Anda di halaman 1dari 8

TEATER PEMBACA

Teater pembaca adalah satu aktiviti drama yang melibatkan sekumpulan pelajar membaca sebuah cerita dengan intonasi yang betul disertai dengan penghayatan yang tinggi. Aktiviti yang dapat menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami. Aktiviti yang mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka bagi membantu pelajar memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan mereka.

Teater pembaca (TP) merupakan cara menghidupkan sebuah buku cerita atau skrip Merupakan asas latihan sebuah pementasan teater yang sebenar Pelakon tidak perlu menghafal dialog kerana persembahan sepenuhnya membaca teks Aspek yang menjadikan TP sebuah pementasan adalah apabila pembacanya

Mengkombinasikan dengan nada, intonasi, gerak aksi terbatas atau ekspresi pelakon TP juga melibatkan bantuan daripada beberapa orang chorus atau suara latar seperti kesan bunyi, lagu dan sebagainya daripada penonton atau sekumpulan ahli TP sesuai untuk melatih ketrampilan berbahasa kerana melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja sesuai dengan watak

TP tidak melibatkan set dan prop yang berat Guru hanya perlu menyedia prop mudah seperti tanda yang boleh memperkenalkan identiti watak seperti tanda nama atau pakaian di kepala yang diperbuat daripada kertas araupun bahan yang terbuang

PROSEDUR PELAKSANAAN TP
o Beberapa orang murid dipilih untuk memainkan watak berdasarkan jumlah pelakon dalam skrip o Seorang pencerita dipilih untuk membaca bahagian penceritaan atau naratif dalam skrip o Sebelum TP bermula, guru harus menyediakan ruang lakon di hadapan kelas atau ruang yang menghadap penonton

o Pelakon boleh duduk di atas kerusi atau berdiri o Pembaca ditempatkan di bahagian tepi kiri atau kanan, manakala pelakon lain di bahagian tengah mengadap penonton o Skrip boleh dilekatkan pada kad atau fail atau alas yang keras dan sediakan ruang untuk memasukkan sebelah tangan/jari. Ini untuk memudahkan pelakon membaca dan menggerakkan tangan yang sebelah lagi

o semasa aktiviti TP dilaksanakan, pelakon akan membaca dialog mengikut urutan dalam skrip o Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membacakan dialog dengan penuh perasaan, seolah-olah berlakon di atas pentas. o Selesai membaca skrip, dia akn berundur semula ke tempat asal.

o seorang pelajar juga boleh diminta untuk melaksanakan tugas sebagai pembantu teknik untuk mengarahkan penonton terlibat membantu dari segi kesan bunyi atau chorus seperti lagu dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai