Anda di halaman 1dari 8

Jenis-jenis teater berdasarkan hubungan antara pertunjukan dengan penontonnya ( HAM,

Roderick, 1972, Theatre Planning, The Architectural, London )



HUBUNGAN
PENONTON
DENGAN
PERSEMBAHAN
Tipe arena
(Di mana penoton mengelilingi
pertunjukan, tidak
memerlukan penghayatan
yang serius)
Tipe Transverse
(Merupakan perkembangan
dan variasi dari tipe arena,
dimana penonton duduk pada
dua sisi yang berlawanan
menghadap panggung)
Tipe arena
(Merupakan variasi dari tipe
arena, dimana pemain atau
aktor/aktris dapat ke naik ke
pentas tanpa melalui ruang
penonton)
Tipe arena
(Di mana penonton
menyaksikan pertunjukan
dalam satu arah. Luasan
pentas kecil.
Tipe Procenium
(Merupakan perkembangan
tipe arena akibat
kurangnya luasan panggung.
Penonton menyaksikan
pertunjukan dalam satu arah
di depan pentas.
Tipe Calliper
Stage/Extended Stage (Di
mana pertunjukan mengelilingi
sebahagian dari penonton)
JENIS PERTUNJUKAN TEATER

Konsep teater dalam pendidikan



JENIS-JENIS TEATER


DEFINISI TEATER


Perkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang
membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani
( greek tua ).
Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua
unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon
dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang
dipisahkan oleh ruang dan waktu.
Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan
kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas
dan ahli persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor.
Suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis
dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di
dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan
khalayak.
AKTIVITI TEATER

SIMULASI DAN
IMPROVISASI
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan
sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi.
Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik
darjah. Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan
murid.
BERCERITA
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber
hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.Latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
TEATER
PEMBACA
Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.Teater
pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan
aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.
Pelakon tidak perlu menghafal dialog.Persembahan sepenuhnya membaca teks.Penggunaan suara,
sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami,
menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
TEATER
BERCERITA
teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.
Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
BONEKA
objek yang digerak, dilakon oleh pemain sama ada sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej.
pemain akan menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi
boneka tanpa sebarang dialog
TETAMU
DALAM AKSI
Teknik ini dilaksanakan untuk merangsang peserta mencerna idea bagi tujuan membina dialog,
mengumpul dan menyampaikan semula maklumat yang didengar, membina cerita atau
menghasilkan karangan berdasarkan kisah seorang tetamu yang diundang.
Peserta akan digalakkan mengutarakan soalan-soalan untuk mengetahui tetang diri tetamu
undangan , menganalisis perwatakan dan menulis karangan berbentuk atau puisi berdasarkan idea
yang dicernakan hasil dialog dengan tetamu undangan.

Anda mungkin juga menyukai