Anda di halaman 1dari 16

Pertandingan kalah mati

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta


atau pasukan yang kalah.

Proses ini akan berterusan sehingga hanya


terdapat seorang atau satu pasukan peserta
yang tinggal.

Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati


iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua
kali.
(a) Kalah mati sekali
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan.
Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan
tersingkir .

Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan


yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa,
sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan
sumber manusia.

Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan


sesuatu pasukan atau peserta.
LANGKAH PENGELOLAAN PERTANDINGAN
(i) Bilangan peserta menunggu/bye
Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan
ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda
dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.
Cara mengira bilangan bye:

=kuasa dua ( = 1,2,3,4,5…..

Cara mengira jumlah perlawanan dalam pusingan pertama:


=

Cara mengira jumlah perlawanan:


=N-1

N merujuk kepada jumlah peserta yang bertanding


 
Angka Jumlah pasukan Jumlah pasukan
pangkat 2 yang mengambil menunggu atau bye
bahagian
)

2 -

3 1

4 -

5 3

6 2

7 1

8 -

9 7

10 6

11 5
Contohnya: 12 pasukan bertanding
Bilangan penyertaan 12 pasukan

Angka pangkat dua yang melebihi bilangan

penyertaan 16
Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan

penyertaan
16-12 = 4
Hasil tolak adalah bilangan peserta
menunggu/’bye’
Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama
banyak di antara kumpulan atas dan
kumpulan bawah.

Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan


pusingan ialah 4. Ini bermakna peserta johan
akan berlawan sebanyak 4 pusingan.
ii) Bilangan perlawanan
Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira
dengan cara menolak angka 1 daripada jumlah
peserta atau pasukan
= N- 1

(iii) Penempatan pilihan atau ‘seeded’


Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan
secara adil dengan sebarannya yang menyeluruh.
Panduan menempatkan peserta pilihan dalam
pertandingan kalah mati adalah seperti berikut :
Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara
simetrikal
Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah
sekali dan satu lagi di atas sekali
Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu
digunakan
Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam
kumpulan atas.
Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam
kumpulan bawah.
Jika terdapat 4 peserta, peserta menunggu pertama dan
keempat berada di dalam kumpulan atas manakala
peserta menunggu kedua dan ketiga akan berada di
dalam kumpulan bawah.
Sekiranya peserta menunggu itu dalam angka ganjil,
maka penanti seterusnya mesti diletakkan di bawah
kumpulan bawah.
-> Kelebihan.
1. Format mudah difahami.
2. Mampu menerima penyertaan yang
banyak.
3. Bilangan perlawanan yang sedikit.
4. Memerlukan kemudahan yang sedikit.
5. Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan.
6. Pemenang dapat ditentukan dengan cepat
-> Kelemahan.
1. Perserta atau pasukan bertanding sekali
sahaja
2. Separuh daripada peserta atau pasukan
akan tewas pada peringkat awal
pertandingan.
3. Penggunaan kenudahan secara minimum.
4. Penentuan pemain pilihan adalah penting.
5. Pemenang pada peringkat awal tidak
semestinya peserta atau pasukan pilihan.
(b) Kalah mati dua kali
Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap
peserta bermain sekurang-kurangnya dua kali
sebelumtersingkir terus dari pertandingan. Peserta
yang menang di peringkat awal akan memaju ke
kanan untuk menjadi johan manakala peserta yang
kalah ditempatkan ke kiri.
Sekiranya pemenang pertandingan datang dari
kumpulan yang telah kalah sekali, maka pasukan yang
tewas boleh meminta satu lagi perlawanan.
Contoh Format pertandingan kalah mati 2 kali .
Jika dalam pertandingan ini 2 yang memenangi pertandingan akhir,
maka 2 akan menyandang JUARA/JOHAN, tetapi jika 1 yang
memenangi pertandingan akhir, maka 2 berhak memohon untuk
bertanding semula bagi menentukan JOHAN.
-> Kelebihan.
1. Peserta bertanding sebanyak dua kali.
2. Peserta yang kalah sekali masih
berpeluang menjadi johan.
3. Dapat memilih pemenang yang
sebenar.
4. Penentuan peserta menunggu tidak
diperlukan.
-> Kelemahan.
1. Memakan masa yang lebih panjang.
2. Perlawanan banyak, oleh itu
memerlukan gelangang yang banyak.
3. Jadual pertandingan yang kompleks
dan mengelirukan.

Anda mungkin juga menyukai