Anda di halaman 1dari 29

NORMISLINA BT MOKHTAR SAZALI SAMPAM NORASIKIN BT IZNAN

TEKNIK DRAMA
Sir John Pollock (1958) - satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan.

simulasi
pentomin

mimos

dikon

Teknik drama

arca

improvisasi
mestamu Main peranan

MIMOS
Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti. Bahan untuk aktiviti : -Kisah pendek, bahagian bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang lengkap.

Contoh aktivti mimos : i.Individu Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar. a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang. b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat. ii. Berpasangan Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku (aksi spontan) dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi pelakon)

ARCA

Mengikut Kamus dewan edisi keempat : - Patung yang menyerupai seseorang. - Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera. - Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal.

- Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera.

IMPROVISASI
Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian , keadaan/situasi dalam kehidupanseharian. Contoh aktiviti :

Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal berdekatan dan selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi malas di beranda rumahnya. Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa bersedih sejak ditinggalkan oleh anak lelaki tunggalnya yang kaya.Namun perempuan tua itu percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua wang untuk perkahwinan anaknya kelak.

MAIN PERANAN

Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi.

Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Contoh situasi: a) Situasi menziarahi orang sakit b) Situasi di pejabat sekolah.

SIMULASI

Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan di dalam bilik darjah.

Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang dilakukan murid. Contoh aktiviti :
a) Memandu kapal terbang b) Menerima rawatan di wad kecemasan

TEATER BERCERITA
Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara pencerita dengan pelakon. Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan. Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadikan cerita lebih menarik. Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh pencerita.

PENTOMIN

Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang mengiringi lakonan tersebut. Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk menghafal dialog.

Contoh aktiviti : -Peristiwa malam kemerdekaan negara

MESTAMU

Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. Melodi lagu yang diminati /popular digantikan dengan dengan lirik sajak atau puisi yang dipelajari.

Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.


Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.

DIKON

Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi. Teknik ini sesuai untuk sajak.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis..

KESAN / TUJUAN PERMAINAN BAHASA: merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran

bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

FAKTOR KEBERKESANAN PERMAINAN BAHASA


Faktor situasi Faktor peraturan permainan Faktor pemain Faktor pemimpin permainan

CONTOH PERMAINAN BAHASA


Sisip Suku Kata Bentuk Kata Awal Dan Akhir Sampaikan Pesanan Ganda Huruf Dan Sinonim DLL

TEKNIK LATIH TUBI


Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataanperkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
1. Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

2. Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukumhukum bahasa daripada semua aspek. 3. Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

4. Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. 5. Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik

Langkah menjalankan teknik latih tubi


Guru perlu * gunakan latih tubi mengikut pilihan 5 aspek pembelajaran yang hendak ditekankan. * memastikan murid memahami tujuan latih tubi. * memastikan latih tubi dijalankan dengan teratur serta tepat. * menentukan latih tubi tidak dijalankan terlalu lama supaya kebosanan murid dapat dielakkan. * gunakan pertandingan untuk menjadikan latih tubi itu berkesan dan lebih menarik. * mewujudkan peluang murid melakukan apa yang telah dikuasai melalui latih tubi seperti melakukan aktiviti bersama rakan sebaya.

kesimpulannya
Teknik latih tubi amat berguna serta sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. Sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.

TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

LANGKAH LANGKAH BERCERITA


Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objekobjek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan bahan (kad-kad perkataan, frasafrasa atau ayat-ayat) yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Semasa teknik bercerita dilaksanakan


Guru perlu * memastikan murid-murid dalam keadaan selesa dengan suasana kelas yang kondusif. * menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid, penggunaan istilah perlu bermula daripada konkrit kepada abstrak. * menyampaikan cerita dengan nada dan intonasi suara yang jelas dan sesuai dengan jalan cerita. * melakukan aksi, gerak badan dan mimik muka yang dapat menarik perhatian semua murid. * membenarkan soal jawab untuk menghindarkan unsur kebosanan murid.

kesimpulannya
Bercerita adalah satu bentuk seni sastera yang menarik, mempunyai nilai-nilai murni dan menggalakan perkembangan kognitif seseorang serta mampu meningkatkan kemahiran bahasa.

Sekian . terima kasih

Anda mungkin juga menyukai