Anda di halaman 1dari 21

KEMAHIRAN PERKHEMAHAN

(KEBUDAYAAN)
NYANYIAN/LAGU PERKHEMAHAN
TUJUAN
• Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi Negara
dan negeri mengikuti protocol yang betul.
• Menanamkan semangat patriotik dan cintakan Negara semasa
menyanyikan lagu patriotik.
• Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni kata
lagu KRS dengan baik.
PELAKSANAAN AKTIVITI
Panduan Mengajar Nyanyian
• Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang
pendek, mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan
melodinya. Melodi, irama dan lirik yang menarik senang diingati.
• Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih
sebelum mengajar kepada para kadet.
• Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya.
• Nyayikan lagu dengan pic yang senderhana tidak terlalu tinggi atau
terlalu rendah.
• Para jurulatih perlu bernyayi dalam keadaan menghadap para kadet
supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
• Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta
sebutannya walaupun mengunakan bahasa lain atau dialek daerah.
LAGU-LAGU RASMI NEGARA
• Lagu-lagu rasmi Negara merupakan lagu-lagu yang wajib dihafal dan
dihormai oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
agama.
• Para jurulatih harus memastikan para kadet mampu menyanyikan
lagu rasmi Negara ini.
• Para jurulatih juga harus memberi penjelasan tentang protokol lagu-
lagu rasmi Negara ini.
LAGU KEBANGSAAN
LAGU NEGERI JOHOR
LAGU KADET REMAJA
PERMAINAN
API UNGGUN
• Api unggun adalah api yang dinyalakan di tempat terbuka.
• Api unggun dinyalakan saat malam hari.
• Cara membuat iaitu dengan membakar kayu-kayu kering. Kayu-kayu
tersebut dapat kita kumpulkan dari guguran ranting pohon sekitar.
• Kumpulan kayu tersebut dibentuk menyerupai lingkaran kecil.
Setelah dibakar, duduklah bersama mengelilingi api unggun itu.
ICE BREAKING
ICE BREAKING
• Bertujuan untuk membantu kumpulan untuk memulakan proses
membentuk diri mereka ke dalam pasukan.
• Permulaan perbualan biasanya dibentangkan sebagai permainan
untuk “memanaskan” kumpulan dengan membantu ahli-ahli
mengenali antara satu sama lain.
• Mereka sering memberi tumpuan kepada berkongsi maklumat
peribadi seperti nama, hobi dan lain-lain.
TARIK TALI
• Pertandingan melibatkan dua regu dengan 5 atau lebih peserta.
• Dua regu bertanding dari dua sisi berlawanan dan semua peserta
memegang erat seutas tali.
• Di tengah-tengah terdapat garisan.
• Masing-masing regu berupaya manarik tali sekuat mungkin agar regu
yang berlawanan melepasi garis batasan.
• Regu yang melepasi garis batasan dikira kalah.
• Taktik permainan terletak pada penempatan pemain, kekuatan Tarik
dan pertahanan tumpuan kaki di tanah.
• Pada umumnya pemain dengan kekuatan paling kuat ditempatkan di
hujung tali untuk Manahan hujung tali ketika bertahan atau
menghentak pada saat penarikan.
“Baloo” di mana kamu
• ALATAN: Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung.

• Ahli membuat satu bulatan dan duduk.


• Dua orang dipilih, seorang dipanggil “Baloo” dan seorang lagi bergelar
“ Mowgli”.
• Mowgli diberikan surat khabar yang berulang untuk dijadikan sebagai
pemukul dan matanya ditutup dengan skaf.
• Baloo dihendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa
pengetahuan Mowgli.
• Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya “Baloo,
di mana kamu?” dan boleh memukul dengan gulungan surat khabar
itu sebanyak 3 kali sahaja.
• Baloo hanya menjawab “di sini” setiap kali mendengar pertanyaan
Mowgli.
• Baloo boleh mengelek pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak
dari tempatnya.
LAKONAN BISU
• ALATAN : Kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gerak kerja
yang perlu dilakukan oleh ahli).

• Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut


satu kertas.
• Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan
patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.
MALAM KEBUDAYAAN
CONTOH-CONOH TEMA MALAM
KEBUDAYAAN
• Tarian Balywood
• Sketsa watak P.Ramlee (Nujum Pak Belalang/ Ali Baba Bujang Lapuk/
Anakku Sazali/ Pendekar Bujang Lapok)
• Sketsa Pantun
• Pertunjukan Fesyen
• Tarian Trandisional
• Sketsa Cerita Rakyat seperti Si Tanggang Anak Derhaka/ Batu Belah
Batu Bertangkup/ Pak pander Mak Andeh
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai