 bye.

Susunan Perlawanan

10 pasukan (16-10)=6 bye

Carta bilangan perlawanan pertandingan kalah mati 10 pasukan dengan 6 bye.

Susunan Perlawanan (Susunan bye secara blok)


Carta bilangan perlawanan pertandingan kalah mati 10 pasukan dengan 6 bye.

Susunan Perlawanan (Susunan bye secara selang seli)

26 pasukan (32-26)=6 bye

SISTEM KALAH MATI DUA KALI

Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk bertanding sekurang-
kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus daripada pertandingan. Peserta yang kalah masih
berpeluang menjadi johan dan hanya tersingkir setelah mengalami kekalahan kedua. Peserta
yang menang pada peringkat awal akan maju ke kanan (kumpulan pemenang) manakala
peserta yang kalah pula ditempatkan ke sebelah kiri (kumpulan kalah).
Prinsip asas sistem ini ialah membenarkan dua peserta yang pernah bertemu di
peringkat awal untuk bertemu semula bagi kali kedua setelah mereka menang di kumpulan
masing-masing sehingga bertemu lagi di peringkat akhir.

Kelebihan

- Peserta berpeluang bertanding sebanyak dua kali


- Peserta yang kalah sekali masih berpeluang menjadi johan
- Dapat memilih pemenang yang sebenar
- Penentuan peserta menunggu tidak diperlukan

Kelemahan

- Memakan masa yang lebih panjang berbanding sistem kalah mati sekali.
- Perlawanan banyak, oleh itu memerlukan perlawanan yang banyak
- Jadual perlawanan yang kompleks dang mengelirukan

Carta pertandingan kalah mati dua kali untuk lapan peserta

Anda mungkin juga menyukai