Anda di halaman 1dari 2

TEKNK TEATER PEMBACA

Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip


pendek.
Teater pembaca dikenali sebagai 'teater minda' kerana audiens dibiar untuk
membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik
daripada pembaca.
Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi.
Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza.
Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan.
Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam
dimensi yang luas.
Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan lancar.
Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di
samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita.
Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka.
Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid
yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita
yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog.
Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung
jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat.
Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh
bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton,
manakala pelakon membaca cerita masing-masing.
Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan
oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada
dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.
Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah
pelakon yang wataknya sedang dibacakan.
Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan.
Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu
tempat lain.
Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip
tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

Anda mungkin juga menyukai